Monday, August 30, 2010

Fakta atau Auta

Assalamualaikum wbkth...
Berikut penulis berkongsi article untuk tatapan dan renungan bersama iaitu keberkesanan internet dalam mempengaruhi kehidupan seharian. Pada masa kini kita haruslah bijak membuat pilihan dan berfikir secara kritis. Kita tidak seharusnya menerimanya bulat-bulat bahan dan maklumat daripada jaringan internet. Email yang terbaru tentang planet Marikh adalah contoh terbaru, email ini tidak terlepas untuk singgah di email peribadi penulis. Berikut merupakan fakta sebenar tentang perkhabaran planet Marikh ;


Sekali lagi, emel yang mengatakan kisah Marikh akan menjadi SEBESAR BULAN pada 27 Ogos ini mula tersebar.


Sepertimana yang saya jangkakan, tahun ini, seperti mana tahun-tahun terdahulu, menjelang bulan Ogos, ramai di antara kita mula menerima emel yang di-forwardkan oleh rakan-rakan menyatakan tentang 'kejadian' yang amat hebat ini. Yang lebih menarik perhatian ialah ayat "NO ONE ALIVE TODAY WILL EVER SEE THIS AGAIN"

Suka saya maklumkan bahawa kesemuanya itu adalah TIDAK BENAR sama sekali.

Ini adalah fakta yang sebenarnya.

Jika dikira melalui kiraan falak, pada tarikh 27 Ogos 2010 ini, Marikh berada pada jarak 318 km JUTA kilometer daripada Bumi!! Marikh sekarang sedang berada di sebelah 'sana' atau hampir di belakang matahari ketika itu.

Malah, jika anda hendak mencari Marikh sekarang dan lihat keadaanya pun boleh. Cuba, tinjau-tinjau arah Barat selepas Maghrib. Akan kelihatan sebuah 'bintang' yang bersinat amat cerah pada arah Barat. Itu ialah planet Zuhrah.

Di manakah Marikh sebenarnya?

Marikh berada di sebelah KANAN dari Zuhrah, lebih kurang 2 darjah ke kanan, atau lebih senang nak faham, jarak 2 jari ke kanan dari Zuhrah. Dan kecerahannya amat malap dan bersinar seperti sebuah bintang biasa sahaja!

Saya boleh katakan, jika saya tidak beritahu lokasi Marikh tersebut, anda pasti tidak akan perasan bahawa titik halus itu ialah Marikh!

Persoalan. Adakaha ia akan menjadi sebesar Bulan pada tarikh tersebut?

Sudah pasti tidak, kerana ia berada amat jauh. Malah jika dilihat menerusi teleskop pun ia kelihatan seperti sebutir bintang yang halus. Cuba bandingkan dengan Bulan yang sedang mengambang penuh di arah Timur pada tarikh yang sama.



Sejarahnya, kisah ini bermula pada tahun 2003. Pada ketika itu, memang Marikh berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi, iaitu pada jarak 56 JUTA kilometer! JUTA.

Dan kombinasi orbit Bumi dan Marikh pada ketika itu menyebabkan, kedudukan jarak itu merupakan yang paling hampir sejak 60,000 tahun.

Pusingan orbit Bumi dan Marikh akan membawa kedua-dua planet ini berhampiran antara satu sama lain setiap 2 tahun 2 bulan. Dan setiap kali ia dekat, jaraknnya berbez-beza. Cuba lihat kiraan di bawah



Jadual di bawah merupakan tarikh ketika Bumi dan Marikh berada hampir antara satu sama lain dari tahun 1999 hingga 2020.

24 Apr 1999 Jarak 87 juta km

13 Jun 2001 Jarak 68 juta km

28 Ogo 2003 Jarak 56 juta km

7 Nov 2005 Jarak 70 juta km

24 Dis 2007 Jarak 89 juta km

29 Jan 2010 Jarak 99 juta km

3 Mac 2012 Jarak 101 juta km

8 Apr 2014 Jarak 93 juta km

22 Mei 2016 Jarak 76 juta km

27 Jul 2018 Jarak 58 juta km

13 Oct 2020 Jarak 63 juta km








Asal usul emel Pada tahun 2003 tersebut, Marikh memang bersinar amat terang, seperti sebuah lampu oren yang menyala. Tetapi ia tetap bukan sebesar Bulan.

Jika dibandingkan dengan Bulan, Marikh "kelihatan" 75 kali lebih kecil daripada Bulan.

