Thursday, December 16, 2010

5 SERANGKAI

Assalamualaikum wbkth..

I thought the article about 'Amanah Hartanah Bumiputra' was my last post in this year but i'm totaly wrong. Im just a person who is planning but The only One Allah S.W.T will make the decision. Today i have one article that i would like to share with all the readers out there especially for my brother who really interested with our National Car (Proton)
I just got an information from my assistant that Proton has announced they will launch new car which is very unexpected design (great design). This car just a concept car but it is not impossible that Proton will make it as production car. If this concept car will be production car, im very optimis this design will shut up all the peoples which is always under estimate our National Car. At the same time i hope the design should be appropriate with car performance. Here with i attached all the proton concept car 



Tuesday, November 30, 2010

Sharing is Power

Assalamualaikum wbkth..

It has been very long time i never post any article for  Inspirasi Monologue.  End of this year was very busy with activities which is need my comitment. So this 'Sharing is Power' article will end up Inspirasi Monologue article for this year. So lets enjoy it & take the benefit what im trying to share with you as my reader.


Peluang Melabur Dalam Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)


Nampaknya pelabur di Malaysia, khususnya Bumiputera ada peluang baru untuk membuat pelaburan dalam sektor hartanah pula sama seperti melabur dalam saham amanah. Baru dilancarkan pada 29 November 2010 oleh Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Namanya adalah Amanah Hartanah Bumiputera (AHB).


Secara umumnya maklumat mengenai AHB adalah:


-Patuh Shariah

-Melabur dalam sektor hartanah.

-Melabur dalam pasaran wang Islam (Islamic Money Market) untuk tujuan kecairan.

-Jumlah pelaburan permulaan, RM 500.

-Jumlah pelaburan maksimum, RM 200,000

-Pelaburan tambahan, RM 100

-Jumlah baki minimia, RM 500

-Pengeluaran minima, RM 500

-Kekerapan pengeluaran, sebulan sekali (bukan 30 hari sekali)

-Boleh melabur untuk anak sekecil usia 3 bulan

-Harga unit tetap, RM 1

-Sasaran pulangan kepada pelabur, minima 6%

-Pengurus dana, Mayban Investment Management Sdn Bhd

Wednesday, October 27, 2010

Sharing is a good way to help each others

GPS : Teknologi Penting Masa Kini




Secara global sistem yang digunakan untuk menentukan sesuatu tempat


dikenali sebagai Sistem Satelit Navigasi Global (GNSS). Sistem ini baru

sahaja diperkenalkan pada abad ke 21. Ia mula diperkenalkan dengan

kewujudan sistem navigasi yang dibina di beberapa negara di dunia. Walaupun

beberapa sistem navigasi telah siap dan ada juga yang masih dalam

pembinaan, satu-satunya sistem GNSS yang berfungsi sepenuhnya di dunia

ialah Sistem Penentududukan Global (GPS). GPS diperkenalkan oleh jabatan

pertahanan Amerika. Ia juga dikenali dengan nama rasminya NAVSTAR-GPS.



Secara nominal, GPS terdiri daripada 24 satelit yang dilancarkan secara

berperingkat bermula dari tahun 1978. GPS hanya beroperasi sepenuhnya pada

tahun 1995. Sehingga kini ia mempunyai lebih 30 satelit di angkasa. Pada

awalnya GPS dibina untuk tujuan ketenteraan tetapi selepas tahun 1983, ia

dibuka unutk kegunaan awam. Ia hanya berlaku selepas kapalterbang Korea

yang membawa penumpang awam telah ditembak oleh Kesatuan Soviet (sekarang

telah terpecah kepada negara Russia dan lain-lain). Kapal terbang tersebut

tanpa disedari telah tersasar memasuki ruang angkasa negara mereka ( ketika

Amerika menghadapi Perang Dingin dengan Soviet)



Satelit GPS



Satelit-satelit GPS mengorbit bumi pada ketinggian 20000 kilometer dengan

sudut dongak sebanyak 55 darjah dari satah Khatulistiwa dan mencatatkan

tempoh selama 12 jam untuk satu pusingan orbit lengkap. Ini bermakna dalam

satu hari, satelit yang sama mengorbit bumi sebanyak dua kali. Dengan kata

lain, secara umumnya kita boleh melihat satelit yang sama di angkasa

sebanyak dua kali sehari. Terdapat enam gugusan satelit yang mengorbit

bumi, yang setiap satunya mempunyai empat satelit. Setiap satelit dibina

dengan jangkahayat di angkasa selama lebih 10 tahun. Satelit ini mendapat

bekalan tenaga elektrik dari panel suria yang dipasang pada badan atau

sayap satelit. Satelit yang baharu akan dilancarkan ke orbit dari semasa ke

semasa bagi menggantikan satelit yang lama. GPS beroperasi di bawah kawalan

Department of Defence (DoD) yang mempunyai pusat kawalan di Amerika

Syarikat. Satelit ini menghantar isyarat kepada pengguna untuk menentukan

kedudukan dan masa di mana-mana sahaja mereka berada. Isyarat juga boleh

diterima dalam apa jua keadaan cuaca tanpa batasan kecuali isyarat tersebut

dimatikan oleh kerajaan Amerika.







Gambar : Satelit GPS



Apakah isyarat yang digunakan



Satelit GPS merupakan satu sistem komunikasi satu hala bagi menghantar

isyarat radio untuk kegunaan tentera dan orang awam. Sebaliknya pengguna

tidak boleh menghantar isyarat ke satelit tersebut untuk berkomunikasi.

Isyarat radio yang digunakan adalah dalam julat jalur UHF (ultra high

frequency). Isyarat radio ini bertindak sebagai pembawa kepada isyarat

maklumat yang akan diterima oleh alat penerima isyarat GPS yang dimiliki

oleh pengguna. Isyarat maklumat yang dihantar adalah dalam bentuk digit. Ia

terdiri dari kod rawak semu (pseudorandom code), data efermeris dan data

almanak. Kod rawak semu ini merupakan identifikasi bagi satelit yang

menghantar isyarat tersebut.



Data efemeris pula akan menyatakan kedudukan satelit berkenaan di orbit dan

juga kedudukan satelit yang lainnya. Data almanak menyatakan status satelit

(sihat atau tidak), memberikan maklumat tarikh dan masa. Ia juga memberikan

data yang penting untuk menentukan kedudukan pengguna. Pengguna awam boleh

menerima isyarat ini secara percuma dengan syarat kita mempunyai alat

penerima GPS. Walaubagaimanapun alat penerima ini perlu dibeli dengan

pelbagai harga mengikut kegunaan tertentu. Isyarat yang diterima oleh orang

awam ini terlebih dahulu telah disulitkan oleh kerajaan Amerika dan

tidaklah sejitu seperti isyarat yang digunakan oleh tentera Amerika dan

sekutunya.Hal ini demikian kerana tujuan utama GPS adalah untuk

ketenteraan. Walaubagaimanapun dengan kaedah pemprosesan isyarat yang

tertentu dan terkini, kejituan yang baik boleh dihasilkan oleh pengguna

awam.



Terdapat beberapa faktor yang boleh mengganggu kejituan GPS. Isyarat GPS

perlu merambat/bergerak melalui atmosfera seperti lapisan ionosfera dan

troposfera menuju ke bumi. Keadaan semulajadi lapisan ini akan melambatkan

isyarat tersebut untuk sampai ke bumi.Perisian dan kiraan tertentu boleh

digunakan untuk mengurangkan kesan lambatan ini. Isyarat GPS hanya boleh

diterima di kawasan lapang dan bukan di dalam bangunan.



Isyarat yang diterima juga boleh terhalang oleh objek-objek seperti pokok,

bangunan, bukit dan sebagainya. Isyarat yang terpantul oleh halangan ini

ada juga yang boleh dikesan oleh alat penerima GPS tetapi agak lemah.

Kesan gangguan ini dikenali sebagai berbilang laluan (multipath). Ala

penerima GPS yang biasanya menggunakan jam kuartza kurang jitu untuk

segerak dengan isyarat GPS kerana jam GPS terdiri daripada jam atom.

Gangguan ini dikenali sebagai ralat jam. Antara gangguan lain termasuklah

ralat satelit, ralat alat penerima dan ralat dalam isyarat.



Kegunaan



Kebanyakan kita menggunakan GPS secara komersil untuk menentukan lokasi

sesuatu tempat. Terdapat pelbagai jenis alat penerima isyarat satelit gps

di pasaran untuk tujuan ini. Jenis yang popular digunakan untuk tujuan

komersial antaranya termasuklah Garmin, Navman dan TomTom. Alat penerima

ini boleh memberikan ketepatan kedudukan dalam lingkungan 10 meter dari

kedudukan sebenar. Dengan gabungan peta digital dan GPS, pengguna boleh

melihat kedudukan mereka pada peta tersebut sama ada dalam kedudukan statik

ataupun bergerak. Kini perisian ini boleh didapati dalam telefon mudah alih

seperti Nokia, Iphone, Blackberry dan juga alat Pembantu Digital Peribadi

(Personal Digital Assistant, PDA) jenis hTC.



Persatuan Automobil Malaysia ( Automobile Assosiation of Malaysia, AAM)

menggalakkan ahli-ahlinya memasang penjejak pintar (AAM smart tracker)

untuk menjejak kenderaan yang dicuri. Penjejak pintar ini menggunakan GPS

untuk mengesan lokasi kenderaan tersebut. Memandangkan banyaknya berlaku

kemalangan jalanraya berpunca daripada bas yang dalam perjalanan jauh, maka

kerajaan telah menyarankan agar pengusaha bas melengkapkan kenderaan

penumpang tersebut dengan alat penerima GPS. Dengan itu pengusaha bas boleh

memantau kelajuan bas yang dipandu serta kedudukan bas juga boleh

diketahui. Satu ketika dahulu teksi di KLIA juga dilengkapkan dengan sistem

GPS. Di Indonesia, teksi kepunyaan syarikat Blue Bird, misalnya

dilengkapkan dengan sistem ini. Kenderaan mewah seperti BMW dan Mercedes

juga telah siap dipasang dengan GPS.



Kanak-kanak boleh menggunakan jam tangan yang dilengkapi dengan alat

penerima GPS seperti jenis Wherify. Dengan itu ibubapa atau penjaga boleh

menjejak lokasi anak mereka sekiranya mereka sesat atau hilang. Untuk

tujuan pemetaan dan ukur yang memerlukan bacaan yang lebih jitu dengan

ketepatan kurang dari satu meter, alat penerima yang jauh lebih mahal

digunakan seperti Trimble, Leica, Navtech dan sebagainya. Contohnya Jabatan

Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) menggunakan alat penerima jenis Trimble

untuk menentukan kedudukan untuk membina peta. Dalam ketenteraan, kedudukan

yang jitu sangat diperlukan untuk pelancaran peluru berpandu bagi

memastikan ia tidak tersasar ke tempat lain yang boleh membahayakan orang

awam.



Rusia merupakan pemaju yang kedua penting dengan sistemnya yang diberi nama

Sistem Navigasi Orbit Global (Globalnaya Navigagatsionnaya Sputnikovaya

Systema, GLONASS). Mereka telah mula beroperasi sejak tahun 1976. mereka

juga telah melancarkan satelit ini untuk tujuan ketenteraan dan boleh

digunakan oleh orang awam. Walaupun ia memberikan kejituan lebih baik

daripada GPS tetapi isyarat yang dihantar agak tidak konsisten dan tidak

dipantau dengan baik.



Baru-baru ini China juga telah melancarkan satelit navigasinya yang

dikenali sebagai Beidou (Big Dipper). Menyedari kepentingan satelit

navigasi ini dan untuk mengelakkan kebergantungan kepada satelit Amerika

Syarikat, Kesatuan Eropah telah mula melancarkan satelit navigasi mereka

iaitu Galileo. Sistem satelit ini dibina dan dikendalikan oleh orang awam.

India juga akan melancarkan satelitnya yang dikenali sebagi Sistem Satelit

Navigasi Wilayah India ( Indian Regional Navigational Satellite System,

IRNSS). Di samping itu GPS pula sekarang ini dalam fasa pemodenan untuk

menambahbaik lagi perkhidmatan mereka untuk ketenteraan dan juga orang awam
 
Oleh: Prof. Madya Ir. Dr. Mardina Abdullah

Sunday, October 17, 2010

Siapakah wanita Pertama Malaysia?

Menurut Perlembagaan Malaysia, Artikel 32, menyatakan gelaran wanita Pertama hendaklah di gunakan & diberikan kepada Yang Mulia Raja Permaisuri Agong selaku isteri kepada pemimpin utama yakni Ketua Negara Yang Di pertuan Agong. Jesteru itu, timbul kekeliruan penggunaan istilah oleh isteri Perdana Menteri Malaysia/ Gelaran itu sepatutnya tidak boleh di guna pakai berdasarkan Malaysia sebagai sebuah Negara Berpelembagaan dan YDP Agong sebagai ketua Negara. Oleh Yang demikian, istilah ini seharusnya di berikan penjelasan oleh pihak berwajib bagi membendung ketidakfahaman istilah di kalangan rakyat terutama warga pemuda. Perlu ada pihak berwajib yang CELIK SEJARAH untuk memperbetulkan keadaan. MALAYSIA MERUPAKAN NEGARA DEMOKRASI DAN PERLU ADA KEBEBASAN BERSUARA. MALAYSIA NEGARA BERPELEMBAGAAN.

Thursday, October 14, 2010

Membendung atau Menggalak

Sekadar renungan dan sisipan untuk semua. Baru-baru ini kecoh dan dengan bangganya pengumuman oleh media massa tentang penubuhan 'Sekolah Ibu mengandung'. Menurut pemahaman penulis, sekolah ini di jadikan tempat perlindungan untuk kaum ibu yang terlanjur. Darisegi pendidikan untuk ibu terlanjur memang suatu tindakan dan usaha yang mulia akan tetapi tindakan untuk mengwujudkan sekolah ini juga seolah-olah seperti menggalakkan aktiviti tidak bermoral di kalangan remaja. Meriah dan bersungguh-sungguh Rosmah Mansor ( di gelar wanita pertama Malaysia?) melawat Rumah Pelindungan Remaja mengandung di luar negara. Penulis merasakan tidak sepatutnya kita mengikut budaya barat kerana budaya kita orang melayu Islam jauh berbeza dengan budaya barat. Penulis bukan bersikap prejudis tetapi sekadar bersifat 'inkuiri' tentang penubuhan Sekolah tersebut. Peranan Majlis Agama Islam perlu ada dalam membanteras gejala sosial terutama bersekedudukan sehingga mengandung di kalangan remaja Malaysia, Islam khasnya.
Bersama -sama kita renung dan fikir-fikirkan.

Tuesday, October 12, 2010

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara,

adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang

telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.

Sejarah

Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan

kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31

Ogos, 1957.

Pindaan

Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti dua pertiga (2/3) bersetuju kepada pemindaan ini memerlukan

persetujuan pada kedua-dua pada kedua-dua dewan di parlimen. Merujuk kepada pakar perlembagaan

Shad Saleem Faruqi, perlembagaan ini telah dipinda 42 kali semenjak 48 tahun selepas kemerdekaan

sehingga 2005. Bagaimanapun, seperti mana beberapa pindaan telah dibuat setiap kali, beliau

menganggarkan bilangan sebenar pindaan individu adalah pada sekitar 650. Beliau menjelaskan bahawa

"semangat dokumen sebenar telah dicairkan".

Organisasi

Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih artikel

yang relevan.

• Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan

• Bahagian 2 - Kebebasan asasi

• Bahagian 3 - Kewarganegaraan

• Bahagian 4 - Persekutuan

• Bahagian 5 - Negeri-negeri

• Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri

• Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan

• Bahagian 8 - Pilihanraya

• Bahagian 9 - Kehakiman

• Bahagian 10 - Perkhidmatan awam

• Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat

• Bahagian 12 - Am dan pelbagai

• Bahagian 13 - Peruntukan sementara

• Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya

• Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja

Artikel

Artikel 11

Artikel 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama rasmi Persekutuan.

Sungguh pun begitu setiap orang berhak mempraktikkan agamanya sendiri.

2

Artikel 153

Rencana utama: Artikel 153 Perlembagaan Malaysia

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab

menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci

memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini

dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam . Ia biasa

dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial.

Artikel 160

Rencana utama: Artikel 160 Perlembagaan Malaysia

Article 160 mendefinisikan bentuk perkataan pelbagai yang digunakan di dalam perlembagaan. Ia

memberikan impak penting pada Islam di Malaysia dan orang Melayu disebabkan definisi seorang Melayu

pada klausa 2.

Rujukan

• Ahmad, Zainon & Phang, Llew-Ann (Oct. 1, 2005). The all-powerful executive. The Sun.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Berikut adalah teks penuh bagi Perlembagaan Persekutuan Malaysia, mengandungi pindaan terkini Akta

1260/2006. Teks ini diambil daripada pautan yang disediakan di laman ini.

• Bahagian I - Negeri-Negeri, Agama dan Undang-Undang bagi Persekutuan

• Bahagian II - Kebebasan Asasi

• Bahagian III - Kewarganegaraan

• Bahagian IV - Persekutuan

• Bahagian V - Negeri-Negeri

• Bahagian VI - Perhubungan Antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri

• Bahagian VII - Peruntukan Kewangan

• Bahagian VIII - Pilihan Raya

• Bahagian IX - Badan Kehakiman

• Bahagian X - Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam

• Bahagian XI - Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang, dan Perbuatan

dan Jenayah yang Memudaratkan Orang Awam dan Kuasa Darurat

• Bahagian XII - Am dan Pelbagai

• Bahagian XIIA - Perlindungan Tambahan bagi Negeri Sabah dan Sarawak

• Bahagian XIII - Peruntukan Sementara dan Peralihan

• Bahagian XIV - Kecualian bagi Kedaulatan, dsb., Raja-Raja

• Bahagian XV - Prosiding Terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja

• Jadual-Jadual

• Senarai Pindaan

• Senarai Perkara yang Dipinda

3

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA/NEGERI-NEGERI, AGAMA DAN UNDANG-UNDANG

BAGI PERSEKUTUAN

Perkara 1. Nama, Negeri-negeri dan wilayah-wilayah Persekutuan.

(1) Persekutuan dinamai Malaysia dalam bahasa Melayu dan dalam bahasa Inggeris.

(2) Negeri-Negeri Persekutuan terdiri daripada Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang,

Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.

(3) Tertakluk kepada Fasal (4), wilayah-wilayah bagi setiap Negeri yang disebut dalam Fasal (2) ialah

wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri-Negeri itu sebaik sebelum Hari Malaysia.

(4) Wilayah bagi Negeri Selangor tidaklah termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang ditubuhkan di

bawah Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1973 [Akta A206] dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang

ditubuhkan di bawah Akta Perlembagaan (Pindaan) 2001 [Akta A1095] dan wilayah bagi Negeri Sabah

tidaklah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan yang ditubuhkan di bawah Akta Perlembagaan (Pindaan)

(No. 2) 1984 [Akta A585], dan kesemua Wilayah Persekutuan tersebut hendaklah menjadi wilayah-wilayah

Persekutuan.

Perkara 2. Penerimaan masuk wilayah-wilayah baru ke dalam Persekutuan.

Parlimen boleh melalui undang-undang—

(a) menerima masuk Negeri-negeri lain ke dalam Persekutuan;

(b) mengubah sempadan mana-mana Negeri,

tetapi undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu Negeri tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan

Negeri itu (yang dinyatakan melalui undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri itu) dan

Majlis Raja-Raja.

Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.

(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai

di mana-mana Bahagian Persekutuan.

(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai

Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan

Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang

dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa

perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa

perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas

sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masingmasing

membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam

di Negeri itu.

(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.

4

(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua

Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini

Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal

agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai

perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.

Perkara 4. Undang-undang utama Persekutuan.

(1) Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan

selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat

ketidakselarasan itu.

(2) Kesahan mana-mana undang-undang tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—

(a) undang-undang itu mengenakan sekatan-sekatan ke atas hak yang disebut dalam Perkara 9(2)

tetapi tidak berhubungan dengan perkara-perkara yang disebut dalam Perkara itu; atau

(b) undang-undang itu mengenakan mana-mana sekatan yang disebut dalam Perkara 10(2) tetapi

sekatan-sekatan itu tidak disifatkan perlu atau suai manfaat oleh Parlimen bagi maksud-maksud yang

disebut dalam Perkara itu.

(3) Kesahan mana-mana undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Badan perundangan mana-mana

Negeri tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa undang-undang itu membuat peruntukan berkenaan

dengan apa-apa perkara yang berkenaan dengannya Parlimen atau, mengikut mana-mana yang berkenaan,

Badan Perundangan Negeri itu tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang, kecuali dalam

prosiding untuk mendapatkan suatu penetapan bahawa undang-undang itu adalah tidak sah atas alasan itu

atau—

(a) jika undang-undang itu telah dibuat oleh Parlimen, dalam prosiding antara Persekutuan dengan

satu atau beberapa Negeri;

(b) jika undang-undang itu telah dibuat oleh Badan Perundangan sesuatu Negeri, dalam prosiding

antara Persekutuan dengan Negeri itu.

(4) Prosiding untuk mendapatkan penetapan bahawa sesuatu undang-undang adalah tidak sah atas alasan yang

disebut dalam Fasal (3) (iaitu prosiding yang tidak termasuk dalam perenggan (a) atau (b) Fasal itu) tidak

boleh dimulakan tanpa kebenaran hakim Mahkamah Persekutuan; dan Persekutuan berhak menjadi satu pihak

dalam mana-mana prosiding itu, dan begitulah juga dengan mana-mana Negeri yang akan atau mungkin

menjadi satu pihak dalam prosiding yang dibawa bagi maksud yang sama di bawah perenggan (a) atau (b)

Fasal itu.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia/Kebebasan Asasi

Perkara 5. Kebebasan diri

(1) Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undangundang.

(2) Jika pengaduan dibuat kepada Mahkamah Tinggi atau mana-mana hakim Mahkamah Tinggi menyatakan

bahawa seseorang sedang ditahan dengan menyalahi undang-undang, maka mahkamah itu hendaklah

menyiasat pengaduan itu dan, melainkan jika mahkamah itu berpuas hati bahawa tahanan itu adalah sah,

hendaklah memerintahkan supaya orang itu dibawa ke hadapan mahkamah itu dan melepaskannya.

(3) Jika seseorang ditangkap maka dia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh alasanalasan

dia ditangkap dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan dan dibela oleh seorang pengamal

undang-undang pilihannya.

5

(4) Jika seseorang ditangkap dan tidak dilepaskan, maka orang itu hendaklah tanpa kelengahan yang tidak

munasabah, dan walau bagaimanapun dalam tempoh dua puluh empat jam (tidak termasuk masa apa-apa

perjalanan yang perlu) dibawa ke hadapan majistret dan orang itu tidak boleh ditahan dalam jagaan

selanjutnya tanpa kebenaran majistret itu:

Dengan syarat bahawa Fasal ini tidaklah terpakai bagi penangkapan atau penahanan mana-mana orang di

bawah undang-undang yang sedia ada yang berhubungan dengan kediaman terhad, dan kesemua

peruntukan Fasal ini hendaklah disifatkan telah menjadi suatu bahagian perlu Perkara ini mulai dari hari

Merdeka:

Dengan syarat selanjutnya bahawa dalam pemakaiannya bagi seseorang, selain seorang warganegara,

yang ditangkap atau ditahan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan imigresen, Fasal ini

hendaklah dibaca seolah-olah perkataan "tanpa kelengahan yang tidak munasabah, dan walau

bagaimanapun dalam tempoh dua puluh empat jam (tidak termasuk masa apa-apa perjalanan yang perlu)"

telah digantikan dengan perkataan "dalam tempoh empat belas hari":

Dan dengan syarat selanjutnya bahawa dalam hal penangkapan bagi sesuatu kesalahan yang boleh

dibicarakan oleh mahkamah Syariah, sebutan dalam Fasal ini mengenai majistret hendaklah ditafsirkan

sebagai termasuk sebutan mengenai hakim mahkamah Syariah.

Perkara 6. Keabdian dan kerja paksa dilarang.

(1) Tiada seorang pun boleh ditahan sebagai abdi.

(2) Segala bentuk kerja paksa adalah dilarang, tetapi Parlimen boleh melalui undang-undang membuat

peruntukan mengenai perkhidmatan wajib bagi maksud-maksud negara.

(3) Kerja atau khidmat yang dikehendaki daripada mana-mana orang sebagai akibat daripada sesuatu

sabitan atau dapatan bahawa dia bersalah di mahkamah tidaklah dikira sebagai kerja paksa mengikut

pengertian Perkara ini, dengan syarat kerja atau khidmat itu dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan

suatu pihak berkuasa awam.

(4) Jika menurut mana-mana undang-undang bertulis kesemua atau mana-mana bahagian daripada fungsi

mana-mana pihak berkuasa awam dikehendaki dijalankan oleh suatu pihak berkuasa awam yang lain, bagi

maksud membolehkan fungsi-fungsi itu dilaksanakan, maka pekerja-pekerja pihak berkuasa awam yang

mula-mula disebut adalah terikat untuk berkhidmat dengan pihak berkuasa awam yang kedua disebut, dan

perkhidmatan mereka dengan pihak berkuasa awam yang kedua disebut itu tidaklah dikira sebagai kerja

paksa mengikut pengertian Perkara ini, dan tiada seorang pun pekerja itu berhak menuntut apa-apa hak

sama ada daripada pihak berkuasa awam yang mula-mula disebut atau kedua disebut itu oleh sebab

pertukaran pekerjaannya.

Perkara 7. Perlindungan daripada undang-undang jenayah kuat kuasa ke belakang dan perbicaraan

berulang.

(1) Tiada seorang pun boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan atau peninggalan yang tidak boleh dihukum

menurut undang-undang pada masa perbuatan atau peninggalan itu dilakukan atau dibuat, dan tiada

seorang pun boleh menanggung hukuman yang lebih berat kerana sesuatu kesalahan daripada yang telah

ditetapkan oleh undang-undang pada masa kesalahan itu dilakukan.

(2) Seseorang yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan atau disabitkan atas sesuatu kesalahan

tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan yang sama kecuali jika sabitan atau pembebasan itu telah

dibatalkan dan perbicaraan semula diperintahkan oleh suatu mahkamah yang lebih atas daripada

mahkamah yang telah membebaskan atau mensabitkannya itu.

6

Perkara 8. Kesamarataan.

(1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama

rata di sisi undang-undang.

(2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi

terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam

mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah

sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan

dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau

penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.

(3) Tidak boleh ada diskriminasi yang memihak kepada mana-mana orang atas alasan bahawa dia seorang

rakyat Raja bagi mana-mana Negeri.

(4) Tiada pihak berkuasa awam boleh mendiskriminasikan mana-mana orang atas alasan bahawa dia

bermastautin atau menjalankan perniagaan di mana-mana bahagian Persekutuan di luar bidang kuasa pihak

berkuasa itu.

(5) Perkara ini tidak menidaksahkan atau melarang—

(a) apa-apa peruntukan yang mengawal selia undang-undang diri;

(b) apa-apa peruntukan atau amalan yang mengehadkan jawatan atau pekerjaan yang berkaitan

dengan hal ehwal mana-mana agama, atau sesuatu institusi yang diuruskan oleh sekumpulan orang

yang menganuti mana-mana agama, kepada orang yang menganuti agama itu;

(c) apa-apa peruntukan bagi perlindungan, kesentosaan atau pemajuan orang asli Semenanjung

Tanah Melayu (termasuk perizaban tanah) atau perizaban bagi orang asli suatu perkadaran yang

munasabah daripada jawatan-jawatan yang sesuai dalam perkhidmatan awam;

(d) apa-apa peruntukan yang menetapkan kemastautinan di sesuatu Negeri atau di sebahagian

sesuatu Negeri sebagai suatu kelayakan bagi pemilihan atau pelantikan kepada mana-mana pihak

berkuasa yang mempunyai bidang kuasa hanya di Negeri atau di bahagian itu sahaja, atau bagi

pengundian dalam pemilihan itu;

(e) apa-apa peruntukan Perlembagaan sesuatu Negeri, yang adalah atau yang bersamaan dengan

suatu peruntukan yang berkuat kuasa sebaik sebelum Hari Merdeka;

(f) apa-apa peruntukan yang mengehadkan pengambilan masuk tentera ke dalam Rejimen Askar

Melayu kepada orang Melayu.

Perkara 9. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak.

(1) Tiada seorang pun warganegara boleh dibuang negeri dari atau ditahan masuk ke Persekutuan.

(2) Tertakluk kepada Fasal (3) dan kepada mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan

keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam, kesihatan awam, atau

penghukuman pesalah, tiap-tiap warganegara berhak bergerak dengan bebas di seluruh Persekutuan dan

bermastautin di mana-mana bahagiannya.

(3) Selagi mana-mana Negeri lain berada dalam kedudukan istimewa di bawah Perlembagan ini berbanding

dengan Negeri-Negeri Tanah Melayu, Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan sekatansekatan,

antara Negeri itu dengan Negeri-Negeri yang lain, ke atas hak-hak yang diberikan oleh Fasal (2)

berkenaan dengan pergerakan dan kemastautinan.

7

Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—

(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;

(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;

(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—

(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu

atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,

hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatansekatan

yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan

atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa

kesalahan;

(b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu

atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau

ketenteraman awam;

(c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu

atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,

ketenteraman awam atau prinsip moral.

(3) Sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1)

boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau

pendidikan.

(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana

bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang

melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif

yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181 melainkan yang

berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.

Perkara 11. Kebebasan beragama.

(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4),

mengembangkannya.

(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya

atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.

(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak—

(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;

(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan

(c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undangundang.

(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan

dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa

doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undangundang

am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.

8

Perkara 12. Hak berkenaan dengan pendidikan.

(1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara

semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir—

(a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak

berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau pembayaran fi;

atau

(b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam bagi

penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana institusi pendidikan

(sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada di dalam atau

di luar Persekutuan).

(2) Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan

kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan

agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam

pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri

menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusiinstitusi

Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan

melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.

(3) Tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam

apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri.

(4) Bagi maksud Fasal (3) agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan

oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.

Perkara 13. Hak terhadap harta.

(1) Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(2) Tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa

pampasan yang memadai.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA/KEWARGANEGARAAN

Bab 1 - Pemerolehan Kewarganegaraan

Perkara 14. Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Bahagian ini, orang yang berikut ialah warganegara melalui kuat kuasa

undang-undang, iaitu:

(a) tiap-tiap orang yang lahir sebelum Hari Malaysia yang menjadi warganegara Persekutuan

menurut kuasa peruntukan yang terkandung dalam Bahagian I Jadual Kedua; dan

(b) tiap-tiap orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia dan mempunyai mana-mana

kelayakan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Kedua.

(c) (Dimansuhkan).

(2) (Dimansuhkan).

(3) (Dimansuhkan).

9

Perkara 15. Kewarganegaraan melalui pendaftaran (isteri dan anak warganegara).

(1) Tertakluk kepada Perkara 18, apabila permohonan dibuat kepada Kerajaan Persekutuan oleh manamana

perempuan bersuami yang suaminya seorang warganegara, maka perempuan itu berhak didaftarkan

sebagai warganegara jika perkahwinan itu masih wujud dan suaminya itu seorang warganegara pada

permulaan bulan Oktober 1962, atau jika dia memuaskan hati Kerajaan Persekutuan—

(a) bahawa dia telah bermastautin di Persekutuan sepanjang tempoh dua tahun sebelum tarikh

permohonan itu dan berniat hendak berbuat demikian secara tetap; dan

(b) bahawa dia berkelakuan baik.

(2) Tertakluk kepada Perkara 18, apabila permohonan dibuat kepada Kerajaan Persekutuan oleh ibu atau

bapa atau penjaga mana-mana orang yang di bawah umur dua puluh satu tahun, maka Kerajaan

Persekutuan boleh menyebabkan orang itu didaftarkan sebagai warganegara jika sekurang-kurangnya salah

seorang daripada ibu bapanya sekarang (atau pada masa kematiannya) seorang warganegara.

(3) Tertakluk kepada Perkara 18, apabila permohonan dibuat kepada Kerajaan Persekutuan oleh ibu atau

bapa atau penjaga seseorang yang di bawah umur dua puluh satu tahun, maka orang itu berhak didaftarkan

sebagai warganegara jika dia dilahirkan sebelum permulaan bulan Oktober 1962 dan bapanya sekarang

(atau pada masa kematiannya) seorang warganegara dan juga seorang warganegara pada permulaan bulan

itu (jika hidup pada masa itu), dan jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa orang itu biasanya

bermastautin di Persekutuan dan berkelakuan baik.

(4) Bagi maksud Fasal (1), kemastautinan sebelum Hari Malaysia di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam

Negeri Sabah dan Sarawak hendaklah dikira sebagai kemastautinan di Persekutuan.

(5) Sebutan dalam Fasal (1) mengenai perempuan bersuami ialah sebutan mengenai perempuan yang

perkahwinannya telah didaftarkan mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di

Persekutuan, termasuklah mana-mana undang-undang sedemikian yang berkuat kuasa sebelum Hari

Merdeka, atau mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa sebelum Hari Malaysia di

wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah dan Sarawak: Dengan syarat bahawa Fasal ini

tidaklah terpakai jika perempuan itu memohon supaya didaftarkan sebagai warganegara sebelum permulaan

bulan September 1965, atau apa-apa tarikh kemudiannya sebagaimana yang ditetapkan melalui perintah

oleh Yang di-Pertuan Agong, dan jika pada tarikh permohonan itu dia biasanya bermastautin di Negeri

Sabah dan Sarawak.

(6) (Dimansuhkan).

Perkara 15A. Kuasa khas untuk mendaftarkan kanak-kanak.

Tertakluk kepada Perkara 18, Kerajaan Persekutuan boleh, dalam apa-apa hal keadaan khas yang

difikirkannya patut, menyebabkan mana-mana orang yang di bawah umur dua puluh satu tahun didaftarkan

sebagai warganegara.

Perkara 16. Kewarganegaraan melalui pendaftaran (orang yang dilahirkan di Persekutuan sebelum

Hari Merdeka).

Tertakluk kepada Perkara 18, apabila permohonan dibuat kepada Kerajaan Persekutuan oleh mana-mana

orang yang berumur lapan belas tahun atau lebih dan yang dilahirkan di Persekutuan sebelum Hari

Merdeka, maka orang itu berhak didaftarkan sebagai warganegara jika dia memuaskan hati Kerajaan

Persekutuan—

(a) bahawa dia telah bermastautin di Persekutuan dalam masa tujuh tahun sebaik sebelum tarikh

permohonan itu, selama tempoh yang pada agregatnya berjumlah tidak kurang daripada lima tahun;

(b) bahawa dia berniat hendak berbuat demikian secara tetap;

10

(c) bahawa dia berkelakuan baik; dan

(d) bahawa dia mempunyai pengetahuan asas bahasa Melayu.

Perkara 16A. Kewarganegaraan melalui pendaftaran (orang yang bermastautin di Negeri Sabah dan

Sarawak pada Hari Malaysia).

Tertakluk kepada Perkara 18, apabila permohonan dibuat kepada Kerajaan Persekutuan sebelum bulan

September 1971 oleh mana-mana orang yang berumur lapan belas tahun atau lebih dan yang biasanya

bermastautin di Negeri Sabah atau Sarawak pada Hari Malaysia, maka orang itu berhak didaftarkan sebagai

warganegara jika dia memuaskan hati Kerajaan Persekutuan—

(a) bahawa dia telah bermastautin sebelum Hari Malaysia di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam

Negeri-Negeri itu dan bermastautin selepas Hari Malaysia di Persekutuan selama tempoh yang pada

agregatnya berjumlah tidak kurang daripada tujuh tahun dalam masa sepuluh tahun sebaik sebelum

tarikh permohonan itu, dan tempoh itu termasuklah tempoh dua belas bulan sebaik sebelum tarikh

itu;

(b) bahawa dia berniat hendak bermastautin secara tetap di Persekutuan;

(c) bahawa dia berkelakuan baik; dan

(d) bahawa dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam bahasa Melayu atau bahasa

Inggeris atau, dalam hal pemohon yang biasanya bermastautin di Sarawak, mempunyai pengetahuan

yang mencukupi dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris atau mana-mana bahasa ibunda yang

digunakan pada masa ini di Sarawak, kecuali jika permohonan itu dibuat sebelum bulan September

1965 dan pemohon telah mencapai umur empat puluh lima tahun pada tarikh permohonan itu.

Perkara 17. (Kewarganegaraan melalui pendaftaran (orang yang bermastautin di Persekutuan pada

hari Merdeka)-Dimansuhkan).

(Dimansuhkan).

Perkara 18. Peruntukan am tentang pendaftaran.

(1) Tiada seorang pun yang berumur lapan belas tahun atau lebih boleh didaftarkan sebagai warganegara di

bawah Perlembagaan ini sehinggalah dia telah mengangkat sumpah yang dinyatakan dalam Jadual

Pertama.

(2) Kecuali dengan kelulusan Kerajaan Persekutuan, tiada seorang pun yang telah melepaskan atau yang

telah dilucutkan kewarganegaraannya di bawah Perlembagaan ini atau yang telah melepaskan atau yang

telah dilucutkan kewarganegaraan persekutuan atau kewarganegaraan bagi Persekutuan sebelum Hari

Merdeka di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 boleh didaftarkan sebagai warganegara di

bawah Perlembagaan ini.

(3) Seseorang yang didaftarkan sebagai warganegara di bawah Perlembagaan ini menjadi warganegara

melalui pendaftaran mulai dari hari dia didaftarkan sedemikian.

(4) (Dimansuhkan).

Perkara 19. Kewarganegaraan melalui penaturalisasian.

(1) Tertakluk kepada Fasal (9), apabila permohonan dibuat oleh mana-mana orang yang berumur dua puluh

satu tahun atau lebih yang bukan warganegara, maka Kerajaan Persekutuan boleh memberi orang itu suatu

perakuan naturalisasi jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati—

(a) bahawa—

(i) dia telah bermastautin di Persekutuan selama tempoh yang dikehendaki dan berniat hendak

berbuat demikian secara tetap jika diberi perakuan itu;

11

(ii) (Dimansuhkan);

(b) bahawa dia berkelakuan baik; dan

(c) bahawa dia mempunyai pengetahuan yang memadai dalam bahasa Melayu.

(2) Tertakluk kepada Fasal (9), apabila permohonan dibuat oleh mana-mana orang yang berumur dua puluh

satu tahun atau lebih yang bukan warganegara, maka Kerajaan Persekutuan boleh, dalam apa-apa hal

keadaan khas yang difikirkannya patut, memberi orang itu suatu perakuan naturalisasi jika Kerajaan

Persekutuan berpuas hati—

(a) bahawa dia telah bermastautin di Persekutuan selama tempoh yang dikehendaki dan berniat

hendak berbuat demikian secara tetap jika diberi perakuan itu;

(b) bahawa dia berkelakuan baik; dan

(c) bahawa dia mempunyai pengetahuan yang memadai dalam bahasa Melayu.

(3) Tempoh kemastautinan di Persekutuan atau bahagiannya yang berkaitan yang dikehendaki bagi

pemberian suatu perakuan naturalisasi ialah tempoh yang pada agregatnya berjumlah tidak kurang daripada

sepuluh tahun dalam masa dua belas tahun sebaik sebelum tarikh permohonan bagi perakuan itu, dan

tempoh itu termasuklah tempoh dua belas bulan sebaik sebelum tarikh itu.

(4) Bagi maksud Fasal (1) dan (2), kemastautinan sebelum Hari Malaysia di wilayah-wilayah yang termasuk

di dalam Negeri Sabah dan Sarawak hendaklah dikira sebagai kemastautinan di Persekutuan; dan bagi

maksud Fasal (2), kemastautinan di Singapura sebelum Hari Malaysia atau dengan kelulusan Kerajaan

Persekutuan kemastautinan di Singapura selepas Hari Malaysia hendaklah dikira sebagai kemastautinan di

Persekutuan.

(5) Seseorang yang diberi perakuan naturalisasi menjadi warganegara melalui penaturalisasian mulai dari

tarikh perakuan itu diberikan.

(6) (Dimansuhkan).

(7) (Dimansuhkan).

(8) (Dimansuhkan).

(9) Tiada perakuan naturalisasi boleh diberikan kepada mana-mana orang sehinggalah dia telah

mengangkat sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

Perkara 19A. (Pemindahan kewarganegaraan ke Singapura atau dari Singapura Dimansuhkan)

(Dimansuhkan).

Perkara 20. (Naturalisasi bagi anggota-anggota angkatan Persekutuan - Dimansuhkan).

(Dimansuhkan).

Perkara 21. (Peruntukan am tentang naturalisasi - Dimansuhkan).

(Dimansuhkan).

Perkara 22. Kewarganegaraan melalui penggabungan wilayah.

Jika mana-mana wilayah baru diterima masuk ke dalam Persekutuan selepas Hari Malaysia menurut

Perkara 2, maka Parlimen boleh melalui undang-undang menentukan siapakah orang yang akan menjadi

12

warganegara oleh sebab hubungan mereka dengan wilayah itu dan tarikh atau tarikh-tarikh mereka itu akan

menjadi warganegara.

Bab 2 - Penamatan Kewarganegaraan

Perkara 23. Pelepasan kewarganegaraan.

(1) Mana-mana warganegara yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih dan yang sempurna akal yang

juga ialah seorang warganegara negara lain atau yang hampir menjadi seorang warganegara negara lain

boleh melepaskan kewarganegaraannya bagi Persekutuan melalui akuan yang didaftarkan oleh Kerajaan

Persekutuan, dan hendaklah sesudah itu terhenti menjadi warganegara.

(2) Akuan yang dibuat di bawah Perkara ini dalam masa apa-apa peperangan yang dalamnya Persekutuan

terlibat tidaklah boleh didaftarkan kecuali dengan kelulusan Kerajaan Persekutuan.

(3) Perkara ini terpakai bagi seseorang perempuan yang di bawah umur dua puluh satu tahun yang telah

berkahwin sebagaimana Perkara ini terpakai bagi seseorang yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih.

Perkara 24. Pelucutan kewarganegaraan kerana memperoleh atau menggunakan kewarganegaraan

asing, dsb.

(1) Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-mana warganegara telah memperoleh

kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan melalui pendaftaran, penaturalisasian atau

perbuatan sukarela dan formal yang lain (selain perkahwinan) maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui

perintah melucutkan kewarganegaraan orang itu.

(2) Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-mana warganegara telah menuntut dan

menggunakan dengan sukarela di mana-mana negara di luar Persekutuan apa-apa hak yang terdapat

untuknya di bawah undang-undang negara itu, iaitu hak-hak yang diberikan secara khusus kepada

warganegara negara itu maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan

orang itu.

(3) (Dimansuhkan). (3A) Tanpa menjejaskan keluasan Fasal (2), penggunaan hak undi dalam mana-mana

pemilihan politik di sesuatu tempat di luar Persekutuan hendaklah disifatkan sebagai penuntutan dan

penggunaan yang sukarela suatu hak yang terdapat di bawah undang-undang tempat itu; dan bagi maksud

Fasal (2), seseorang yang, selepas tarikh yang ditetapkan[1] oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah

bagi maksud Fasal ini—

(a) memohon kepada pihak berkuasa sesuatu tempat di luar Persekutuan supaya pasport

dikeluarkan atau dibaharui; atau

(b) menggunakan pasport yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa itu sebagai dokumen perjalanan,

hendaklah disifatkan dengan sukarela menuntut dan menggunakan suatu hak yang terdapat di bawah

undang-undang tempat itu, iaitu suatu hak yang diberikan secara khusus kepada warganegara tempat itu.

(4) Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-mana perempuan yang menjadi warganegara

melalui pendaftaran di bawah Fasal (1) Perkara 15 telah memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara

di luar Persekutuan oleh sebab perkahwinannya dengan seseorang yang bukan warganegara, maka

Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan perempuan itu.

13

Perkara 25. Pelucutan kewarganegaraan melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau

melalui penaturalisasian.

(1) Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana orang yang

menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau yang menjadi warganegara

melalui penaturalisasian jika berpuas hati—

(a) bahawa orang itu telah menunjukkan dirinya melalui perbuatan atau percakapan sebagai tidak

taat atau tidak setia kepada Persekutuan;

(b) bahawa orang itu, dalam masa apa-apa peperangan yang dalamnya Persekutuan sedang atau

telah terlibat, telah dengan menyalahi undang-undang berdagang dengan atau menghubungi musuh

atau melibatkan diri atau menjadi sekutu dalam apa-apa perniagaan yang pada pengetahuannya

telah dijalankan mengikut apa-apa cara sehingga dapat membantu musuh dalam peperangan itu;

atau

(c) bahawa orang itu, dalam tempoh lima tahun mulai dari tarikh pendaftaran atau dari tarikh

perakuan diberikan, telah dihukum dengan pemenjaraan di mana-mana negara selama tempoh tidak

kurang daripada dua belas bulan atau denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit atau yang senilai

dengannya dalam mata wang negara itu, dan telah tidak mendapat pengampunan bebas berkenaan

dengan kesalahan yang kerananya dia telah dihukum sedemikian.

(1A) Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana orang yang

menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau yang menjadi warganegara

melalui penaturalisasian jika berpuas hati bahawa orang itu, tanpa kelulusan Kerajaan Persekutuan, telah

menerima, berkhidmat dalam, atau melaksanakan tugas apa-apa jawatan, perjawatan atau pekerjaan di

bawah Kerajaan mana-mana negara di luar Persekutuan atau mana-mana subbahagian politiknya, atau di

bawah mana-mana agensi Kerajaan itu, dalam apa-apa hal jika suatu sumpah, ikrar atau akuan setia

dikehendaki berkenaan dengan jawatan, perjawatan atau pekerjaan itu:

Dengan syarat bahawa seseorang tidaklah boleh dilucutkan kewarganegaraannya di bawah Fasal ini oleh

sebab apa-apa jua yang dilakukan olehnya sebelum permulaan bulan Oktober 1962, berhubung dengan

suatu negara asing, dan sebelum permulaan bulan Januari 1977, berhubung dengan suatu negara

Komanwel, walaupun pada masa itu dia telah menjadi seorang warganegara.

(2) Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana orang yang

menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau yang menjadi warganegara

melalui penaturalisasian jika berpuas hati bahawa orang itu biasanya bermastautin di negara-negara di luar

Persekutuan bagi tempoh terus-menerus selama lima tahun dan dalam tempoh itu orang itu—

(a) tidak pernah pada bila-bila masa berada dalam perkhidmatan Persekutuan atau dalam

perkhidmatan sesuatu organisasi antarabangsa yang dianggotai oleh Kerajaan Persekutuan; dan

juga

(b) tidak mendaftarkan tiap-tiap tahun di konsulat Persekutuan niatnya hendak mengekalkan

kewarganegaraannya: Dengan syarat bahawa Fasal ini tidaklah terpakai bagi apa-apa tempoh

kemastautinan di mana-mana negara Komanwel sebelum permulaan bulan Januari 1977.

(3) (Dimansuhkan).

Perkara 26. Peruntukan lain bagi melucutkan kewarganegaraan melalui pendaftaran atau

penaturalisasian.

(1) Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana warganegara

yang menjadi warganegara melalui pendaftaran atau melalui penaturalisasian jika berpuas hati bahawa

pendaftaran atau perakuan naturalisasi itu—

(a) telah didapati dengan cara fraud, nyataan palsu atau penyembunyian apa-apa fakta material; atau

14

(b) telah dibuat atau diberikan dengan silap.

(2) Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana perempuan

yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Fasal (1) Perkara 15 jika berpuas hati bahawa

perkahwinan yang disebabkan olehnya perempuan itu didaftarkan telah dibubarkan, melainkan disebabkan

oleh kematian, dalam tempoh dua tahun mulai dari tarikh perkahwinan itu.

(3) (Dimansuhkan).

(4) (Dimansuhkan).

Perkara 26A. Pelucutan kewarganegaraan anak orang yang hilang kewarganegaraannya.

Jika seseorang telah melepaskan kewarganegaraannya atau telah dilucutkan kewarganegaraannya di

bawah Fasal (1) Perkara 24 atau perenggan (a) Fasal (1) Perkara 26, maka Kerajaan Persekutuan boleh

melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana anak orang itu yang di bawah umur dua puluh

satu tahun yang telah didaftarkan sebagai warganegara menurut Perlembagaan ini dan telah didaftarkan

sedemikian sebagai anak orang itu atau anak isteri atau anak suami orang itu.

Perkara 26B. Peruntukan am tentang kehilangan kewarganegaraan.

(1) Pelepasan atau pelucutan kewarganegaraan tidaklah melepaskan seseorang daripada liabiliti berkenaan

dengan apa-apa jua yang dilakukan atau tidak dilakukan sebelum dia terhenti menjadi warganegara.

(2) Tiada seorang pun boleh dilucutkan kewarganegaraan di bawah Perkara 25, 26 atau 26A melainkan jika

Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa tidak berfaedah bagi kebaikan awam untuk dia terus menjadi

warganegara; dan tiada seorang pun boleh dilucutkan kewarganegaraan di bawah Perkara 25, perenggan

(b) Fasal (1) Perkara 26, atau Perkara 26A jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa akibat daripada

pelucutan itu dia tidak akan menjadi warganegara mana-mana negara.

Perkara 27. Tatacara bagi pelucutan.

(1) Sebelum membuat sesuatu perintah di bawah Perkara 24, 25 atau 26, Kerajaan Persekutuan hendaklah

memberikan notis secara bertulis kepada orang yang terhadapnya perintah itu dicadangkan hendak dibuat

memberitahu orang itu tentang alasan perintah itu dicadangkan hendak dibuat dan tentang haknya untuk

merujukkan kes itu kepada suatu jawatankuasa siasatan di bawah Perkara ini.

(2) Jika mana-mana orang yang kepadanya notis itu diberikan memohon supaya kes itu dirujukkan seperti

yang disebut terdahulu, maka Kerajaan Persekutuan hendaklah, dan dalam apa-apa kes lain Kerajaan

Persekutuan boleh, merujukkan kes itu kepada suatu jawatankuasa siasatan yang terdiri daripada seorang

pengerusi (iaitu seorang yang mempunyai pengalaman kehakiman) dan dua orang anggota lain yang dilantik

oleh Kerajaan itu bagi maksud itu.

(3) Dalam hal mana-mana rujukan sedemikian, jawatankuasa itu hendaklah mengadakan suatu siasatan

mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Kerajaan Persekutuan, dan mengemukakan

laporannya kepada Kerajaan itu; dan Kerajaan Persekutuan hendaklah mengambil kira laporan itu dalam

memutuskan sama ada hendak membuat perintah itu atau tidak.

Perkara 28. Pemakaian Bab 2 bagi warganegara tertentu melalui kuat kuasa undang-undang.

(1) Bagi maksud peruntukan yang terdahulu dalam Bab ini—

(a) mana-mana orang yang sebelum Hari Merdeka menjadi warganegara persekutuan atau

warganegara bagi Persekutuan melalui pendaftaran sebagai warganegara atau berikutan dengan

15

pendaftarannya sebagai rakyat seseorang Raja, atau melalui pemberian perakuan kewarganegaraan,

di bawah mana-mana peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, atau mana-mana

peruntukan mana-mana undang-undang Negeri hendaklah dikira sebagai warganegara melalui

pendaftaran dan, jika dia tidak dilahirkan di dalam Persekutuan, sebagai warganegara melalui

pendaftaran di bawah Perkara 17;

(b) seseorang perempuan yang sebelum Hari Merdeka menjadi warganegara persekutuan atau

warganegara bagi Persekutuan melalui pendaftaran sebagai warganegara, atau berikutan dengan

pendaftarannya sebagai rakyat seseorang Raja, di bawah mana-mana peruntukan Perjanjian

tersebut atau mana-mana peruntukan mana-mana undang-undang Negeri yang membenarkan

pendaftaran perempuan yang berkahwin dengan warganegara bagi Persekutuan atau dengan rakyat

Raja hendaklah dikira sebagai warganegara melalui pendaftaran di bawah Fasal (1) Perkara 15;

(c) mana-mana orang yang sebelum Hari Merdeka telah dinaturalisasikan sebagai warganegara

persekutuan atau warganegara bagi Persekutuan di bawah Perjanjian tersebut atau yang menjadi

warganegara persekutuan atau warganegara bagi Persekutuan berikutan dengan

penaturalisasiannya sebagai rakyat seseorang Raja di bawah mana-mana undang-undang Negeri

hendaklah (tertakluk kepada Fasal (2)) dikira sebagai warganegara melalui penaturalisasian,

dan sebutan dalam peruntukan itu mengenai pendaftaran atau penaturalisasian seseorang warganegara

hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

(2) Tiada seorang pun yang dilahirkan di dalam Persekutuan boleh menurut kuasa Perkara ini dilucutkan

kewarganegaraan di bawah Perkara 25.

(3) Seseorang yang pada Hari Merdeka menjadi warganegara melalui kuat kuasa undang-undang oleh

sebab telah menjadi warganegara bagi Persekutuan sebaik sebelum hari itu tidak boleh dilucutkan

kewarganegaraan di bawah Fasal (1) atau (2) Perkara 24 oleh sebab apa-apa jua yang dilakukan pada atau

sebelum hari itu; tetapi dalam hal mana-mana orang sedemikian Fasal (2) Perkara 25 hendaklah terpakai

juga berhubung dengan tempoh kemastautinan di negara-negara asing yang bermula sebelum Hari Merdeka

dan berhubung dengan sesuatu tempoh sedemikian yang bermula pada atau selepas hari itu.

Perkara 28A. Pelucutan kewarganegaraan orang yang menjadi warganegara pada Hari Malaysia.

(1) (Dimansuhkan).

(2) Bagi maksud Perkara 24, 25, 26 dan 26A seseorang yang pada Hari Malaysia menjadi warganegara

melalui kuat kuasa undang-undang kerana sebaik sebelum hari itu dia mempunyai taraf warganegara United

Kingdom dan Tanah-Tanah Jajahan hendaklah dikira—

(a) sebagai warganegara melalui pendaftaran jika dia memperoleh taraf itu melalui pendaftaran; dan

(b) sebagai warganegara melalui penaturalisasian jika dia memperoleh taraf itu melalui atau

berikutan dengan penaturalisasian,

dan sebutan dalam Perkara itu mengenai pendaftaran atau penaturalisasian seseorang warganegara

hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

(3) Jika di bawah Perkara ini seseorang perempuan hendaklah dikira sebagai warganegara melalui

pendaftaran, dan taraf yang berikutan dengannya dia hendaklah dikira sedemikian telah diperolehnya oleh

sebab perkahwinan, maka bagi maksud Fasal (4) Perkara 24 dan Fasal (2) Perkara 26 dia hendaklah dikira

sebagai warganegara melalui pendaftaran di bawah Fasal (1) Perkara 15.

(4) Jika di bawah Perkara ini seseorang yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia hendaklah dikira sebagai

warganegara melalui pendaftaran oleh sebab hubungan dengan Negeri Sabah atau Sarawak dan dia tidak

dilahirkan di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah dan Sarawak, maka Perkara 25

hendaklah terpakai baginya seolah-olah dia ialah seorang warganegara melalui pendaftaran di bawah

Perkara 16A atau 17.

16

(5) Walaupun di bawah Perkara ini seseorang hendaklah dikira sebagai warganegara melalui

penaturalisasian, dia tidaklah boleh dilucutkan kewarganegaraannya di bawah Perkara 25 jika dia dilahirkan

sebelum Hari Malaysia di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah dan Sarawak, dan dia

hendaklah dikira sedemikian oleh sebab taraf yang diperoleh melalui atau berikutan dengan penaturalisasian

di wilayah-wilayah itu.

(6) Tanpa menjejaskan Fasal-Fasal yang terdahulu, jika pada Hari Malaysia seseorang menjadi

warganegara melalui kuat kuasa undang-undang oleh sebab apa-apa taraf yang dimilikinya sebaik sebelum

hari itu, tetapi taraf itu boleh dilucutkan daripadanya di bawah undang-undang yang berhubungan dengan

pelucutan itu berkenaan dengan perkara-perkara yang dilakukan sebelum hari itu, maka Kerajaan

Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraannya, jika prosiding bagi maksud itu

dimulakan sebelum bulan September 1965; tetapi Fasal (2) Perkara 26B dan, tertakluk kepada Fasal (7),

Perkara 27 hendaklah terpakai bagi perintah di bawah Fasal ini sebagaimana Fasal-Fasal itu terpakai bagi

perintah di bawah Perkara 25.

(7) Jika seseorang boleh dilucutkan kewarganegaraannya di bawah Fasal (6) dan prosiding telah dimulakan

sebelum Hari Malaysia untuk melucutkan taraf yang disebabkan olehnya dia memperoleh

kewarganegaraannya, maka prosiding itu hendaklah dikira sebagai prosiding untuk melucutkan

kewarganegaraannya di bawah Fasal itu, dan hendaklah diteruskan sebagai yang demikian; tetapi prosiding

itu hendaklah diteruskan mengikut undang-undang yang berhubungan dengan taraf itu sebaik sebelum Hari

Malaysia, dan fungsi Kerajaan Persekutuan berhubung dengannya hendaklah diwakilkan kepada manamana

pihak berkuasa Negeri yang berkenaan sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan.

Bab 3 – Tambahan

Perkara 29. Kewarganegaraan Komanwel.

(1) Mengikut kedudukan Persekutuan di dalam Komanwel, tiap-tiap orang yang menjadi warganegara

Persekutuan menikmati, oleh sebab kewarganegaraannya itu, taraf warganegara Komanwel bersama-sama

dengan warganegara negara-negara Komanwel yang lain.

(2) Kecuali setakat yang diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, mana-mana undang-undang yang sedia

ada hendaklah terpakai berhubung dengan warganegara Republik Ireland yang bukan juga warganegara

Komanwel sebagaimana undang-undang itu terpakai berhubung dengan warganegara Komanwel.

Perkara 30. Perakuan kewarganegaraan.

(1) Apabila permohonan dibuat oleh mana-mana orang yang berkenaan dengan kewarganegaraannya

terdapat keraguan, sama ada mengenai fakta atau mengenai undang-undang, Kerajaan Persekutuan boleh

memperakui bahawa orang itu ialah seorang warganegara.

(2) Sesuatu perakuan yang dikeluarkan di bawah Fasal (1), melainkan jika dibuktikan bahawa perakuan itu

telah didapati dengan cara fraud, nyataan palsu atau penyembunyian apa-apa fakta material, hendaklah

menjadi keterangan konklusif bahawa orang yang dimaksudkan olehnya ialah seorang warganegara pada

tarikh perakuan itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa keterangan bahawa dia ialah seorang warganegara

pada tarikh yang lebih awal.

(3) Bagi maksud menentukan sama ada seseorang dilahirkan sebagai warganegara Persekutuan, apa-apa

soal sama ada dia dilahirkan sebagai warganegara suatu negara lain hendaklah diputuskan oleh Kerajaan

Persekutuan dan perakuan Kerajaan Persekutuan mengenai soal itu adalah konklusif (melainkan jika

dibuktikan bahawa perakuan itu telah didapati dengan cara fraud, nyataan palsu atau penyembunyian

sesuatu fakta material).

(4) (Dimansuhkan).

17

Perkara 30A. (Hak mengundi, dsb., bagi warganegara Singapura dan warganegara lain Dimansuhkan)

(Dimansuhkan).

Perkara 30B. (Perhubungan tentang kewarganegaraan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan

Singapura - Dimansuhkan)

(Dimansuhkan).

Perkara 31. Pemakaian Jadual Kedua.

Sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, peruntukan tambahan yang terkandung dalam Bahagian

III Jadual Kedua hendaklah berkuat kuasa bagi maksud Bahagian ini.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA/PERSEKUTUAN

• 1 Bab 1 - Ketua Utama Negara

• 2 Bab 2 - Majlis Raja-Raja

• 3 Bab 3 - Badan Eksekutif

• 4 Bab 4 - Badan Perundangan Persekutuan

• 5 Bab 5 - Tatacara perundangan

• 6 Bab 6 - Keupayaan berkenaan dengan harta, kontrak dan guaman

Bab 1 - Ketua Utama Negara

Perkara 32. Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isterinya.

(1) Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, digelar Yang di-Pertuan Agong,

yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh

dikenakan apa-apa jua pun prosiding di dalam mana-mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas

yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.

(2) Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada

segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.

(3) Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja bagi tempoh lima tahun, tetapi boleh pada

bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan

kepada Majlis Raja-Raja atau boleh dipecat daripada jawatannya oleh Majlis Raja-Raja, dan hendaklah

berhenti memegang jawatan apabila terhenti menjadi Raja.

(4) Peruntukan Bahagian I dan III Jadual Ketiga hendaklah terpakai bagi pemilihan dan pemecatan Yang di-

Pertuan Agong.

Perkara 33. Timbalan Ketua Utama Negara bagi Persekutuan.

(1) Maka hendaklah ada seorang Timbalan Ketua Utama Negara bagi Persekutuan (digelar Timbalan Yang

di-Pertuan Agong) yang hendaklah menjalankan fungsi dan mempunyai keistimewaan Yang di-Pertuan

Agong selama apa-apa kekosongan dalam jawatan Yang di-Pertuan Agong dan selama apa-apa tempoh

semasa Yang di-Pertuan Agong tidak dapat menjalankan fungsi jawatannya kerana sakit, tidak ada di dalam

Persekutuan atau kerana apa-apa sebab lain, tetapi Timbalan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh

18

menjalankan fungsi itu semasa Yang di-Pertuan Agong tidak berdaya atau tidak ada di dalam Persekutuan

selama tempoh yang dijangka kurang daripada lima belas hari, melainkan jika Timbalan Yang di-Pertuan

Agong berpuas hati bahawa adalah perlu atau suai manfaat untuk menjalankan fungsi itu.

(2) Timbalan Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja bagi tempoh lima tahun, atau

jika dipilih dalam tempoh yang baginya Yang di-Pertuan Agong dipilih, bagi baki tempoh itu, tetapi boleh

pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang

ditujukan kepada Majlis Raja-Raja, dan hendaklah berhenti memegang jawatan apabila terhenti menjadi

Raja.

(3) Jika dalam tempoh yang baginya Timbalan Yang di-Pertuan Agong itu dipilih berlaku kekosongan dalam

jawatan Yang di-Pertuan Agong, maka tempoh jawatannya hendaklah tamat apabila kekosongan itu diisi.

(4) Peruntukan Bahagian II Jadual Ketiga hendaklah terpakai bagi pemilihan Timbalan Yang di-Pertuan

Agong.

(5) Parlimen boleh melalui undang-undang[1] membuat peruntukan supaya fungsi Yang di-Pertuan Agong

dijalankan oleh seorang Raja dalam hal jika fungsi itu kena menurut Fasal (1) dijalankan oleh Timbalan Yang

di-Pertuan Agong tetapi tidak dapat dijalankan sedemikian kerana jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong

kosong atau kerana Timbalan Yang di-Pertuan Agong sakit, tidak ada di dalam Persekutuan atau kerana

apa-apa sebab lain; tetapi undang-undang sedemikian tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-

Raja.

Perkara 33A. Yang di-Pertuan Agong hendaklah terhenti menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong

jika dipertuduh atas suatu kesalahan.

(1) Jika Yang di-Pertuan Agong dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang di

dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV dia hendaklah terhenti menjalankan fungsi

Yang di-Pertuan Agong.

(2) Tempoh Yang di-Pertuan Agong terhenti, di bawah Fasal (1), menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong

hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada tempoh jawatan Yang di-Pertuan Agong yang

diperuntukkan dalam Fasal (3) Perkara 32.

Perkara 34. Ketidakbolehan Yang di-Pertuan Agong, dsb.

(1) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan fungsinya sebagai Raja Negerinya kecuali fungsinya

sebagai Ketua agama Islam.

(2) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang baginya ada apa-apa saraan.

(3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melibatkan diri secara aktif dalam apa-apa perusahaan komersil.

(4) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menerima apa-apa jua jenis emolumen yang kena dibayar atau

terakru kepadanya sebagai Raja Negerinya di bawah peruntukan Perlembagaan Negeri itu atau peruntukan

mana-mana undang-undang Negeri.

(5) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh, tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja, meninggalkan Persekutuan

selama lebih daripada lima belas hari, kecuali semasa lawatan Negara ke suatu negara lain.

(6) Fasal (2) dan (3) hendaklah juga terpakai bagi Raja Permaisuri Agong.

(7) Jika Timbalan Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh undangundang

menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong selama tempoh melebihi lima belas hari, maka Fasal (1)

19

hingga (5) hendaklah terpakai baginya sepanjang tempoh itu sebagaimana Fasal-Fasal itu terpakai bagi

Yang di-Pertuan Agong.

(8) Tiada apa-apa jua dalam Fasal (1) boleh menghalang Yang di-Pertuan Agong daripada menjalankan

apa-apa kuasa yang terletak hak padanya sebagai Raja Negerinya sama ada berseorangan atau bersamasama

dengan mana-mana pihak berkuasa lain—

(a) bagi meminda Perlembagaan Negeri itu; atau

(b) bagi melantik seorang Pemangku Raja atau anggota Majlis Pemangku Raja sebagai ganti manamana

Pemangku Raja atau anggota Majlis Pemangku Raja, mengikut mana-mana yang berkenaan,

yang telah mati atau yang tidak berupaya kerana apa-apa sebab untuk masing-masing

melaksanakan tugas jawatan Pemangku Raja atau anggota Majlis Pemangku Raja.

Perkara 35. Peruntukan Diraja bagi Yang di-Pertuan Agong dan Isterinya dan saraan Timbalan Yang

di-Pertuan Agong.

(1) Parlimen hendaklah melalui undang-undang[2] memperuntukkan suatu Peruntukan Diraja bagi Yang di-

Pertuan Agong yang hendaklah termasuk peruntukan untuk membayar anuiti kepada Raja Permaisuri

Agong, dan Peruntukan Diraja itu hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan dan tidak

boleh dikurangkan semasa Yang di-Pertuan Agong memegang jawatannya.

(2) Parlimen hendaklah melalui undang-undang[3] membuat peruntukan bagi saraan Timbalan Yang di-

Pertuan Agong atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk menjalankan

fungsi Yang di-Pertuan Agong selama apa-apa tempoh semasa dia menjalankan fungsi itu, dan saraan yang

diperuntukkan menurut Fasal ini hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan.

Perkara 36. Mohor Besar.

Yang di-Pertuan Agong hendaklah menyimpan dan menggunakan Mohor Besar Persekutuan.[4]

Perkara 37. Sumpah jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong.

(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah sebelum menjalankan fungsinya mengangkat dan menandatangani

sumpah jawatan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Keempat di hadapan Majlis Raja-Raja dan

dengan kehadiran Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan (atau semasa ketiadaannya dengan

kehadiran hakim Mahkamah Persekutuan yang kanan selepasnya yang ada); dan sumpah itu hendaklah

diakusaksikan oleh dua orang yang dilantik bagi maksud itu oleh Majlis Raja-Raja.

(2) Timbalan Yang di-Pertuan Agong hendaklah sebelum menjalankan fungsinya, selain fungsi yang boleh

dijalankan bagi maksud memanggil Majlis Raja-Raja bermesyuarat, mengangkat dan menandatangani

sumpah jawatan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Keempat di hadapan Majlis Raja-Raja dan

dengan kehadiran Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan (atau semasa ketiadaannya dengan

kehadiran hakim Mahkamah Persekutuan yang kanan selepasnya yang ada).

(3) Sumpah tersebut, yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, dinyatakan dalam Bahagian III Jadual

Keempat.

(4) Apa-apa undang-undang yang dibuat di bawah Fasal (5) Perkara 33 hendaklah membuat peruntukan

yang bersamaan dengan Fasal (2) (dengan ubah suaian yang perlu).

20

Bab 2 - Majlis Raja-Raja

Perkara 38. Majlis Raja-Raja.

(1) Maka hendaklah ada suatu Majlis Raja-Raja yang ditubuhkan mengikut Jadual Kelima.

(2) Majlis Raja-Raja hendaklah menjalankan fungsinya bagi—

(a) memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan

Jadual Ketiga;

(b) mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara

agama diperluas ke Persekutuan secara menyeluruh;

(c) memperkenankan atau tidak memperkenankan apa-apa undang-undang dan membuat atau

memberikan nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang di bawah Perlembagaan ini dikehendaki

diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja atau dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan

Majlis Raja-Raja;

(d) melantik anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182;

(e) memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum, atau meremitkan, menggantung atau

meringankan hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42,

dan boleh menimbang teliti soal-soal mengenai dasar negara (misalnya perubahan tentang dasar imigresen)

dan apa-apa perkara lain yang difikirkannya patut.

(3) Apabila Majlis Raja-Raja menimbang teliti perkara mengenai dasar negara Yang di-Pertuan Agong

hendaklah disertai oleh Perdana Menteri, dan Raja-Raja yang lain serta Yang di-Pertua-Yang di-Pertua

Negeri disertai oleh Menteri-Menteri Besar atau Ketua-Ketua Menteri mereka; dan penimbangtelitian itu

adalah antara fungsi yang dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut nasihat Jemaah Menteri, dan

oleh Raja-Raja yang lain serta Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri itu mengikut nasihat Majlis Mesyuarat

Kerajaan mereka.

(4) Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau

kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

(5) Majlis Raja-Raja hendaklah dirundingi sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar yang

menyentuh tindakan pentadbiran di bawah Perkara 153.

(6) Anggota Majlis Raja-Raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam apa-apa prosiding yang

berhubungan dengan fungsi yang berikut, iaitu:

(a) memilih Yang di-Pertuan Agong atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya, atau

memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong;

(b) memberikan nasihat mengenai apa-apa pelantikan;

(c) memperkenankan atau tidak memperkenankan apa-apa undang-undang yang mengubah

sempadan sesuatu Negeri atau yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau

kebesaran Raja-Raja;

(d) mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara

agama diperluas ke Persekutuan secara menyeluruh;

(e) pelantikan anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182; atau

(f) memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum, atau meremitkan, menggantung atau

meringankan hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42.

(7) (Dimansuhkan).

21

Bab 3 - Badan Eksekutif

Perkara 39. Kuasa eksekutif Persekutuan.

Kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong dan, tertakluk kepada

peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, bolehlah dijalankan

olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri,

tetapi Parlimen boleh, melalui undang-undang, memberikan fungsi eksekutif kepada orang lain.

Perkara 40 - Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat.

(1) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, Yang di-

Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang

bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh

Perlembagaan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa

maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.

(1A) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang

di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan

nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

(2) Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut,

iaitu:

(a) melantik seorang Perdana Menteri;

(b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen;

(c) meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan

keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan apaapa

tindakan pada mesyuarat itu,

dan dalam apa-apa hal lain yang disebut dalam Perlembagaan ini.

(3) Undang-undang persekutuan boleh membuat peruntukan bagi menghendaki Yang di-Pertuan Agong

bertindak selepas berunding dengan atau atas syor mana-mana orang atau kumpulan orang selain Jemaah

Menteri pada menjalankan mana-mana fungsinya selain—

(a) fungsi yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya;

(b) fungsi yang berkenaan dengan penjalanannya peruntukan ada dibuat dalam mana-mana Perkara

lain.

Perkara 41. Pemerintah tertinggi angkatan tentera.

Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan.

Perkara 42. Kuasa pengampunan, dsb.

(1) Yang di-Pertuan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan

segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan di

dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan Raja atau Yang di-Pertua Negeri

sesuatu Negeri berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala

kesalahan lain yang dilakukan di dalam Negerinya.

(2) Tertakluk kepada Fasal (10), dan tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan undang-undang

persekutuan yang berhubungan dengan peremitan hukuman kerana kelakuan baik atau khidmat khas, apa22

apa kuasa yang diberikan oleh undang-undang persekutuan atau undang-undang Negeri bagi meremitkan,

menggantung atau meringankan hukuman bagi apa-apa kesalahan bolehlah dijalankan oleh Yang di-Pertuan

Agong jika hukuman itu telah dijatuhkan oleh mahkamah tentera atau oleh mahkamah sivil yang

menjalankan bidang kuasa di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, dan dalam

apa-apa hal lain, kuasa itu bolehlah dijalankan oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri tempat

kesalahan itu telah dilakukan.

(3) Jika sesuatu kesalahan telah dilakukan keseluruhannya atau sebahagiannya di luar Persekutuan atau di

lebih daripada satu Negeri atau dalam hal keadaan yang boleh menimbulkan keraguan di mana kesalahan

itu telah dilakukan, maka bagi maksud Perkara ini kesalahan itu hendaklah dikira telah dilakukan di Negeri

tempat kesalahan itu telah dibicarakan. Bagi maksud Fasal ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah

Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah

masing-masingnya dikira sebagai suatu Negeri.

(4) Kuasa yang disebut dalam Perkara ini—

(a) adalah, setakat yang kuasa itu boleh dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong, antara fungsi yang

peruntukan berkenaan dengannya boleh dibuat oleh undang-undang persekutuan di bawah Fasal (3)

Perkara 40;

(b) hendaklah, setakat yang kuasa itu boleh dijalankan oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu

Negeri, dijalankan mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu

mengikut Fasal (5).

(5) Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi setiap Negeri hendaklah terdiri daripada Peguam Negara

Persekutuan, Ketua Menteri Negeri itu dan tidak lebih daripada tiga orang anggota lain yang hendaklah

dilantik oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri; tetapi Peguam Negara boleh dari semasa ke semasa melalui

surat cara secara bertulis mewakilkan fungsinya sebagai anggota Lembaga itu kepada mana-mana orang

lain, dan Raja atau Yang di-Pertua Negeri boleh melantik mana-mana orang untuk menjalankan buat

sementara fungsi mana-mana anggota Lembaga yang dilantik olehnya yang tidak hadir atau tidak dapat

menjalankan fungsinya.

(6) Anggota Lembaga Pengampunan yang dilantik oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri hendaklah dilantik

bagi tempoh selama tiga tahun dan layak dilantik semula, tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan

jawatan sebagai anggota Lembaga.

(7) Seseorang ahli Dewan Undangan sesuatu Negeri atau ahli Dewan Rakyat tidak boleh dilantik oleh Raja

atau Yang di-Pertua Negeri untuk menjadi anggota Lembaga Pengampunan atau untuk menjalankan buat

sementara fungsi anggota Lembaga.

(8) Lembaga Pengampunan hendaklah bermesyuarat dengan kehadiran Raja atau Yang di-Pertua Negeri

dan Raja atau Yang di-Pertua Negeri itu hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.

(9) Sebelum memberikan nasihatnya mengenai apa-apa perkara, Lembaga Pengampunan hendaklah

menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah dikemukakan oleh Peguam Negara mengenai

perkara itu.

(10) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perkara ini, kuasa untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega

hukum berkenaan dengan, atau untuk meremitkan, menggantung atau meringankan, hukuman yang

dikenakan oleh mana-mana mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang yang

mengawal selia hal ehwal agama Islam di Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah atau Sarawak atau Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bolehlah dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai

Ketua agama Islam di dalam Negeri itu.

(11) Bagi maksud Perkara ini, maka hendaklah ditubuhkan Lembaga Pengampunan tunggal bagi Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan peruntukan Fasal (5), (6), (7), (8) dan (9) hendaklah

23

terpakai mutatis mutandis bagi Lembaga Pengampunan di bawah Fasal ini kecuali bahawa sebutan

mengenai "Raja atau Yang di-Pertua Negeri" hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Yang di-

Pertuan Agong dan sebutan mengenai "Ketua Menteri Negeri itu" hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan

mengenai Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

(12) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini, jika kuasa yang disebut dalam

Perkara ini—

(a) kena dijalankan oleh Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri dan dikehendaki dijalankan

berkenaan dengan dirinya atau isterinya, anak lelakinya atau anak perempuannya, kuasa itu

hendaklah dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Lembaga

Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu di bawah Perkara ini dan yang hendaklah

dipengerusikan olehnya;

(b) dikehendaki dijalankan berkenaan dengan Yang di-Pertuan Agong, Raja sesuatu Negeri, atau

Isterinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Majlis Raja-

Raja dan peruntukan yang berikut hendaklah terpakai:

(i) apabila menghadiri mana-mana prosiding di bawah Fasal ini, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh

disertai oleh Perdana Menteri dan Raja-Raja lain tidak boleh disertai oleh Menteri-Menteri Besar

mereka;

(ii) sebelum membuat keputusannya tentang apa-apa perkara di bawah Fasal ini, Majlis Raja-Raja

hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah diberikan oleh Peguam

Negara tentang perkara itu;

(c) dikehendaki dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan

anak lelakinya atau anak perempuannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa itu

hendaklah dijalankan oleh Raja sesuatu Negeri yang dinamakan oleh Majlis Raja-Raja dan Raja itu

hendaklah bertindak mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang berkenaan yang ditubuhkan di

bawah Perkara ini.

(13) Bagi maksud perenggan (b) dan (c) Fasal (12), Yang di-Pertuan Agong atau Raja Negeri yang

berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri tidak boleh

menjadi anggota Majlis Raja-Raja.

Perkara 43. Jemaah Menteri.

(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam:

penjalanan fungsinya.

(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:

(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk

mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin

mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan

(b) atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-Menteri lain

daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen;

tetapi jika sesuatu pelantikan dibuat semasa Parlimen terbubar, seseorang yang menjadi ahli Dewan Rakyat

yang lepas boleh dilantik tetapi tidak boleh terus memegang jawatan selepas permulaan penggal Parlimen

yang berikutnya melainkan, jika dia telah dilantik menjadi Perdana Menteri, dia ialah ahli Dewan Rakyat yang

baru itu, dan dalam apa-apa hal lain, dia ialah ahli sama ada bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

(3) Jemaah Menteri hendaklah bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen.

(4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana

Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen

dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

24

(5) Tertakluk kepada Fasal (4), Menteri-Menteri selain Perdana Menteri hendaklah memegang jawatan

selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, melainkan jika pelantikan mana-mana Menteri telah

dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, tetapi mana-mana Menteri boleh

meletakkan jawatannya.

(6) Sebelum seseoraag Menteri menjalankan fungsi jawatannya dia hendaklah mengangkat dan

menandatangani di hadapan Yang di-Pertuan Agong sumpah jawatan dan sumpah setia dan juga sumpah

simpan rahsia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam.

(7) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perkara ini, seseorang yang menjadi warganegara melalui

penaturalisasian atau melalui pendaftaran di bawah Perkara 17 tidak boleh dilantik menjadi Perdana Menteri.

(8) (Dimansuhkan).

(9) Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi saraan anggota Jemaah Menteri.

Perkara 43A. Timbalan-Timbalan Menteri.

(1) Yang di-Pertuan Agong boleh atas nasihat Perdana Menteri melantik Timbalan-Timbalan Menteri

daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen; tetapi jika sesuatu pelantikan dibuat semasa

Parlimen terbubar, seseorang yang menjadi ahli Dewan Rakyat yang lepas boleh dilantik tetapi tidaklah

boleh memegang jawatan selepas permulaan penggal Parlimen yang berikutnya melainkan jika dia ialah ahli

sama ada bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

(2) Timbalan-Timbalan Menteri hendaklah membantu Menteri-Menteri pada menunaikan tugas dan fungsi

mereka, dan bagi maksud sedemikian hendaklah mempunyai segala kuasa Menteri.

(3) Peruntukan Fasal (5) dan (6) Perkara 43 hendaklah terpakai bagi Timbalan Menteri sebagaimana

peruntukan itu terpakai bagi Menteri.

(4) Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi saraan Timbalan-Timbalan

Menteri.

Perkara 43B. Setiausaha-Setiausaha Parlimen.

(1) Perdana Menteri boleh melantik Setiausaha-Setiausaha Parlimen daripada kalangan ahli mana-mana

satu Majlis Parlimen; tetapi jika sesuatu pelantikan dibuat semasa Parlimen terbubar, seseorang yang

menjadi ahli Dewan Rakyat yang lepas boleh dilantik tetapi tidak1ah boleh memegang jawatan selepas

permulaan penggal Parlimen yang berikutnya melainkan jika dia ialah ahli sama ada bagi Dewan Rakyat

atau Dewan Negara.

(2) Setiausaha-Setiausaha Parlimen hendaklah membantu Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri

pada menunaikan tugas dan fungsi mereka, dan bagi maksud sedemikian hendaklah mempunyai segala

kuasa Menteri dan Timbalan Menteri.

(3) Seseorang Setiausaha Parlimen boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya, dan pelantikannya

sebagai yang demikian boleh ditamatkan pada bila-bila masa oleh Perdana Menteri.

(4) Sebelum seseorang Setiausaha Parlimen menjalankan fungsi jawatannya dia hendaklah mengangkat

dan menandatangani di hadapan Perdana Menteri sumpah simpan rahsia yang dinyatakan dalam Jadual

Keenam.

(5) Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi saraan Setiausaha-Setiausaha

Parlimen.

25

Perkara 43C. Setiausaha-Setiausaha Politik.

(1) Perdana Menteri boleh melantik apa-apa bilangan orang yang difikirkannya patut untuk menjadi

Setiausaha-Setiausaha Politik.

(2) Seseorang yang dilantik sebagai Setiausaha Politik menurut kuasa Perkara ini—

(a) tidak semestinya seorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen;

(b) boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa;

(c) tertakluk kepada perenggan (b), hendaklah terus memegang jawatan sehingga masa

pelantikannya ditamatkan oleh Perdana Menteri.

(3) Peruntukan Fasal (4) Perkara 43B hendaklah terpakai bagi Setiausaha-Setiausaha Politik sebagaimana

peruntukan itu terpakai bagi Setiausaha-Setiausaha Parlimen.

(4) Tugas dan fungsi Setiausaha-Setiausaha Politik, dan saraan mereka, hendaklah ditentukan oleh Jemaah

Menteri.

Bab 4 - Badan Perundangan Persekutuan

Perkara 44. Keanggotaan Parlimen.

Kuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen yang hendaklah terdiri daripada

Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Perkara 45. Keanggotaan Dewan Negara.

(1) Tertakluk kepada Fasal (4), Dewan Negara hendaklah terdiri daripada ahli-ahli dipilih dan dilantik seperti

yang berikut:

(a) dua orang ahli bagi setiap Negeri hendaklah dipilih mengikut Jadual Ketujuh; dan

(aa) dua orang ahli bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan

Labuan dan seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya hendaklah dilantik oleh Yang di-

Pertuan Agong; dan

(b) empat puluh orang ahli hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

(2) Ahli-ahli yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah orang yang pada pendapatnya telah

memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang atau telah mencapai keunggulan dalam profesion,

perdagangan, perindustrian, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau yang mewakili ras

minoriti atau berkebolehan mewakili kepentingan orang asli.

(3) Tempoh jawatan seseorang ahli Dewan Negara ialah tiga tahun dan tempoh itu tidaklah tersentuh

dengan pembubaran Parlimen.