Kemudian, hasil daripada perbandingan tersebut, mulalah seseorang tu menyatakan, jika Marikh 75 kali lebih kecil dari Bulan, maka jika kita besarkannya sebanyak 75 kali, mestilah nampak sebesar Bulan!"... maka dari situ mulalah muncul ayat yang mengatakan "Marikh akan kelihatan sebesar Bulan dengan mata kasar"

hasil daripada kehebatan teknologi internet, maka emel tersebut mula tersebar ke seluruh dunia, dan berubah-ubah isi kandungannya. Sehinggalah ia diringkaskan menjadi "Marikh akan kelihatan sebesar Bulan dengan mata kasar", tanpa mencerita kisah pembesaran 75 kali tu...

Tahun-tahun berikutnya, tarikh kejadian asal 27 Ogos 2003 itu pun berubah sehingga menjadi "27 Ogos" sahaja. Malah, ada yang rajin, siap ditambah tahun kepada tahun yang terkini.

Maka, jelas sekali maklumat yang tersebar setiap tahun berkenaan Marikh sebesar Bulan pada 27 Ogos itu adalah tidak tepat langsung dan tidak benar.

Sunday, August 29, 2010

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Apakah erti kemerdekaan kepada anak-anak pasca merdeka? Adakah sekadar merdeka dari penjajahan fizikal? Tepuk dada tanya selera. Penulis mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia. Bersamalah kita hargai sejarah dan sentiasa belajar daripada sejarah.



Sekian

MUHASABAH DIRI

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.








Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.







Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.







Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.







Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.







Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.







Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)







Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.







Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.







Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.







Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.







Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!







Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.







Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!











Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.







Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.







Penulis : Dr. Stephen Carr Leon



Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.







(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)

Tuesday, August 24, 2010

Hero Baru

 Assalamualaikum wbkth
Salam Ramadhan & salam sejahtera penulis memulakan bicara setelah sekian lama tidah bersua. Ramadhan kali ini merupakan ramdhan yang kedua penulis di Terengganu Darul Iman. Bulan Ramadhan mengajar kita erti bersabar, mengawal emosi, mengawal emosi dan sudah tentu mengawal makan dan minum kita. Baru-baru ini kita di gembar gemburkan oleh media massa tentang kenyataan mempertikai keistimewaan orang melayu yang mana telah di guna pakai sejak berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa yang dasyat ini berlaku akibat berlakunya provokatif yang melampau antara kaum. Negara di isytiharkan darurat pada malam16 Mei 1969 dan seterusnya Perlembagaan negara dan Parlimen di gantung. Negara di perintah secara terus oleh yang di Pertuan Agong berteraskan undang-undang tentera. MAGERAN juga di tubuhkan untuk mencari penyelesaian kepada masalah perkauman yang timbul. Maka tertubuhla Dasar Ekonomi Baru & Rukun Negara yang dapat kita lihat hasilnya sekarang. Penulis tidak berniat untuk menghuraikan perkara ini secara lanjut tetapi cukuplah untuk kefahaman semua pihak. Peristiwa 13 Mei 1969 banyak mengajar rakyat Malaysia supaya prihatin dengan sensitiviti sesama kaum. Tetapi sejak kebelakangan ini telah kembali Hero Baru ( istilah paling sesuai ) yang ingin mencari publisiti murahan yang mana tidak menghormati sensitiviti kaum lain khasnya kaum Melayu. Sudah sekian lama kita negara berbilang kaum hidup dalam keadaan aman damai dengan sikap toleransi sesama kaum, dan perkara yang di bawa oleh Hero Baru ini telah menggugat sensitiviti antara kaum. Penulis amat gembira dan bersyukur dengan perkembangan masyarakat melayu sekarang ini yang mana orang melayu tidah mudah melatah dan mengambil sikap berfikir sebelum bertindak, situasi ini adalah semata-mata untuk kebaikkan negara. Hero Baru ini tidak sedarkah tentang sensitiviti sesama kaum amat penting di pelihara dan di hormati. Perkara yang terbaru berlaku ialah, Majlis Perundingan Melayu (MPM ) menggesa kerajaan memansuhkan sekolah jenis kebangsaan. Reaksi dari golongan Hero Baru ini begitu lantang mengkritik gesaan oleh MPM. Kenapakah mereka melatah, adakah takut bahasa ibunda mereka dilupakan? sedarkah mereka setelah 53 tahun merdeka masih ada kaum lain yang tidak fasih berbahasa melayu sedangkan bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan. adakah sekolah kebangsaan tidak menawarkan bahasa selain bahasa Melayu? Sistem persekolah tunggal adalah lebih baik untuk mewujudkan Negara Bangsa. Kaum-kaum lain harus menghormati sensitiviti kaum lain melayu khasnya yang telah banyak bertoleransi sesama kaum setelah sekian lama. Penulis mengharapkan perkara ini di pandang secara positif untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur. Keadaan politik dan sosial merupkan nadi utama dalam mewujudkan ekonomi yang kukuh dan pembangunan yang mampan. Renungkan lah bersama...
Sekian terima kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...