(3A) Seseorang ahli Dewan Negara tidak boleh memegang jawatan selama lebih daripada dua penggal

sama ada terus-menerus atau selainnya: Dengan syarat bahawa jika seseorang yang telahpun tamat dua

tempoh jawatan atau lebih sebagai ahli Dewan Negara ialah sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Fasal ini

seorang ahli Dewan Negara, maka dia boleh terus berkhidmat sebagai ahli sedemikian selama baki tempoh

jawatannya.

(4) Parlimen boleh melalui undang-undang—

(a) menambah bilangan ahli yang akan dipilih bagi setiap Negeri menjadi tiga;

26

(b) memperuntukkan bahawa ahli yang akan dipilih bagi setiap Negeri dipilih sedemikian melalui undi

terus oleh pemilih-pemilih Negeri itu;

(c) mengurangkan bilangan ahli dilantik atau menghapuskan ahli dilantik.

Perkara 46. Keanggotaan Dewan Rakyat.

(1) Dewan Rakyat hendaklah terdiri daripada dua ratus dua puluh dua orang ahli dipilih.

(2) Maka hendaklah ada—

(a) dua ratus sembilan orang ahli dari Negeri-negeri di Malaysia seperti yang berikut:

(i) dua puluh enam orang ahli dari Johor;

(ii) lima belas orang ahli dari Kedah;

(iii) empat belas orang ahli dari Kelantan;

(iv) enam orang ahli dari Melaka;

(v) lapan orang ahli dari Negeri Sembilan;

(vi) empat belas orang ahli dari Pahang;

(vii) tiga belas orang ahli dari Pulau Pinang;

(viii) dua puluh empat orang ahli dari Perak;

(ix) tiga orang ahli dari Perlis;

(x) dua puluh lima orang ahli dari Sabah;

(xi) tiga puluh satu orang ahli dari Sarawak;

(xii) dua puluh dua orang ahli dari Selangor; dan

(xiii) lapan orang ahli dari Terengganu; dan

(b) tiga belas orang ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya seperti yang

berikut:

(i) sebelas orang ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;

(ii) seorang ahli dari Wilayah Persekutuan Labuan;

(iii) seorang ahli dari Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Perkara 47. Kelayakan menjadi ahli Parlimen.

Tiap-tiap warganegara yang bermastautin di Persekutuan layak menjadi ahli

(a) Dewan Negara, jika dia berumur tidak kurang daripada tiga puluh tahun;

(b) Dewan Rakyat, jika dia berumur tidak kurang daripada dua puluh satu tahun,

melainkan jika dia hilang kelayakan untuk menjadi ahli mengikut Perlembagaan ini atau mengikut manamana

undang-undang yang dibuat menurut Perkara 48.

Perkara 48. Kehilangan kelayakan menjadi ahli Parlimen.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang hilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana

satu Majlis Parlimen jika—

(a) dia adalah dan telah didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal; atau

(b) dia seorang bankrap belum lepas; atau

(c) dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan; atau

(d) setelah dinamakan untuk pemilihan ke mana-mana satu Majlis Parlimen atau ke Dewan

Undangan sesuatu Negeri, atau setelah bertindak sebagai ejen pilihan raya bagi seseorang yang

dinamakan sedemikian, dia tidak menyerahkan apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya yang

dikehendaki oleh undang-undang dalam masa dan mengikut cara yang dikehendaki sedemikian; atau

(e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum

Hari Malaysia, di wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura)

27

dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda

tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas; atau

(f) dia telah dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan,

atau telah dengan sukarela menggunakan hak kewarganegaraan di mana-mana negara di luar

Persekutuan atau telah membuat suatu akuan setia kepada mana-mana negara di luar Persekutuan.

(2) Undang-undang persekutuan boleh membuat peruntukan bagi menghilangkan kelayakan untuk menjadi

ahli mana-mana satu Majlis Parlimen selama tempoh yang dinyatakan oleh undang-undang itu orang yang

melakukan kesalahan berkaitan dengan pilihan raya; dan mana-mana orang yang telah disabitkan atas

suatu kesalahan sedemikian atau dibuktikan dalam prosiding yang berhubungan dengan sesuatu pilihan

raya sebagai bersalah atas perbuatan yang menjadi kesalahan itu, adalah dengan demikian itu hilang

kelayakan selama tempoh yang dinyatakan sedemikian.

(3) Kehilangan kelayakan seseorang di bawah perenggan (d) atau perenggan (e) Fasal (1) boleh dibatalkan

oleh Yang di-Pertuan Agong dan, jika tidak dibatalkan sedemikian, hendaklah terhenti pada akhir tempoh

lima tahun yang bermula dari tarikh penyata yang disebut dalam perenggan (d) tersebut dikehendaki

diserahkan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, dari tarikh orang yang disabitkan sebagaimana

yang disebut dalam perenggan (e) tersebut dilepaskan daripada jagaan atau dari tarikh denda yang disebut

dalam perenggan (e) tersebut dikenakan ke atas orang itu dan seseorang tidaklah boleh dihilangkan

kelayakannya di bawah perenggan (f) Fasal (1) semata-mata oleh sebab apa-apa jua yang dilakukan

olehnya sebelum dia menjadi warganegara.

(4) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam peruntukan yang terdahulu dalam Perkara ini, jika

seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen hilang kelayakan untuk terus menjadi ahli Majlis itu menurut

perenggan (e) Fasal (1) atau di bawah suatu undang-undang persekutuan yang dibuat menurut Fasal (2)—

(a) kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari

dari tarikh dia—

(i) disabitkan dan dihukum sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (e) yang disebut

terdahulu; atau

(ii) disabitkan atas suatu kesalahan atau dibuktikan bersalah atas suatu perbuatan di bawah suatu

undang-undang persekutuan yang dibuat menurut Fasal (2); atau

(b) jika dalam tempoh empat belas hari yang dinyatakan dalam perenggan (a) suatu rayuan atau apaapa

prosiding mahkamah yang lain dibawa berkenaan dengan sabitan atau hukuman itu, atau

berkenaan dengan pensabitan atau pembuktian bersalah sedemikian, mengikut mana-mana yang

berkenaan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh

empat belas hari dari tarikh rayuan itu atau prosiding mahkamah yang lain itu dibereskan oleh

mahkamah; atau

(c) jika dalam tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (a) atau tempoh selepas pemberesan

rayuan atau prosiding mahkamah yang lain yang dinyatakan dalam perenggan (b) ada difailkan suatu

petisyen bagi pengampunan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa sebaik

sahaja petisyen itu dibereskan.

(5) Fasal (4) tidaklah terpakai bagi maksud penamaan, pemilihan atau pelantikan mana-mana orang ke

mana-mana satu Majlis Parlimen, yang bagi maksudnya kehilangan kelayakan itu hendaklah berkuat kuasa

sebaik sahaja berlakunya kejadian yang disebut dalam perenggan (e) Fasal (1) atau dalam Fasal (2),

mengikut mana-mana yang berkenaan.

(6) Seseorang yang melepaskan keahliannya di dalam Dewan Rakyat hendaklah, bagi tempoh lima tahun

bermula dari tarikh pelepasan keahliannya berkuat kuasa, hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan

Rakyat.

28

Perkara 49. Peruntukan menghalang dua keahlian.

Seseorang tidak boleh pada masa yang sama menjadi ahli kedua-dua Majlis Parlimen, dan juga tidak boleh

dipilih ke Dewan Rakyat untuk mewakili lebih daripada satu bahagian pilihan raya atau ke Dewan Negara

untuk mewakili lebih daripada satu Negeri, dan juga tidak boleh menjadi ahli dipilih dan dilantik keduaduanya

sekali bagi Dewan Negara.

Perkara 50. Akibat kehilangan kelayakan, dan larangan mengenai penamaan atau pelantikan tanpa

persetujuan.

(1) Jika seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen hilang kelayakan untuk menjadi ahli Majlis itu

kerusinya hendaklah menjadi kosong.

(2) Jika seseorang yang hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Rakyat dipilih ke Dewan Rakyat atau

jika seseorang yang hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Negara dipilih atau dilantik ke Dewan

Negara atau jika pemilihan atau pelantikan ke mana-mana satu Majlis Parlimen adalah berlawanan dengan

Perkara 49, pemilihan atau pelantikan itu adalah terbatal.

(3) (Dimansuhkan).

(4) Seseorang tidak boleh dinamakan dengan sah untuk dipilih sebagai ahli ke mana-mana satu Majlis

Parlimen atau dilantik dengan sah ke Dewan Negara tanpa persetujuannya.

Perkara 51. Pelepasan keahlian oleh ahli-ahli.

Seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen boleh melepaskan keahliannya melalui surat yang

ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan, jika dia seorang ahli Dewan Negara, kepada Yang di-Pertua

Dewan Negara, atau jika dia seorang ahli Dewan Rakyat, kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Perkara 52. Ketidakhadiran ahli.

(1) Jika seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen tidak hadir pada tiap-tiap sidang Majlis Parlimen

selama tempoh enam bulan tanpa kebenaran Majlis Parlimen itu, Majlis Parlimen itu boleh mengisytiharkan

bahawa kerusinya kosong.

(2) Seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen yang telah diberi kebenaran bercuti daripada

menghadiri sidang Majlis Parlimen yang dia menjadi ahlinya tidaklah boleh, selama tempoh kebenaran

bercuti itu, dengan apa-apa cara menyertai hal ehwal dan urusan Majlis Parlimen itu.

Perkara 53. Keputusan tentang kehilangan kelayakan.

(1) Jika berbangkit apa-apa soal sama ada seseorang ahli suatu Majlis Parlimen telah hilang kelayakan

untuk menjadi ahli, maka Majlis itu hendaklah mengambil keputusan mengenainya dan keputusan itu adalah

muktamad:

Dengan syarat bahawa Perkara ini tidak boleh dikira sebagai menghalang amalan Majlis Parlimen

menangguhkan sesuatu keputusan bagi membolehkan diambil atau ditentukan apa-apa prosiding yang

mungkin menyentuh keputusannya (termasuklah prosiding bagi membatalkan kehilangan kelayakan itu).

(2) Jika seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen hilang kelayakan di bawah perenggan (e) Fasal (1)

Perkara 48 atau di bawah suatu undang-undang persekutuan yang dibuat menurut Fasal (2) Perkara 48,

maka Fasal (1) tidaklah terpakai dan dia hendaklah terhenti menjadi ahli Majlis Parlimen itu, dan kerusinya

hendaklah menjadi kosong, sebaik sahaja kehilangan kelayakannya berkuat kuasa mengikut Fasal (4)

Perkara 48.

29

Perkara 54. Kekosongan di dalam Dewan Negara dan kekosongan luar jangka.

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Fasal (3), apabila terdapat sesuatu kekosongan di

kalangan ahli Dewan Negara atau sesuatu kekosongan luar jangka di kalangan ahli Dewan Rakyat, maka

kekosongan atau kekosongan luar jangka itu hendaklah diisi dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh

dipastikan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara bahawa ada kekosongan atau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya

bahawa ada kekosongan luar jangka, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan suatu pilihan raya

hendaklah diadakan atau suatu pelantikan hendaklah dibuat dengan sewajarnya:

Dengan syarat bahawa kegagalan membuat apa-apa pelantikan sedemikian dalam tempoh yang dinyatakan

dalam Fasal ini tidaklah menidaksahkan apa-apa pelantikan yang dibuat di luar tempoh itu:

Dengan syarat selanjutnya bahawa, jika kekosongan luar jangka di Dewan Rakyat dipastikan pada suatu

tarikh dalam masa dua tahun dari tarikh Parlimen akan terbubar mengikut Fasal (3) Perkara 55, maka

kekosongan luar jangka itu tidak boleh diisi melainkan jika Yang di-Pertua Dewan Rakyat memberitahu

Suruhanjaya Pilihan Raya secara bertulis bahawa kekuatan dari segi bilangan parti yang membentuk majoriti

semua ahli Dewan Rakyat terjejas oleh kekosongan itu, dan dalam keadaan sedemikian kekosongan itu

hendaklah diisi dalam masa enam puluh hari dari tarikh pemberitahuan itu diterima.

(2) (Dimansuhkan).

(3) Jika sesuatu kekosongan di kalangan ahli Dewan Negara adalah berhubungan dengan suatu

kekosongan yang hendaklah diisi oleh seorang ahli yang hendaklah dipilih oleh sesuatu Negeri mengikut

Jadual Ketujuh, maka peruntukan Fasal (1) tidaklah terpakai bagi mengisi kekosongan itu.

Perkara 55. Memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen.

(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah memanggil Parlimen dari semasa ke semasa dan tidak boleh

membiarkan enam bulan berlalu antara persidangan yang akhir dalam satu penggal dengan tarikh yang

ditetapkan untuk mesyuarat pertamanya dalam penggal yang berikutnya.

(2) Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen.

(3) Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari

tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.

(4) Apabila Parlimen bubar suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh enam puluh hari

dari tarikh ia bubar dan Parlimen hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat

daripada satu ratus dua puluh hari dari tarikh itu.

(5) Sesuatu Rang Undang-Undang yang belum diputuskan di dalam Parlimen tidaklah terluput disebabkan

oleh pemprorogan Parlimen.

(6) (Dimansuhkan).

(7) Sesuatu Rang Undang-Undang yang menantikan perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah Fasal (4)

atau Fasal (4A) Perkara 66 tidaklah terluput disebabkan oleh pemprorogan atau pembubaran Parlimen.

Perkara 56. Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara.

(1) Dewan Negara hendaklah dari semasa ke semasa memilih seorang daripada ahlinya untuk menjadi Yang

di-Pertua Dewan Negara dan seorang untuk menjadi Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, dan tidak

boleh, tertakluk kepada Fasal (3), menjalankan apa-apa urusan semasa jawatan Yang di-Pertua kosong

selain pemilihan Yang di-Pertua.

30

(2) Seseorang ahli yang memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua terhenti

memegang jawatannya apabila habis tempoh yang baginya dia dipilih atau dilantik menjadi ahli atau apabila

selainnya dia terhenti menjadi ahli Dewan Negara, atau apabila telah hilang kelayakan di bawah Fasal (5),

dan boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa.

(3) Dalam masa apa-apa kekosongan dalam jawatan Yang di-Pertua atau dalam masa Yang di-Pertua tidak

hadir dalam mana-mana persidangan, Timbalan Yang di-Pertua atau, jika Timbalan Yang di-Pertua juga

tidak hadir atau jika jawatannya juga kosong, seorang ahli lain yang ditentukan oleh kaedah-kaedah tatacara

Dewan Negara, hendaklah bertindak sebagai Yang di-Pertua.

(4) Jika ahli Dewan Undangan sesuatu Negeri dipilih menjadi Yang di-Pertua, maka dia hendaklah berhenti

menjadi ahli Dewan Undangan Negeri itu sebelum menjalankan fungsi jawatannya.

(5) Seseorang ahli yang dipilih menjadi Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua hilang kelayakan untuk

memegang jawatan itu jika selepas tiga bulan dari pemilihannya untuk memegang jawatan itu atau pada bilabila

masa selepas itu dia ialah atau menjadi anggota mana-mana lembaga pengarah atau lembaga

pengurusan, atau pegawai atau pekerja, atau melibatkan diri dalam hal ehwal atau urusan, mana-mana

organisasi atau badan, sama ada diperbadankan atau selainnya, atau mana-mana pengusahaan komersil,

perindustrian atau pengusahaan lain, sama ada atau tidak dia menerima apa-apa saraan, hadiah, untung

atau faedah daripadanya:

Dengan syarat bahawa kehilangan kelayakan itu tidaklah terpakai jika organisasi atau badan itu menjalankan

apa-apa kerja kebajikan atau sukarela atau tujuan yang berfaedah kepada masyarakat atau mana-mana

bahagiannya, atau apa-apa kerja atau tujuan lain yang bersifat khairat atau sosial, dan ahli itu tidak

menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya.

(6) Jika berbangkit apa-apa soal mengenai kehilangan kelayakan Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-

Pertua di bawah Fasal (5), maka Dewan Negara hendaklah mengambil keputusan mengenainya dan

keputusan itu adalah muktamad.

Perkara 57. Yang di-Pertua dan Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

(1) Dewan Rakyat hendaklah dari semasa ke semasa memilih—

(a) sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat, seseorang sama ada yang menjadi ahli Dewan Rakyat

atau yang layak dipilih menjadi ahli yang sedemikian; dan

(b) dua orang Timbalan Yang di-Pertua daripada kalangan ahli Dewan Rakyat,

dan Dewan Rakyat tidak boleh, tertakluk kepada Fasal (3), menjalankan apa-apa urusan semasa jawatan

Yang di-Pertua kosong selain pemilihan Yang di-Pertua.

(1A) Mana-mana orang yang bukan ahli Dewan Rakyat yang dipilih sebagai Yang di-Pertua—

(a) hendaklah, sebelum menjalankan tugas jawatannya, mengangkat dan menandatangani di

hadapan Dewan Rakyat sumpah jawatan dan sumpah setia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam;

dan

(b) hendaklah, oleh sebab dia memegang jawatannya itu, menjadi ahli Dewan Rakyat sebagai

tambahan kepada ahli-ahli yang dipilih menurut Perkara 46:

Dengan syarat bahawa perenggan (b) tidaklah mempunyai kuat kuasa bagi maksud mana-mana peruntukan

yang berikut dalam Perlembagaan ini, iaitu, Perkara 43, 43A, 43B, 50 hingga 52, 54 dan 59; dan tiada

seorang pun berhak, menurut kuasa perenggan itu, mengundi atas apa-apa perkara di hadapan Dewan

Rakyat.

31

(2) Yang di-Pertua boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani

sendiri olehnya yang ditujukan kepada Setiausaha Dewan Rakyat, dan hendaklah mengosongkan

jawatannya—

(a) apabila Dewan Rakyat bermesyuarat buat pertama kali selepas suatu pilihan raya umum;

(b) apabila dia terhenti menjadi ahli Dewan Rakyat melainkan oleh sebab pembubarannya atau, jika

dia menjadi ahli semata-mata menurut kuasa perenggan (b) Fasal (lA), apabila dia terhenti

berkelayakan menjadi ahli;

(bb) apabila telah hilang kelayakan di bawah Fasal (5);

(c) jika pada bila-bila masa Dewan Rakyat membuat ketetapan sedemikian.

(2A) Seseorang Timbalan Yang di-Pertua boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat

yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Setiausaha Dewan Rakyat, dan hendaklah

mengosongkan jawatannya—

(a) apabila dia terhenti menjadi ahli Dewan Rakyat;

(b) jika pada bila-bila masa Dewan Rakyat membuat ketetapan sedemikian.

(3) Dalam masa apa-apa kekosongan dalam jawatan Yang di-Pertua atau dalam masa Yang di-Pertua tidak

hadir dalam mana-mana persidangan, melainkan oleh sebab Dewan Rakyat bermesyuarat buat pertama kali

selepas suatu pilihan raya umum, maka seorang daripada Timbalan Yang di-Pertua atau, jika kedua-dua

Timbalan Yang di-Pertua tidak hadir atau jika kedua-dua jawatan mereka itu kosong, seorang ahli lain

sebagaimana yang ditentukan oleh kaedah-kaedah tatacara Dewan Rakyat, hendaklah bertindak sebagai

Yang di-Pertua.

(4) Jika ahli Dewan Undangan sesuatu Negeri dipilih menjadi Yang di-Pertua, maka dia hendaklah berhenti

menjadi ahli Dewan Undangan Negeri itu sebelum menjalankan fungsi jawatannya.

(5) Seseorang yang dipilih menjadi Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua hilang kelayakan untuk

memegang jawatan itu jika selepas tiga bulan dari pemilihannya untuk memegang jawatan itu atau pada bilabila

masa selepas itu dia ialah atau menjadi anggota mana-mana lembaga pengarah atau lembaga

pengurusan, atau pegawai atau pekerja, atau melibatkan diri dalam hal ehwal atau urusan, mana-mana

organisasi atau badan, sama ada diperbadankan atau selainnya, atau mana-mana pengusahaan komersil,

perindustrian atau pengusahaan lain, sama ada atau tidak dia menerima apa-apa saraan, hadiah, untung

atau faedah daripadanya:

Dengan syarat bahawa kehilangan kelayakan itu tidaklah terpakai jika organisasi atau badan itu menjalankan

apa-apa kerja kebajikan atau sukarela atau tujuan yang berfaedah kepada masyarakat atau mana-mana

bahagiannya, atau apa-apa kerja atau tujuan lain yang bersifat khairat atau sosial, dan ahli itu tidak

menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya.

(6) Jika berbangkit apa-apa soal mengenai kehilangan kelayakan Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-

Pertua di bawah Fasal (5), maka Dewan Rakyat hendaklah mengambil keputusan mengenainya dan

keputusan itu adalah muktamad.

Perkara 58. Saraan Yang di-Pertua dan Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua.

Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi saraan Yang di-Pertua dan Timbalan

Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua dan Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat,

dan saraan yang diperuntukkan sedemikian bagi Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan

Rakyat hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan.

32

Perkara 59. Sumpah oleh ahli-ahli.

(1) Tiap-tiap ahli mana-mana satu Majlis Parlimen hendaklah sebelum mengambil kerusinya mengangkat

dan menandatangani di hadapan orang yang mempengerusikan Majlis Parlimen itu suatu sumpah mengikut

bentuk yang dinyatakan dalam Jadual Keenam, tetapi seseorang ahli boleh sebelum mengangkat sumpah

itu mengambil bahagian dalam pemilihan Yang di-Pertua Dewan Negara atau Yang di-Pertua Dewan

Rakyat.

(2) Jika seseorang ahli tidak mengambil kerusinya dalam masa enam bulan dari tarikh Majlis Parlimen itu

bersidang bagi pertama kalinya selepas pemilihannya atau dalam masa yang lebih lanjut sebagaimana yang

dibenarkan oleh Majlis Parlimen itu, maka kerusinya hendaklah menjadi kosong.

Perkara 60. Titah oleh Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Agong boleh bertitah kepada mana-mana satu Majlis Parlimen atau keduadua Majlis

Parlimen bersesama.

Perkara 61. Peruntukan khas tentang Jemaah Menteri dan Peguam Negara.

(1) Sebagai tambahan kepada haknya sebagai ahli salah satu Majlis Parlimen tiap-tiap anggota Jemaah

Menteri berhak mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Parlimen yang satu lagi.

(2) Mana-mana satu Majlis Parlimen boleh melantik Peguam Negara atau mana-mana anggota Jemaah

Menteri menjadi anggota mana-mana jawatankuasanya walaupun dia bukan ahli Majlis Parlimen itu.

(3) Perkara ini tidak membenarkan mana-mana orang yang bukan ahli sesuatu Majlis Parlimen mengundi di

dalam Majlis Parlimen itu atau dalam mana-mana jawatankuasanya.

(4) Dalam Perkara ini "anggota Jemaah Menteri" termasuklah Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen.

Perkara 62. Tatacara Parlimen.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan peruntukan undang-undang persekutuan, setiap

Majlis Parlimen hendaklah mengawal selia tatacaranya sendiri.

(2) Setiap Majlis Parlimen boleh bertindak walaupun ada apa-apa kekosongan dalam keahliannya, dan

kehadiran atau penyertaan mana-mana orang yang tidak berhak hadir atau turut serta tidaklah

menidaksahkan mana-mana prosiding.

(3) Tertakluk kepada Fasal (4) dan kepada Perkara 89(1) dan 159(3) dan kepada seksyen 10 dan 11 Jadual

Ketiga Belas, setiap Majlis Parlimen hendaklah, jika tidak sebulat suara, membuat keputusannya mengikut

majoriti biasa ahli-ahli yang mengundi; dan orang yang mempengerusikan itu, melainkan jika dia menjadi ahli

Majlis Parlimen itu semata-mata menurut kuasa perenggan (b) Fasal (1A) Perkara 57, hendaklah membuang

undinya apabila perlu bagi mengelakkan undi sama banyak, tetapi tidak boleh mengundi dalam apa-apa hal

lain.

(4) Pada mengawal selia tatacaranya, setiap Majlis Parlimen boleh memperuntukkan bahawa tiada apa-apa

keputusan yang berkenaan dengan prosidingnya boleh dibuat kecuali mengikut majoriti yang ditentukan atau

mengikut bilangan undi yang ditentukan.

(5) Ahli-ahli yang tidak hadir di dalam sesuatu Majlis Parlimen tidaklah dibenarkan mengundi.

33

Perkara 63. Keistimewaan Parlimen.

(1) Kesahan apa-apa prosiding di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen atau dalam mana-mana

jawatankuasanya tidak boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah.

(2) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan

dengan apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberikan olehnya semasa mengambil bahagian

dalam apa-apa prosiding mana-mana satu Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya.

(3) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan

dengan apa-apa jua yang disiarkan oleh atau di bawah kuasa mana-mana satu Majlis Parlimen.

(4) Fasal (2) tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah

undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Fasal (4) Perkara 10 atau atas suatu kesalahan di

bawah Akta Hasutan 1948 [Akta 15] sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan No. 45 (Kuasa-Kuasa Perlu)

Darurat 1970 [P.U. (A) 282170].

(5) Walau apa pun Fasal (4), tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana

mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Yang di-Pertuan Agong atau

seseorang Raja semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding mana-mana satu Majlis Parlimen

atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan penghapusan kedudukan

berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan

berperlembagaan Raja sesuatu Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Perkara 64. Saraan ahli.

Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi saraan ahli-ahli setiap Majlis

Parlimen.

Perkara 65. Setiausaha Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

(1) Maka hendaklah ada seorang Setiausaha Dewan Negara dan seorang Setiausaha Dewan Rakyat.

(2) Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan

Agong daripada kalangan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan dan setiap seorang hendaklah

memegang jawatan sehingga dia mencapai umur persaraan paksa bagi anggota perkhidmatan awam am

melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau ditukarkan kepada suatu jawatan lain dalam

perkhidmatan awam am itu.

(3) Orang yang memegang jawatan Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat sebaik

sebelum permulaan kuat kuasa Fasal ini hendaklah, melainkan jika mana-mana orang itu belum mencapai

umur lima puluh lima tahun dan sudah memilih untuk menjadi anggota perkhidmatan awam am Persekutuan,

terus memegang jawatan masing-masing atas terma-terma dan syarat-syarat yang tidak kurang baiknya

daripada yang terpakai baginya sebaik sebelum permulaan kuat kuasa sedemikian dan tidaklah boleh

dipecat daripada jawatan kecuali atas alasan dan mengikut cara yang sama seperti seorang hakim

Mahkamah Persekutuan, dan dalam hal ini representasi yang disebut dalam Perkara 125(3) hendaklah

representasi yang dibuat oleh Yang di-Pertua Dewan Negara atau, mengikut mana-mana yang berkenaan,

Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

(4) (Dimansuhkan).

(5) (Dimansuhkan).

34

Bab 5 - Tatacara perundangan

Perkara 66. Penjalanan kuasa perundangan.

(1) Kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang hendaklah dijalankan melalui Rang Undang-Undang

yang diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen (atau, dalam hal yang disebut dalam Perkara 68, oleh

Dewan Rakyat) dan, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Perkara ini, diperkenankan

oleh Yang di-Pertuan Agong.

(2) Tertakluk kepada Perkara 67, sesuatu Rang Undang-Undang boleh bermula di dalam mana-mana satu

Majlis Parlimen.

(3) Apabila sesuatu Rang Undang-Undang telah diluluskan oleh Majlis Parlimen tempat Rang Undang-

Undang itu bermula, maka Rang Undang-Undang itu hendaklah dihantar kepada Majlis Parlimen yang satu

lagi; dan Rang Undang-Undang itu hendaklah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk

diperkenankan olehnya apabila telah diluluskan oleh Majlis Parlimen yang satu lagi itu dan persetujuan telah

dicapai antara kedua-dua Majlis Parlimen itu mengenai apa-apa pindaan yang dibuat dalam Rang Undang-

Undang itu atau apabila Rang Undang-Undang itu dikehendaki dikemukakan sedemikian di bawah Perkara

68.

(4) Yang di-Pertuan Agong hendaklah dalam masa tiga puluh hari selepas sesuatu Rang Undang-Undang

dikemukakan kepadanya memperkenankan Rang Undang-Undang itu dengan menyebabkan Mohor Besar

dicapkan pada Rang Undang-Undang itu.

(4A) Jika sesuatu Rang Undang-Undang tidak diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang

ditentukan dalam Fasal (4), Rang Undang-Undang itu hendaklah menjadi undang-undang apabila habis

masa yang ditentukan dalam Fasal itu mengikut cara yang sama seolah-olah dia telah memperkenankannya.

(4B) (Dimansuhkan).

(5) Sesuatu Rang Undang-Undang hendaklah menjadi undang-undang apabila diperkenankan oleh Yang di-

Pertuan Agong atau sebagaimana yang diperuntukkan dalam Fasal (4A), tetapi tiada undang-undang boleh

berkuat kuasa sehingga undang-undang itu telah disiarkan, tanpa, walau bagaimanapun, menjejaskan kuasa

Parlimen untuk menangguhkan kuat kuasa mana-mana undang-undang atau untuk membuat undangundang

yang berkuat kuasa ke belakang.

(6) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini atau dalam Perkara 68 boleh menidaksahkan mana-mana undangundang

yang mengesahkan aku janji yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan yang bermaksud bahawa

Rang Undang-Undang yang dimaksudkan oleh aku janji itu tidak akan dikemukakan kepada Yang di-Pertuan

Agong untuk diperkenankan olehnya kecuali mengikut aku janji itu.

Perkara 67. Sekatan terhadap pembawaan Rang Undang-Undang dan pencadangan pindaan-pindaan

yang melibatkan pencukaian, perbelanjaan, dsb.

(1) Sesuatu Rang Undang-Undang atau pindaan yang membuat peruntukan (sama ada secara langsung

atau secara tidak langsung) bagi—

(a) mengenakan atau menaikkan apa-apa cukai atau menghapuskan, menurunkan atau meremitkan

apa-apa cukai yang ada;

(b) peminjaman wang, atau pemberian apa-apa jaminan, oleh Persekutuan, atau pemindaan undangundang

yang berhubungan dengan obligasi kewangan Persekutuan;

(c) penjagaan Kumpulan Wang Disatukan, pemertanggungan apa-apa wang pada Kumpulan Wang

Disatukan atau penghapusan atau pengubahan mana-mana pemertanggungan itu;

(d) pembayaran wang ke dalam Kumpulan Wang Disatukan atau pembayaran, pengeluaran atau

pengambilan keluar daripada Kumpulan Wang Disatukan apa-apa wang yang tidak

35

dipertanggungkan padanya, atau apa-apa pertambahan amaun yang dibayar, dikeluarkan atau

diambil keluar itu;

(e) pengkompaunan atau peremitan apa-apa hutang yang kena dibayar kepada Persekutuan;

(f) penyerahhakan cukai atau fi atau pembuatan pemberian kepada mana-mana Negeri;

(g) penerimaan wang bagi akaun Kumpulan Wang Disatukan atau penjagaan atau pengeluaran wang

itu atau pengauditan akaun Persekutuan atau sesuatu Negeri,

iaitu peruntukan yang berkenaan dengannya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi

kewangan menandakan bahawa peruntukan itu adalah lebih daripada apa yang bersampingan sahaja dan

lebih daripada apa yang tidak bersifat substansial memandangkan maksud Rang Undang-Undang atau

pindaan itu tidak boleh dibawa atau dicadangkan kecuali oleh seorang Menteri, dan sesuatu Rang Undang-

Undang yang membuat apa-apa peruntukan sedemikian tidak boleh dimulakan di dalam Dewan Negara.

(2) Sesuatu Rang Undang-Undang atau pindaan tidaklah boleh disifatkan membuat peruntukan bagi manamana

perkara tersebut semata-mata oleh sebab Rang Undang-Undang atau pindaan itu mengadakan

peruntukan—

(a) bagi pengenaan atau pengubahan apa-apa denda atau penalti wang lain atau bagi pembayaran

atau penuntutan fi lesen atau fi atau caj bagi apa-apa perkhidmatan yang diberikan; atau

(b) bagi pengenaan, pengubahan atau pengawalseliaan apa-apa cukai atau kadar oleh mana-mana

pihak berkuasa tempatan atau badan bagi maksud tempatan.

Perkara 68. Perkenan terhadap Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat sahaja.

(1) Jika sesuatu Rang Undang-Undang wang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan, setelah dihantar kepada

Dewan Negara sekurang-kurangnya sebulan sebelum akhir penggal itu, Rang Undang-Undang itu tidak

diluluskan oleh Dewan Negara tanpa pindaan dalam tempoh sebulan, maka Rang Undang-Undang itu

hendaklah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan olehnya melainkan jika

diarahkan selainnya oleh Dewan Rakyat.

(2) Jika—

(a) sesuatu Rang Undang-Undang yang bukan suatu Rang Undang-Undang wang diluluskan oleh

Dewan Rakyat dan setelah dihantar kepada Dewan Negara sekurang-kurangnya sebulan sebelum

akhir penggal itu, Rang Undang-Undang itu tidak diluluskan oleh Dewan Negara atau diluluskan oleh

Dewan Negara dengan pindaan yang tidak dipersetujui oleh Dewan Rakyat; dan

(b) dalam penggal yang berikutnya (sama ada di dalam Parlimen yang sama atau tidak) tetapi tidak

lebih awal daripada setahun selepas Rang Undang-Undang itu mula-mula diluluskan oleh Dewan

Rakyat, Rang Undang-Undang yang sama, tanpa apa-apa perubahan lain selain yang disebut dalam

Fasal (3), diluluskan sekali lagi oleh Dewan Rakyat dan dihantar kepada Dewan Negara sekurangkurangnya

sebulan sebelum akhir penggal itu dan tidak diluluskan oleh Dewan Negara atau

diluluskan oleh Dewan Negara dengan pindaan yang tidak dipersetujui oleh Dewan Rakyat,

maka Rang Undang-Undang itu hendaklah, melainkan jika diarahkan selainnya oleh Dewan Rakyat,

dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan olehnya dengan apa-apa pindaan, jika

ada, sebagaimana yang telah dipersetujui oleh kedua-dua Majlis Parlimen.

(3) Perubahan yang disebut dalam Fasal (2) ialah perubahan yang diperakui oleh Yang di-Pertua Dewan

Rakyat sebagai perlu oleh sebab masa yang telah luput semenjak Rang Undang-Undang itu diluluskan

dalam penggal yang terdahulu atau untuk menggambarkan pindaan yang dibuat dalam penggal itu oleh

Dewan Negara.

(4) Apabila sesuatu Rang Undang-Undang dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara

ini, Rang Undang-Undang itu hendaklah mengandungi suatu perakuan daripada Yang di-Pertua Dewan

36

Rakyat yang menyatakan bahawa peruntukan Perkara ini telah dipatuhi, dan perakuan itu adalah muktamad

bagi segala maksud dan tidaklah boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah.

(5) Perkara ini tidaklah terpakai bagi apa-apa Rang Undang-Undang untuk membuat apa-apa pindaan

kepada Perlembagaan ini, selain pindaan yang dikecualikan daripada peruntukan Fasal (3) Perkara 159.

(6) Dalam Perkara ini "Rang Undang-Undang wang" ertinya suatu Rang Undang-Undang, yang pada

pendapat Yang di-Pertua Dewan Rakyat mengandungi hanya peruntukan yang memperkatakan kesemua

atau mana-mana perkara yang berikut sahaja, iaitu:

(a) perkara yang disebut dalam Fasal (1) Perkara 67 atau pengawalseliaan apa-apa cukai;

(b) pengurangan mana-mana amaun yang disebut dalam perenggan (d) Fasal (1) Perkara 67; dan

(c) apa-apa perkara yang bersampingan dengan perkara itu atau mana-mana perkara itu,

yang diperakui oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat sebagai suatu Rang Undang-Undang wang.

Bab 6 - Keupayaan berkenaan dengan harta, kontrak dan guaman

Perkara 69. Keupayaan Persekutuan berkenaan dengan harta, kontrak dan guaman.

(1) Persekutuan mempunyai kuasa untuk mengambil, memegang dan melupuskan apa-apa jenis harta dan

membuat kontrak.

(2) Persekutuan boleh mengemukakan tuntutan guaman dan dihadapkan dengan tuntutan guaman.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA/NEGERI-NEGERI

Perkara 70. Keutamaan Raja dan Yang di-Pertua Negeri.

(1) Tertakluk kepada keutamaan Yang di-Pertuan Agong dan Isterinya, Raja dan Yang di-Pertua Negeri bagi

Negeri-Negeri hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain dan setiap Raja atau Yang di-Pertua

Negeri hendaklah, di dalam Negerinya sendiri, diberi keutamaan daripada Raja dan Yang di-Pertua Negeri

yang lain.

(2) Tertakluk kepada Fasal (1), Raja hendaklah diberi keutamaan daripada Yang di-Pertua-Yang di-Pertua

Negeri dan, antara mereka sendiri, mengikut tarikh mereka menjadi Raja, dan Yang di-Pertua-Yang di-

Pertua Negeri hendaklah, antara mereka sendiri, diberi keutamaan mengikut tarikh mereka dilantik sebagai

Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri; dan jika Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dilantik pada hari

yang sama, maka yang lebih tua hendaklah diberi keutamaan daripada yang lebih muda.

Perkara 71. Jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri.

(1) Persekutuan hendaklah menjamin hak Raja sesuatu Negeri untuk naik takhta dan memegang, menikmati

dan menjalankan hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan di sisi perlembagaan bagi Raja Negeri itu

mengikut Perlembagaan Negeri itu; tetapi apa-apa pertikaian tentang hak naik takhta mana-mana Negeri

hendaklah diputuskan semata-mata oleh mana-mana pihak berkuasa, dan semata-mata mengikut apa-apa

cara, yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri itu.

(2) Fasal (1) hendaklah, dengan ubah suaian yang perlu, terpakai berhubung dengan seseorang Pembesar

Memerintah bagi Negeri Sembilan sebagaimana Fasal itu terpakai bagi Raja sesuatu Negeri.

37

(3) Jika didapati oleh Parlimen bahawa di mana-mana Negeri, mana-mana peruntukan Perlembagaan ini

atau mana-mana peruntukan Perlembagaan Negeri itu lazimnya tidak diendahkan maka, walau apa pun

apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi

memastikan pematuhan peruntukan itu.

(4) Jika pada bila-bila masa Perlembagaan mana-mana Negeri tidak mengandungi peruntukan-peruntukan

yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Kelapan, sama ada dengan atau tanpa ubah suaian yang

dibenarkan di bawah Fasal (5) (kemudian daripada ini disebut "peruntukan-peruntukan perlu") atau

peruntukan-peruntukan yang isinya mempunyai maksud yang sama, atau mengandungi peruntukanperuntukan

yang tidak selaras dengan peruntukan-peruntukan perlu itu maka, walau apa pun apa-apa jua

dalam Perlembagaan ini, Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi

menguatkuasakan di dalam Negeri itu peruntukan-peruntukan perlu itu atau bagi menghapuskan

peruntukan-peruntukan yang tidak selaras itu.

(5) Peruntukan-peruntukan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Kelapan boleh diubahsuaikan dengan

menggantikan seksyen 2 atau seksyen 4 atau kedua-duanya dengan peruntukan-peruntukan yang

dinyatakan dalam Bahagian II Jadual itu sebagai gantinya—

(a) dalam hal tiap-tiap Negeri, sehingga terbubarnya Dewan Undangan kedua yang ditubuhkan

mengikut peruntukan-peruntukan itu atau peruntukan-peruntukan itu yang diubahsuaikan sedemikian;

(b) dalam hal negeri Perlis, sehingga apa-apa masa yang lebih lanjut sebagaimana yang ditetapkan

oleh Dewan Undangan Negeri itu dan, berkenaan dengan peruntukan yang dinyatakan dalam

seksyen 2 Jadual itu, sehingga masa yang belum lagi ditetapkan.

(6) Sesuatu undang-undang yang dibuat bagi sesuatu Negeri menurut Perkara ini, melainkan jika terlebih

dahulu dimansuhkan oleh Parlimen, hendaklah terhenti berkuat kuasa pada hari yang ditetapkan oleh

Dewan Undangan baru, yang ditubuhkan di Negeri itu selepas lulusnya undang-undang itu.

(7) Berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak—

(a) Fasal (5) tidaklah terpakai; tetapi

(b) sehingga akhir bulan Ogos 1975, atau sehingga apa-apa tarikh yang lebih awal sebagaimana

yang diarahkan melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong, dengan persetujuan Yang di-Pertua

Negeri, Fasal (4) hendaklah terpakai seolah-olah sebutan mengenai ubah suaian yang dibenarkan di

bawah Fasal (5) ialah sebutan mengenai ubah suaian yang dibuat oleh Perlembagaan Negeri itu

sebagaimana yang berkuat kuasa pada Hari Malaysia.

(8) (Dimansuhkan).

Perkara 72. Keistimewaan Dewan Undangan.

(1) Kesahan apa-apa prosiding di dalam Dewan Undangan mana-mana Negeri tidaklah boleh dipersoalkan

di dalam mana-mana mahkamah.

(2) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan

dengan apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberikan olehnya semasa mengambil bahagian

dalam prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau prosiding mana-mana jawatankuasanya.

(3) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan

dengan apa-apa jua yang disiarkan oleh atau di bawah kuasa Dewan Undangan mana-mana Negeri.

(4) Fasal (2) tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah

undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Fasal (4) Perkara 10 atau atas suatu kesalahan di

bawah Akta Hasutan 1948 sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan No. 45 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat

1970.

38

(5) Walau apa pun Fasal (4), tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana

mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Raja mana-mana Negeri

semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau manamana

jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan penghapusan kedudukan Raja itu sebagai Raja

berperlembagaan Negeri itu.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA/PERHUBUNGAN ANTARA PERSEKUTUAN DENGAN

NEGERI-NEGERI

• 1 Bab 1 - Pembahagian kuasa perundangan

• 2 Bab 2 - Pembahagian kuasa eksekutif

• 3 Bab 3 - Pembahagian beban kewangan

• 4 Bab 4 – Tanah

• 5 Bab 5 - Pembangunan Negara

• 6 Bab 6 - Tinjauan Persekutuan, nasihat Persekutuan kepada Negeri dan pemeriksaan Persekutuan

mengenai kegiatan Negeri

• 7 Bab 7 - Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan

• 8 Bab 8 - Pemakaian bagi Negeri Sabah dan Sarawak

Bab 1 - Pembahagian kuasa perundangan

Perkara 73. Takat undang-undang persekutuan dan Negeri.

Pada menjalankan kuasa perundangan yang diberikan kepadanya oleh Perlembagaan ini—

(a) Parlimen boleh membuat undang-undang bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian

Persekutuan dan undang-undang yang berkuat kuasa di luar dan juga di dalam Persekutuan.

(b) Badan Perundangan sesuatu Negeri boleh membuat undang-undang bagi keseluruhan atau

mana-mana bahagian Negeri itu.

Perkara 74. Hal perkara undang-undang persekutuan dan Negeri.

(1) Tanpa menjejaskan apa-apa kuasa untuk membuat undang-undang yang diberikan kepadanya oleh

mana-mana Perkara lain, Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut

satu persatu dalam Senarai Persekutuan atau Senarai Bersama (iaitu Senarai Pertama atau Ketiga yang

dinyatakan dalam Jadual Kesembilan).

(2) Tanpa menjejaskan apa-apa kuasa untuk membuat undang-undang yang diberikan kepadanya oleh

mana-mana Perkara lain,Badan Perundangan sesuatu Negeri boleh membuat undang-undang mengenai

apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Negeri (iaitu Senarai Kedua yang dinyatakan

dalam Jadual Kesembilan) atau Senarai Bersama.

(3) Kuasa untuk membuat undang-undang yang diberikan oleh Perkara ini boleh dijalankan tertakluk kepada

apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan ini mengenai mana-mana perkara tertentu.

(4) Jika ungkapan am dan juga ungkapan khusus digunakan pada memperihalkan mana-mana perkara yang

disebut satu persatu dalam Senarai-Senarai yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan maka keluasan

ungkapan am itu tidak boleh dikira sebagai dihadkan oleh ungkapan khusus itu.

39

Perkara 75. Ketidakselarasan antara undang-undang persekutuan dengan undang-undang Negeri.

Jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang-undang persekutuan, maka

undang-undang persekutuan itu hendaklah mengatasi undang-undang Negeri dan undang-undang Negeri itu

adalah tidak sah setakat yang tidak selaras itu.

Perkara 76. Kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang bagi Negeri-Negeri dalam hal-hal

tertentu.

(1) Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam

Senarai Negeri, tetapi hanya seperti yang berikut sahaja, iaitu:

(a) bagi maksud melaksanakan apa-apa triti, perjanjian atau konvensyen antara Persekutuan dengan

mana-mana negara lain, atau apa-apa keputusan sesuatu organisasi antarabangsa yang dianggotai

oleh Persekutuan; atau

(b) bagi maksud menggalakkan keseragaman undang-undang antara dua Negeri atau lebih; atau

(c) jika diminta sedemikian oleh Dewan Undangan mana-mana Negeri.

(2) Tiada undang-undang boleh dibuat menurut perenggan (a) Fasal (1) mengenai apa-apa perkara

mengenai hukum Syarak atau adat orang Melayu atau mengenai apa-apa perkara tentang undang-undang

atau adat anak negeri di Negeri Sabah dan Sarawak dan tiada Rang Undang-Undang bagi suatu undangundang

di bawah perenggan itu boleh dibawa di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen sehingga Kerajaan

mana-mana Negeri yang berkenaan telah dirundingi.

(3) Tertakluk kepada Fasal (4), sesuatu undang-undang yang dibuat menurut perenggan (b) atau perenggan

(c) Fasal (1) tidak boleh berkuat kuasa di mana-mana Negeri sehingga undang-undang itu telah diterima

pakai melalui suatu undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri itu, dan selepas itu

hendaklah disifatkan sebagai suatu undang-undang Negeri dan bukan suatu undang-undang persekutuan,

dan boleh dipinda atau dimansuhkan sewajarnya melalui suatu undang-undang yang dibuat oleh Badan

Perundangan itu.

(4) Parlimen boleh, hanya bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar, membuat

undang-undang mengenai pemegangan tanah, perhubungan antara tuan tanah dengan penyewa,

pendaftaran hakmilik dan surat ikatan yang berhubungan dengan tanah, pindah hakmilik tanah, gadai janji,

pajakan dan gadaian berkenaan dengan tanah, isemen dan hak dan kepentingan lain mengenai tanah,

pengambilan tanah dengan paksa, perkadaran dan penilaian tanah, dan kerajaan tempatan; dan Fasal (1)(b)

dan (3) tidaklah terpakai bagi mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan mana-mana perkara

itu.

Perkara 76A. Kuasa Parlimen untuk memperluas kuasa perundangan Negeri.

(1) Dengan ini ditegaskan bahawa kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang mengenai sesuatu

perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Persekutuan termasuklah kuasa untuk membenarkan

Badan-Badan Perundangan Negeri-Negeri atau mana-mana daripadanya, tertakluk kepada apa-apa syarat

atau sekatan (jika ada) yang dikenakan oleh Parlimen, untuk membuat undang-undang mengenai kesemua

atau mana-mana bahagian perkara itu.

(2) Walau apa pun Perkara 75, sesuatu undang-undang Negeri yang dibuat di bawah kuasa yang diberikan

oleh Akta Parlimen sebagaimana yang disebut dalam Fasal (1) boleh, jika dan setakat yang diperuntukkan

sedemikian oleh Akta itu, meminda atau memansuhkan (berkenaan dengan Negeri yang berkenaan) manamana

undang-undang persekutuan yang telah diluluskan sebelum Akta itu.

(3) Apa-apa perkara yang mengenainya Badan Perundangan sesuatu Negeri dibenarkan pada masa itu oleh

Akta Parlimen untuk membuat undang-undang hendaklah, bagi maksud Perkara 79, 80 dan 82, dikira

40

berkenaan dengan Negeri yang berkenaan seolah-olah perkara itu ialah suatu perkara yang disebut satu

persatu dalam Senarai Bersama.

Perkara 77. Kuasa baki perundangan.

Badan Perundangan sesuatu Negeri berkuasa membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang

tidak disebut satu persatu dalam mana-mana Senarai yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan, iaitu yang

bukan suatu perkara yang berkenaan dengannya Parlimen berkuasa membuat undang-undang.

Perkara 78. Perundangan yang menyekat penggunaan sungai.

Setakat yang mana-mana undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau mana-mana peraturan yang

dibuat menurut suatu undang-undang yang sedemikian menyekat hak sesuatu Negeri atau pemastautinnya

untuk menggunakan untuk pelayaran atau pengairan mana-mana sungai yang terletak keseluruhannya di

dalam Negeri itu, undang-undang atau peraturan itu tidak boleh berkuat kuasa di dalam Negeri itu melainkan

jika undang-undang atau peraturan itu telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri itu melalui suatu

ketetapan yang disokong oleh majoriti jumlah bilangan ahlinya.

Perkara 79. Penjalanan kuasa perundangan bersama.

(1) Jika didapati oleh pegawai pengerusi mana-mana satu Majlis Parlimen atau pegawai pengerusi Dewan

Undangan mana-mana Negeri bahawa sesuatu Rang Undang-Undang atau sesuatu pindaan kepada Rang

Undang-Undang mencadangkan suatu perubahan dalam undang-undang yang berhubungan dengan manamana

perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Bersama, atau dengan mana-mana perkara yang

disebut satu persatu dalam Senarai Negeri yang mengenainya Persekutuan sedang menjalankan fungsi

mengikut Perkara 94, maka dia hendaklah memperakui Rang Undang-Undang atau pindaan itu bagi maksud

Perkara ini.

(2) Sesuatu Rang Undang-Undang atau pindaan yang diperakui di bawah Perkara ini tidak boleh diteruskan

sehingga empat minggu telah berlalu selepas penyiarannya, melainkan jika pegawai pengerusi itu

membenarkan Rang Undang-Undang atau pindaan itu diteruskan atas alasan keterdesakan, setelah

berpuas hati bahawa Kerajaan Negeri atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, Kerajaan Persekutuan,

telah dirundingi.

Bab 2 - Pembahagian kuasa eksekutif

Perkara 80. Pembahagian kuasa eksekutif.

(1) Tertakluk kepada peruntukan yang berikut dalam Perkara ini kuasa eksekutif Persekutuan meliputi segala

perkara yang mengenainya Parlimen boleh membuat undang-undang, dan kuasa eksekutif sesuatu Negeri

meliputi segala perkara yang mengenainya Badan Perundangan Negeri itu boleh membuat undang-undang.

(2) Kuasa eksekutif Persekutuan tidak meliputi apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai

Negeri, kecuali setakat yang diperuntukkan dalam Perkara 93 hingga 95, dan juga tidak meliputi apa-apa

perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Bersama, kecuali setakat yang diperuntukkan oleh

undang-undang persekutuan atau undang-undang Negeri; dan setakat yang undang-undang persekutuan

atau undang-undang Negeri memberikan kuasa eksekutif kepada Persekutuan mengenai apa-apa perkara

yang disebut satu persatu dalam Senarai Bersama, undang-undang itu boleh berbuat demikian dengan

menyingkirkan kuasa eksekutif Negeri itu.

(3) Setakat yang sesuatu undang-undang yang dibuat di bawah Fasal (4) Perkara 76 membuat peruntukan

bagi memberikan kuasa eksekutif kepada Persekutuan, undang-undang itu tidak boleh berkuat kuasa di

mana-mana Negeri melainkan jika diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri itu melalui suatu ketetapan.

41

(4) Undang-undang persekutuan boleh membuat peruntukan supaya kuasa eksekutif sesuatu Negeri

hendaklah meliputi pentadbiran mana-mana peruntukan tertentu dalam undang-undang persekutuan dan

boleh bagi maksud itu memberikan kuasa kepada dan mengenakan kewajipan pada mana-mana pihak

berkuasa Negeri itu.

(5) Tertakluk kepada mana-mana peruntukan undang-undang persekutuan atau undang-undang Negeri,

perkiraan boleh dibuat antara Persekutuan dengan sesuatu Negeri bagi pelaksanaan apa-apa fungsi oleh

pihak berkuasa pada satu pihak bagi pihak berkuasa pada pihak yang satu lagi dan perkiraan sedemikian

boleh membuat peruntukan bagi pembayaran berkenaan dengan apa-apa kos yang dilakukan di bawah

perkiraan itu.

(6) Jika, menurut Fasal (4), apa-apa fungsi diberikan oleh undang-undang persekutuan kepada mana-mana

pihak berkuasa sesuatu Negeri maka Persekutuan hendaklah membuat apa-apa pembayaran kepada

Negeri sebagaimana yang dipersetujui antara Persekutuan dengan Negeri itu atau sebagaimana yang

diputuskan oleh suatu tribunal yang dilantik oleh Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan jika tidak ada

persetujuan.

Perkara 81. Obligasi Negeri kepada Persekutuan.

Kuasa eksekutif tiap-tiap Negeri hendaklah dijalankan supaya—

(a) dapat dipastikan bahawa apa-apa undang-undang persekutuan yang dipakai bagi Negeri itu

dipatuhi; dan

(b) tidak menghalang atau menjejaskan penjalanan kuasa eksekutif Persekutuan.

Bab 3 - Pembahagian beban kewangan

Perkara 82. Pembiayaan perbelanjaan yang berhubungan dengan perkara dalam Senarai Bersama.

Jika mana-mana undang-undang atau tindakan eksekutif yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang

disebut satu persatu dalam Senarai Bersama melibatkan perbelanjaan, maka hendaklah diambil tindakan di

bawah Perlembagaan ini yang akan memastikan bahawa, melainkan jika dipersetujui selainnya, beban

perbelanjaan itu ditanggung—

(a) oleh Persekutuan, jika perbelanjaan itu berbangkit sama ada daripada komitmen persekutuan

atau daripada komitmen Negeri yang diakujanjikan mengikut dasar persekutuan dan dengan

kelulusan khusus Kerajaan Persekutuan;

(b) oleh Negeri atau Negeri-Negeri yang berkenaan, jika perbelanjaan itu berbangkit daripada

komitmen Negeri yang diakujanjikan oleh Negeri atau Negeri-Negeri itu atau kuasa Negeri atau

Negeri-Negeri itu sendiri.

Bab 4 – Tanah

Perkara 83. Pengambilan tanah bagi maksud persekutuan.

(1) Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa tanah di sesuatu Negeri, yang bukan tanah beri

hakmilik, dikehendaki bagi maksud persekutuan, maka Kerajaan Persekutuan boleh, selepas berunding

dengan Kerajaan Negeri itu, menghendaki Kerajaan Negeri itu, dan kemudiannya adalah menjadi kewajipan

Kerajaan Negeri itu, untuk menyebabkan mana-mana tanah sebagaimana yang diarahkan oleh Kerajaan

Persekutuan diberikan kepada Persekutuan atau kepada mana-mana pihak berkuasa awam sebagaimana

yang diarahkan oleh Kerajaan Persekutuan:

Dengan syarat bahawa Kerajaan Persekutuan tidaklah boleh menghendaki supaya diberikan mana-mana

tanah yang dirizabkan bagi sesuatu maksud Negeri melainkan jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati

bahawa adalah bagi kepentingan negara untuk berbuat demikian.

42

(2) Jika mengikut Fasal (1) Kerajaan Persekutuan menghendaki supaya Kerajaan Negeri itu menyebabkan

tanah diberikan untuk selama-lamanya, maka pemberian itu hendaklah dibuat tanpa sekatan tentang

kegunaan tanah itu tetapi hendaklah tertakluk kepada pembayaran cukai tanah yang berkenaan pada tiaptiap

tahun dan Persekutuan hendaklah membayar kepada Negeri itu suatu premium yang sama banyak

dengan nilai pasaran bagi pemberian itu; dan jika Kerajaan Persekutuan menghendaki supaya Kerajaan

Negeri itu menyebabkan apa-apa kepentingan lain mengenai tanah diberikan, maka Persekutuan hendaklah

membayar kepada Negeri itu cukai tahunan yang adil bagi kepentingan itu dan apa-apa premium, jika ada

yang dikehendaki oleh Kerajaan Negeri itu, sebagaimana yang adil:

Dengan syarat bahawa jika nilai tanah itu telah dinaikkan oleh sebab apa-apa pemajuan yang dibuat (selain

atas perbelanjaan Negeri itu) semasa tanah itu dirizabkan bagi maksud persekutuan, maka kenaikan itu

tidak boleh diambil kira pada menentukan nilai pasaran, cukai atau premium bagi maksud Fasal ini.

(3) Jika sesuatu kehendak dibuat di bawah Fasal (1) berkenaan dengan mana-mana tanah yang, pada tarikh

kehendak itu, telah dicadangkan bagi apa-apa maksud Negeri, maka jika—

(a) tanah lain diambil oleh Negeri itu bagi maksud itu sebagai ganti tanah yang mula-mula disebut itu;

dan

(b) kos tanah yang diambil sedemikian melebihi amaun yang dibayar oleh Persekutuan (selain

bayaran sebagai cukai) mengikut Fasal (2) berkenaan dengan kepentingan yang diberikan kepada

Persekutuan itu,

Persekutuan hendaklah membayar kepada Negeri itu apa-apa jumlah wang yang adil berkenaan dengan

lebihan itu.

(4) Jika pemberian selanjutnya dibuat menurut Perkara ini berkenaan dengan tanah yang mengenainya

suatu kepentingan terletak hak pada Persekutuan atau mana-mana pihak berkuasa awam, maka apa-apa

jumlah wang yang kena dibayar sebagai premium di bawah Fasal (2) berkenaan dengan pemberian

selanjutnya itu hendaklah dikurangkan sebanyak amaun yang sama dengan nilai pasaran bagi apa-apa

pemajuan yang dibuat (selain atas perbelanjaan Negeri itu) semenjak kepentingan itu menjadi terletak hak

seperti yang disebut terdahulu.

(5) Peruntukan yang tersebut di atas dalam Perkara ini (kecuali Fasal (3)) hendaklah terpakai berhubung

dengan tanah beri hakmilik sebagaimana peruntukan itu terpakai berhubung dengan tanah yang bukan

tanah beri hakmilik, tetapi tertakluk kepada ubah suaian yang berikut:

(a) dalam Fasal (1), perkataan "selepas berunding dengan Kerajaan Negeri itu," hendaklah

ditinggalkan;

(b) jika suatu kehendak dibuat di bawah Fasal itu, maka menjadi kewajipan Kerajaan Negeri itu untuk

menyebabkan diambil melalui perjanjian atau dengan paksa apa-apa kepentingan mengenai tanah

itu sebagaimana yang perlu untuk mematuhi kehendak itu;

(c) apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Negeri itu dalam atau berkaitan dengan pengambilan

tanah mengikut perenggan (b) hendaklah dibayar balik oleh Persekutuan, kecuali bahawa jika

pengambilan itu dilakukan melalui perjanjian, maka Persekutuan tidaklah bertanggungan, melainkan

jika Persekutuan merupakan satu pihak kepada perjanjian itu, untuk membayar lebih daripada apa

yang akan dibayar olehnya jika tanah itu diambil dengan paksa;

(d) apa-apa jumlah wang yang dibayar oleh Persekutuan kepada Negeri itu mengikut perenggan (c)

hendaklah, bagi maksud Fasal (2), diambil kira pada menentukan nilai pasaran, cukai tanah yang

berkenaan atau cukai tahunan yang adil, dan hendaklah dipotong daripada apa-apa premium yang

kena dibayar oleh Persekutuan di bawah Fasal itu.

(6) Jika pemberian dibuat kepada Persekutuan menurut Fasal (1) berkenaan dengan tanah, atau suatu

kepentingan mengenainya, yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri itu atas perbelanjaan Kerajaan

Persekutuan Tanah Melayu sebelum Hari Merdeka, maka perenggan (d) dan Fasal (5) hendaklah terpakai

bagi jumlah wang yang dibayar berkenaan dengan pengambilan itu oleh Kerajaan Persekutuan Tanah

43

Melayu seolah-olah jumlah wang itu dibayar oleh Persekutuan mengikut perenggan (c) Fasal (5); dan Fasal

(3) tidaklah terpakai bagi mana-mana tanah yang sedemikian.

(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh menghalang perizaban tanah di sesuatu Negeri bagi maksud

persekutuan atas apa-apa terma dan syarat yang dipersetujui antara Kerajaan Persekutuan dengan

Kerajaan Negeri itu, atau boleh menyentuh kuasa pihak berkuasa yang berkenaan di sesuatu Negeri untuk

mengambil, mengikut mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa, mana-mana tanah beri

hakmilik bagi maksud persekutuan tanpa suatu kehendak oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Perkara ini.

(8) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh menghalang pemberian tanah di sesuatu Negeri kepada

Persekutuan, atas apa-apa terma dan syarat yang dipersetujui antara Kerajaan Persekutuan dengan

Kerajaan Negeri, tanpa suatu kehendak oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Perkara ini.

Perkara 84. (Pengembalian kepada Negeri tanah yang dipegang bagi maksud persekutuan -

Dimansuhkan).

(Dimansuhkan).

Perkara 85. Pemberian kepada Persekutuan tanah yang dirizabkan bagi maksud persekutuan.

(1) Jika mana-mana tanah di sesuatu Negeri dirizabkan bagi apa-apa maksud persekutuan, maka Kerajaan

Persekutuan boleh menghendaki Kerajaan Negeri, dan kemudiannya menjadi kewajipan Kerajaan itu, untuk

menyebabkan tanah itu diberikan kepada Persekutuan untuk selama-lamanya tanpa sekatan tentang

kegunaan tanah itu, tetapi tertakluk kepada pembayaran premium yang hendaklah ditentukan mengikut

Fasal (2) dan kepada pembayaran cukai tanah yang berkenaan pada tiap-tiap tahun.

(2) Premium yang disebut dalam Fasal (1) hendaklah sama banyak dengan nilai pasaran tanah itu ditolak—

(a) nilai pasaran bagi apa-apa pemajuan yang dibuat (selain atas perbelanjaan Negeri) semasa tanah

itu digunakan bagi maksud persekutuan; dan

(b) amaun, jika ada, yang telah dibayar oleh Persekutuan, atau yang telah dibayar sebelum Hari

Merdeka oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, berkenaan dengan kos pengambilan apa-apa

kepentingan mengenai tanah itu oleh Kerajaan Negeri.

(3) Tanpa menjejaskan Fasal (1), jika mana-mana tanah di sesuatu Negeri dirizabkan bagi apa-apa maksud

persekutuan, maka Kerajaan Persekutuan boleh menawarkan untuk melepaskan tanah itu kepada Negeri

dengan syarat bahawa Negeri itu membayar kepada Persekutuan nilai pasaran dan amaun yang disebut

dalam perenggan (a) dan (b) Fasal (2); dan jika Kerajaan Negeri itu menyetujui terima tawaran itu, maka

perizaban itu hendaklah terhenti.

(4) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara ini, tanah di sesuatu Negeri yang dirizabkan bagi

maksud persekutuan tidaklah terhenti daripada dirizabkan sedemikian, dan segala tanah yang dirizabkan

sedemikian hendaklah dikawal dan diuruskan oleh atau bagi pihak Kerajaan Persekutuan, dan Kerajaan

Persekutuan boleh memberikan apa-apa hak menduduki, mengawal atau menguruskan, atau suatu

penyewaan atau pajakan, keseluruhan atau mana-mana bahagian tanah itu, kepada mana-mana orang—

(a) bagi orang itu menggunakan tanah itu untuk apa-apa jangka masa bagi maksud persekutuan

yang baginya tanah itu dirizabkan, atau bagi apa-apa maksud yang berdampingan atau

bersampingan dengannya; atau

(b) jika Kerajaan Persekutuan tidak dapat kerana apa-apa sebab menggunakan tanah buat

sementara bagi maksud persekutuan yang baginya tanah itu dirizabkan, bagi orang itu menggunakan

tanah itu bagi apa-apa maksud selain maksud persekutuan, untuk apa-apa jangka masa dan atas

apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan.

44

(5) Dalam Perkara ini sebutan mengenai tanah di sesuatu Negeri yang dirizabkan bagi maksud persekutuan

termasuklah—

(a) mana-mana tanah yang telah dirizabkan sebelum Hari Merdeka mengikut peruntukan mana-mana

undang-undang yang ketika itu berkuat kuasa di dalam Negeri itu bagi apa-apa maksud yang telah

menjadi suatu maksud persekutuan selepas Hari Merdeka;

(b) mana-mana tanah yang dirizabkan bagi apa-apa maksud persekutuan selepas Hari Merdeka

mengikut peruntukan mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa di dalam sesuatu

Negeri;

(c) mana-mana tanah Negeri yang disebut dalam Fasal (4) Perkara 166 yang telah dimansuhkan;

dan

(d) mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang dirizabkan bagi maksud persekutuan menurut kuasa

Fasal (7) Perkara 83.

Perkara 86. Pelupusan tanah yang terletak hak pada Persekutuan.

(1) Jika apa-apa kepentingan mengenai tanah terletak hak pada Persekutuan, atau pada sesuatu pihak

berkuasa awam, bagi apa-apa maksud, maka Persekutuan atau pihak berkuasa awam itu boleh melupuskan

kepentingan itu atau apa-apa kepentingan yang lebih kecil mengenai tanah itu kepada mana-mana orang

yang didapatinya layak.

(2) Jika apa-apa kepentingan mengenai tanah di sesuatu Negeri dilupuskan oleh atau kepada Persekutuan

atau mana-mana pihak berkuasa awam menurut Perkara ini atau Perkara 85, maka menjadi kewajipan

Kerajaan Negeri itu untuk mendaftarkan pelupusan itu dengan sewajarnya.

Perkara 87. Pemutusan pertikaian tentang nilai tanah.

(1) Jika berbangkit apa-apa pertikaian antara Kerajaan Persekutuan dengan sesuatu Kerajaan Negeri

tentang apa-apa pembayaran yang dibuat oleh atau kepada Persekutuan di bawah Perkara-Perkara yang

disebut terdahulu dalam Bab ini, atau tentang amaun apa-apa pembayaran itu, maka, sama ada atas

permintaan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri itu, pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada

Tribunal Tanah yang dilantik mengikut Perkara ini.

(2) Tribunal Tanah hendaklah terdiri daripada—

(a) seorang pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan

dan yang adalah, atau pernah menjadi, atau layak menjadi, seorang hakim Mahkamah Persekutuan,

Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi, atau yang pernah menjadi seorang hakim Mahkamah

Besar sebelum Hari Malaysia;

(b) seorang anggota yang hendaklah dilantik oleh Kerajaan Persekutuan; dan

(c) seorang anggota yang hendaklah dilantik oleh Kerajaan Negeri itu.

(3) Amalan dan tatacara Tribunal Tanah hendaklah dikawal selia oleh kaedah-kaedah mahkamah yang

dirangka oleh Jawatankuasa Kaedah-Kaedah atau pihak berkuasa lain yang berkuasa di bawah undangundang

bertulis untuk membuat kaedah-kaedah atau aturan-aturan yang mengawal selia amalan dan

tatacara Mahkamah Persekutuan.

(4) Sesuatu rayuan terhadap keputusan Tribunal Tanah mengenai apa-apa soal undang-undang boleh

dibuat kepada Mahkamah Persekutuan.

45

Perkara 88. Pemakaian Perkara 83 hingga 87 bagi Negeri yang tidak mempunyai Raja.

Dalam pemakaiannya bagi mana-mana Negeri yang tidak mempunyai Raja, Perkara 83 hingga 87

hendaklah berkuat kuasa—

(a) tertakluk kepada apa-apa penyesuaian (jika ada) sebagaimana yang diperuntukkan melalui

undang-undang oleh Parlimen, iaitu penyesuaian yang dikehendaki untuk memastikan bahawa

Perkara-Perkara itu terpakai (dengan seberapa hampir yang dapat dilaksanakan memandangkan

perbezaan dalam sistem pemegangan tanah) mengikut cara yang sama sebagaimana Perkara-

Perkara itu terpakai bagi Negeri-Negeri lain; dan

(b) dalam hal Negeri Sabah dan Sarawak, dengan meninggalkan perenggan (a) Fasal (5) dalam

Perkara 83.

Perkara 89. Tanah simpanan Melayu.

(1) Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang merupakan tanah simpanan Melayu sebaik sebelum Hari

Merdeka mengikut undang-undang yang sedia ada boleh terus menjadi tanah simpanan Melayu mengikut

undang-undang itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh suatu Enakmen Badan Perundangan Negeri itu,

iaitu suatu Enakmen—

(a) yang diluluskan oleh majoriti jumlah bilangan ahli Dewan Undangan dan dengan undi tidak kurang

daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir dan pengundi; dan

(b) yang dipersetujui melalui ketetapan setiap Majlis Parlimen yang diluluskan oleh majoriti jumlah

bilangan ahli Majlis Parlimen itu dan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli

yang mengundi.

(1A) Apa-apa undang-undang yang dibuat di bawah Fasal (1) yang membuat peruntukan bagi pelucuthakan

atau pengembalian kepada Pihak Berkuasa Negeri, atau bagi pelucutan, pemunyaan mana-mana tanah

simpanan Melayu, atau apa-apa hak atau kepentingan mengenainya, disebabkan mana-mana orang, atau

mana-mana perbadanan, syarikat atau badan lain (sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan) yang

memegangnya tidak lagi layak atau berwibawa di bawah undang-undang yang berkaitan yang berhubungan

dengan tanah simpanan Melayu untuk memegangnya, tidaklah menjadi tidak sah atas alasan

ketidakselarasan dengan Perkara 13.

(2) Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang pada masa ini bukan tanah simpanan Melayu mengikut

undang-undang yang sedia ada dan yang belum dibangunkan atau dicucuk tanam boleh diisytiharkan

sebagai tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang itu: Dengan syarat bahawa—

(a) jika mana-mana tanah di sesuatu Negeri diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu di bawah

Fasal ini, suatu keluasan tanah yang sama dengan luas tanah itu di dalam Negeri itu yang belum

dibangunkan atau dicucuk tanam hendaklah diadakan bagi pemberian hakmilik umum; dan

(b) jumlah keluasan tanah di sesuatu Negeri yang pada masa ini diisytiharkan sebagai tanah

simpanan Melayu di bawah Fasal ini tidak boleh pada bila-bila masa melebihi jumlah keluasan tanah

di Negeri itu yang telah diadakan bagi pemberian hakmilik umum menurut perenggan (a).

(3) Tertakluk kepada Fasal (4), Kerajaan mana-mana Negeri boleh, mengikut undang-undang yang sedia

ada, mengisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu—

(a) mana-mana tanah yang diambil oleh Kerajaan itu melalui perjanjian bagi maksud itu;

(b) mana-mana tanah lain, apabila permohonan dibuat oleh tuan punya tanah itu, dan dengan

persetujuan tiap-tiap orang yang mempunyai hak atau kepentingan mengenainya,

dan hendaklah, mengikut undang-undang yang sedia ada, dengan serta-merta mengisytiharkan sebagai

tanah simpanan Melayu, dalam hal jika mana-mana tanah terhenti menjadi tanah simpanan Melayu, manamana

tanah lain yang sama jenisnya dengan tanah itu dan yang luasnya tidak melebihi keluasan tanah itu.

46

(4) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh membenarkan diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu

mana-mana tanah yang pada masa perisytiharan itu dipunyai atau diduduki oleh seseorang yang bukan

seorang Melayu atau yang mengenainya atau ke atasnya orang itu ketika itu mempunyai apa-apa hak atau

kepentingan.

(5) Tanpa menjejaskan Fasal (3), Kerajaan mana-mana Negeri boleh, mengikut undang-undang, mengambil

tanah untuk menempatkan orang Melayu atau kaum lain, dan mewujudkan amanah bagi maksud itu.

(6) Dalam Perkara ini "tanah simpanan Melayu" ertinya tanah yang disimpan untuk diberi hakmilik kepada

orang Melayu atau kepada anak negeri bagi Negeri tempat terletaknya tanah itu; dan "orang Melayu"

termasuklah mana-mana orang yang, di bawah undang-undang Negeri tempat dia bermastautin, dikira

sebagai orang Melayu bagi maksud perizaban tanah.

(7) Tertakluk kepada Perkara 161A, Perkara ini hendaklah berkuat kuasa walau apa pun apa-apa

peruntukan lain dalam perlembagaan ini; tetapi (tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan lain yang

sedemikian) tiada tanah boleh dikekalkan atau diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu kecuali

sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara ini dan Perkara 90.

(8) Peruntukan Perkara ini hendaklah terpakai bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan

Putrajaya mengikut cara yang sama sebagaimana peruntukan Perkara ini terpakai bagi sesuatu Negeri,

kecuali bahawa Fasal (1) dalam pemakaiannya bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan

Putrajaya hendaklah diubahsuaikan supaya dibaca bahawa mana-mana tanah di dalam Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang sebaik sebelum Hari Merdeka ialah

tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang yang sedia ada boleh terus menjadi tanah simpanan

Melayu mengikut undang-undang itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Akta Parlimen yang diluluskan

oleh majoriti jumlah bilangan ahli setiap Majlis Parlimen dan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga

daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi di dalam setiap Majlis Parlimen.

Perkara 90. Peruntukan khas yang berhubungan dengan tanah adat di Negeri Sembilan dan Melaka,

dan tanah pegangan Melayu di Terengganu.

(1) Tiada apa-apa jua dalam Perlembagaan ini boleh menyentuh kesahan apa-apa sekatan yang dikenakan

oleh undang-undang ke atas pemindahan hakmilik atau pemajakan tanah adat di Negeri Sembilan atau

Negeri Melaka, atau pemindahan hakmilik atau pemajakan apa-apa kepentingan mengenai tanah itu.

(1A) Bagi maksud Fasal (1)—

(a) "pemindahan hakmilik" termasuklah apa-apa penggadaian, perpindahan atau peletakhakan, atau

pewujudan apa-apa lien atau amanah, atau pemasukan apa-apa kaveat, atau apa-apa bentuk urusan

atau pelupusan lain daripada apa-apa jua perihalan atau jenis; dan

(b) "pemajakan" termasuklah apa-apa penyewaan dalam apa-apa jua bentuk atau jangka masa.

(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, undang-undang yang sedia ada di Negeri

Terengganu mengenai tanah pegangan Melayu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga diperuntukkan

selainnya oleh suatu Enakmen Badan Perundangan Negeri itu yang diluluskan dan dipersetujui

sebagaimana yang diperihalkan dalam Fasal (1) Perkara 89.

(3) Apa-apa Enakmen Badan Perundangan Negeri Terengganu yang sedemikian boleh membuat

peruntukan bagi tanah simpanan Melayu yang bersamaan dengan undang-undang yang sedia ada yang

berkuat kuasa di mana-mana Negeri lain yang ber-Raja; dan dalam keadaan sedemikian Perkara 89

tersebut hendaklah berkuat kuasa berhubung dengan Terengganu tertakluk kepada ubah suaian yang

berikut, iaitu:

(a) dalam Fasal (1), sebutan mengenai tanah yang merupakan tanah simpanan Melayu sebaik

sebelum Hari Merdeka mengikut undang-undang yang sedia ada hendaklah digantikan dengan

47

sebutan mengenai tanah yang sebaik sebelum lulusnya Enakmen tersebut itu merupakan tanah

pegangan Melayu; dan

(b) tertakluk seperti yang disebut terdahulu, apa-apa sebutan mengenai undang-undang yang sedia

ada hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Enakmen tersebut.

Perkara 91. Majlis Tanah Negara.

(1) Maka hendaklah ada suatu Majlis Tanah Negara yang terdiri daripada seorang Menteri sebagai

pengerusi, seorang wakil dari setiap Negeri yang hendaklah dilantik oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri,

dan apa-apa bilangan wakil Kerajaan Persekutuan yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan tetapi, tertakluk

kepada Fasal (5) Perkara 95E, bilangan wakil Kerajaan Persekutuan tidak boleh melebihi sepuluh.

(2) Pengerusi boleh mengundi atas apa-apa soal di hadapan Majlis Tanah Negara tetapi tidaklah mempunyai

undi pemutus.

(3) Majlis Tanah Negara hendaklah dipanggil bermesyuarat oleh pengerusi seberapa kerap yang

difikirkannya perlu tetapi sekurang-kurangnya satu mesyuarat hendaklah diadakan pada tiap-tiap tahun.

(4) Jika pengerusi atau seseorang wakil sesuatu Negeri atau Kerajaan Persekutuan tidak dapat hadir dalam

sesuatu mesyuarat, maka pihak berkuasa yang melantiknya itu boleh melantik seorang lain untuk mengambil

tempatnya dalam mesyuarat itu.

(5) Menjadi kewajipan Majlis Tanah Negara untuk membentuk, dari semasa ke semasa, dengan berunding

dengan kerajaan Persekutuan, Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Majlis Kewangan Negara suatu dasar negara

untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah di seluruh Persekutuan bagi perlombongan, pertanian,

perhutanan atau apa-apa maksud lain, dan untuk mentadbirkan mana-mana undang-undang yang

berhubungan dengannya; dan Kerajaan-Kerajaan Persekutuan dan Negeri hendaklah mengikuti dasar yang

dibentuk sedemikian.

(6) Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri boleh merundingi Majlis Tanah Negara

berkenaan dengan apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan penggunaan tanah atau berkenaan

dengan apa-apa perundangan yang dicadangkan mengenai tanah atau pentadbiran mana-mana undangundang

yang sedemikian, dan menjadi kewajipan Majlis Tanah Negara untuk menasihati Kerajaan itu

mengenai mana-mana perkara yang sedemikian.

Bab 5 - Pembangunan Negara

Perkara 92. Rancangan pembangunan negara.

(1) Jika, selepas sesuatu syor diterima daripada suatu jawatankuasa pakar dan selepas berunding dengan

Majlis Kewangan Negara, Majlis Tanah Negara dan Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan, Yang di-

Pertuan Agong berpuas hati bahawa adalah berfaedah bagi kepentingan negara dijalankan sesuatu

rancangan pembangunan di mana-mana kawasan atau kawasan-kawasan di dalam satu atau beberapa

Negeri, maka Yang di-Pertuan Agong boleh, selepas menyiarkan rancangan itu, mengisytiharkan kawasan

atau kawasan-kawasan itu sebagai kawasan pembangunan; dan sesudah itu Parlimen berkuasa

melaksanakan rancangan pembangunan itu atau mana-mana bahagiannya, walaupun mana-mana perkara

yang dimaksudkan oleh rancangan itu merupakan perkara-perkara yang, jika tidak kerana Perkara ini, hanya

Negeri-Negeri sahaja berkuasa membuat undang-undang mengenainya.

(2) Apa-apa Akta yang diluluskan menurut Perkara ini hendaklah menyebut bahawa Akta itu telah diluluskan

sedemikian dan bahawa peruntukan Fasal (1) telah dipatuhi; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi apa-apa

Rang Undang-Undang untuk mengadakan suatu Akta yang sedemikian atau apa-apa pindaan kepada suatu

Rang Undang-Undang yang sedemikian.

48

(3) Dalam Perkara ini, "rancangan pembangunan" ertinya suatu rancangan untuk membangunkan,

memajukan, atau memelihara sumber-sumber alam di dalam sesuatu kawasan pembangunan,

mengeksploitasikan sumber-sumber yang sedemikian, atau menambah peluang-peluang pekerjaan di dalam

kawasan itu.

(4) Tanpa menjejaskan kuasanya di bawah mana-mana Perkara lain untuk menghendaki apa-apa

kepentingan mengenai tanah diambil atau diberikan bagi maksud persekutuan, Kerajaan Persekutuan boleh

dari semasa ke semasa menghendaki dirizabkan bagi maksud sesuatu rancangan pembangunan, setakat

yang dinyatakannya, mana-mana tanah di dalam sesuatu kawasan pembangunan yang tidak diduduki oleh

orang persendirian; tetapi apa-apa kekurangan hasil tahunan yang diterima oleh sesuatu Negeri disebabkan

oleh perizaban itu hendaklah diganti kepada Negeri itu oleh Persekutuan.

(5) Segala pendapatan yang diterima oleh Persekutuan daripada pengendalian sesuatu rancangan

pembangunan hendaklah, tertakluk kepada Fasal (6), digunakan—

(a) pertamanya, bagi mengadakan peruntukan modal dan membayar belanja kerja bagi rancangan

pembangunan itu;

(b) keduanya, bagi membayar balik kepada Persekutuan apa-apa perbelanjaan, termasuk

perbelanjaan di bawah Fasal (4), yang dilakukan oleh Persekutuan dalam mengendalikan rancangan

itu; dan

(c) tentang bakinya, bagi membayar kepada Negeri tempat kawasan pembangunan itu terletak atau,

jika kawasan pembangunan itu terletak di dalam dua Negeri atau lebih, kepada Negeri-Negeri itu

mengikut perkadaran yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan.

(6) Jika dipersetujui antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan mana-mana Negeri yang di dalamnya

termasuk keseluruhan atau mana-mana bahagian kawasan pembangunan itu bahawa apa-apa perbelanjaan

yang dilakukan dalam mengendalikan rancangan pembangunan itu hendaklah dibayar oleh Negeri itu, maka

apa-apa perbelanjaaan yang dibayar sedemikian hendaklah dibayar balik kepada Negeri itu dan

pembayaran balik itu hendaklah berperingkat pari passu dengan pembayaran balik kepada Persekutuan

apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Persekutuan.

(7) Parlimen boleh memansuhkan atau meminda mana-mana Akta yang diluluskan menurut Perkara ini, dan

bagi maksud itu boleh membuat apa-apa peruntukan yang bersampingan dan berbangkit sebagaimana yang

difikirkannya perlu.

(8) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh menyentuh kuasa Parlimen atau Badan Perundangan manamana

Negeri—

(a) untuk mengenakan apa-apa cukai atau kadar yang dibenarkan untuk dikenakan olehnya di bawah

mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini; atau

(b) untuk membuat daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan atau Kumpulan Wang

Disatukan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, pemberian yang tidak kena dibayar balik di

bawah Fasal (5) atau (6),

kecuali bahawa jika, menurut Fasal (1), suatu kadar dikenakan ke atas apa-apa harta oleh undang-undang

persekutuan yang, jika tidak kerana Perkara ini, mungkin dikenakan oleh undang-undang Negeri, maka

kadar yang sama jenisnya tidak boleh dikenakan oleh undang-undang Negeri selama apa-apa tempoh kadar

yang dikenakan oleh undang-undang persekutuan kena dibayar.

49

Bab 6 - Tinjauan Persekutuan, nasihat Persekutuan kepada Negeri dan pemeriksaan Persekutuan

mengenai kegiatan Negeri

Perkara 93. Siasatan, tinjauan dan perangkaan.

(1) Kerajaan Persekutuan boleh menjalankan apa-apa siasatan (sama ada oleh Suruhanjaya atau

selainnya), membenarkan apa-apa tinjauan dan mengumpulkan dan menyiarkan apa-apa perangkaan yang

difikirkannya patut, walaupun siasatan, tinjauan dan pengumpulan dan penyiaran perangkaan sedemikian

adalah berhubungan dengan sesuatu perkara yang berkenaan dengannya Badan Perundangan sesuatu

Negeri boleh membuat undang-undang.

(2) Menjadi kewajipan Kerajaan sesuatu Negeri, dan kewajipan semua pegawai dan pihak berkuasa Negeri

itu, untuk membantu Kerajaan Persekutuan pada melaksanakan kuasanya di bawah Perkara ini; dan bagi

maksud ini Kerajaan Persekutuan boleh memberikan apa-apa arahan yang difikirkannya perlu.

Perkara 94. Kuasa Persekutuan berkenaan dengan rakyat Negeri.

(1) Kuasa eksekutif Persekutuan meliputi kuasa menjalankan penyelidikan, mengadakan dan

menyenggarakan stesen percubaan dan stesen tunjuk cara, memberikan nasihat dan bantuan teknikal

kepada Kerajaan mana-mana Negeri, dan mengadakan pendidikan, publisiti dan tunjuk cara bagi penduduk

mana-mana Negeri, berkenaan dengan mana-mana perkara yang mengenainya Badan Perundangan

sesuatu Negeri boleh membuat undang-undang; dan pegawai pertanian dan pegawai perhutanan manamana

Negeri hendaklah menerima apa-apa nasihat profesional yang diberikan kepada Kerajaan Negeri itu di

bawah Fasal ini.

(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Jabatan Pertanian, Jabatan Pesuruhjaya Tanah,

Jabatan Hutan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang sedia ada boleh terus menjalankan fungsi yang

dijalankan olehnya sebaik sebelum Hari Merdeka.

(3) Tiada apa-apa jua dalam Perlembangan ini boleh menghalang Kerajaan Persekutuan daripada

menubuhkan Kementerian atau Jabatan Kerajaan untuk menjalankan fungsi Kerajaan Persekutuan di bawah

Perkara 93 dan Perkara ini berhubung dengan perkara yang termasuk dalam kuasa perundangan sesuatu

Negeri, dan perkara yang sedemikian bolehlah termasuk pemuliharaan tanah, kerajaan tempatan dan

perancangan bandar dan desa.

Perkara 95. Pemeriksaan aktiviti Negeri.

(1) Tertakluk kepada Fasal (3), pada menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan mana-mana pegawai yang

diberi kuasa oleh Kerajaan Persekutuan boleh memeriksa mana-mana jabatan atau apa-apa kerja Kerajaan

Negeri dengan tujuan untuk membuat suatu laporan mengenainya kepada Kerajaan Persekutuan.

(2) Sesuatu laporan yang dibuat di bawah Perkara ini, jika diarahkan sedemikian oleh Kerajaan Persekutuan,

hendaklah disampaikan kepada Kerajaan Negeri dan dibentangkan di hadapan Dewan Undangan Negeri.

(3) Perkara ini tidak memberi kuasa pemeriksaan mana-mana jabatan atau apa-apa kerja yang

menguruskan hanya atau yang dijalankan hanya mengenai perkara yang termasuk dalam kuasa

perundangan khusus sesuatu Negeri.

50

Bab 7 - Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan

Perkara 95A. Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan.

(1) Maka hendaklah ada suatu Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan yang terdiri daripada seorang Menteri

sebagai Pengerusi, seorang wakil dari setiap Negeri yang hendaklah dilantik oleh Raja atau Yang di-Pertua

Negeri, dan apa-apa bilangan wakil Kerajaan Persekutuan yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan tetapi,

tertakluk kepada Fasal (5) Perkara 95E, bilangan wakil Kerajaan Persekutuan tidak boleh melebihi sepuluh.

(2) Pengerusi boleh mengundi atas apa-apa soal di hadapan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan dan

mempunyai undi pemutus.

(3) Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan hendaklah dipanggil bermesyuarat oleh Pengerusi seberapa

kerap yang difikirkannya perlu tetapi sekurang-kurangnya satu mesyuarat hendaklah diadakan pada tiap-tiap

tahun.

(4) Jika Pengerusi atau seseorang wakil sesuatu Negeri atau seseorang wakil Kerajaan Persekutuan tidak

dapat hadir dalam sesuatu mesyuarat, maka pihak berkuasa yang melantiknya itu boleh melantik seorang

lain untuk mengambil tempatnya dalam mesyuarat itu.

(5) Menjadi kewajipan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan untuk membentuk, dari semasa ke semasa,

dengan berunding dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri, suatu dasar negara untuk

memajukan, membangunkan dan mengawal kerajaan tempatan di seluruh Persekutuan dan untuk

mentadbirkan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengannya; dan Kerajaan Persekutuan dan

Negeri hendaklah mengikuti dasar yang dibentuk sedemikian.

(6) Menjadi kewajipan juga bagi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana Negeri untuk berunding

dengan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan berkenaan dengan apa-apa perundangan yang dicadangkan

mengenai kerajaan tempatan dan menjadi kewajipan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan untuk

menasihati Kerajaan-Kerajaan itu mengenai mana-mana perkara yang sedemikian.

(7) Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri boleh merundingi Majlis Negara bagi Kerajaan

Tempatan berkenaan dengan apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan kerajaan tempatan, dan

menjadi kewajipan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan untuk menasihati Kerajaan itu mengenai manamana

perkara yang sedemikian.

Bab 8 - Pemakaian bagi Negeri Sabah dan Sarawak

Perkara 95B. Ubah suaian bagi Negeri Sabah dan Sarawak mengenai pembahagian kuasa

perundangan.

(1) Dalam hal Negeri Sabah dan Sarawak—

(a) tambahan kepada Senarai II yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan hendaklah disifatkan

menjadi sebahagian daripada Senarai Negeri, dan perkara yang disebut satu persatu dalamnya

hendaklah disifatkan tidak termasuk dalam Senarai Persekutuan atau Senarai Bersama; dan

(b) tambahan kepada Senarai III yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan, tertakluk kepada

Senarai Negeri, hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada Senarai Bersama, dan perkara

yang disebut satu persatu dalamnya hendaklah disifatkan tidak termasuk dalam Senarai Persekutuan

(tetapi tidaklah sehingga menyentuh pentafsiran Senarai Negeri, jika ia merujuk kepada Senarai

Persekutuan).

(2) Jika menurut kuasa Fasal (1) sesuatu butiran dimasukkan ke dalam Senarai Bersama bagi sesuatu

Negeri selama sesuatu tempoh sahaja, maka habisnya atau tamatnya tempoh itu tidaklah menyentuh kuat

51

kuasa seterusnya mana-mana undang-undang Negeri yang diluluskan menurut kuasa butiran itu, kecuali

sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang persekutuan atau Negeri.

(3) Badan Perundangan Negeri Sabah atau Sarawak boleh juga membuat undang-undang bagi

mengenakan cukai jualan, dan apa-apa cukai jualan yang dikenakan oleh undang-undang Negeri di Negeri

Sabah atau Sarawak hendaklah disifatkan termasuk dalam perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai

Negeri dan tidak dalam Senarai Persekutuan; tetapi—

(a) pada mengenakan atau mentadbirkan sesuatu cukai jualan Negeri, tidaklah boleh ada apa-apa

diskriminasi antara barang yang sama perihalannya mengikut tempat asal barang itu; dan

(b) caj bagi apa-apa cukai jualan persekutuan hendaklah dibayar daripada jumlah wang yang

dipungut daripada orang yang bertanggungan membayar cukai itu terlebih dahulu sebelum caj bagi

sesuatu cukai jualan Negeri.

Perkara 95C. Kuasa untuk memperluas kuasa perundangan atau eksekutif Negeri melalui perintah.

(1) Tertakluk kepada peruntukan mana-mana Akta Parlimen yang diluluskan selepas Hari Malaysia, Yang di-

Pertuan Agong boleh, melalui perintah, membuat berkenaan dengan mana-mana Negeri, apa-apa

peruntukan yang boleh dibuat melalui Akta Parlimen—

(a) bagi memberi kuasa Badan Perundangan Negeri itu membuat undang-undang sebagaimana yang

disebut dalam Perkara 76A; atau

(b) bagi memperluas kuasa eksekutif Negeri itu, dan kuasa atau kewajipan mana-mana pihak

berkuasa Negeri itu sebagaimana yang disebut dalam Fasal (4) Perkara 80.

(2) Sesuatu perintah yang dibuat menurut kuasa perenggan (a) Fasal (1) tidaklah boleh memberi kuasa

Badan Perundangan sesuatu Negeri meminda atau memansuhkan sesuatu Akta Parlimen yang diluluskan

selepas Hari Malaysia, melainkan jika Akta itu memperuntukkan sedemikian.

(3) Fasal (3) Perkara 76A dan Fasal (6) Perkara 80 hendaklah terpakai berhubung dengan sesuatu perintah

masing-masing di bawah perenggan (a) dan perenggan (b) Fasal (1) Perkara ini sebagaimana Fasal-Fasal

itu terpakai berhubung dengan sesuatu Akta Parlimen.

(4) Jika sesuatu perintah di bawah Perkara ini dibatalkan oleh suatu perintah yang kemudian, maka perintah

yang kemudian itu boleh mengandungi peruntukan bagi meneruskan kuat kuasa (pada amnya atau setakat

atau bagi apa-apa maksud yang dinyatakan dalam perintah itu) mana-mana undang-undang Negeri yang

diluluskan menurut kuasa perintah yang dahulu itu atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat

atau perkara yang dilakukan di bawah mana-mana undang-undang Negeri itu, dan mana-mana undangundang

Negeri yang diteruskan kuat kuasanya dengan demikian itu hendaklah berkuat kuasa sebagai

undang-undang persekutuan mulai dari permulaan kuat kuasa perintah yang kemudian itu:

Dengan syarat bahawa tiada peruntukan boleh diteruskan kuat kuasanya menurut kuasa Fasal ini jika atau

setakat yang peruntukan itu tidak boleh dibuat melalui Akta Parlimen.

(5) Apa-apa perintah Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara ini hendaklah dibentangkan di hadapan

setiap majlis Parlimen.

Perkara 95D. Negeri Sabah dan Sarawak terkeluar daripada kuasa Parlimen untuk meluluskan

undang-undang seragam mengenai tanah atau kerajaan tempatan.

Berhubung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, Fasal (4) Perkara 76 tidaklah terpakai, dan juga perenggan

(b) Fasal (1) Perkara itu tidak membolehkan Parlimen membuat undang-undang mengenai mana-mana

perkara yang disebut dalam Fasal (4) Perkara itu.

52

Perkara 95E. Negeri Sabah dan Sarawak terkeluar daripada rancangan negara bagi penggunaan

tanah, kerajaan tempatan, pembangunan, dsb.

(1) Berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak, Perkara 91, 92, 94 dan 95A hendaklah berkuat kuasa

tertakluk kepada Fasal-Fasal yang berikut.

(2) Tertakluk kepada Fasal (5), Kerajaan Negeri tidaklah dikehendaki di bawah Perkara 91 dan di bawah

Perkara 95A supaya mengikuti dasar yang dibentuk oleh Majlis Tanah Negara atau oleh Majlis Negara bagi

Kerajaan Tempatan, mengikut mana-mana yang berkenaan, tetapi wakil Negeri tidaklah berhak mengundi

atas soal di hadapan Majlis itu.

(3) Di bawah Perkara 92 tiada kawasan di dalam Negeri itu boleh diisytiharkan sebagai suatu kawasan

pembangunan bagi maksud apa-apa rancangan pembangunan tanpa persetujuan Yang di-Pertua Negeri.

(4) Di bawah Fasal (1) Perkara 94 (yang di bawahnya Persekutuan boleh menjalankan penyelidikan,

memberikan nasihat dan bantuan teknikal, dsb., berkenaan dengan perkara dalam Senarai Negeri) pegawai

pertanian dan pegawai perhutanan Negeri Sabah dan Sarawak hendaklah menimbangkan, tetapi tidaklah

dikehendaki menerima, nasihat profesional yang diberikan kepada Kerajaan Negeri itu.

(5) Fasal (2) hendaklah terhenti terpakai bagi sesuatu Negeri—

(a) berkenaan dengan Perkara 91, jika Parlimen memperuntukkan sedemikian dengan persetujuan

Yang di-Pertua Negeri; dan

(b) berkenaan dengan perkara 95A, jika Parlimen memperuntukkan sedemikian dengan persetujuan

Dewan Undangan,

tetapi bagi setiap wakil Negeri Sabah atau Sarawak yang menjadi berhak, menurut kuasa Fasal ini, untuk

mengundi atas soal di hadapan Majlis Tanah Negara atau Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan, maka

seorang wakil hendaklah ditambahkan kepada bilangan maksimum wakil Kerajaan Persekutuan dalam Majlis

itu.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA/PERUNTUKAN KEWANGAN

Bab 1 – Am

Perkara 96. Tiada pencukaian melainkan jika dibenarkan oleh undang-undang.

Tiada cukai atau kadar boleh dilevikan oleh atau bagi maksud Persekutuan kecuali melalui atau di bawah

kuasa undang-undang persekutuan.

Perkara 97. Kumpulan Wang Disatukan.

(1) Segala hasil dan wang tidak kira bagaimana jua pun diperdapatkan atau diterima oleh Persekutuan,

tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan, hendaklah dibayar ke

dalam dan menjadi satu kumpulan wang, yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

(2) Segala hasil dan wang tidak kira bagaimana jua pun diperdapatkan atau diterima oleh sesuatu Negeri,

tertakluk kepada Fasal (3) dan kepada mana-mana undang-undang, hendaklah dibayar ke dalam dan

menjadi satu kumpulan wang, yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Disatukan bagi Negeri itu.

(3) Jika mengikut undang-undang Negeri atau, berkenaan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

Labuan dan Putrajaya, mengikut undang-undang persekutuan apa-apa Zakat, Fitrah, Baitulmal atau hasil

53

agama Islam yang seumpamanya diperdapatkan, maka hasil itu hendaklah dibayar ke dalam suatu

kumpulan wang yang berasingan dan tidaklah boleh dibayar daripadanya kecuali di bawah kuasa undangundang

Negeri atau undang-undang persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4) Melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, apa-apa sebutan dalam Perlembagaan ini

mengenai Kumpulan Wang Disatukan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Kumpulan Wang

Disatukan Persekutuan.

Perkara 98. Perbelanjaan yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

(1) Maka hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan sebagai tambahan kepada apa-apa

pemberian, saraan atau wang lain yang dipertanggungkan sedemikian melalui mana-mana Perkara lain atau

undang-undang persekutuan—

(a) segala pencen, pampasan kerana kehilangan jawatan dan ganjaran yang Persekutuan

bertanggungan membayarnya;

(b) segala caj hutang yang Persekutuan bertanggungan membayarnya; dan

(c) apa-apa wang yang dikehendaki untuk menunaikan apa-apa penghakiman, keputusan atau award

terhadap Persekutuan oleh mana-mana mahkamah atau tribunal.

(2) Apabila membayar apa-apa pemberian kepada sesuatu Negeri mengikut peruntukan Bahagian ini,

Persekutuan boleh memotong amaun apa-apa caj hutang yang kena dibayar oleh Negeri itu kepada

Persekutuan dan yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan bagi Negeri itu.

(3) Bagi maksud Perkara ini caj hutang termasuklah bunga, caj kumpulan wang penjelas hutang,

pembayaran balik atau pelunasan hutang, dan segala perbelanjaan berkaitan dengan pemerdapatan

pinjaman atas jaminan Kumpulan Wang Disatukan dan pembayaran bunga atas hutang dan penebusan

hutang yang diwujudkan dengan jalan sedemikian.

Perkara 99. Penyata kewangan tahunan.

(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah, berkenaan dengan tiap-tiap tahun kewangan, menyebabkan

dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat suatu penyata terimaan dan perbelanjaan yang dianggarkan bagi

Persekutuan untuk tahun itu, dan, melainkan jika diperuntukkan selainnya oleh Parlimen berkenaan dengan

mana-mana tahun, penyata itu hendaklah dibentangkan sedemikian sebelum permulaan tahun ini.

Dengan syarat bahawa bolehlah ada penyata yang berasingan bagi terimaan yang dianggarkan dan

perbelanjaan yang dianggarkan, dan dalam hal sedemikian tidaklah perlu penyata terimaan itu dibentangkan

sedemikian sebelum permulaan tahun yang dimaksudkan oleh penyata itu.

(2) Anggaran perbelanjaan itu hendaklah menunjukkan—

(a) jumlah wang yang dikehendaki untuk membayar perbelanjaan yang dipertanggungkan pada

Kumpulan Wang Disatukan; dan

(b) tertakluk kepada Fasal (3), jumlah wang yang dikehendaki untuk membayar perbelanjaan bagi

maksud lain yang dicadangkan dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan.

(3) Jumlah wang yang hendaklah ditunjukkan di bawah perenggan (b) Fasal (2) tidak termasuk—

(a) jumlah wang yang merupakan hasil daripada apa-apa pinjaman yang diperdapatkan oleh

Persekutuan bagi maksud tertentu dan yang diuntukkan bagi maksud itu oleh Akta yang

membenarkan pinjaman itu diperdapatkan;

(b) jumlah wang yang merupakan apa-apa wang atau bunga atas wang yang diterima oleh

Persekutuan yang tertakluk kepada suatu amanah dan yang hendaklah digunakan mengikut terma

amanah itu;

54

(c) jumlah wang yang merupakan apa-apa wang yang dipegang oleh Persekutuan yang telah

diterima atau diuntukkan bagi maksud apa-apa kumpulan wang amanah yang ditubuhkan oleh atau

mengikut undang-undang persekutuan.

(4) Penyata tersebut hendaklah juga menunjukkan, setakat yang dapat dilaksanakan, aset dan liabiliti

Persekutuan pada akhir tahun kewangan yang baru genap, cara aset itu dilaburkan atau dipegang, dan

maksud am yang berkenaan dengannya liabiliti itu masih belum selesai.

Perkara 100. Rang Undang-Undang Perbekalan.

Perbelanjaan yang hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan tetapi tidak dipertanggungkan

padanya, selain perbelanjaan yang hendaklah dibayar dengan jumlah wang yang disebut dalam Fasal (3)

Perkara 99, hendaklah dimasukkan ke dalam suatu Rang Undang-Undang, yang hendaklah dikenali sebagai

Rang Undang-Undang Perbekalan, yang membuat peruntukan bagi pengeluaran jumlah wang yang perlu

daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk membayar perbelanjaan itu dan penguntukan jumlah wang itu

bagi maksud yang dinyatakan dalamnya.

Perkara 101. Perbelanjaan tambahan dan perbelanjaan lebih.

Jika berkenaan dengan mana-mana tahun kewangan didapati—

(a) bahawa amaun yang diuntukkan melalui Akta Perbekalan bagi apa-apa maksud tidak mencukupi,

atau bahawa telah timbul keperluan perbelanjaan bagi suatu maksud yang baginya tiada amaun

diuntukkan melalui Akta Perbekalan; atau

(b) bahawa apa-apa wang telah dibelanjakan bagi apa-apa maksud melebihi amaun yang diuntukkan

(jika ada) bagi maksud itu melalui Akta Perbekalan,

maka suatu anggaran tambahan yang menunjukkan jumlah wang yang dikehendaki atau dibelanjakan itu

hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat dan maksud apa-apa perbelanjaan itu hendaklah

dimasukkan ke dalam suatu Rang Undang-Undang Perbekalan.

Perkara 102. Kuasa membenarkan perbelanjaan masuk akaun atau bagi maksud yang tidak

dinyatakan.

Parlimen mempunyai kuasa berkenaan dengan mana-mana tahun kewangan—

(a) sebelum lulus Rang Undang-Undang Perbekalan, untuk membenarkan melalui undang-undang

perbelanjaan bagi sebahagian tahun itu;

(b) untuk membenarkan melalui undang-undang perbelanjaan bagi seluruh atau sebahagian tahun itu

selain mengikut Perkara 99 hingga 101, jika ternyata kepada Parlimen wajar berbuat demikian oleh

sebab pentingnya atau umumnya apa-apa perkhidmatan atau oleh sebab hal keadaan yang luar

biasa keterdesakannya.

Perkara 103. Kumpulan Wang Luar Jangka.

(1) Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi mewujudkan suatu Kumpulan Wang

Luar Jangka dan memberi kuasa Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan,

jika berpuas hati bahawa telah timbul keperluan perbelanjaan yang mendesak dan di luar jangkaan yang

baginya tiada peruntukan lain wujud, untuk membuat pendahuluan daripada Kumpulan Wang Luar Jangka

itu untuk memenuhi keperluan itu.

(2) Jika apa-apa pendahuluan dibuat mengikut Fasal (1), suatu anggaran tambahan hendaklah dikemukakan

dan suatu Rang Undang-Undang Perbekalan dibawa dengan seberapa segera yang mungkin bagi maksud

menggantikan amaun yang didahulukan itu.

55

Perkara 104. Pengambilan keluar daripada Kumpulan Wang Disatukan.

(1) Tertakluk kepada Fasal (2), tiada wang boleh diambil keluar daripada Kumpulan Wang Disatukan

melainkan jika wang itu—

(a) dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan; atau

(b) dibenarkan untuk dikeluarkan melalui Akta Perbekalan;

(c) dibenarkan untuk dikeluarkan di bawah Perkara 102.

(2) Fasal (1) tidak terpakai bagi apa-apa jumlah wang yang disebut dalam Fasal (3) Perkara 99.

(3) Tiada wang boleh diambil keluar daripada Kumpulan Wang Disatukan kecuali mengikut cara yang

diperuntukkan oleh undang-undang persekutuan.

Perkara 105. Ketua Audit Negara.

(1) Maka hendaklah ada seorang Ketua Audit Negara, yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong

atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

(2) Seseorang yang telah memegang jawatan Ketua Audit Negara layak dilantik semula tetapi tidaklah layak

dilantik bagi apa-apa pelantikan lain dalam perkhidmatan Persekutuan atau bagi apa-apa pelantikan dalam

perkhidmatan sesuatu Negeri.

(3) Ketua Audit Negara boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya tetapi tidaklah boleh dipecat

daripada jawatan kecuali atas alasan dan mengikut cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah

Persekutuan.

(4) Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi saraan Ketua Audit Negara, dan

saraan yang diperuntukkan sedemikian hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan.

(5) Saraan dan terma lain jawatan (termasuk hak pencen) bagi Ketua Audit Negara tidaklah boleh, selepas

pelantikannya, diubah menjadi kurang baik baginya.

(6) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, terma dan syarat perkhidmatan Ketua Audit Negara hendaklah

ditentukan melalui undang-undang persekutuan dan, tertakluk kepada peruntukan undang-undang

persekutuan, oleh Yang di-Pertuan Agong.

Perkara 106. Kuasa dan tugas Ketua Audit Negara.

(1) Akaun bagi Persekutuan dan bagi Negeri-Negeri hendaklah diaudit dan dibuat laporan mengenainya oleh

Ketua Audit Negara.

(2) Ketua Audit Negara hendaklah melaksanakan apa-apa tugas lain dan menjalankan apa-apa kuasa

sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang persekutuan berhubung dengan akaun bagi

Persekutuan dan akaun bagi Negeri-Negeri dan berhubung dengan akaun bagi pihak-pihak berkuasa awam

lain dan akaun bagi badan yang dinyatakan melalui perintah yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

Perkara 107. Laporan Ketua Audit Negara.

(1) Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan laporan-laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong yang

hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.

(2) Satu naskhah mana-mana laporan itu yang berhubungan dengan akaun bagi sesuatu Negeri, atau

berhubungan dengan akaun-akaun bagi mana-mana pihak berkuasa awam yang menjalankan kuasa yang

56

diberikan oleh undang-undang Negeri, hendaklah dikemukakan kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri

bagi Negeri itu yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Undangan.

Perkara 108. Majlis Kewangan Negara.

(1) Maka hendaklah ada suatu Majlis Kewangan Negara yang terdiri daripada Perdana Menteri, mana-mana

Menteri lain yang ditetapkan oleh Perdana Menteri, dan seorang wakil dari setiap Negeri yang dilantik oleh

Raja atau Yang di-Pertua Negeri.

(2) Majlis Kewangan Negara hendaklah dipanggil bermesyuarat oleh Perdana Menteri seberapa kerap yang

difikirkannya perlu dan apabila wakil dari tiga Negeri atau lebih menghendaki diadakan mesyuarat, tetapi

sekurang-kurangnya satu mesyuarat hendaklah diadakan pada tiap-tiap dua belas bulan.

(3) Dalam mana-mana mesyuarat Majlis Kewangan Negara, Perdana Menteri boleh diwakili oleh seorang

Menteri Persekutuan yang lain, dan Perdana Menteri atau, jika Perdana Menteri tidak hadir, Menteri yang

mewakilinya itu, hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.

(4) Menjadi kewajipan Kerajaan Persekutuan untuk berunding dengan Majlis Kewangan Negara berkenaan

dengan—

(a) pemberian yang dibuat oleh Persekutuan kepada Negeri-Negeri;

(b) penyerahhakan kepada Negeri-Negeri keseluruhan atau apa-apa bahagian hasil daripada apaapa

cukai atau fi persekutuan;

(c) keperluan pinjaman tahunan Persekutuan dan Negeri-Negeri dan penjalanan kuasa meminjam

Persekutuan dan Negeri-Negeri itu;

(d) pembuatan pinjaman kepada mana-mana Negeri itu;

(e) pembuatan rancangan pembangunan mengikut Perkara 92;

(f) perkara yang disebut dalam Butiran 7(f) dan (g) Senarai Persekutuan;

(g) apa-apa cadangan untuk membawa Rang Undang-Undang bagi suatu undang-undang yang

disebut dalam Fasal (2) Perkara 109 atau Fasal (3) atau (3A) Perkara 110;

(h) apa-apa perkara lain yang berkenaan dengannya Perlembagaan ini atau undang-undang

persekutuan membuat peruntukan bagi mengadakan rundingan dengan Majlis Kewangan Negara.

(5) Kerajaan Persekutuan boleh merundingi Majlis Kewangan Negara berkenaan dengan apa-apa perkara

lain, sama ada atau tidak perkara itu melibatkan soal kewangan, dan kerajaan sesuatu Negeri boleh

merundingi Majlis tersebut berkenaan dengan apa-apa perkara yang menyentuh kedudukan kewangan

Negeri itu.

Perkara 109. Pemberian kepada Negeri.

(1) Persekutuan hendaklah membuat kepada setiap Negeri berkenaan dengan setiap tahun kewangan—

(a) pemberian, yang dikenali sebagai pemberian ikut kepala, yang hendaklah dihitung mengikut

peruntukan Bahagian I Jadual Kesepuluh;

(b) pemberian bagi penyenggaraan jalan Negeri, yang dikenali sebagai pemberian jalan Negeri, yang

hendaklah dihitung mengikut peruntukan Bahagian II Jadual Kesepuluh.

(2) Parlimen boleh dari semasa ke semasa melalui undang-undang mengubah kadar pemberian ikut kepala;

tetapi jika kesan mana-mana undang-undang itu akan mengurangkan pemberian itu, peruntukan hendaklah

dibuat dalam undang-undang itu bagi memastikan bahawa amaun pemberian yang diterima oleh manamana

Negeri berkenaan dengan mana-mana tahun kewangan tidak kurang daripada sembilan puluh peratus

daripada amaun yang diterima oleh Negeri itu dalam tahun kewangan sebelumnya.

(3) Parlimen boleh melalui undang-undang membuat pemberian bagi maksud tertentu kepada mana-mana

Negeri atas apa-apa terma dan syarat yang diperuntukkan oleh mana-mana undang-undang itu.

57

(4) Amaun yang dikehendaki untuk membuat pemberian yang disebut dalam peruntukan yang terdahulu

dalam Perkara ini hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan.

(5) Jika, mengikut Perkara 103, suatu Kumpulan Wang Luar Jangka diwujudkan, maka kuasa untuk

membuat pendahuluan daripada Kumpulan Wang itu bagi memenuhi keperluan perbelanjaan yang

mendesak dan di luar jangkaan termasuklah kuasa untuk membuat pendahuluan itu kepada sesuatu Negeri

bagi memenuhi keperluan yang sedemikian.

(6) Persekutuan hendaklah membayar ke dalam suatu kumpulan wang, yang hendaklah dikenali sebagai

Kumpulan Wang Rizab Negeri—

(a) (Dimansuhkan);

(b) berkenaan dengan tiap-tiap tahun kewangan apa-apa jumlah wang yang ditentukan sebagai perlu

oleh Kerajaan Persekutuan selepas berunding dengan Majlis Kewangan Negara, dan Persekutuan

boleh dari semasa ke semasa, selepas berunding dengan Majlis Kewangan Negara, membuat

pemberian daripada Kumpulan Wang Rizab Negeri kepada mana-mana Negeri bagi maksud

pembangunan atau pada amnya untuk menambah hasil Negeri itu.

Perkara 110. Penyerahhakan cukai dan fi kepada Negeri.

(1) Tertakluk kepada Fasal (2), setiap Negeri hendaklah menerima segala hasil daripada cukai, fi dan

sumber hasil lain yang dinyatakan dalam Bahagian III Jadual Kesepuluh setakat yang dipungut, dilevikan

atau diperdapatkan di dalam Negeri itu.

(2) Parlimen boleh dari semasa ke semasa melalui undang-undang menggantikan mana-mana sumber hasil

yang dinyatakan dalam seksyen 1, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 12 atau 14 Bahagian III Jadual Kesepuluh atau manamana

sumber hasil yang digantikan sedemikian dengan suatu sumber hasil lain yang pada hakikatnya sama

nilainya.

(3) Setiap Negeri hendaklah menerima, atas apa-apa terma dan syarat yang diperuntukkan melalui atau di

bawah undang-undang persekutuan, sepuluh peratus atau apa-apa amaun yang lebih besar yang

diperuntukkan sedemikian daripada duti eksport atas timah yang dikeluarkan di dalam Negeri itu.

(3A) Parlimen boleh melalui undang-undang memperuntukkan bahawa setiap Negeri hendaklah menerima,

atas apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan melalui atau di bawah undang-undang persekutuan, apa-apa

perkadaran yang ditetapkan sedemikian daripada duti eksport atas mineral (selain timah) yang dikeluarkan di

dalam Negeri itu. Dalam Perkara ini "mineral" ertinya bijih mineral, logam dan minyak mineral.

(3B) Tanpa menjejaskan kuasa untuk mengenakan syarat yang diberikan oleh Fasal (3) atau (3A), Parlimen

boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi melarang atau menyekat dalam apa-apa hal, atau

kecuali dalam apa-apa hal, sebagaimana yang diperuntukkan melalui atau di bawah undang-undang itu,

pelevian royalti ke atas mineral atau caj yang seumpamanya berkenaan dengan mineral (sama ada di bawah

suatu pajakan atau surat cara lain atau di bawah mana-mana enakmen Negeri, dan sama ada surat cara itu

telah dibuat atau enakmen itu diluluskan sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Fasal ini).

(4) Tanpa menjejaskan peruntukan Fasal (1) hingga (3A), Parlimen boleh melalui undang-undang—

(a) menyerahhakkan kepada Negeri-Negeri keseluruhan atau apa-apa bahagian daripada hasil apaapa

cukai atau fi yang diperdapatkan atau dilevikan oleh Persekutuan; dan

(b) menyerahhakkan kepada Negeri-Negeri tanggungjawab bagi memungut, bagi maksud Negeri,

apa-apa cukai atau fi yang dibenarkan oleh undang-undang persekutuan.

(5) Amaun yang boleh diterima oleh Negeri di bawah Fasal (1), (2) atau (4) tidaklah boleh dibayar ke dalam

Kumpulan Wang Disatukan; dan amaun yang boleh diterima oleh Negeri di bawah Fasal (3) dan (3A)

hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan.

58

Perkara 111. Sekatan untuk meminjam.

(1) Persekutuan tidak boleh meminjam kecuali di bawah kuasa undang-undang persekutuan.

(2) Sesuatu Negeri tidak boleh meminjam kecuali di bawah kuasa undang-undang Negeri, dan undangundang

Negeri tidak boleh memberi kuasa sesuatu Negeri untuk meminjam kecuali daripada Persekutuan

atau, bagi suatu tempoh yang tidak melebihi lima tahun, daripada suatu bank atau sumber kewangan lain

yang diluluskan bagi maksud itu oleh Kerajaan Persekutuan, dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang

ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan.

(3) Sesuatu Negeri tidak boleh memberikan apa-apa jaminan kecuali di bawah kuasa undang-undang

Negeri, dan jaminan itu tidak boleh diberikan kecuali dengan kelulusan Kerajaan Persekutuan dan tertakluk

kepada apa-apa syarat yang ditentukan olehnya.

Perkara 112. Sekatan ke atas perubahan dalam perjawatan Negeri.

(1) Tertakluk kepada Fasal (2), tiada Negeri boleh, tanpa kelulusan Persekutuan, membuat apa-apa

tambahan kepada perjawatannya atau perjawatan bagi mana-mana jabatannya, atau mengubah kadar bagi

gaji dan emolumen yang sudah tetap, jika kesan daripada perbuatan sedemikian akan menambah liabiliti

Persekutuan berkenaan dengan pencen, ganjaran atau elaun lain yang seumpamanya.

(2) Perkara ini tidak terpakai bagi—

(a) pelantikan tidak berpencen yang gaji maksimumnya tidak melebihi empat ratus ringgit sebulan

atau apa-apa amaun lain yang ditetapkan melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong; atau

(b) pelantikan berpencen yang gaji maksimumnya tidak melebihi seratus ringgit sebulan atau apa-apa

amaun lain yang ditetapkan melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong.

Bab 2 - Pemakaian bagi Negeri Sabah dan Sarawak

Perkara 112A. Pengauditan Negeri di Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Ketua Audit Negera hendaklah mengemukakan laporannya yang berhubungan dengan akaun bagi tiaptiap

satu daripada Negeri Sabah dan Sarawak, atau yang berhubungan dengan akaun mana-mana pihak

berkuasa awam yang menjalankan kuasa yang terletak hak padanya oleh undang-undang Negeri di dalam

salah satu Negeri itu, kepada Yang di-Pertuan Agong (yang hendaklah menyebabkan laporan itu

dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat) dan kepada Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri itu; dan dengan

demikian Fasal (2) Perkara 107 tidaklah terpakai bagi laporan itu.

(2) Yang di-Pertua Negeri hendaklah menyebabkan supaya mana-mana laporan yang dikemukakan

kepadanya dibentangkan di hadapan Dewan Undangan.

(3) Kuasa dan tugas Ketua Audit Negara berhubung dengan akaun yang disebut dalam Fasal (1) bagi manamana

tempoh yang berakhir sebelum tahun 1969 hendaklah, di Negeri Sabah atau Sarawak, dijalankan dan

ditunaikan bagi pihaknya oleh pegawai kanan pejabatnya yang pada masa itu ditempatkan di Negeri yang

berkenaan:

Dengan syarat bahawa semasa pegawai kanan itu tidak ada atau tidak berupaya, atau semasa jawatannya

kosong, kuasa dan tugas itu hendaklah dijalankan dan ditunaikan oleh Ketua Audit Negara atau mana-mana

pegawai jabatannya yang ditetapkan olehnya.

59

Perkara 112B. Kuasa meminjam bagi Negeri Sabah dan Sarawak.

Fasal (2) Perkara 111 tidak boleh menyekat kuasa Negeri Sabah atau Sarawak untuk meminjam di bawah

kuasa undang-undang Negeri di dalam Negeri itu, jika peminjaman itu telah mendapat kelulusan Bank

Negara yang ada pada masa itu bagi Persekutuan.

Perkara 112C. Pemberian khas dan penyerahhakan hasil kepada Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara 112D dan kepada apa-apa batasan yang dinyatakan dalam

seksyen yang berkenaan dalam Jadual Kesepuluh—

(a) Persekutuan hendaklah membuat kepada Negeri Sabah dan Sarawak berkenaan dengan setiap

tahun kewangan pemberian yang dinyatakan dalam Bahagian IV Jadual itu; dan

(b) setiap Negeri itu hendaklah menerima segala hasil daripada cukai, fi dan dius yang dinyatakan

dalam Bahagian V Jadual itu, setakat yang dipungut, dilevikan atau diperdapatkan di dalam Negeri

itu, atau apa-apa bahagian daripada hasil itu sebagaimana yang dinyatakan sedemikian.

(2) Amaun yang dikehendaki untuk membuat pemberian yang dinyatakan dalam Bahagian IV tersebut, dan

amaun yang boleh diterima oleh Negeri Sabah atau Sarawak di bawah seksyen 3 atau 4 Bahagian V

tersebut, hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan; dan amaun yang selainnya boleh

diterima oleh Negeri Sabah dan Sarawak di bawah Bahagian V tersebut tidaklah boleh dibayar ke dalam

Kumpulan Wang Disatukan.

(3) Dalam Perkara 110, Fasal (3A) dan (4) tidaklah terpakai bagi Negeri Sabah atau Sarawak.

(4) Tertakluk kepada Fasal (5) Perkara 112D, berhubung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, Fasal (3B)

Perkara 110—

(a) hendaklah terpakai berhubung dengan segala mineral, termasuk minyak mineral; tetapi

(b) tidaklah memberi kuasa Parlimen untuk melarang Negeri itu daripada melevikan royalti ke atas

apa-apa mineral atau untuk menyekat royalti yang dilevikan dalam apa-apa hal jika dengan yang

demikian Negeri itu tidak berhak menerima royalti berjumlah sepuluh peratus ad valorem (yang

dihitung sebagaimana bagi duti eksport).

Perkara 112D. Kajian semula pemberian khas kepada Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Pemberian yang dinyatakan dalam seksyen 1 dan subseksyen (1) seksyen 2 Bahagian IV Jadual

Kesepuluh, dan apa-apa pemberian gantian atau tambahan yang dibuat menurut kuasa Fasal ini, hendaklah

dikaji semula oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri-Negeri atau Negeri yang berkenaan itu mengikut lat

tempoh yang disebut dalam Fasal (4), dan jika Kerajaan-Kerajaan itu bersetuju mana-mana pemberian itu

diubah atau dihapuskan, atau suatu pemberian yang lain dibuat sebagai menggantikan atau bersekali

dengan pemberian itu atau mana-mana daripadanya, maka Bahagian IV dan Fasal (2) Perkara 112C

tersebut hendaklah diubahsuaikan melalui perintah Yang di-Pertuan Agong sebagaimana yang perlu untuk

melaksanakan persetujuan itu:

Dengan syarat bahawa dalam kajian semula kali pertama pemberian yang dinyatakan dalam subseksyen (2)

seksyen 1 Bahagian IV tersebut tidaklah boleh dipersoalkan kecuali bagi maksud menetapkan amaun bagi

lima tahun yang berikutnya.

(2) Apa-apa kajian semula di bawah Perkara ini hendaklah mengambil kira kedudukan kewangan Kerajaan

Persekutuan, serta juga keperluan bagi Negeri-Negeri atau Negeri yang berkenaan itu, tetapi (tertakluk

kepada itu) hendaklah berusaha memastikan bahawa hasil Negeri cukup untuk membayar kos perkhidmatan

Negeri yang ada pada masa kajian semula itu, dengan apa-apa peruntukan yang ternyata munasabah bagi

pembesaran perkhidmatan itu.

60

(3) Tempoh yang baginya peruntukan dikehendaki dibuat dalam sesuatu kajian semula ialah suatu tempoh

lima tahun atau (kecuali dalam hal kajian semula kali pertama) suatu tempoh yang lebih lama yang

dipersetujui antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri atau Negeri yang berkenaan itu; tetapi apa-apa

perintah di bawah Fasal (1) yang melaksanakan keputusan sesuatu kajian semula hendaklah terus berkuat

kuasa selepas berakhirnya tempoh itu, kecuali setakat yang perintah itu digantikan dengan suatu perintah

selanjutnya di bawah Fasal itu.

(4) Suatu kajian semula di bawah Perkara ini tidaklah boleh dijalankan lebih awal daripada yang

semunasabahnya perlu untuk memastikan bahawa keputusan kajian semula itu dapat dilaksanakan mulai

dari akhir tahun 1968 atau, dalam hal kajian semula kali kedua atau kali kemudiannya, mulai dari akhir

tempoh yang diperuntukkan oleh kajian semula yang sebelum itu; tetapi, tertakluk kepada itu, kajian semula

hendaklah diadakan berkenaan dengan Negeri Sabah dan Sarawak kedua-duanya bagi tempoh yang

bermula dengan tahun 1969 dan dengan tahun 1974, dan selepas itu berkenaan dengan mana-mana satu

Negeri itu pada bilbila masa (dalam masa atau selepas tempoh yang diperuntukkan dalam kajian semula

yang sebelum itu) sebagaimana yang dikehendaki oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri itu.

(5) Jika dalam apa-apa kajian semula di bawah Perkara ini Kerajaan Persekutuan memberikan notis kepada

Negeri-Negeri atau Negeri yang berkenaan mengenai niatnya hendak mengubah mana-mana

penyerahhakan hasil di bawah Bahagian V Jadual Kesepuluh (termasuk apa-apa penyerahhakan gantian

atau tambahan yang dibuat menurut kuasa Fasal ini), atau hendak mengubah Fasal (4) Perkara 112C, maka

kajian semula itu hendaklah mengambil kira perubahan itu, dan peruntukan hendaklah dibuat melalui

perintah Yang di-Pertuan Agong supaya perubahan itu dilaksanakan mulai dari permulaan tempoh yang

diperuntukkan dalam kajian semula itu:

Dengan syarat bahawa Fasal ini tidaklah terpakai bagi penyerahhakan di bawah seksyen 4, 7 dan 8, dan

tidaklah terpakai bagi penyerahhakan di bawah seksyen 5 atau 6 sehingga kajian semula kali kedua.

(6) Jika dalam apa-apa kajian semula Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan sesuatu Negeri tidak dapat

mencapai persetujuan atas apa-apa perkara, maka perkara itu hendaklah dirujukkan kepada penaksir bebas,

dan syor penaksir bebas mengenai perkara itu hendaklah mengikat kerajaan yang berkenaan itu dan

hendaklah dilaksanakan seolah-olah syor itu ialah persetujuan antara kerajaan itu.

(7) Fasal (4) Perkara 108 tidaklah terpakai bagi menghendaki Kerajaan Persekutuan berunding dengan

Majlis Kewangan Negara berkenaan dengan perkara yang berbangkit di bawah Perkara ini.

(8) Apa-apa perintah Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara ini hendaklah dibentangkan di hadapan

setiap Majlis Parlimen.

Perkara 112E. (Perkiraan kewangan dengan Singapura - Dimansuhkan).

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA/PILIHAN RAYA

Perkara 113. Penjalanan pilihan raya.

(1) Maka hendaklah ada suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang hendaklah ditubuhkan mengikut Perkara 114,

yang, tertakluk kepada peruntukan undang-undang persekutuan, hendaklah menjalankan pilihan raya ke

Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri dan menyediakan dan menyemak daftar pemilih bagi

pilihan raya itu.

(2) (i) Tertakluk kepada perenggan (ii), Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah, dari semasa ke semasa,

sebagaimana yang difikirkannya perlu, mengkaji semula pembahagian Persekutuan dan Negeri-Negeri

kepada bahagian pilihan raya dan mengesyorkan apa-apa perubahan mengenainya yang difikirkannya perlu

supaya dipatuhi peruntukan yang terkandung dalam Jadual Ketiga Belas; dan kajian semula bahagian61

bahagian pilihan raya bagi maksud pilihan raya ke Dewan-Dewan Undangan hendaklah dijalankan pada

masa yang sama dengan kajian semula bahagian-bahagian pilihan raya bagi maksud pilihan raya ke Dewan

Rakyat.

(ii) Maka hendaklah ada lat tempoh tidak kurang daripada lapan tahun antara tarikh siapnya satu

kajian semula, dengan tarikh bermulanya kajian semula yang kemudiannya, di bawah Fasal ini.

(iii) Kajian semula di bawah perenggan (i) hendaklah disiapkan dalam tempoh yang tidak melebihi

dua tahun dari tarikh bermulanya kajian semula itu.

(3) Jika Suruhanjaya Pilihan Raya berpendapat bahawa berikutan dengan suatu undang-undang yang dibuat

di bawah Perkara 2 kajian semula yang disebut dalam Fasal (2) perlu dijalankan, maka Suruhanjaya itu

hendaklah berbuat sedemikian sama ada atau tidak lapan tahun telah berlalu semenjak kajian semula yang

terakhir dijalankan di bawah Fasal itu.

(3A) (i) Jika bilangan ahli dipilih bagi Dewan Rakyat diubah berikutan dengan apa-apa pindaan kepada

Perkara 46, atau bilangan ahli dipilih bagi Dewan Undangan sesuatu Negeri diubah berikutan dengan suatu

undang-undang yang diperbuat oleh Badan Perundangan sesuatu Negeri, Suruhanjaya Pilihan Raya

hendaklah, tertakluk kepada Fasal (3B), menjalankan kajian semula pembahagian kawasan yang tersentuh

dengan pengubahan itu kepada bahagian pilihan raya persekutuan atau Negeri, mengikut mana-mana yang

berkenaan, dan kajian semula itu hendaklah disiapkan dalam tempoh yang tidak melebihi dua tahun dari

tarikh permulaan kuat kuasa undang-undang yang membuat pengubahan itu.

(ii) Kajian semula di bawah perenggan (i) tidaklah menyentuh lat tempoh yang diperuntukkan di

bawah perenggan (ii) Fasal (2) berkenaan dengan kajian semula di bawah perenggan (i) Fasal itu.

(iii) Peruntukan Jadual Ketiga Belas hendaklah terpakai bagi kajian semula di bawah Fasal ini, tetapi

tertakluk kepada apa-apa ubah suaian yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

(3B) Jika sesuatu pindaan kepada Perkara 46 atau suatu undang-undang yang diperbuat oleh Dewan

Undangan sesuatu Negeri yang disebut dalam perenggan (i) Fasal (3A) mula berkuat kuasa selepas lapan

tahun berlalu dari tarikh siapnya kajian semula yang terakhir di bawah Fasal (2) dan Suruhanjaya Pilihan

Raya berpendapat bahawa perlu dijalankan suatu kajian semula di bawah Fasal (2), maka Suruhanjaya

Pilihan Raya tidak boleh menjalankan kajian semula di bawah perenggan (i) Fasal (3A) tetapi sebaliknya

hendaklah menjalankan kajian semula di bawah Fasal (2) dan dalam mengendalikan kajian semula

sedemikian hendaklah mengambil kira mana-mana kawasan yang tersentuh berikutan dengan pindaan atau

undang-undang yang disebut dalam perenggan (i) Fasal (3A).

(4) Undang-undang persekutuan atau Negeri boleh memberi kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya untuk

menjalankan pilihan raya selain pilihan raya yang disebut dalam Fasal (1).

(5) Setakat yang perlu bagi maksud fungsinya di bawah Perkara ini, Suruhanjaya Pilihan Raya boleh

membuat kaedah-kaedah, tetapi mana-mana kaedah yang sedemikian hendaklah berkuat kuasa tertakluk

kepada peruntukan undang-undang persekutuan.

(6) Kajian semula yang berasingan di bawah Fasal (2) hendaklah dijalankan bagi Negeri-Negeri Tanah

Melayu dan bagi tiap-tiap satu daripada Negeri Sabah dan Sarawak, dan bagi maksud Bahagian ini

ungkapan "unit kajian semula" ertinya, bagi bahagian pilihan raya persekutuan, kawasan yang sedang dikaji

semula dan, bagi bahagian pilihan raya Negeri, ertinya Negeri itu, dan ungkapan "Negeri-Negeri Tanah

Melayu" termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

(7) Tertakluk kepada Fasal (3), tempoh bagi kajian semula kali pertama di bawah Fasal (2) bagi mana-mana

unit kajian semula hendaklah dihitung mulai dari penyempadanan kali pertama bahagian pilihan raya bagi

unit itu di bawah Perlembagaan ini atau di bawah Akta Malaysia [Akta 26 tahun 1963].

(8) Walau apa pun Fasal (7) Perkara ini tempoh bagi kajian semula di bawah Fasal (2) bagi unit kajian

semula bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu yang dijalankan selepas lulusnya Akta Perlembagaan (Pindaan)

62

(No. 2) 1973 hendaklah dihitung mulai dari penyempadanan kali pertama bahagian pilihan raya bagi unit itu

sebaik selepas lulusnya Akta itu.

(9) Tarikh bermulanya sesuatu kajian semula di bawah Fasal (2) atau Fasal (3A), mengikut mana-mana yang

berkenaan, ialah tarikh tersiarnya notis yang disebut dalam seksyen 4 Jadual Ketiga Belas dalam Warta.

(10) Tarikh siapnya sesuatu kajian semula di bawah Fasal (2) atau Fasal (3A), mengikut mana-mana yang

berkenaan, ialah tarikh laporan dikemukakan kepada Perdana Menteri di bawah seksyen 8 Jadual Ketiga

Belas, dan notis mengenai tarikh itu hendaklah disiarkan dalam Warta oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Perkara 114. Keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya.

(1) Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan

Majlis Raja-Raja, dan hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan lima

orang anggota lain.

(2) Pada melantik anggota Suruhanjaya Pilihan Raya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah mengambil

perhatian tentang peri mustahaknya suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam.

(3) Seseorang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya terhenti daripada memegang jawatan apabila mencapai

umur enam puluh lima tahun atau apabila hilang kelayakan di bawah Fasal (4) dan boleh pada bila-bila masa

meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Yang di-

Pertuan Agong, tetapi tidaklah boleh dipecat daripada jawatan kecuali atau alasan dan mengikut cara yang

sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan.

(4) Walau apa pun apa-apa jua dalam Fasal (3), Yang di-Pertuan Agong hendaklah melalui perintah

memecat daripada jawatan mana-mana anggota Suruhanjaya Pilihan Raya jika anggota itu—

(a) seorang bankrap belum lepas; atau

(b) melibatkan diri dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan berbayar di luar tugas jawatannya; atau

(c) ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau Dewan Undangan sesuatu Negeri.

(4A) Sebagai tambahan kepada apa-apa kehilangan kelayakan yang diperuntukkan di bawah Fasal (4),

pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya hilang kelayakan untuk memegang jawatan itu jika selepas tiga bulan

pelantikannya ke jawatan itu atau pada bila-bila masa selepas itu dia ialah atau menjadi anggota manamana

lembaga pengarah atau lembaga pengurusan, atau pegawai atau pekerja, atau melibatkan diri dalam

hal ehwal atau urusan, mana-mana organisasi atau badan, sama ada diperbadankan atau selainnya, atau

mana-mana pengusahaan komersil, perindustrian atau pengusahaan lain, sama ada atau tidak dia

menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya:

Dengan syarat bahawa kehilangan kelayakan itu tidaklah terpakai jika organisasi atau badan itu menjalankan

apa-apa kerja kebajikan atau sukarela atau tujuan yang berfaedah kepada masyarakat atau mana-mana

bahagiannya, atau apa-apa kerja atau tujuan lain yang bersifat khairat atau sosial, dan anggota itu tidak

menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya.

(5) Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi saraan anggota Suruhanjaya

Pilihan Raya, dan saraan yang diperuntukkan sedemikian hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan

Wang Disatukan.

(5A) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan

bagi terma jawatan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya selain saraan mereka.

(6) Saraan dan terma lain jawatan bagi seseorang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya tidaklah boleh,

selepas pelantikannya, diubah menjadi kurang baik baginya.

63

(7) Jika, dalam apa-apa tempoh, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya telah diberi kebenaran bercuti oleh

Yang di-Pertuan Agong atau tidak dapat menunaikan fungsinya kerana dia tidak ada di dalam Persekutuan,

sakit atau apa-apa sebab lain, maka timbalan pengerusi hendaklah menunaikan fungsi pengerusi selama

tempoh itu, dan jika timbalan pengerusi juga tidak ada atau tidak dapat menunaikan fungsi itu, maka seorang

anggota Suruhanjaya Pilihan Raya boleh dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menunaikan fungsi

pengerusi selama tempoh itu.

Perkara 115. Bantuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

(1) Suruhanjaya Pilihan Raya boleh mengambil kerja apa-apa bilangan orang, mengikut apa-apa terma dan

tertakluk kepada apa-apa syarat, yang ditentukan olehnya dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

(2) Apabila diminta oleh Suruhanjaya, semua pihak berkuasa awam hendaklah memberikan apa-apa

bantuan sebagaimana yang dapat dilaksanakan kepada Suruhanjaya dalam menunaikan tugasnya; dan

pada menjalankan fungsinya bagi membuat syor bagi menyempadankan bahagian pilihan raya bagi pilihan

raya yang disebut dalam Fasal (1) Perkara 113, Suruhanjaya hendaklah meminta nasihat daripada dua

orang pegawai Kerajaan Persekutuan yang mempunyai pengetahuan khas mengenai topografi dan taburan

penduduk dalam unit kajian semula bagi pilihan raya persekutuan, dan pegawai itu hendaklah dipilih bagi

maksud itu oleh Yang di-Pertuan Agong.

Perkara 116. Bahagian pilihan raya persekutuan.

(1) Bagi pemilihan ahli-ahli ke Dewan Rakyat, sesuatu unit kajian semula hendaklah dibahagikan kepada

bahagian pilihan raya mengikut peruntukan yang terkandung dalam Jadual Ketiga Belas.

(2) Jumlah bilangan bahagian pilihan raya hendaklah sama dengan bilangan ahli supaya seorang ahli dipilih

bagi setiap bahagian pilihan raya, dan daripada jumlah bilangan bahagian pilihan raya di dalam Negeri-

Negeri Tanah Melayu itu suatu bilangan yang ditentukan mengikut peruntukan yang terkandung dalam

Perkara 46 dan Jadual Ketiga Belas hendaklah diuntukkan bagi setiap Negeri.

(3) (Dimansuhkan).

(4) (Dimansuhkan).

(5) (Dimansuhkan).

Perkara 117. Bahagian pilihan raya Negeri.

Bagi pemilihan ahli-ahli ke Dewan Undangan sesuatu Negeri, Negeri itu hendaklah dibahagikan kepada

seberapa banyak bahagian pilihan raya mengikut bilangan ahli yang dipilih supaya seorang ahli dipilih bagi

setiap bahagian pilihan raya; dan pembahagian itu hendaklah dibuat mengikut peruntukan yang terkandung

dalam Jadual Ketiga Belas.

Perkara 118. Cara mencabar pemilihan.

Tiada pemilihan ke Dewan Rakyat atau ke Dewan Undangan sesuatu Negeri boleh dipersoalkan kecuali

melalui petisyen pilihan raya yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di

tempat pilihan raya itu diadakan.

Perkara 118A. Cara mempersoalkan petisyen pilihan raya mengenai tidak adanya pemilihan.

Sesuatu petisyen yang mengadukan hal bahawa tiada apa-apa pemilihan telah dibuat ke Dewan Rakyat

atau Dewan Undangan hendaklah disifatkan sebagai satu petisyen pilihan raya dan Mahkamah Tinggi boleh

membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut mengenainya untuk memaksa suatu pemilihan dibuat

64

tetapi kegagalan membuat pemilihan dalam mana-mana tempoh yang dinyatakan oleh Perkara 54 atau 55

atau oleh peruntukan yang bersamaan dalam Perlembagaan mana-mana Negeri, mengikut mana-mana

yang berkenaan, tidaklah menjadi suatu alasan bagi mengisytiharkan bahawa seseorang ahli telah tidak

dipilih dengan sewajarnya.

Perkara 119. Kelayakan pemilih.

(1) Tiap-tiap warganegara yang—

(a) telah mencapai umur dua puluh satu tahun pada tarikh kelayakan;

(b) bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya pada tarikh kelayakan yang sedemikian

atau, jika tidak bermastautin sedemikian, ialah seorang pengundi tidak hadir; dan

(c) didaftarkan, di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pilihan

raya, dalam daftar pemilih sebagai pemilih dalam bahagian pilihan raya tempat dia bermastautin

pada tarikh kelayakan,

berhak mengundi di dalam bahagian pilihan raya itu dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau

Dewan Undangan melainkan jika dia hilang kelayakan di bawah Fasal (3) atau di bawah mana-mana

undang-undang yang berhubungan dengan kesalahan yang dilakukan berkaitan dengan pilihan raya; tetapi

tiada seorang pun boleh mengundi dalam pilihan raya yang sama di dalam lebih daripada satu bahagian

pilihan raya.

(2) Jika seseorang berada di dalam sesuatu bahagian pilihan raya semata-mata oleh sebab dia ialah

seorang pesakit di suatu institusi yang disenggarakan keseluruhannya atau terutamanya untuk menerima

dan merawat orang yang mengidap penyakit mental atau kecacatan mental atau semata-mata oleh sebab

dia ditahan dalam jagaan, maka dia hendaklah bagi maksud Fasal (1) disifatkan tidak bermastautin di dalam

bahagian pilihan raya itu.

(3) Seseorang hilang kelayakan untuk menjadi pemilih dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat

atau Dewan Undangan jika—

(a) pada tarikh kelayakan dia ditahan sebagai orang yang tidak sempurna akal atau sedang

menjalani hukuman pemenjaraan; atau

(b) sebelum tarikh kelayakan dia telah disabitkan atas suatu kesalahan di dalam mana-mana

bahagian Komanwel dan dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan selama tempoh melebihi

dua belas bulan dan pada tarikh kelayakan itu dia masih kena menjalani apa-apa hukuman bagi

kesalahan itu.

(4) Dalam perkara ini—

(a) "pengundi tidak hadir" ertinya, berhubung dengan mana-mana bahagian pilihan raya, mana-mana

warganegara yang berdaftar sebagai pengundi tidak hadir berkenaan dengan bahagian pilihan raya

itu;

(b) "tarikh kelayakan" ertinya tarikh seseorang memohon supaya didaftarkan sebagai pemilih dalam

sesuatu bahagian pilihan raya, atau tarikh dia memohon untuk menukar pendaftarannya sebagai

pemilih dalam suatu bahagian pilihan raya yang lain,

mengikut peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pilihan raya.

Perkara 120. Pemilihan terus ke Dewan Negara.

Jika mengikut Fasal (4) Perkara 45 peruntukan dibuat oleh Parlimen bagi pemilihan ahli-ahli Dewan Negara

dengan cara undi terus oleh pemilih, maka—

65

(a) keseluruhan sesuatu Negeri hendaklah menjadi satu bahagian pilihan raya dan dalam manamana

pilihan raya ke Dewan Negara setiap pemilih hendaklah mempunyai undi sebanyak bilangan

kerusi yang hendak diisi dalam pilihan raya itu; dan

(b) daftar pemilih bagi pilihan raya ke Dewan Rakyat hendaklah juga menjadi daftar pemilih bagi

pilihan raya ke Dewan Negara; dan

(c) Perkara 118, 118A dan 119 hendaklah terpakai berhubung dengan pilihan raya ke Dewan Negara

sebagaimana Perkara-Perkara itu terpakai berhubung dengan pilihan raya ke Dewan Rakyat.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA/BADAN KEHAKIMAN

Perkara 121. Kuasa kehakiman Persekutuan.

(1) Maka hendaklah ada dua Mahkamah Tinggi yang setara bidang kuasa dan tarafnya, iaitu—

(a) satu di Negeri-Negeri Tanah Melayu, yang dikenali sebagai Mahkamah Tinggi di Malaya dan yang

mempunyai pejabat pendaftarannya yang utama di mana-mana tempat di Negeri-Negeri Tanah

Melayu yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong; dan

(b) satu di Negeri Sabah dan Sarawak, yang dikenali sebagai Mahkamah Tinggi di Sabah dan

Sarawak dan yang mempunyai pejabat pendaftarannya yang utama di mana-mana tempat di Negeri

Sabah dan Sarawak yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong;

(c) (Dimansuhkan),

dan mana-mana mahkamah bawahan yang diperuntukkan oleh undang-undang persekutuan dan Mahkamah

Tinggi dan mahkamah bawahan itu hendaklah mempunyai apa-apa bidang kuasa dan kuasa yang diberikan

oleh atau di bawah undang-undang persekutuan.

(1A) Mahkamah yang disebut dalam Fasal (1) tidaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa

perkara dalam bidang kuasa mahkamah Syariah.

(1B) Maka hendaklah ada suatu Mahkamah yang dikenali sebagai Mahkamah Rayuan dan yang mempunyai

pejabat pendaftarannya yang utama di mana-mana tempat yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong,

dan Mahkamah Rayuan hendaklah mempunyai bidang kuasa yang berikut, iaitu—

(a) bidang kuasa untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi atau seseorang

hakimnya (kecuali keputusan Mahkamah Tinggi yang diberikan oleh pendaftar atau pegawai lain

Mahkamah itu dan yang boleh dirayukan kepada seorang hakim Mahkamah itu di bawah undangundang

persekutuan); dan

(b) apa-apa bidang kuasa lain yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan.

(2) Maka hendaklah ada suatu mahkamah yang dikenali sebagai Mahkamah Persekutuan dan yang

mempunyai pejabat pendaftarannya yang utama di mana-mana tempat yang ditentukan oleh Yang di-

Pertuan Agong, dan Mahkamah Persekutuan hendaklah mempunyai bidang kuasa yang berikut, iaitu—

(a) bidang kuasa untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, Mahkamah

Tinggi atau seseorang hakimnya;

(b) apa-apa bidang kuasa asal atau runding yang dinyatakan dalam Perkara 128 dan 130; dan

(c) apa-apa bidang kuasa lain yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan.

(3) Tertakluk kepada apa-apa batasan yang dikenakan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan,

apa-apa perintah, dekri, penghakiman atau proses mahkamah-mahkamah yang disebut dalam Fasal (1) atau

mana-mana hakimnya hendaklah (setakat yang dibenarkan oleh keadaannya) berkuat kuasa dan berkesan

sepenuhnya mengikut maksudnya di seluruh Persekutuan, dan boleh dilaksanakan atau dikuatkuasakan di

mana-mana bahagian Persekutuan dengan sewajarnya; dan undang-undang persekutuan boleh membuat

66

peruntukan supaya mahkamah di satu bahagian Persekutuan atau pegawainya bertindak membantu

mahkamah di suatu bahagian lain.

(4) Pada menentukan tempat pejabat pendaftaran utama bagi Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak,

Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak atas nasihat Perdana Menteri yang hendaklah berunding

dengan Ketua-Ketua Menteri bagi Negeri Sabah dan Sarawak dan Hakim Besar Mahkamah Tinggi itu.

Perkara 122. Keanggotaan Mahkamah Persekutuan.

(1) Mahkamah Persekutuan hendaklah terdiri daripada seorang yang dipertua Mahkamah (yang digelar

"Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan"), Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim-Hakim Besar

Mahkamah Tinggi dan, sehingga diperuntukkan selainnya melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong,

empat[1][2] orang hakim lain dan apa-apa bilangan hakim tambahan yang dilantik menurut Fasal (1A).

(1A) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong yang

bertindak atas nasihat Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, boleh melantik mana-mana orang

yang telah memegang jawatan kehakiman yang tinggi di Malaysia untuk menjadi hakim tambahan bagi

Mahkamah Persekutuan bagi apa-apa maksud atau bagi apa-apa tempoh masa yang ditentukan olehnya:

Dengan syarat bahawa tiada hakim tambahan yang sedemikian menjadi tidak layak untuk memegang

jawatan oleh sebab dia telah mencapai umur enam puluh enam tahun.

(2) Seseorang hakim Mahkamah Rayuan selain Presiden Mahkamah Rayuan boleh bersidang sebagai

hakim mahkamah Persekutuan jika Ketua Hakim Negara berpendapat bahawa kepentingan keadilan

menghendaki yang sedemikian, dan hakim itu hendaklah dinamakan bagi maksud itu (mengikut kehendak

keadaan) oleh Ketua Hakim Negara.

Perkara 122A. Keanggotaan Mahkamah Rayuan.

(1) Mahkamah Rayuan hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi (yang digelar "Presiden Mahkamah

Rayuan") dan, sehingga diperuntukkan selainnya melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong, sepuluh[3]

orang hakim lain.

(2) Seseorang hakim Mahkamah Tinggi boleh bersidang sebagai hakim Mahkamah Rayuan jika Presiden

Mahkamah Rayuan berpendapat bahawa kepentingan keadilan menghendaki yang sedemikian, dan hakim

itu hendaklah dinamakan bagi maksud itu (mengikut kehendak keadaan) oleh Presiden Mahkamah Rayuan

selepas berunding dengan Hakim Besar Mahkamah Tinggi itu.

Perkara 122AA. Keanggotaan Mahkamah Tinggi.

(1) Setiap Mahkamah Tinggi hendaklah terdiri daripada seorang Hakim Besar dan tidak kurang daripada

empat orang hakim yang lain; tetapi bilangan hakim yang lain itu tidaklah boleh, sehingga diperuntukkan

selainnya melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong, melebihi—

(a) empat puluh tujuh, di Mahkamah Tinggi di Malaya; dan

(b) sepuluh, di Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak.

(2) Mana-mana orang yang layak untuk dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi boleh bersidang sebagai

hakim Mahkamah itu jika ditetapkan bagi maksud itu (mengikut kehendak keadaan) mengikut Perkara 122B.

Perkara 122AB. Pelantikan pesuruhjaya kehakiman.

(1) Supaya segera diselesaikan urusan Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Sabah dan

Sarawak, Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan

67

Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan,boleh melalui perintah melantik mana-mana orang yang layak

dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi pesuruhjaya kehakiman bagi apa-apa tempoh atau

apa-apa maksud yang dinyatakan dalam perintah itu; dan orang yang dilantik sedemikian hendaklah

mempunyai kuasa untuk melaksanakan apa-apa fungsi hakim Mahkamah Tinggi yang ternyata kepadanya

dikehendaki dilaksanakan; dan apa-apa jua yang dilakukan olehnya apabila bertindak mengikut

pelantikannya hendaklah mempunyai kesahan dan kesan yang sama seolah-olah dilakukan oleh seorang

hakim Mahkamah itu, dan berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan itu dia mempunyai kuasa yang

sama dan menikmati kekebalan yang sama seolah-olah dia seorang hakim Mahkamah itu.

(2) Peruntukan Fasal (2) dan (5) Perkara 124 hendaklah terpakai bagi seseorang pesuruhjaya kehakiman

sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi hakim Mahkamah Tinggi.

Perkara 122B. Pelantikan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah

Tinggi.

(1) Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim-Hakim Besar

Mahkamah Tinggi dan (tertakluk kepada Perkara 122C) hakim-hakim yang lain Mahkamah Persekutuan,

Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, yang bertindak

atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

(2) Sebelum memberikan nasihatnya di bawah Fasal (1) tentang pelantikan seseorang hakim, selain Ketua

Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Perdana Menteri hendaklah berunding dengan Ketua Hakim

Negara.

(3) Sebelum memberikan nasihatnya di bawah Fasal (1) tentang pelantikan Hakim Besar Mahkamah Tinggi,

Perdana Menteri hendaklah berunding dengan Hakim Besar setiap Mahkamah Tinggi dan, jika pelantikan itu

ialah pelantikan ke Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Perdana Menteri hendaklah berunding dengan

Ketua Menteri bagi setiap Negeri Sabah dan Sarawak.

(4) Sebelum memberikan nasihatnya di bawah Fasal (1) tentang pelantikan seseorang hakim selain Ketua

Hakim Negara, Presiden atau seseorang Hakim Besar, Perdana Menteri hendaklah berunding dengan Ketua

Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, jika pelantikan itu ialah pelantikan ke Mahkamah Persekutuan,

dengan Presiden Mahkamah Rayuan, jika pelantikan itu ialah pelantikan ke Mahkamah Rayuan dan, jika

pelantikan itu ialah pelantikan ke mana-mana satu Mahkamah Tinggi, dengan Hakim Besar Mahkamah itu.

(5) Perkara ini hendaklah terpakai bagi penetapan seseorang untuk bersidang sebagai hakim Mahkamah

Tinggi di bawah Fasal (2) Perkara 122AA sebagaimana Perkara ini terpakai bagi pelantikan seseorang

hakim mahkamah itu, selain Hakim Besar.

(6) Walau apa pun tarikh pelantikan mereka masing-masing sebagai hakim Mahkamah Persekutuan,

Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi, Yang di-Pertuan Agong, yang bertindak atas nasihat Perdana

Menteri yang diberikan selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara, boleh menentukan susunan

keutamaan hakim-hakim sesama mereka sendiri.

Perkara 122C. Pertukaran hakim dari suatu Mahkamah Tinggi ke suatu Mahkamah Tinggi lain.

Perkara 122B tidaklah terpakai bagi pertukaran seseorang hakim dari suatu Mahkamah Tinggi ke suatu

Mahkamah Tinggi yang lain, melainkan jika pertukaran itu adalah sebagai Hakim Besar atau pertukaran

Hakim Besar; dan pertukaran yang sedemikian boleh dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, atas syor Ketua

Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, selepas berunding dengan Hakim-Hakim Besar bagi kedua-dua

Mahkamah Tinggi itu.

68

Perkara 123. Kelayakan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah

Tinggi.

Seseorang layak dilantik di bawah Perkara 122B sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, sebagai hakim

Mahkamah Rayuan atau sebagai hakim mana-mana Mahkamah Tinggi jika—

(a) dia seorang warganegara; dan

(b) bagi tempoh sepuluh tahun sebelum pelantikannya dia telah menjadi peguam bela bagi

mahkamah itu atau mana-mana satu daripada mahkamah itu atau menjadi anggota perkhidmatan

kehakiman dan perundangan Persekutuan atau perkhidmatan perundangan sesuatu Negeri, atau

pada suatu masa menjadi peguam bela dan pada suatu masa lain berkhidmat sebagai anggota

perkhidmatan kehakiman dan perundangan Persekutuan atau perkhidmatan perundangan sesuatu

Negeri.

Perkara 124. Sumpah jawatan hakim.

(1) Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, sebelum menjalankan fungsi jawatannya, hendaklah

mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia yang dinyatakan dalam Jadual

Keenam, dan hendaklah berbuat demikian di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

(2) Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi, selain Ketua Hakim Negara

Mahkamah Persekutuan, sebelum menjalankan fungsi seorang hakim hendaklah mengangkat dan

menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam berhubung

dengan kewajipan kehakimannya dalam apa-apa jua jawatan. (2A) Seseorang yang mengangkat sumpah

apabila menjadi Presiden Mahkamah Rayuan hendaklah berbuat demikian di hadapan hakim kanan yang

ada bagi Mahkamah Rayuan.

(3) Seseorang yang mengangkat sumpah apabila menjadi Hakim Besar Mahkamah Tinggi hendaklah

berbuat demikian di hadapan hakim kanan yang ada bagi Mahkamah Tinggi itu.

(4) Seseorang yang mengangkat sumpah apabila menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan hendaklah

berbuat demikian di hadapan Ketua Hakim Negara atau, jika Ketua Hakim Negara tidak ada, di hadapan

hakim yang kanan selepasnya yang ada bagi Mahkamah Persekutuan.

(4A) Seseorang yang mengangkat sumpah apabila menjadi hakim Mahkamah Rayuan hendaklah berbuat

demikian di hadapan Presiden Mahkamah Rayuan atau, jika Presiden Mahkamah Rayuan tidak ada, di

hadapan hakim yang kanan selepasnya yang ada bagi Mahkamah Rayuan.

(5) Seseorang yang mengangkat sumpah apabila menjadi hakim Mahkamah Tinggi (tetapi bukan Hakim

Besar) hendaklah berbuat demikian di hadapan Hakim Besar Mahkamah itu atau, jika Hakim Besar tidak

ada, di hadapan hakim yang kanan selepasnya yang ada bagi Mahkamah itu.

Perkara 125. Tempoh jawatan dan saraan hakim Mahkamah Persekutuan.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Fasal (2) hingga (5), seseorang hakim Mahkamah Persekutuan hendaklah

memegang jawatan sehingga dia mencapai umur enam puluh enam tahun atau sehingga suatu masa

kemudiannya yang diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong, tetapi masa itu tidak boleh kemudian daripada

enam bulan selepas dia mencapai umur enam puluh enam tahun.

(2) Seseorang hakim Mahkamah Persekutuan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui

surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong tetapi tidak boleh

dipecat daripada jawatan kecuali mengikut peruntukan yang berikut dalam Perkara ini.

(3) Jika Perdana Menteri, atau Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Perdana Menteri, membuat

representasi kepada Yang di-Pertuan Agong dengan menyatakan bahawa seseorang hakim Mahkamah

69

Persekutuan patut dipecat atas alasan apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan kod etika yang

ditetapkan di bawah Fasal (3B) atau atas alasan tidak berdaya, oleh sebab kelemahan tubuh atau akal atau

apa-apa sebab lain, untuk menunaikan fungsi jawatannya dengan sepatutnya, maka Yang di-Pertuan Agong

hendaklah melantik suatu tribunal mengikut Fasal (4) dan merujukkan representasi itu kepadanya; dan boleh

atas syor tribunal itu memecat hakim itu daripada jawatan.

(3A) Jika seseorang hakim telah melakukan pelanggaran mana-mana peruntukan kod etika yang ditetapkan

di bawah Fasal (3B) tetapi Ketua Hakim Negara berpendapat bahawa pelanggaran itu tidak mewajarkan

hakim itu dirujukkan kepada tribunal yang dilantik di bawah Fasal (4), Ketua Hakim Negara boleh

merujukkan hakim itu kepada suatu badan yang ditubuhkan di bawah undang-undang persekutuan untuk

mengendalikan pelanggaran itu.

(3B) Yang di-Pertuan Agong atas syor Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim-Hakim

Besar Mahkamah Tinggi boleh, selepas berunding dengan Perdana Menteri, menetapkan secara bertulis

suatu kod etika yang hendaklah juga mengandungi peruntukan tentang tatacara yang hendaklah diikuti dan

sanksi yang boleh dikenakan selain pemecatan seseorang hakim daripada jawatannya di bawah Fasal (3),

berhubung dengan pelanggaran mana-mana peruntukan kod etika itu.

(3C) Kod etika yang ditetapkan di bawah Fasal (3B) hendaklah dipatuhi oleh tiap-tiap hakim Mahkamah

Persekutuan dan tiap-tiap pesuruhjaya kehakiman.

(4) Tribunal yang dilantik di bawah Fasal (3) hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada lima orang

yang memegang atau pernah memegang jawatan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah

Rayuan atau Mahkamah Tinggi, atau, jika ternyata kepada Yang di-Pertuan Agong suai manfaat pelantikan

sedemikian dibuat, orang yang memegang atau pernah memegang jawatan yang setaraf dengannya di

mana-mana bahagian lain di dalam Komanwel, dan tribunal itu hendaklah diketuai oleh anggota yang

terkanan mengikut susunan yang berikut, iaitu, Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden dan

Hakim-Hakim Besar mengikut keutamaan mereka sesama mereka sendiri, dan anggota lain mengikut tarikh

pelantikan mereka memegang jawatan yang melayakkan mereka menjadi anggota (antara dua orang

anggota, dengan yang lebih tua mendahului yang lebih muda jika tarikh pelantikan mereka itu sama).

(5) Sementara menanti apa-apa rujukan dan laporan di bawah Fasal (3) Yang di-Pertuan Agong boleh atas

syor Perdana Menteri dan, dalam hal mana-mana hakim lain selepas berunding dengan Ketua Hakim

Negara, menggantung seseorang hakim Mahkamah Persekutuan daripada menjalankan fungsinya.

(6) Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi saraan hakim Mahkamah

Persekutuan, dan saraan yang diperuntukkan sedemikian hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan

Wang Disatukan.

(6A) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan

bagi terma jawatan hakim Mahkamah Persekutuan selain saraan mereka.

(7) Saraan dan terma lain jawatan (termasuk hak pencen) bagi seseorang hakim Mahkamah Persekutuan

tidak boleh, selepas pelantikannya, diubah menjadi kurang baik baginya.

(8) Walau apa pun Fasal (1), kesahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang hakim Mahkamah

Persekutuan tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa dia telah mencapai umur yang dia dikehendaki

bersara.

(9) Perkara ini hendaklah terpakai bagi seseorang hakim Mahkamah Rayuan dan bagi seseorang hakim

Mahkamah Tinggi sebagaimana Perkara ini terpakai bagi seseorang hakim Mahkamah Persekutuan, kecuali

bahawa sebelum menggantung seseorang hakim Mahkamah Rayuan atau hakim Mahkamah Tinggi selain

Presiden Mahkamah Rayuan atau Hakim Besar Mahkamah Tinggi di bawah Fasal (5), Yang di-Pertuan

Agong hendaklah berunding dengan Presiden Mahkamah Rayuan atau Hakim Besar Mahkamah Tinggi itu

dan bukan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.

70

(10) Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi bertanggungjawab kepada

Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.

Perkara 125A. Penjalanan kuasa oleh hakim-hakim.

(1) Walau apa-pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini, dengan ini ditegaskan bahawa—

(a) Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan dan seseorang hakim Mahkamah Persekutuan

boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa hakim Mahkamah Rayuan dan hakim Mahkamah

Tinggi;

(aa) Presiden Mahkamah Rayuan dan seseorang hakim Mahkamah Rayuan boleh menjalankan

semua atau mana-mana kuasa hakim Mahkamah Tinggi; dan

(b) seseorang hakim Mahkamah Tinggi di Malaya boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa

hakim Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, dan sebaliknya.

(2) Peruntukan Perkara ini hendaklah disifatkan telah menjadi suatu bahagian perlu Perlembagaan ini mulai

dari Hari Malaysia.

Perkara 126. Kuasa menghukum kerana penghinaan.

Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi berkuasa menghukum apa-apa

penghinaan terhadapnya.

Perkara 127. Sekatan mengenai perbincangan di dalam Parlimen tentang kelakuan hakim

Kelakuan seseorang hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi tidaklah

boleh dibincangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen kecuali atas suatu usul khusus yang notis

mengenainya telah diberikan oleh tidak kurang daripada satu perempat daripada jumlah bilangan ahli Majlis

Parlimen itu, dan tidaklah boleh dibincangkan di dalam Dewan Undangan mana-mana Negeri.

Perkara 128. Bidang kuasa Mahkamah Persekutuan.

(1) Hanya Mahkamah Persekutuan sahaja, dan tidak mana-mana mahkamah lain, mempunyai bidang kuasa

bagi memutuskan mengikut mana-mana kaedah mahkamah yang mengawal selia penjalanan bidang kuasa

sedemikian—

(a) apa-apa soal sama ada sesuatu undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Badan

Perundangan sesuatu Negeri adalah tidak sah atas alasan bahawa undang-undang itu membuat

peruntukan mengenai sesuatu perkara yang mengenainya Parlimen atau, mengikut mana-mana yang

berkenaan, Badan Perundangan Negeri itu tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang;

dan

(b) pertikaian atas apa-apa soal lain antara Negeri dengan Negeri atau antara Persekutuan dengan

mana-mana Negeri.

(2) Tanpa menjelaskan apa-apa bidang kuasa rayuan Mahkamah Persekutuan, jika dalam mana-mana

prosiding di hadapan suatu mahkamah lain suatu soal berbangkit tentang kesan mana-mana peruntukan

Perlembagaan ini, Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa (tertakluk kepada mana-mana kaedah

mahkamah yang mengawal selia perjalanan bidang kuasa itu) untuk memutuskan soal itu dan menghantar

balik kes itu kepada mahkamah yang satu lagi untuk dibereskan mengikut keputusan itu.

(3) Bidang kuasa Mahkamah Persekutuan untuk memutuskan rayuan dari Mahkamah Rayuan, Mahkamah

Tinggi atau seorang hakim Mahkamah itu hendaklah sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undag

persekutuan.

71

Perkara 129. (Bidang kuasa khas Mahkamah Agung tentang tafsiran Perlembagaan-Dimansuhkan).

(Dimansuhkan).

Perkara 130. Bidang kuasa nasihat Mahkamah Persekutuan.

Yang di-Pertuan Agong boleh merujukkan kepada Mahkamah Persekutuan untuk pendapatnya apa-apa soal

tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini yang telah berbangkit atau yang tampak padanya

mungkin berbangkit, dan Mahkamah Persekutuan hendaklah mengumumkan pendapatnya tentang apa-apa

soal yang dirujukkan sedemikian kepadanya itu di dalam mahkamah terbuka.

Perkara 131. (Rayuan daripada Mahkamah Persekutan - Dimansuhkan).

(Dimansuhkan).

Perkara 131A. Peruntukan berkenaan dengan ketidakupayaan, dsb. Ketua Hakim Negara, Presiden

atau Hakim Besar.

(1) Apa-apa peruntukan yang dibuat oleh undang-undang persekutuan supaya fungsi Ketua Hakim Negara

Mahkamah Persekutuan atau Presiden Mahkamah Rayuan atau Hakim Besar Mahkamah Tinggi

dilaksanakan oleh seorang hakim lain Mahkamah Persekutuan sekiranya berlaku kekosongan dalam

jawatan itu atau sekiranya Ketua Hakim Negara, Presiden atau Hakim Besar itu tidak berdaya menjalankan

fungsinya, bolehlah meliputi fungsinya di bawah Perlembagaan ini.

(2) Apa-apa peruntukan yang dibuat oleh undang-undang persekutuan supaya fungsi Presiden Mahkamah

Rayuan atau Hakim Besar Mahkamah Tinggi dilaksanakan oleh seorang hakim lain Mahkamah Rayuan atau

Mahkamah Tinggi, mengikut mana-mana yang berkenaan, sekiranya berlaku kekosongan dalam jawatan itu

atau sekiranya Presiden atau Hakim Besar itu tidak berdaya menjalankan fungsinya, bolehlah meliputi fungsi

Presiden atau Hakim Besar di bawah Perlembagaan ini selain fungsi sebagai hakim Mahkamah

Persekutuan.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA/PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN AWAM

Perkara 132. Perkhidmatan-perkhidmatan awam.

(1) Bagi maksud Perlembagaan ini, perkhidmatan-perkhidmatan awam ialah—

(a) angkatan tentera;

(b) perkhidmatan kehakiman dan perundangan;

(c) perkhidmatan awam am Persekutuan;

(d) pasukan polis;

(e) (Dimansuhkan);

(f) perkhidmatan awam bersama yang disebut dalam Perkara 133;

(g) perkhidmatan awam setiap Negeri; dan

(h) perkhidmatan pendidikan.

(2) Kecuali sebagaimana yang diperuntukan dengan nyata selainnya oleh Perlembagaan ini, kelayakan bagi

pelantikan dan syarat perkhidmatan orang dalam perkhidmatan-perkhidmatan awam, selain orang dalam

perkhidmatan yang disebut dalam perenggan (g) Fasal (1), boleh dikawal selia melalui undang-undang

persekutuan dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang sedemikian, oleh Yang di-

Pertuan Agong; dan kelayakan bagi pelantikan dan syarat perkhidmatan orang dalam perkhidmatan awam

mana-mana Negeri boleh dikawal selia melalui undang-undang Negeri dan, tertakluk kepada peruntukan

mana-mana undang-undang yang sedemikian, oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri itu.

72

(2A) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini, tiap-tiap orang yang

menjadi anggota mana-mana perkhidmatan yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c), (d), (f) dan (h) Fasal

(1) memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, dan, kecuali sebagaimana yang

diperuntukkan dengan nyata oleh Perlembagaan Negeri itu, tiap-tiap orang yang menjadi anggota

perkhidmatan awam sesuatu Negeri memegang jawatan selama diperkenankan oleh Raja atau Yang di-

Pertua Negeri.

(3) Perkhidmatan awam tidaklah dikira sebagai termasuk—

(a) jawatan mana-mana anggota pentadbiran di dalam Persekutuan atau sesuatu Negeri; atau

(b) jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Timbalan Yang di-Pertua

Dewan Negara, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-

Pertua Dewan Undangan Negeri atau ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau ahli Dewan

Undangan sesuatu Negeri; atau

(c) jawatan hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi; atau

(d) jawatan anggota mana-mana Suruhanjaya atau Majlis yang ditubuhkan oleh Perlembagaan ini

atau mana-mana Suruhanjaya atau Majlis yang bersamaan yang ditubuhkan oleh Perlembagaan

sesuatu Negeri; atau

(e) apa-apa jawatan diplomatik yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah, iaitu

jawatan yang, jika tidak kerana perintah itu, akan menjadi jawatan dalam perkhidmatan awam am

Persekutuan.

(4) Sebutan dalam Bahagian ini, kecuali dalam Perkara 136 dan 147, mengenai orang dalam perkhidmatan

awam atau anggota mana-mana perkhidmatan awam tidaklah terpakai bagi—

(a) (Dimansuhkan);

(b) Peguam Negara atau, jika peruntukan bagi cara pelantikan dan pemecatannya daripada jawatan

dimasukkan dengan khususnya dalam Perlembagaan Negeri itu, atau jika dia dilantik bukan daripada

kalangan anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan atau perkhidmatan awam Negeri,

penasihat undang-undang mana-mana Negeri; atau

(c) seseorang anggota kakitangan peribadi Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau yang di-Pertua

Negeri; atau

(d) dalam hal Melaka dan Pulau Pinang, jika peruntukan dibuat melalui undang-undang Negeri bagi

perlantikan mereka—

(i) Yang di-Pertua Jabatan Hal Ehwal Agama;

(ii) Setiausaha Jabatan Hal Ehwal Agama;

(ii) Mufti;

(iv) Kadi Besar; atau

(v) Kadi.

Perkara 133. Perkhidmatan bersama, dsb.

(1) Perkhidmatan bersama, untuk kegunaan bersama Persekutuan dan satu Negeri atau lebih atau, atas

permintaan Negeri-Negeri yang berkenaan, untuk dua Negeri atau lebih, boleh ditubuhkan melalui undangundang

persekutuan.

(2) Jika seseorang anggota mana-mana perkhidmatan awam diambil kerja—

(a) sebahagiannya bagi maksud persekutuan dan sebahagiannya bagi maksud Negeri; atau

(b) bagi maksud dua Negeri atau lebih,

maka perkadaran saraannya, jika ada, yang kena dibayar oleh Persekutuan dan Negeri atau Negeri-Negeri

yang berkenaan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh setiap Negeri yang berkenaan,

hendaklah, tertakluk kepada undang-undang persekutuan, ditentukan dengan persetujuan atau, jika tidak

ada persetujuan, oleh Suruhanjaya yang bidang kuasanya meliputi anggota itu.

73

Perkara 134. Peminjaman pegawai

(1) Persekutuan boleh, atas permintaan sesuatu Negeri, pihak berkuasa tempatan, atau pihak berkuasa

berkanun atau mana-mana organisasi, di dalam atau di luar Malaysia, meminjamkan mana-mana anggota

perkhidmatan awamnya kepada perkhidmatan Negeri, pihak berkuasa atau organisasi itu, mengikut manamana

yang berkenaan; dan sesuatu Negeri boleh, atas permintaan Persekutuan, suatu Negeri lain, suatu

pihak berkuasa tempatan atau suatu pihak berkuasa berkanun atau mana-mana organisasi, di dalam atau di

luar Malaysia, meminjamkan mana-mana anggota perkhidmatan awamnya sendiri kepada perkhidmatan

Persekutuan, Negeri lain, pihak berkuasa atau organisasi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2) Seseorang yang dipinjamkan di bawah Perkara ini hendaklah tetap menjadi anggota perkhidmatan yang

dianggotainya, tetapi saraannya hendaklah dibayar oleh Persekutuan, Negeri, pihak berkuasa atau

organisasi, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang kepada perkhidmatannya dia dipinjamkan.

Perkara 135. Sekatan mengenai pembuangan kerja dan penurunan pangkat.

(1) Tiada seorang pun anggota mana-mana perkhidmatan yang disebut dalam perenggan (b) hingga (h)

Fasal (1) Perkara 132 boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkat oleh sesuatu pihak berkuasa yang

rendah daripada pihak berkuasa yang, pada masa pembuangan kerja atau penurunan pangkat itu,

mempunyai kuasa untuk melantik seseorang anggota perkhidmatan itu yang sama pangkatnya:

Dengan syarat bahawa dalam pemakaiannya bagi anggota perkhidmatan yang disebut dalam perenggan (g)

Fasal (1) Perkara 132, Fasal ini tidaklah terpakai bagi apa-apa undang-undang yang mungkin dibuat oleh

badan perundangan mana-mana Negeri, selain Pulau Pinang dan Melaka, yang memperuntukkan bahawa

segala kuasa dan fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri itu, selain kuasa untuk membuat

pelantikan pertama ke perjawatan tetap atau perjawatan berpencen hendaklah dijalankan oleh suatu

Lembaga yang dilantik oleh Raja Negeri itu:

Dan dengan syarat selanjutnya bahawa Fasal ini tidaklah terpakai bagi hal jika seseorang anggota manamana

perkhidmatan yang disebut dalam Fasal ini dibuang kerja atau diturunkan pangkat oleh sesuatu pihak

berkuasa menurut sesuatu kuasa yang diwakilkan kepadanya oleh suatu Suruhanjaya yang baginya

Bahagian ini terpakai, dan proviso ini hendaklah disifatkan telah menjadi suatu bahagian perlu Fasal ini mulai

dari Hari Merdeka.

(2) Tiada seorang pun anggota sesuatu perkhidmatan yang disebut terdahulu boleh dibuang kerja atau

diturunkan pangkat tanpa diberi peluang yang munasabah untuk didengar:

Dengan syarat bahawa Fasal ini tidaklah terpakai bagi hal yang berikut:

(a) jika seseorang anggota sesuatu perkhidmatan itu dibuang kerja atau diturunkan pangkat atas

alasan kelakuan yang berkenaan dengannya suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadap

anggota itu; atau

(b) jika pihak berkuasa yang diberi kuasa untuk membuang kerja atau menurunkan pangkat

seseorang anggota sesuatu perkhidmatan itu berpuas hati bahawa kerana sesuatu sebab, yang

hendaklah direkodkan oleh pihak berkuasa itu secara bertulis, kehendak Fasal ini tidaklah

semunasabahnya dapat dilaksanakan; atau

(c) jika Yang di-Pertuan Agong, atau, dalam hal seseorang anggota perkhidmatan awam sesuatu

Negeri, Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri itu, berpuas hati bahawa demi kepentingan

keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya tidaklah suai manfaat kehendak Fasal ini

dijalankan; atau

(d) jika apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau pengusiran

telah dibuat terhadap seseorang anggota sesuatu perkhidmatan itu, atau jika apa-apa bentuk sekatan

atau pengawasan dengan bon atau selainnya telah dikenakan ke atas seseorang anggota yang

sedemikian, di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan

74

Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman

terhad, buang negeri, imigresen, atau perlindungan wanita dan gadis:

Dengan syarat selanjutnya bahawa bagi maksud Perkara ini, jika perkhidmatan seseorang anggota

sesuatu perkhidmatan itu ditamatkan demi kepentingan awam di bawah mana-mana undang-undang

yang sedang berkuat kuasa atau di bawah mana-mana peraturan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan

Agong di bawah Fasal (2) Perkara 132, penamatan perkhidmatan itu tidaklah merupakan

pembuangan kerja sama ada atau tidak keputusan untuk menamatkan perkhidmatan itu dikaitkan

dengan salah laku atau pelaksanaan kewajipan dengan tidak memuaskan oleh anggota itu

berhubung dengan jawatannya, atau akibat penamatan itu melibatkan unsur hukuman; dan proviso

ini hendaklah disifatkan telah menjadi suatu bahagian perlu Perkara ini mulai dari Hari Merdeka.

(3) Tanpa persetujuan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, tiada seorang pun anggota

mana-mana perkhidmatan yang disebut dalam perenggan (c), (f) atau (g) Fasal (1) Perkara 132 boleh

dibuang kerja atau diturunkan pangkat atau menanggung apa-apa langkah tatatertib yang lain kerana apaapa

jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya pada menjalankan sesuatu fungsi

kehakiman yang diberikan kepadanya oleh undang-undang.

Perkara 136. Layanan saksama bagi pekerja Persekutuan.

Tertakluk kepada terma dan syarat pekerjaan mereka, semua orang, walau apa pun rasnya, dalam gred

yang sama dalam perkhidmatan Persekutuan hendaklah diberi layanan yang saksama.

Perkara 137. Majlis Angkatan Tentera.

(1) Maka hendaklah ada suatu Majlis Angkatan Tentera yang hendaklah bertanggungjawab di bawah kuasa

am Yang di-Pertuan Agong bagi pemerintahan, tatatertib dan pentadbiran angkatan tentera, dan segala

perkara lain yang berhubungan dengannya selain perkara yang berhubungan dengan penggunaan angkatan

tentera bagi maksud operasi.

(2) Fasal (1) berkuat kuasa tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan, dan

mana-mana undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi peletakhakan apa-apa fungsi mengenai

angkatan tentera pada Majlis Angkatan Tentera.

(3) Majlis Angkatan Tentera hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut, iaitu:

(a) Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertahanan, yang

hendaklah menjadi Pengerusi;

(b) seorang anggota yang mewakili Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, yang hendaklah dilantik

oleh Majlis Raja-Raja;

(c) Panglima Angkatan Tentera yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong;

(d) seorang anggota preman, iaitu orang yang melaksanakan tugas jawatan Ketua Setiausaha

Pertahanan, yang hendaklah bertindak sebagai Setiausaha Majlis Angkatan Tentera;

(e) dua orang pegawai turus kanan Angkatan Tentera Persekutuan yang dilantik oleh Yang di-

Pertuan Agong;

(f) seorang pegawai kanan Tentera Laut Persekutuan yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong;

(g) seorang pegawai kanan Tentera Udara Persekutuan yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong;

(h) dua orang anggota tambahan, jika ada, sama ada anggota tentera atau preman, yang dilantik

oleh Yang di-Pertuan Agong.

(4) Majlis Angkatan Tentera boleh bertindak walaupun ada kekosongan dalam keanggotaannya dan,

tertakluk kepada Perlembagaan ini dan kepada undang-undang persekutuan, boleh membuat peruntukan

bagi semua atau mana-mana perkara yang berikut:

(a) penyusunan kerjanya dan cara bagaimana fungsinya akan dilaksanakan, dan penyimpanan rekod

dan minit;

75

(b) tugas dan tanggungjawab anggota Majlis itu masing-masing, termasuk pewakilan mana-mana

kuasa atau tugasnya kepada mana-mana anggota Majlis itu;

(c) rundingan yang diadakan oleh Majlis itu dengan orang selain anggotanya;

(d) tatacara yang akan diikuti oleh Majlis itu pada menjalankan urusannya (termasuk menetapkan

kuorum), melantik, mengikut pilihannya, seorang naib pengerusi daripada kalangan anggotanya, dan

fungsi naib pengerusi;

(e) apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Majlis itu perlu atau suai manfaat dibuat peruntukan

mengenainya untuk melaksanakan fungsinya dengan lebih baik.

Perkara 138. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.

(1) Maka hendaklah ada suatu Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan yang bidang

kuasanya hendaklah meliputi semua anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan.

(2) Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan hendaklah terdiri daripada—

(a) Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, yang hendaklah menjadi Pengerusi;

(b) Peguam Negara atau, jika Peguam Negara ialah seorang ahli Parlimen atau dilantik tidak

daripada kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Peguam Cara Negara; dan

(c) seorang anggota lain atau lebih yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas

berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, daripada kalangan orang yang

menjadi atau pernah menjadi, atau yang layak menjadi, hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah

Rayuan atau Mahkamah Tinggi atau yang pernah menjadi hakim Mahkamah Besar sebelum Hari

Malaysia.

(3) Orang yang menjadi setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hendaklah juga menjadi setiausaha

Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.

Perkara 139. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

(1) Maka hendaklah ada suatu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang bidang kuasanya hendaklah,

tertakluk kepada Perkara 144, meliputi semua orang yang menjadi anggota perkhidmatan-perkhidmatan

yang disebut dalam perenggan (c) dan (f) Fasal (1) Perkara 132, selain Ketua Audit Negara, meliputi

anggota perkhidmatan-perkhidmatan awam Negeri Melaka dan Negeri Pulau Pinang, dan, setakat yang

diperuntukkan oleh Fasal (2), meliputi anggota perkhidmatan awam mana-mana Negeri lain.

(1A) Bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hendaklah meliputi—

(a) anggota perkhidmatan awam am Persekutuan yang diambil kerja dalam sesuatu jabatan

persekutuan di Negeri Sabah atau Sarawak;

(b) anggota perkhidmatan awam Negeri Sabah atau Sarawak yang dipinjamkan kepada

perkhidmatan awam am Persekutuan; dan

(c) anggota perkhidmatan awam Negeri Sabah atau Sarawak yang berkhidmat dalam jawatan

persekutuan atau dalam mana-mana jawatan yang dijadikan jawatan persekutuan di Negeri itu dan

yang telah membuat pilihan untuk menjadi anggota perkhidmatan awam am Persekutuan.

(2) Badan Perundangan mana-mana Negeri, selain Melaka dan Pulau Pinang, boleh melalui undang-undang

memperluas bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam supaya meliputi semua atau mana-mana

orang dalam perkhidmatan awam Negeri itu, tetapi tiada undang-undang yang sedemikian boleh berkuat

kuasa lebih awal daripada dua belas bulan dari tarikh undang-undang itu diluluskan; dan jika suatu

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri tidak ada ditubuhkan dan menjalankan fungsinya pada bila-bila

masa di mana-mana Negeri yang di dalamnya tiada undang-undang sedemikian berkuat kuasa, maka

bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam itu hendaklah, jika undang-undang persekutuan

memperuntukkan sedemikian, meliputi semua anggota perkhidmatan awam Negeri itu.

76

(3) Apa-apa peluasan bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang dibuat oleh Badan

Perundangan mana-mana Negeri menurut Fasal (2) boleh dibatalkan atau diubahsuaikan melalui suatu

undang-undang yang diluluskan oleh Badan Perundangan Negeri itu.

(4) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang dilantik oleh

Yang di-Pertuan Agong menurut budi bicaranya tetapi selepas menimbangkan nasihat Perdana Menteri dan

selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, iaitu, seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan tidak

kurang daripada empat orang anggota lain; tetapi bilangan anggota lain itu tidak boleh, sehingga

diperuntukkan selainnya melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong, melebihi tiga puluh.

(5) Sama ada pengerusi atau timbalan pengerusi hendaklah, dan kedua-duanya boleh, dilantik daripada

kalangan orang yang menjadi anggota mana-mana perkhidmatan awam, atau yang pernah menjadi anggota

mana-mana perkhidmatan awam pada bila-bila masa dalam tempoh lima tahun sebaik sebelum tarikh

pelantikan pertama mereka.

(6) Seseorang anggota mana-mana perkhidmatan awam yang dilantik menjadi pengerusi atau timbalan

pengerusi tidaklah layak memegang apa-apa jawatan selanjutnya dalam perkhidmatan Persekutuan selain

sebagai anggota sesuatu Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini terpakai.

Perkara 140. Suruhanjaya Pasukan Polis.

(1) Maka hendaklah ada suatu Suruhanjaya Pasukan Polis yang bidang kuasanya hendaklah meliputi semua

orang yang menjadi anggota pasukan polis dan yang, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undangundang

yang sedia ada, hendaklah bertanggungjawab bagi pelantikan, pengesahan, kemasukan ke dalam

perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran dan penjalanan kawalan

tatatertib ke atas anggota pasukan polis:

Dengan syarat bahawa Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi penjalanan apaapa

kawalan tatatertib ke atas semua atau mana-mana anggota pasukan polis mengikut apa-apa cara dan

oleh mana-mana pihak berkuasa yang diperuntukkan dalam undang-undang itu, dan dalam keadaan yang

sedemikian, jika pihak berkuasa itu bukan Suruhanjaya itu, kawalan tatatertib yang boleh dijalankan oleh

pihak berkuasa itu tidak boleh dijalankan oleh Suruhanjaya itu; dan tiada peruntukan undang-undang itu

boleh menjadi tidak sah atas alasan ketidakselarasan dengan mana-mana peruntukan Bahagian ini.

(2) Undang-undang persekutuan boleh membuat peruntukan bagi Suruhanjaya Pasukan Polis menjalankan

fungsi lain.

(3) Suruhanjaya Pasukan Polis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut, iaitu:

(a) Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi polis, yang hendaklah

menjadi Pengerusi;

(b) pegawai polis yang memerintah secara menyeluruh pasukan polis;

(c) orang yang melaksanakan tugas jawatan Ketua Setiausaha Kementerian di bawah Menteri yang

pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi polis;

(d) seorang anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong;

(e) tidak kurang daripada dua tetapi tidak lebih daripada enam orang anggota lain, yang dilantik oleh

Yang di-Pertuan Agong.

(4) Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan sebagai jawatan khas jawatan Ketua Polis Negara, Timbalan

Ketua Polis Negara dan apa-apa jawatan lain dalam pasukan polis yang pada pendapatnya adalah serupa

atau lebih tinggi tarafnya; dan pelantikan bagi menyandang mana-mana jawatan yang ditetapkan sedemikian

tidaklah boleh dibuat mengikut Fasal (1) tetapi hendaklah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor

Suruhanjaya Pasukan Polis.

77

(5) Sebelum bertindak mengikut Fasal (4) atas syor Suruhanjaya Pasukan Polis, Yang di-Pertuan Agong

hendaklah menimbangkan nasihat Perdana Menteri, dan boleh merujukkan syor itu balik satu kali kepada

Suruhanjaya itu untuk ditimbangkan semula.

(6) Suruhanjaya Pasukan Polis boleh membuat peruntukan bagi semua atau mana-mana perkara yang

berikut:

(a) penyusunan kerjanya dan cara bagaimana fungsinya akan dilaksanakan, dan penyimpanan rekod

dan minit;

(b) tugas dan tanggungjawab anggota Suruhanjaya itu masing-masing, termasuk pewakilan kuasa

atau tugasnya kepada mana-mana anggota Suruhanjaya itu atau pasukan polis atau lembaga

pegawai pasukan polis atau suatu jawatankuasa yang terdiri daripada anggota Suruhanjaya dan juga

pasukan itu;

(c) rundingan yang diadakan oleh Suruhanjaya itu dengan orang selain anggotanya;

(d) tatacara yang akan diikuti oleh Suruhanjaya itu pada menjalankan urusannya (termasuk

menetapkan kuorum), melantik, mengikut pilihannya, seorang naib pengerusi daripada kalangan

anggotanya, dan fungsi naib pengerusi;

(e) apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Suruhanjaya itu perlu atau suai manfaat peruntukan

mengenainya untuk melaksanakan fungsinya dengan lebih baik.

(7) Dalam Perkara ini "pertukaran" tidak termasuk pertukaran tanpa perubahan pangkat dalam pasukan

polis.

Perkara 141. (Suruhanjaya Perkhidmatan Kereta Api - Dimansuhkan).

(Dimansuhkan).

Perkara 141A. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

(1) Maka hendaklah ada suatu Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan yang bidang kuasanya hendaklah,

tertakluk kepada Perkara 144, meliputi semua orang yang mejadi anggota perkhidmatan yang disebut dalam

perenggan (h) Fasal (1) Perkara 132.

(2) Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang dilantik oleh

Yang di-Pertuan Agong menurut budi bicaranya tetapi selepas menimbangkan nasihat Perdana Menteri dan

selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, iaitu, seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan

tidak kurang daripada empat orang anggota lain; tetapi bilangan anggota lain itu tidak boleh, sehingga

diperuntukkan selainnya melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong, melebihi lapan[1] orang.

(3) Seseorang anggota mana-mana perkhidmatan awam yang dilantik menjadi Pengerusi atau Timbalan

Pengerusi tidaklah layak memegang apa-apa jawatan selanjutnya dalam perkhidmatan Persekutuan selain

sebagai anggota sesuatu Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini terpakai.

Perkara 142. Peruntukan am yang berhubungan dengan Suruhanjaya.

(1) Tertakluk kepada perenggan (a) Fasal (3) Perkara 140, seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen

atau Dewan Undangan sesuatu Negeri tidak boleh menjadi atau dilantik menjadi anggota sesuatu

Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini terpakai.

(2) Tertakluk kepada Fasal (3), seseorang tidaklah boleh dilantik menjadi anggota mana-mana Suruhanjaya

yang baginya Bahagian ini terpakai jika dia ialah, dan hendaklah dipecat melalui perintah Yang di-Pertuan

Agong jika dia menjadi—

(a) anggota mana-mana perkhidmatan awam;

78

(b) pegawai atau pekerja mana-mana pihak berkuasa tempatan, atau mana-mana badan, sama ada

diperbadankan atau selainnya, atau mana-mana badan atau pihak berkuasa yang ditubuhkan oleh

undang-undang bagi maksud awam;

(c) anggota sesuatu kesatuan sekerja atau sesuatu badan atau persatuan yang bergabung dengan

sesuatu kesatuan sekerja.

(2A) Sebagai tambahan kepada apa-apa kehilangan kelayakan yang diperuntukkan di bawah Fasal (2),

Pengerusi atau Timbalan Pengerusi mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini terpakai hilang

kelayakan untuk memegang jawatan itu jika selepas tiga bulan dari pelantikannya ke jawatan itu atau pada

bila-bila masa selepas itu dia ialah atau menjadi anggota mana-mana lembaga pengarah atau lembaga

pengurusan, atau pegawai atau pekerja, atau melibatkan diri dalam hal ehwal atau urusan, mana-mana

organisasi atau badan, sama ada diperbadankan atau selainnya, atau mana-mana pengusahaan komersil,

perindustrian atau pengusahaan lain, sama ada atau tidak dia menerima apa-apa saraan, hadiah, untung

atau faedah daripadanya:

Dengan syarat bahawa kehilangan kelayakan itu tidaklah terpakai jika organisasi atau badan itu menjalankan

apa-apa kerja kebajikan atau sukarela atau tujuan yang berfaedah kepada masyarakat atau mana-mana

bahagiannya, atau apa-apa kerja atau tujuan lain yang bersifat khairat atau sosial, dan anggota itu tidak

menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya.

(3) Fasal (2) tidak terpakai bagi anggota ex officio; dan seorang anggota mana-mana perkhidmatan awam

boleh dilantik untuk menjadi dan boleh terus menjadi Pengerusi atau Timbalan Pengerusi bagi mana-mana

Suruhanjaya tersebut dan jika dia bercuti sebelum bersara, dia boleh dilantik menjadi anggota lain bagi

mana-mana Suruhanjaya tersebut. (3A) Jika, dalam apa-apa tempoh, Pengerusi mana-mana Suruhanjaya

tersebut telah diberi kebenaran bercuti oleh Yang di-Pertuan Agong atau tidak dapat menunaikan fungsinya

kerana dia tidak ada di dalam Persekutuan, sakit atau apa-apa sebab lain, maka Timbalan Pengerusi

Suruhanjaya itu hendaklah menunaikan fungsi Pengerusi selama tempoh itu, dan jika Timbalan Pengerusi

juga tidak ada atau tidak dapat menunaikan fungsi itu, maka seorang anggota Suruhanjaya itu boleh dilantik

oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menunaikan fungsi Pengerusi selama tempoh itu.

(4) Jika, dalam apa-apa tempoh, seseorang anggota mana-mana Suruhanjaya tersebut telah diberi

kebenaran bercuti oleh Yang di-Pertuan Agong atau tidak dapat menunaikan fungsinya sebagai seorang

anggota kerana dia tidak ada di dalam Persekutuan, sakit atau apa-apa sebab lain, maka—

(a) sekiranya dia seorang anggota dilantik, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik mana-mana orang

yang layak dilantik untuk mengambil tempatnya bagi menjalankan fungsinya selama tempoh itu, dan

pelantikan orang itu hendaklah dibuat mengikut cara yang sama sebagaimana pelantikan anggota

yang fungsinya hendaklah dijalankan olehnya itu;

(b) sekiranya dia seorang anggota ex officio, mana-mana orang yang diberi kuasa di bawah undangundang

persekutuan untuk melaksanakan fungsi jawatannya boleh selama tempoh itu melaksanakan

juga fungsinya sebagai seorang anggota Suruhanjaya itu.

(5) Sesuatu Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini terpakai boleh bertindak walaupun ada sesuatu

kekosongan dalam keanggotaannya, dan tiada prosiding sesuatu Suruhanjaya itu boleh menjadi tidak sah

semata-mata oleh sebab seseorang yang tidak berhak hadir telah mengambil bahagian dalam prosiding itu.

(6) Sebelum menjalankan fungsinya sebagai seorang anggota mana-mana Suruhanjaya tersebut atau di

bawah Fasal (4) mana-mana orang selain seorang anggota ex officio hendaklah mengangkat dan

menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam di hadapan

seorang hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi.

Perkara 143. Syarat-syarat perkhidmatan anggota Suruhanjaya.

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Fasal (2) Perkara 142, seseorang anggota sesuatu

Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini terpakai, selain anggota ex officio—

79

(a) hendaklah dilantik bagi tempoh lima tahun atau, jika Yang di-Pertuan Agong yang bertindak

menurut budi bicaranya tetapi selepas menimbangkan nasihat Perdana Menteri dalam sesuatu hal

tertentu menentukan sedemikian, bagi apa-apa tempoh yang lebih singkat yang ditentukan

sedemikian olehnya;

(b) boleh, melainkan jika hilang kelayakan, dilantik semula dari semasa ke semasa; dan

(c) boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya tetapi tidak boleh dipecat daripada jawatan

kecuali atas alasan dan mengikut cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan.

(2) Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi saraan mana-mana anggota

Suruhanjaya tersebut selain seseorang anggota yang peruntukan bagi saraannya sebagai pemegang apaapa

jawatan lain ada dibuat melalui undang-undang persekutuan; dan saraan yang diperuntukkan

sedemikian hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan.

(3) Saraan dan terma lain jawatan bagi seseorang anggota sesuatu Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini

terpakai tidak boleh, selepas pelantikannya, diubah menjadi kurang baik baginya.

Perkara 144. Fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan.

(1) Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang sedia ada dan kepada peruntukan

Perlembagaan ini, menjadi tugas sesuatu Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini terpakai untuk melantik,

mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat,

menukarkan dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota perkhidmatan atau perkhidmatanperkhidmatan

yang diliputi oleh bidang kuasanya.

(2) Undang-undang persekutuan boleh membuat peruntukan bagi mana-mana Suruhanjaya itu menjalankan

fungsi lain.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan sebagai jawatan khas apa-apa jawatan yang dipegang oleh

ketua atau timbalan ketua sesuatu jabatan atau oleh seseorang pegawai yang pada pendapatnya adalah

serupa tarafnya; dan pelantikan bagi menyandang mana-mana jawatan yang ditetapkan sedemikian tidak

boleh dibuat mengikut Fasal (1) tetapi hendaklah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor Suruhanjaya

yang bidang kuasanya meliputi perkhidmatan yang dalamnya jawatan itu dipegang.

(4) Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri boleh menetapkan sebagai jawatan khas apa-apa

jawatan dalam perkhidmatan awam Negerinya yang dipegang oleh ketua atau timbalan ketua sesuatu

jabatan atau oleh seseorang pegawai yang pada pendapatnya adalah serupa tarafnya; dan pelantikan bagi

menyandang mana-mana jawatan yang ditetapkan sedemikian tidak boleh dibuat mengikut Fasal (1) tetapi

hendaklah dibuat oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri atas syor Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (atau,

jika di dalam Negeri itu ada suatu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, atas syor Suruhanjaya itu).

(5) Sebelum bertindak, mengikut Fasal (3) atau (4), atas syor Suruhanjaya yang disebut dalam Fasal itu—

(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah menimbangkan nasihat Perdana Menteri; dan

(b) Raja atau Yang di-Pertua Negeri hendaklah menimbangkan nasihat Ketua Menteri Negerinya,

dan boleh merujukkan syor itu balik satu kali kepada Suruhanjaya itu untuk ditimbangkan semula.

(5A) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Fasal (5B), undang-undang persekutuan dan, tertakluk

kepada peruntukan mana-mana undang-undang itu, peraturan-peraturan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan

Agong boleh, walau apa pun peruntukan Fasal (1) Perkara 135, membuat peruntukan bagi mana-mana

pegawai dalam sesuatu perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasa Suruhanjaya yang baginya Bahagian

ini terpakai, atau bagi mana-mana lembaga pegawai itu, menjalankan mana-mana fungsi Suruhanjaya itu di

bawah Fasal (1):

Dengan syarat bahawa—

80

(a) tiada undang-undang atau peraturan sedemikian boleh membuat peruntukan bagi mana-mana

pegawai atau lembaga pegawai itu menjalankan apa-apa kuasa membuat pelantikan pertama

kepada perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, atau apa-apa kuasa kenaikan pangkat (selain

kenaikan pangkat bagi menyandang jawatan memangku); dan

(b) mana-mana orang yang terkilan dengan penjalanan mana-mana kuasa kawalan tatatertib oleh

mana-mana pegawai atau lembaga pegawai itu boleh merayu kepada Suruhanjaya dalam masa dan

mengikut cara yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang atau peraturan-peraturan, dan

Suruhanjaya boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya adil mengenainya.

(5B) (i) Walau apa pun peruntukan Fasal (1) Perkara 135 dan Perkara 139 dan Perkara 141A, semua kuasa

dan fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan yang ditubuhkan

di bawah Perkara 139 dan Perkara 141A, selain kuasa membuat pelantikan pertama kepada perjawatan

tetap atau perjawatan berpencen, boleh dijalankan oleh suatu lembaga yang dilantik oleh Yang di-Pertuan

Agong.

(ii) Mana-mana orang yang terkilan dengan penjalanan mana-mana kuasa atau fungsi yang disebut

terdahulu itu oleh lembaga itu boleh merayu kepada suatu Lembaga Rayuan yang dilantik oleh Yang

di-Pertuan Agong.

(iii) Yang di-Pertuan Agong boleh melalui peraturan-peraturan membuat peruntukan bagi perkara

yang berhubungan dengan pelantikan anggota lembaga atau Lembaga Rayuan itu, dan tatacara

yang hendaklah diikuti olehnya di bawah Fasal ini.

(iv) Jika Yang di-Pertuan Agong telah melantik lembaga di bawah perenggan (i) Fasal ini bagi

maksud menjalankan mana-mana kuasa atau fungsi yang disebut di bawah perenggan itu, maka

kuasa atau fungsi itu hendaklah terhenti daripada dijalankan oleh Suruhanjaya tersebut selagi kuasa

atau fungsi itu masih menjadi kuasa atau fungsi yang hendaklah dijalankan oleh lembaga itu.

(6) Sesuatu Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini terpakai boleh mewakilkan mana-mana fungsinya di

bawah Fasal (1) berkenaan dengan apa-apa gred perkhidmatan kepada mana-mana pegawai dalam

sesuatu perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya, atau kepada mana-mana lembaga pegawai itu

yang dilantik olehnya, dan pegawai atau lembaga itu hendaklah menjalankan fungsi itu di bawah arahan dan

kawalan Suruhanjaya itu.

(6A) Berkenaan dengan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan yang diambil kerja dalam jawatan

tambahan kepada angkatan tentera atau mana-mana daripadanya atau jawatan tambahan kepada pasukan

polis, atau berkenaan dengan mana-mana gred anggota perkhidmatan itu yang diambil kerja sedemikian,

fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam boleh, di bawah Fasal (5A) atau (6), dijadikan boleh dijalankan oleh

seorang pegawai atau suatu lembaga pegawai daripada angkatan tentera atau pasukan polis, mengikut

mana-mana yang berkenaan, seolah-olah pegawai atau lembaga pegawai itu ialah anggota pekhidmatan

awam am Persekutuan.

(7) Dalam Perkara ini "pertukaran" tidak termasuk pertukaran tanpa perubahan pangkat dalam sesuatu

jabatan Kerajaan.

(8) Sesuatu Suruhjaya yang baginya Bahagian ini terpakai boleh, tertakluk kepada peruntukan

Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan, membuat kaedah-kaedah mengawal selia tatacaranya

dan menentukan bilangan anggotanya untuk membentuk kuorom.

Perkara 145. Peguam Negara.

(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri, melantik seorang yang layak menjadi

hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan.

(2) Menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau manamana

Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang, dan melaksanakan apa-apa tugas lain yang

bersifat undang-undang, yang dari semasa ke semasa dirujukkan atau ditugaskan kepadanya oleh Yang di81

Pertuan Agong atau Jemaah Menteri, dan menunaikan fungsi yang diberikan kepadanya oleh atau di bawah

Perlembagaan ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

(3) Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk

memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding

di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera.

(3A) Undang-undang persekutuan boleh memberi Peguam Negara kuasa untuk menentukan mahkamah

yang di dalamnya atau tempat apa-apa prosiding yang dia mempunyai kuasa untuk memulakannya di bawah

Fasal (3) itu hendaklah dimulakan atau mahkamah yang kepadanya prosiding itu hendaklah dipindahkan.

(4) Pada melaksanakan tugasnya Peguam Negara berhak untuk didengar di dalam mana-mana mahkamah

atau tribunal di Persekutuan dan hendaklah diberi keutamaan daripada mana-mana orang lain yang hadir di

hadapan mahkamah atau tribunal itu.

(5) Tertakluk kepada Fasal (6), Peguam Negara hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh

Yang di-Pertuan Agong dan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dan, melainkan jika dia ialah

anggota Jemaah Menteri, hendaklah menerima apa-apa saraan yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan

Agong.

(6) Orang yang memegang jawatan Peguam Negara sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Perkara ini

hendaklah terus memegang jawatan itu atas terma dan syarat yang tidak kurang baiknya daripada terma dan

syarat yang terpakai baginya sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Perkara ini dan tidaklah boleh dipecat

daripada jawatan kecuali atas alasan dan mengikut cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah

Persekutuan.

Perkara 146. Laporan Suruhanjaya.

Setiap Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini terpakai hendaklah membuat suatu laporan tahunan

mengenai kegiatannya kepada Yang di-Pertuan Agong dan salinan laporan itu hendaklah dibentangkan di

hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.

(2) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hendaklah menghantar satu salinan tiap-tiap laporan yang dibuat di

bawah Perkara ini kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri setiap Negeri yang anggota perkhidmatan

awamnya diliputi oleh bidang kuasa Suruhanjaya itu, dan Raja atau Yang di-Pertua Negeri itu hendaklah

membentangkan laporan itu di hadapan Dewan Undangan.

Perkara 146A. (Cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan di Negeri-Negeri

Borneo - Dimansuhkan).

(Dimansuhkan).

Perkara 146B. (Cawangan-cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam setiap Negeri Sabah atau

Sarawak - Dimansuhkan).

(Dimansuhkan).

Perkara 146C. (Peruntukan tambahan tentang cawangan-cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan

Awam-Dimansuhkan).

(Dimansuhkan).

Perkara 146D. Bidang kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis ke atas anggota yang dipinjamkan daripada

perkhidmatan Negeri di Negeri Sabah dan Sarawak.

82

Walau apa pun Fasal (2) Perkara 134, bidang kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis hendaklah meliputi anggota

perkhidmatan awam Negeri Sabah atau Sarawak yang dipinjamkan kepada pasukan polis; dan bagi maksud

Suruhanjaya Pasukan Polis mereka adalah disifatkan sebagai anggota pasukan polis.

(2) (Dimansuhkan).

(3) (Dimansuhkan).

Perkara 147. Perlindungan hak pencen.

(1) Undang-undang yang terpakai bagi apa-apa pencen, ganjaran atau elaun lain yang sepertinya (dalam

Perkara ini disebut "imbuhan") yang diberikan kepada seseorang anggota mana-mana perkhidmatan awam,

atau kepada balunya, anaknya, orang tanggungannya atau wakil dirinya, hendaklah undang-undang yang

berkuat kuasa pada hari yang berkaitan atau apa-apa undang-undang kemudiannya yang tidak kurang

baiknya kepada orang yang diberi imbuhan itu.

(2) Bagi maksud Perkara ini hari yang berkaitan—

(a) berhubung dengan sesuatu imbuhan yang diberikan sebelum Hari Merdeka, ialah tarikh imbuhan

itu diberikan;

(b) berhubung dengan sesuatu imbuhan yang diberikan selepas Hari Merdeka kepada atau

berkenaan dengan mana-mana orang yang menjadi anggota mana-mana perkhidmatan awam

sebelum Hari Merdeka, ialah tiga puluh hari bulan Ogos tahun seribu sembilan ratus lima puluh tujuh;

(c) berhubung dengan sesuatu imbuhan yang diberikan kepada atau berkenaan dengan mana-mana

orang yang menjadi anggota mana-mana perkhidmatan awam bagi pertama kali pada atau selepas

Hari Merdeka, ialah tarikh dia pertama kali menjadi anggota sedemikian.

(3) Bagi maksud Perkara ini, jika undang-undang yang terpakai bagi sesuatu imbuhan bergantung pada

pilihan orang yang diberi imbuhan itu, undang-undang yang dipilih olehnya itu hendaklah dikira lebih baik

bagi dirinya daripada mana-mana undang-undang lain yang mungkin dipilih olehnya.

Perkara 148. Tafsiran Bahagian X.

(1) Sebutan dalam Perlembagaan ini mengenai sesuatu Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini terpakai

ialah sebutan mengenai mana-mana Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perkara 138 hingga 141A,

melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain.

(2) Dalam Bahagian ini "anggota ex officio" termasuklah Menteri dan hakim Mahkamah Persekutuan,

Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi dan "Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri", berhubung

dengan mana-mana Negeri, ertinya sesuatu Suruhanjaya yang menjalankan fungsi berkenaan dengan

anggota-anggota perkhidmatan awam Negeri itu dan yang bersamaan taraf dan bidang kuasanya dengan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

83

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA/KUASA KHAS MENENTANG PERBUATAN

SUBVERSIF, KEGANASAN TERANCANG, DAN PERBUATAN DAN JENAYAH YANG

MEMUDARATKAN ORANG AWAM DAN KUASA DARURAT

Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan

ketenteraman awam, dsb.

(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana

kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan—

(a) untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan

sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau

(b) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana

Kerajaan di dalam Persekutuan; atau

(c) untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau

golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau

(d) untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan

melalui undang-undang; atau

(e) yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada

orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana

bahagiannya; atau

(f) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,

atau yang memudaratkan keselamatannya,

maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah

tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5, 9,

10 atau 13, atau walaupun, jika tidak kerana Perkara ini, peruntukan itu akan terkeluar daripada kuasa

perundangan Parlimen; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi Rang Undang-Undang untuk sesuatu Akta

yang sedemikian atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu Rang Undang-Undang yang sedemikian.

(2) Sesuatu undang-undang yang mengandungi sebutan seperti yang disebut dalam Fasal (1), jika tidak

terlebih dahulu dimansuhkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua

Majlis Parlimen yang mengungkaikan undang-undang itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang

dilakukan sebelum itu menurut kuasa undang-undang itu atau tanpa menjejaskan kuasa Parlimen untuk

membuat suatu undang-undang baru di bawah Perkara ini.

Perkara 150. Proklamasi darurat.

(1) Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang

menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau

mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi

Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.

(2) Proklamasi Darurat di bawah Fasal (1) boleh dikeluarkan sebelum sebenarnya berlaku kejadian yang

mengancam keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau

mana-mana bahagiannya jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa kejadian sedemikian hampir

benar berlaku.

(2A) Kuasa yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong oleh Perkara ini termasuklah kuasa untuk

mengeluarkan Proklamasi-Proklamasi yang berlainan atas alasan-alasan yang berlainan atau dalam hal-hal

keadaan yang berlainan, sama ada suatu Proklamasi atau Proklamasi-Proklamasi telah dikeluarkan atau

tidak oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Fasal (1) dan Proklamasi atau Proklamasi-Proklamasi itu sedang

berkuat kuasa.

84

(2B) Jika pada bila-bila masa semasa suatu Proklamasi Darurat sedang berkuat kuasa, kecuali apabila

kedua-dua Majlis Parlimen sedang bersidang serentak, Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ada

hal-hal keadaan tertentu yang menyebabkan perlu baginya mengambil tindakan serta-merta, maka Yang di-

Pertuan Agong boleh memasyhurkan apa-apa ordinan sebagaimana yang didapatinya perlu mengikut hal

keadaan.

(2C) Sesuatu ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan

yang sama sebagaimana Akta Parlimen, dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya

seolah-olah ordinan itu ialah Akta Parlimen sehingga ordinan itu dibatalkan atau diungkaikan di bawah Fasal

(3) atau sehingga ordinan itu luput di bawah Fasal (7); dan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk

memasyhurkan ordinan di bawah Fasal (2B) boleh dijalankan berhubung dengan apa-apa perkara

mengenainya Parlimen berkuasa membuat undang-undang, tanpa menghiraukan tatacara perundangan

atau tatacara lain yang dikehendaki diikuti, atau perkadaran jumlah undi yang dikehendaki diperoleh di

dalam mana-mana satu Majlis Parlimen.

(3) Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah

dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah

terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi

atau ordinan itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelumnya menurut kuasa

Proklamasi atau ordinan itu atau tanpa menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan

suatu Proklamasi baru di bawah Fasal (1) atau memasyhurkan apa-apa ordinan di bawah Fasal (2B).

(4) Semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa, kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah, walau apa pun apaapa

jua dalam Perlembagaan ini, meliputi apa-apa perkara dalam kuasa perundangan sesuatu Negeri dan

pemberian arahan kepada Kerajaan sesuatu Negeri atau kepada mana-mana pegawai atau pihak berkuasa

Negeri itu.

(5) Tertakluk kepada Fasal (6A), semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa, Parlimen boleh, walau apa pun

apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara, jika didapati

oleh Parlimen bahawa undang-undang itu dikehendaki oleh sebab darurat itu; dan Perkara 79 tidaklah

terpakai bagi suatu Rang Undang-Undang untuk sesuatu undang-undang yang sedemikian atau bagi

sesuatu pindaan kepada sesuatu Rang Undang-Undang yang sedemikian, dan juga tidaklah terpakai manamana

peruntukan Perlembagaan ini atau peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang

menghendaki apa-apa keizinan atau persetujuan bagi meluluskan sesuatu undang-undang atau apa-apa

rundingan mengenainya atau yang menyekat permulaan kuat kuasa sesuatu undang-undang selepas

undang-undang itu diluluskan atau yang menyekat Rang Undang-Undang daripada dipersembahkan kepada

Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan olehnya.

(6) Tertakluk kepada Fasal (6A), tiada peruntukan mana-mana ordinan yang dimasyhurkan di bawah

Perkara ini, dan tiada peruntukan mana-mana Akta Parlimen yang diluluskan semasa Proklamasi Darurat

berkuat kuasa dan yang mengisytiharkan bahawa didapati oleh Parlimen undang-undang itu dikehendaki

oleh sebab darurat, boleh menjadi tidak sah atas alasan ketidakselarasan dengan mana-mana peruntukan

Perlembagaan ini. (6A) Fasal (5) tidak boleh memperluas kuasa Parlimen mengenai apa-apa perkara hukum

Syarak atau adat Melayu atau mengenai apa-apa perkara undang-undang atau adat anak negeri di Negeri

Sabah atau Sarawak; dan juga Fasal (6) tidak boleh menjadikan sah mana-mana peruntukan yang tidak

selaras dengan peruntukan Perlembagaan ini yang berhubungan dengan apa-apa perkara sedemikian atau

berhubungan dengan agama, kewarganegaraan, atau bahasa.

(7) Apabila habis tempoh enam bulan yang bermula dengan tarikh sesuatu Proklamasi Darurat terhenti

berkuat kuasa, apa-apa ordinan yang dimasyhurkan menurut Proklamasi itu dan, setakat yang undangundang

itu tidak dapat dibuat dengan sahnya jika tidak kerana Perkara ini, apa-apa undang-undang yang

dibuat semasa Proklamasi itu berkuat kuasa, hendaklah terhenti berkuat kuasa, kecuali tentang perkaraperkara

yang telah dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan sebelum habis tempoh itu.

(8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini—

85

(a) hal puas hati Yang di-Pertuan Agong yang disebut dalam Fasal (1) dan Fasal (2B) adalah

muktamad dan konklusif dan tidaklah boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana

mahkamah atas apa-apa alasan; dan

(b) tiada mahkamah boleh mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa

permohonan, soal atau prosiding, dalam apa-apa jua bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai

kesahan—

(i) sesuatu Proklamasi di bawah Fasal (1) atau sesuatu perisytiharan yang dibuat dalam Proklamasi

itu yang bermaksud seperti yang dinyatakan dalam Fasal (1);

(ii) kuat kuasa berterusan Proklamasi itu;

(iii) mana-mana ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B); atau

(9) Bagi maksud Perkara ini Majlis-Majlis Parlimen hendaklah dikira sebagai bersidang hanya jika ahli setiap

Majlis itu masing-masingnya berhimpun bersama dan menjalankan urusan Majlis itu.

Perkara 151. Sekatan ke atas tahanan pencegahan.

(1) Jika mana-mana undang-undang atau ordinan yang dibuat atau dimasyhurkan menurut Bahagian ini

membuat peruntukan bagi tahanan pencegahan—

(a) pihak berkuasa yang atas perintahnya mana-mana orang ditahan di bawah undang-undang atau

ordinan itu hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, memberitahu orang itu alasan dia

ditahan dan, tertakluk kepada Fasal (3), pengataan fakta yang berasaskannya perintah itu dibuat,

dan hendaklah memberikan peluang kepadanya untuk membuat representasi terhadap perintah itu

dengan seberapa segera yang boleh;

(b) tiada warganegara boleh ditahan seterusnya di bawah undang-undang atau ordinan itu melainkan

jika suatu lembaga penasihat yang ditubuhkan sebagaimana yang disebut dalam Fasal (2) telah

menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh warganegara itu di bawah perenggan (a) dan

membuat syor mengenainya kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa tiga bulan setelah

menerima representasi itu, atau dalam tempoh yang lebih lama yang dibenarkan oleh Yang di-

Pertuan Agong.

(2) Sesuatu lembaga penasihat yang ditubuhkan bagi maksud Perkara ini hendaklah terdiri daripada seorang

pengerusi, yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan yang menjadi atau pernah menjadi atau

yang layak menjadi, hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi, atau yang

pernah menjadi seorang hakim Mahkamah Besar sebelum Hari Malaysia, dan dua orang anggota lain yang

hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

(3) Perkara ini tidak menghendaki mana-mana pihak berkuasa mendedahkan fakta yang pendedahannya

pada pendapat pihak berkuasa itu akan bertentangan dengan kepentingan negara.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA/AM DAN PELBAGAI

Perkara 152. Bahasa kebangsaan.

(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui

undang-undang oleh Parlimen:

Dengan syarat bahawa—

(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud

rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan

86

(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak manamana

Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa

mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

(2) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas

itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua

Majlis Parlimen, di dalam Dewan Undangan tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.

(3) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas

itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, teks sahih—

(a) segala Rang Undang-Undang yang hendak dibawa atau pindaan kepadanya yang hendak

dicadangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen; dan

(b) segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiari yang dikeluarkan oleh Kerajaan

Persekutuan,

hendaklah dalam bahasa Inggeris.

(4) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas

itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan,

Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dalam bahasa Inggeris:

Dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang

diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan ke dalam atau direkodkan dalam

bahasa Inggeris.

(5) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding

di dalam mahkamah rendah, selain pengambilan keterangan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.

(6) Dalam Perkara ini, "maksud rasmi" ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan

atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan

anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan

anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut

peruntukan Perkara ini.

(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan

peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan

ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan

istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk

memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak

apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam

perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan

keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau

diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undangundang

persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada

peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan

anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan

biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apaapa

arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian

87

X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi

pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu;

dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut

Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa

jawatan awam yang dipegang olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau

keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.

(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136.

(6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen dikehendaki bagi

mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan

fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am

kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian

permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran

daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan

Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu

hendaklaah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya

dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu

atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan

mana-mana permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen

kepada waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mungkin

semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.

(8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-mana undang-undang

persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau

perniagaan, maka undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran

daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan

Sarawak; tetapi tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi maksud memastikan perizaban itu—

(a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen

mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu;

atau

(b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-manaa orang

atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima

serah hak mana-mana orang jika pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan yang lain

dalam undang-undang itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa

keadaan, atau menghalang mana-mana orang daripada memindahkan hakmilik bersama dengan

perniagaannya apa-apa lesen yang boleh dipindahkan hakmiliknya untuk mengendalikan perniagaan

itu; atau

(c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi mengendalikan pertukangan atau

perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian permit atau lesen kepada mana-mana

orang bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya

secara bona fide sebaik sebelum undang-undang itu mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa untuk

menolak pembaharuan kemudiannya mana-mana permit atau lesen mana-mana orang, atau untuk

menolak pemberian mana-mana permit atau lesen sedemikian kepada waris, pengganti atau

penerima serah hak mana-mana orang itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang

itu, pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan

biasa keadaan.

(8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-mana Universiti, Kolej dan

institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang

88

setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi

pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian

adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang

di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak

berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang

Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan

munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan

sewajarnya.

(9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk menyekat perniagaan atau

pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara

Negeri Sabah dan Sarawak.

(9A) Dalam Perkara ini ungkapan "anak negeri" berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah

mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161A.

(10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang bersamaan (dengan ubah suaian

yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.

Perkara 154. Ibu kota persekutuan.

(1) Sehingga diputuskan selainnya oleh Parlimen, perbandaran Kuala Lumpur ialah ibu kota persekutuan.

(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam Bahagian VI, Parlimen mempunyai kuasa khusus untuk membuat

undang-undang mengenai sempadan ibu kota persekutuan.

(3) (Dimansuhkan).

Perkara 155. Persalingan Komanwel.

(1) Jika undang-undang yang berkuat kuasa di mana-mana bahagian lain Komanwel memberikan apa-apa

hak atau keistimewaan kepada warganegara Persekutuan maka adalah sah bagi Parlimen memberikan hak

atau keistimewaan yang seumpamanya kepada warganegara dari bahagian Komanwel itu yang bukan

warganegara Persekutuan, walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini.

(2) Sebutan dalam Fasal (1) mengenai warganegara sesuatu bahagian Komanwel, berhubung dengan

United Kingdom atau mana-mana bahagian Komanwel yang lain yang bukan suatu negara Komanwel atau

bukan suatu wilayah yang ditadbirkan oleh Kerajaan sesuatu negara Komanwel selain United Kingdom,

hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai warganegara United Kingdom dan Tanah-Tanah Jajahan.

(3) Perkara ini terpakai berhubung dengan Republik Ireland sebagaimana Perkara ini terpakai berhubung

dengan sesuatu negara komanwel.

Perkara 156. Sumbangan bagi membantu kadar-kadar berkenaan dengan harta persekutuan dan

Negeri.

Jika tanah, bangunan, atau hereditamen diduduki bagi maksud awam oleh atau bagi pihak Persekutuan,

sesuatu Negeri atau sesuatu pihak berkuasa awam, maka Persekutuan, Negeri atau pihak berkuasa awam

itu tidaklah bertanggungan membayar kadar-kadar tempatan berkenaan dengannya tetapi bagi membantu

pembayaran kadar-kadar itu hendaklah memberikan apa-apa sumbangan berkenaan dengannya

sebagaimana yang dipersetujui antara Persekutuan, Negeri atau pihak berkuasa awam itu, mengikut manamana

yang berkenaan, dengan pihak berkuasa yang melevikan kadar-kadar itu atau, jika tidak ada

persetujuan, sebagaimana yang diputuskan oleh suatu tribunal yang terdiri daripada pengerusi Tribunal

Tanah yang ditubuhkan di bawah Perkara 87, yang hendaklah mempengerusikannya, dan dua orang

anggota lain dengan setiap satu pihak yang berkenaan itu melantik seorang anggota.

89

Perkara 157. Pewakilan fungsi Negeri kepada suatu Negeri lain.

Tertakluk kepada apa-apa peruntukan undang-undang Negeri, perkiraan boleh dibuat antara mana-mana

dua Negeri supaya pihak-pihak berkuasa satu Negeri melaksanakan apa-apa fungsi bagi pihak-pihak

berkuasa Negeri yang satu lagi, dan perkiraan itu boleh mengadakan peruntukan bagi membuat

pembayaran berkenaan dengan apa-apa kos yang dilakukan di bawah perkiraan itu.

Perkara 158. (Perkiraan dengan Brunei - Dimansuhkan)

(Dimansuhkan).

Perkara 159. Pindaan Perlembagaan.

(1) Tertakluk kepada peruntukan yang berikut dalam Perkara ini dan kepada Perkara 161E, peruntukan

Perlembagaan ini boleh dipinda melalui undang-undang persekutuan.

(2) (Dimansuhkan).

(3) Sesuatu Rang Undang-Undang bagi membuat apa-apa pindaan kepada Perlembagaan (selain pindaan

yang dikecualikan daripada peruntukan Fasal ini) dan sesuatu Rang Undang-Undang bagi membuat apaapa

pindaan kepada sesuatu undang-undang yang diluluskan di bawah Fasal (4) Perkara 10 tidaklah boleh

diluluskan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen melainkan jika Rang Undang-Undang itu telah

disokong pada Bacaan Kali Kedua dan Kali Ketiga dengan undi sebanyak tidak kurang daripada dua pertiga

daripada jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu.

(4) Pindaan-pindaan yang berikut dikecualikan daripada peruntukan Fasal (3), iaitu;

(a) apa-apa pindaan kepada Bahagian III Jadual Kedua atau kepada Jadual Keenam atau Jadual

Ketujuh;

(b) apa-apa pindaan yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada penjalanan apa-apa

kuasa untuk membuat undang-undang yang diberikan kepada Parlimen oleh mana-mana peruntukan

Perlembagaan ini selain Perkara 74 dan 76;

(bb) tertakluk kepada Perkara 161E apa-apa pindaan yang dibuat bagi atau berkaitan dengan

penerimaan masuk mana-mana Negeri ke dalam Persekutuan atau pergabungannya dengan Negeri-

Negeri Persekutuan, atau apa-apa ubah suaian yang dibuat tentang pemakaian Perlembagaan ini

bagi sesuatu Negeri yang diterima masuk atau bergabung sedemikian sebelum itu;

(c) apa-apa pindaan yang berbangkit daripada sesuatu pindaan yang dibuat di bawah perenggan (a).

(5) Sesuatu undang-undang yang membuat sesuatu pindaan kepada Fasal (4) Perkara 10, apa-apa undangundang

yang diluluskan di bawahnya, peruntukan Bahagian III, Perkara 38, 63(4), 70, 71(1), 72(4), 152, atau

153 atau kepada Fasal ini tidaklah boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

(6) Dalam Perkara ini "pindaan" termasuklah tambahan dan pemansuhan; dan dalam Perkara ini dan dalam

Perkara 2(a) "Negeri" termasuklah mana-mana wilayah.

Perkara 159A. Perjalanan kuat kuasa peruntukan peralihan dalam Akta Malaysia.

Peruntukan Bahagian IV Akta Malaysia (yang mengandungi peruntukan sementara dan peralihan berkaitan

dengan perjalanan kuat kuasa Akta itu) hendaklah berkuat kuasa seolah-olah peruntukan itu termaktub

dalam Perlembagaan ini, dan hendaklah berkuat kuasa walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini

sebagaimana yang dipinda oleh Akta itu; dan peruntukan Perlembagaan ini, dan khususnya Fasal (1)

Perkara 4 dan Perkara 159 dan 161E hendaklah berkuat kuasa berhubung dengan peruntukan Bahagian IV

Akta Malaysia dengan sewajarnya.

90

Perkara 160. Tafsiran.

(1) Ordinan Tafsiran dan Fasal-Fasal Am 1948 [M.U. 7 tahun 1948], sebagaimana yang berkuat kuasa

sebaik sebelum Hari Merdeka, setakat yang dinyatakan dalam Jadual Kesebelas, hendaklah terpakai bagi

pentafsiran Perlembagaan ini sebagaimana Ordinan itu terpakai bagi mentafsirkan mana-mana undangundang

bertulis mengikut pengertian Ordinan itu, tetapi dengan menggantikan sebutan mengenai

Pesuruhjaya Tinggi dengan sebutan mengenai Yang di-Pertuan Agong.

(2) Dalam Perlembagaan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, ungkapan-ungkapan

yang berikut mempunyai erti sebagaimana yang diberikan dengan ini kepadanya masing-masing, iaitu—

"Akta Parlimen" ertinya undang-undang yang dibuat oleh Parlimen;

"Anggota pentadbiran", berhubung dengan Persekutuan, ertinya seseorang yang memegang jawatan

sebagai Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen atau Setiausaha Politik dan, berhubung dengan

sesuatu Negeri, ertinya seseorang yang memegang sesuatu jawatan yang bersamaan di dalam Negeri itu

atau yang memegang jawatan sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (selain anggota kerana jawatan);

"Badan Perundangan", berhubung dengan sesuatu Negeri, ertinya pihak berkuasa yang mempunyai kuasa

di bawah Perlembagaan Negeri itu untuk membuat undang-undang bagi Negeri itu;

"Cukai" termasuklah impos atau duti tetapi tidak termasuk kadar yang dilevikan bagi maksud tempatan atau

fi bagi perkhidmatan yang diberikan;

"Dewan Undangan" ertinya dewan perwakilan, tidak kira bagaimana jua disebut, dalam Badan Perundangan

sesuatu Negeri (dan khususnya termasuklah Majlis Negeri di Sarawak), tetapi kecuali dalam Jadual Kelapan

termasuklah juga sesuatu Majlis Undangan, tidak kira bagaimana jua disebut;

"Enakmen", jika ungkapan itu terdapat dalam Jadual Kelapan, ertinya undang-undang yang dibuat oleh

Badan Perundangan sesuatu Negeri;

"Gabenor" (Dimansuhkan);

"Hak pencen" termasuklah hak persaraan dan hak kumpulan wang simpanan;

"Hari Merdeka" ertinya tiga puluh satu hari bulan Ogos, tahun seribu sembilan ratus lima puluh tujuh;

"Hutang" termasuklah apa-apa liabiliti berkenaan dengan apa-apa obligasi untuk membayar balik wang

modal dengan cara anuiti dan apa-apa liabiliti di bawah apa-apa jaminan dan "caj hutang" hendaklah

ditafsirkan dengan sewajarnya;

"Jawatan berpendapatan" ertinya apa-apa jawatan sepenuh masa dalam mana-mana perkhidmatan awam,

dan termasuklah—

(a) jawatan mana-mana hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi;

dan

(b) jawatan Ketua Audit Negara; dan

(c) jawatan seseorang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya, jawatan seseorang anggota (selain

anggota ex officio) sesuatu Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai, atau jawatan seseorang

anggota (selain anggota ex officio) mana-mana Suruhanjaya yang bersamaan yang ditubuhkan oleh

Perlembagaan sesuatu Negeri; dan

(d) apa-apa jawatan lain yang tidak dinyatakan dalam Fasal (3) Perkara 132 yang boleh ditetapkan

sebagai jawatan berpendapatan melalui Akta Parlimen;

91

"Jawatankuasa Kaedah" (Dimansuhkan);

"Kadar tempatan" (Dimansuhkan);

"Kekosongan luar jangka" ertinya kekosongan yang berlaku di dalam Dewan Rakyat atau di dalam sesuatu

Dewan Undangan selain oleh sebab pembubaran Parlimen atau pembubaran Dewan Undangan itu;

"Ketua Menteri" dan "Menteri Besar" kedua-duanya bererti yang dipertua, tidak kira dengan gelaran apa jua

dia dikenali, Majlis Mesyuarat Kerajaan di dalam sesuatu Negeri;

"Majlis Mesyuarat Kerajaan" ertiya Jemaah Menteri atau badan lain, tidak kira bagaimana jua disebut, yang

di dalam Kerajaan sesuatu Negeri adalah bersamaan, sama ada anggotaanggotanya ialah Menteri atau

bukan, dengan Jemaah Menteri di dalam Kerajaan Persekutuan (dan khususnya termasuklah Majlis

Tertinggi di Sarawak);

"Majlis Undangan" (Dimansuhkan);

"Maksud negeri", berhubung dengan mana-mana Negeri, termasuklah maksud Negeri itu berkaitan dengan

perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Bersama dan dengan apa-apa perkara lain yang

mengenainya Badan Perundangan Negeri itu mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang;

"Maksud persekutuan" termasuklah maksud Persekutuan berkaitan dengan perkara yang disebut satu

persatu dalam Senarai Bersama dan dengan apa-apa perkara lain yang mengenainya Parlimen mempunyai

kuasa untuk membuat undang-undang, selain menurut kuasa Perkara 76;

"Meminjam" termasuklah memperdapatkan wang dengan pemberian anuiti atau dengan membuat apa-apa

perkiraan yang menghendaki apa-apa cukai, kadar, royalti, fi atau apa-apa bayaran lain dibayar sebelum

tarikh genap masanya atau dengan membuat apa-apa perjanjian yang menurutnya Kerajaan kena

membayar balik atau memulangkan apa-apa faedah yang telah dinikmatinya di bawah perjanjian itu, dan

"pinjaman" hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;

"Negara asing" tidak termasuk mana-mana bahagian Komanwel atau Republik Ireland;

"Negara Komanwel" ertinya mana-mana negara yang diiktiraf oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai negara

Komanwel; dan "bahagian Komanwel" ertinya mana-mana negara Komanwel, mana-mana tanah jajahan,

protektorat atau negara naungan atau mana-mana wilayah lain yang ditadbirkan oleh Kerajaan mana-mana

negara Komanwel;

"Negeri" ertinya suatu Negeri di dalam Persekutuan;

"Orang asli" ertinya orang asli Semenanjung Tanah Melayu;

"Orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut

adat Melayu dan—

(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari

Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari

Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau

(b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian;

"Peguam Negara" ertinya Peguam Negara bagi Persekutuan;

"Pemilih" ertinya seseorang yang berhak mengundi dalam pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan

Undangan sesuatu Negeri;

92

"Persekutuan" ertinya Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957;

"Peruntukan Diraja" ertinya peruntukan yang dibuat daripada wang awam bagi penyaraan Yang di-Pertuan

Agong, Isterinya, seseorang Raja atau Yang di-Pertua Negeri;

"Pihak berkuasa awam" ertinya Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri,

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan sesuatu Negeri, pihak berkuasa tempatan, pihak berkuasa berkanun yang

menjalankan kuasa yang diletakhakkan padanya oleh undang-undang persekutuan atau Negeri, mana-mana

mahkamah atau tribunal selain Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi, atau

mana-mana pegawai atau pihak berkuasa yang dilantik oleh atau yang bertindak bagi pihak mana-mana

orang, mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa itu;

"Raja"—

(a) berhubung dengan Negeri Sembilan, ertinya Yang di-Pertuan Besar yang bertindak bagi pihak

dirinya sendiri dan Pembesar-Pembesar Memerintah mengikut Perlembagaan Negeri itu; dan

(b) dalam hal mana-mana Negeri, kecuali dalam Fasal (2) Perkara 181 dan Jadual Ketiga dan

Kelima, termasuklah mana-mana orang yang mengikut Perlembagaan Negeri itu menjalankan fungsi

Raja Negeri itu;

"Saraan" termasuklah gaji atau upah, elaun, hak pencen, perumahan percuma atau bersubsidi,

pengangkutan percuma atau bersubsidi, dan keistimewaan lain yang dapat dinilai dengan wang;

"Senarai Bersama" ertinya Senarai Ketiga yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan;

"Senarai Negeri" ertinya Senarai Kedua yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan;

"Senarai Persekutuan" ertinya Senarai Pertama yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan;

"Undang-undang" termasuklah undang-undang bertulis, common law setakat yang berkuat kuasa di dalam

Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, dan apa-apa adat atau kelaziman yang mempunyai kuat kuasa

undang-undang di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;

"Undang-undang bertulis' termasuklah Perlembagaan ini dan Perlembagaan mana-mana Negeri;

"Undang-undang Negeri" ertinya—

(a) mana-mana undang-undang sedia ada yang berhubungan dengan sesuatu perkara yang

mengenainya Badan Perundangan sesuatu Negeri mempunyai kuasa untuk membuat undangundang,

iaitu undang-undang yang diteruskan kuat kuasanya di bawah Bahagian XIII; dan

(b) sesuatu undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan sesuatu Negeri;

"Undang-undang persekutuan" ertinya—

(a) mana-mana undang-undang sedia ada yang berhubungan dengan sesuatu perkara yang

mengenainya Parlimen mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang, iaitu undang-undang

yang diteruskan kuat kuasanya di bawah Bahagian XIII; dan

(b) apa-apa Akta Parlimen; "Undang-undang yang sedia ada" ertinya mana-mana undang-undang

yang berkuat kuasa di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya sebaik sebelum Hari

Merdeka;

"Warganegara" ertinya warganegara Persekutuan;

"Yang di-Pertua Negeri" ertinya Ketua Negeri di sesuatu Negeri yang tidak mempunyai Raja.

93

(3) Melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, apa-apa sebutan dalam Perlembagaan ini

mengenai sesuatu Bahagian, Perkara atau Jadual tertentu ialah sebutan mengenai Bahagian atau Perkara

dalam Perlembagaan ini, atau Jadual kepada Perlembagaan ini, apa-apa sebutan mengenai sesuatu bab,

fasal, seksyen atau perenggan tertentu ialah sebutan mengenai bab dalam Bahagian, fasal dalam Perkara,

seksyen dalam Jadual, atau perenggan dalam fasal atau seksyen, yang dalamnya terdapat sebutan itu; dan

apa-apa sebutan mengenai sesuatu kumpulan Perkara, seksyen atau penggal Perkara-Perkara atau

seksyen-seksyen hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk yang pertama dan yang akhir kedua-duanya sekali

dalam kumpulan yang disebut itu.

(4) Jika di bawah Perlembagaan ini seseorang dikehendaki mengangkat dan menandatangani suatu

sumpah, maka dia hendaklah dibenarkan mematuhi kehendak itu dengan membuat dan menandatangani

suatu ikrar jika dia berhasrat sedemikian.

(5) Sebutan dalam Perlembagaan ini mengenai Persekutuan dan Negeri-Negeri Persekutuan dan mengenai

wilayah-wilayah Persekutuan atau wilayah-wilayah mana-mana Negeri Persekutuan, dan mengenai manamana

pegawai yang memegang jawatan di bawah Persekutuan atau mana-mana pihak berkuasa atau

badan di dalam atau bagi Persekutuan hendaklah ditafsirkan—

(a) berhubung dengan bila-bila masa selepas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 mula

berkuat kuasa, dan sebelum Hari Merdeka, sebagai sebutan mengenai Persekutuan yang ditubuhkan

di bawah Perjanjian itu, dan Negeri-Negeri dan Negeri-Negeri Selat yang termasuk di dalamnya dan

mengenai wilayah-wilayah Persekutuan itu atau wilayah-wilayah mana-mana Negeri atau Negeri

Selat yang termasuk di dalamnya, dan mengenai pegawai yang bersamaan yang memegang jawatan

di bawahnya atau pihak berkuasa atau badan yang bersamaan di dalam atau bagi Persekutuan itu;

(b) berhubung dengan bila-bila masa sebelum Perjanjian tersebut mula berkuat kuasa (setakat yang

dibenarkan oleh konteksnya) sebagai sebutan mengenai mana-mana negara, wilayah, jawatan, pihak

berkuasa atau badan yang pentafsiran sebutannya telah dibuat peruntukan oleh Fasal 135(2)

Perjanjian tersebut, mengikut mana-mana yang sesuai.

(6) Sebutan dalam Perlembagaan ini mengenai apa-apa tempoh hendaklah ditafsirkan, setakat yang

dibenarkan oleh konteksnya, sebagai termasuk sebutan mengenai suatu tempoh yang bermula sebelum Hari

Merdeka.

(7) Sebutan dalam Perlembagaan ini mengenai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 hendaklah

ditafsirkan, kecuali jika konteksnya menghendaki makna yang lain, sebagai sebutan mengenai Perjanjian itu

sebagaimana yang berkuat kuasa sebaik sebelum Hari Merdeka.

Perkara 160A. Cetakan semula Perlembagaan.

Pihak berkuasa yang dilantik di bawah undang-undang persekutuan bagi maksud menyemak undangundang

boleh, dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong, membenarkan pencetakan salinan

Perlembagaan ini, termasuk segala pindaan yang berkuat kuasa pada tarikh kebenaran itu; dan mana-mana

salinan Perlembagaan ini yang dicetak sedemikian hendaklah disifatkan bagi segala maksud sebagai salinan

yang benar dan betul bagi Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 160B. Teks sahih.

Jika Perlembagaan ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan, Yang di-Pertuan Agong boleh

menetapkan teks bahasa kebangsaan itu sebagai teks sahih, dan selepas itu, jika ada percanggahan atau

perselisihan antara teks bahasa kebangsaan itu dengan teks bahasa Inggeris Perlembagaan ini, teks

bahasa kebangsaan itu hendaklah mengatasi teks bahasa Inggeris itu.

94

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA/PERLINDUNGAN TAMBAHAN BAGI NEGERI SABAH

DAN SARAWAK

Perkara 161. Penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa ibunda di Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Tiada Akta Parlimen yang menamatkan atau menyekat penggunaan bahasa Inggeris bagi apa-apa

maksud yang disebut dalam Fasal (2) hingga (5) Perkara 152 boleh mula berkuat kuasa berkenaan dengan

penggunaan bahasa Inggeris dalam apa-apa hal yang disebut dalam Fasal (2) Perkara ini sehingga sepuluh

tahun selepas Hari Malaysia.

(2) Fasal (1) terpakai—

(a) bagi penggunaan bahasa Inggeris di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen oleh seseorang ahli

bagi atau dari Negeri Sabah atau Sarawak; dan

(b) bagi penggunaan bahasa Inggeris bagi prosiding di dalam Mahkamah Tinggi di Sabah dan

Sarawak atau di dalam suatu mahkamah rendah di Negeri Sabah atau Sarawak, atau bagi apa-apa

prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Rayuan sebagaimana yang disebut

dalam Fasal (4); dan

(c) bagi penggunaan bahasa Inggeris di Negeri Sabah atau Sarawak di dalam Dewan Undangan atau

bagi maksud rasmi yang lain (termasuk maksud rasmi Kerajaan Persekutuan).

(3) Tanpa menjejaskan Fasal (1), tiada Akta Parlimen sebagaimana yang disebut dalam Fasal itu boleh mula

berkuat kuasa berkenaan dengan penggunaan bahasa Inggeris bagi prosiding di dalam Mahkamah Tinggi di

Sabah dan Sarawak atau bagi apa-apa prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Rayuan

sebagaimana yang disebut dalam Fasal (4), sehingga Akta itu atau peruntukannya yang berkaitan telah

diluluskan melalui enakmen Badan-Badan Perundangan Negeri Sabah dan Sarawak; dan tiada Akta

sedemikian boleh mula berkuat kuasa berkenaan dengan penggunaan bahasa Inggeris di Negeri Sabah

atau Sarawak dalam apa-apa hal lain yang disebut dalam perenggan (b) atau (c) Fasal (2), sehingga Akta itu

atau peruntukannya yang berkaitan telah diluluskan melalui suatu enakmen Badan Perundangan Negeri itu.

(4) Prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Rayuan yang disebut dalam Fasal (2 dan

(3) ialah apa-apa prosiding atas rayuan daripada Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak atau seseorang

hakimnya, dan apa-apa prosiding di bawah Fasal (2) Perkara 128 bagi memutuskan sesuatu soal yang telah

berbangkit dalam prosiding di hadapan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak atau suatu mahkamah

rendah di Negeri Sabah atau Sarawak.

(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perkara 152, di dalam Negeri Sabah dan Sarawak sesuatu bahasa

ibunda yang pada masa ini digunakan di Negeri itu boleh digunakan di dalam mahkamah anak negeri atau

bagi apa-apa kanun undang-undang dan adat anak negeri, dan dalam hal Sarawak, sehingga diperuntukkan

selainnya melalui enakmen Badan Perundangan, bahasa ibunda itu boleh digunakan oleh ahli apabila

berucap di dalam Dewan Undangan atau mana-mana jawatankuasanya.

Perkara 161A. Kedudukan istemewa anak negeri Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) (Dimansuhkan).

(2) (Dimansuhkan).

(3) (Dimansuhkan).

(4) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Sabah dan Sarawak boleh membuat peruntukan yang bersamaan

(dengan ubah suaian yang perlu) dengan Perkara 153.

(5) Perkara 89 tidaklah terpakai bagi Negeri Sabah atau Sarawak, dan Perkara 8 tidaklah menidaksahkan

atau melarang apa-apa peruntukan undang-undang Negeri di Negeri Sabah atau Sarawak bagi merizabkan

95

tanah bagi anak negeri Negeri itu atau bagi memberikan hakmilik kepada mereka, atau bagi memberikan

layanan keutamaan kepada mereka berkenaan dengan pemberian hakmilik tanah oleh Negeri itu.

(6) Dalam Perkara ini "anak negeri" ertinya—

(a) berhubung dengan Sarawak, seseorang yang merupakan warganegara dan sama ada yang

tergolong dalam salah satu daripada ras yang dinyatakan dalam Fasal (7) sebagai ras asli bagi

Negeri itu atau yang berketurunan campuran yang berasal semata-mata daripada ras-ras itu; dan

(b) berhubung dengan Sabah, seseorang yang merupakan warganegara, ialah anak atau cucu

kepada seorang daripada suatu ras asli bagi Sabah, dan telah lahir (sama ada atau tidak pada atau

selepas Hari Malaysia) sama ada di Sabah atau dengan bapanya berdomisil di Sabah pada masa

kelahiran itu.

(7) Ras-ras yang dikira sebagai ras asli bagi Sarawak bagi maksud takrif "anak negeri" dalam Fasal (6) ialah

Bukitan, Bisayah, Dusun, Dayak, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah (termasuk

Sabup dan Sipeng), Kajang (termasuk Sekapan, Kejaman, Lahanan, Punan, Tanjong dan Kanowit), Lugat,

Lisum, Melayu, Melano, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit.

Perkara 161B. Sekatan ke atas perluasan kepada bukan pemastautin hak untuk menjalankan amalan

di hadapan mahkamah di dalam Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Setakat yang mana-mana peruntukan yang dibuat melalui atau di bawah sesuatu Akta Parlimen

memberikan hak, dengan menghapuskan atau mengubah kelayakan kemastautinan untuk menjalankan

amalan di hadapan mahkamah di dalam Negeri Sabah dan Sarawak atau di dalam mana-mana satu Negeri

itu kepada orang yang dahulunya tidak mempunyai hak itu, maka peruntukan itu tidak boleh mula berkuat

kuasa sehingga diterima pakai di dalam Negeri-Negeri itu atau Negeri yang berkenaan itu melalui suatu

enakmen badan perundangannya.

(2) Perkara ini hendaklah terpakai bagi hak untuk menjalankan amalan di hadapan Mahkamah Persekutuan

atau Mahkamah Rayuan apabila bersidang di Negeri Sabah dan Sarawak dan melayani prosiding atau

rayuan daripada Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak atau seseorang hakimnya atau prosiding di

bawah Fasal (2) Perkara 128 bagi memutuskan sesuatu soal yang telah berbangkit dalam prosiding di

hadapan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak atau sesuatu mahkamah rendah di Negeri Sabah atau

Sarawak.

Perkara 161C. Pendidikan agama Islam di Negeri-Negeri Borneo- Dimansuhkan.

(Dimansuhkan).

Perkara 161D. Kebebasan beragama - Dimansuhkan.

(Dimansuhkan).

Perkara 161E. Perlindungan kedudukan dari segi perlembagaan mengenai Negeri Sabah dan

Sarawak.

(1) Mulai dari lulusnya Akta Malaysia, tiada pindaan kepada Perlembagaan ini yang dibuat berkaitan dengan

penerimaan masuk Negeri Sabah atau Sarawak ke dalam Persekutuan boleh dikecualikan daripada Fasal

(3) Perkara 159 disebabkan Fasal (4)(bb) Perkara itu; dan juga tiada apa-apa ubah suaian yang dibuat

tentang pemakaian Perlembagaan ini bagi Negeri Sabah atau Sarawak boleh dikecualikan sedemikian

melainkan jika ubah suaian itu ialah ubah suaian yang akan menyamakan atau mengasimilasikan

kedudukan Negeri itu di bawah Perlembagaan ini dengan kedudukan Negeri-Negeri Tanah Melayu.

(2) Tiada pindaan boleh dibuat kepada Perlembagaan ini tanpa persetujuan Yang di-Pertua Negeri bagi

Negeri Sabah atau Sarawak atau tiap-tiap satu daripada Negeri Sabah dan Sarawak yang berkenaan itu, jika

96

pindaan itu ialah yang akan menyentuh perjalanan kuat kuasa Perlembagaan ini berkenaan dengan manamana

perkara yang berikut:

(a) hak orang yang lahir sebelum Hari Malaysia untuk menjadi warganegara oleh sebab perhubungan

mereka dengan Negeri itu, dan (kecuali setakat yang peruntukan yang berlainan dibuat oleh

Perlembagaan ini sebagaimana yang berkuat kuasa pada Hari Malaysia) layanan sama rata,

berkenaan dengan kewarganegaraan orang lain, bagi orang yang lahir atau bermastautin di Negeri

itu dan bagi orang yang lahir atau bermastatutin di Negeri-Negeri Tanah Melayu;

(b) keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak dan pelantikan,

pemecatan dan penggantungan hakim-hakim mahkamah itu;

(c) perkara yang mengenainya Badan Perundangan Negeri boleh (atau Parlimen tidak boleh)

membuat undang-undang, dan kuasa eksekutif Negeri itu dalam perkara itu, dan (setakat yang

berhubungan dengan perkara itu) perkiraan kewangan antara Persekutuan dengan Negeri itu;

(d) agama di dalam negeri itu, penggunaan apa-apa bahasa di dalam Negeri itu atau di dalam

Parlimen dan layanan istemewa bagi anak-anak negeri Negeri itu;

(e) pengutukan bagi Negeri itu, di dalam mana-mana Parlimen yang dipanggil bermesyuarat sebelum

akhir bulan Ogos 1970, suatu kuota ahli-ahli Dewan Rakyat yang tidak kurang, mengikut perkadaran

jumlah yang diuntukkan bagi Negeri-Negeri lain yang menjadi anggota Persekutuan pada Hari

Malaysia, daripada kuota yang diuntukkan bagi Negeri itu pada Hari Malaysia.

(3) Tiada pindaan kepada Perlembagaan ini yang menyentuh perjalanan kuat kuasanya berkenaan dengan

kuota ahli Dewan Rakyat yang diuntukkan bagi Negeri Sabah atau Sarawak boleh dikira bagi maksud Fasal

(1) sebagai menyamakan atau mengasimilasikan kedudukan Negeri itu dengan kedudukan Negeri-Negeri

Tanah Melayu.

(4) Berhubung dengan apa-apa hak dan kuasa yang diberikan oleh undang-undang persekutuan kepada

Kerajaan Negeri Sabah atau Sarawak berkenaan dengan kemasukan ke dalam Negeri itu dan

kemastautinan di dalam Negeri itu dan perkara yang berkaitan dengannya (sama ada atau tidak undangundang

itu diluluskan sebelum Hari Malaysia), Fasal (2) hendaklah terpakai, kecuali setakat yang

diperuntukkan sebaliknya oleh undang-undang itu, seolah-olah undang-undang itu telah termaktub dalam

Perlembagaan ini dan hak dan kuasa itu telah dimasukkan antara perkara yang disebut dalam perenggan (a)

hingga (e) Fasal itu.

(5) Dalam Perkara ini "pindaan" termasuklah tambahan dan pemansuhan.

Perkara 161F. Penggunaan bahasa tidak rasmi di Dewan Undangan Negeri Singapura - Dimansuhkan.

(Dimansuhkan).

Perkara 161G. Kedudukan istemewa orang Melayu di Singapura - Dimansuhkan.

(Dimansuhkan).

Perkara 161H. Pemeliharaan kedudukan Singapura dari segi perlembagaan - Dimansuhkan.

97

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA/PERUNTUKAN SEMENTARA DAN PERALIHAN

Perkara 162. Undang-undang yang sedia ada.

(1) Tertakluk kepada peruntukan yang berikut dalam Perkara ini dan Perkara 163, undang-undang yang

sedia ada hendaklah, sehingga dimansuhkan oleh pihak berkuasa yang mempunyai kuasa untuk berbuat

demikian di bawah Perlembagaan ini, terus berkuat kuasa pada dan selepas Hari Merdeka, dengan apa-apa

ubah suaian sebagaimana yang dibuat dalamnya di bawah Perkara ini dan tertakluk kepada apa-apa

pindaan yang dibuat oleh undang-undang persekutuan atau undang-undang Negeri.

(2) Jika mana-mana undang-undang Negeri meminda atau memansuhkan sesuatu undang-undang yang

sedia ada yang dibuat oleh Badan Perundangan sesuatu Negeri, maka tiada apa-apa jua dalam Perkara 75

boleh menidaksahkan pindaan atau pemansuhan itu sematamata oleh sebab undang-undang yang sedia

ada itu, yang berhubungan dengan sesuatu perkara yang berkenaan dengannya Parlimen dan juga Badan

Perundangan sesuatu Negeri mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang, ialah undang-undang

persekutuan sebagaimana yang ditakrifkan oleh Perkara 160.

(3) Sebutan dalam mana-mana undang-undang yang sedia ada mengenai Persekutuan yang ditubuhkan

oleh Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan wilayah-wilayahnya, dan mengenai mana-mana

pegawai yang memegang jawatan di bawah Persekutuan itu atau mengenai mana-mana pihak berkuasa

atau badan yang ditubuhkan di dalam atau bagi Persekutuan itu (termasuklah apa-apa sebutan yang kena

ditafsirkan sebagai sebutan sedemikian menurut kuasa Fasal 135 Perjanjian tersebut) hendaklah ditafsirkan,

berhubung dengan bila-bila masa pada atau selepas Hari Merdeka, sebagai sebutan mengenai Persekutuan

(iaitu, Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957) dan wilayahwilayahnya

dan mengenai masing-masing pegawai, pihak berkuasa atau badan yang bersamaan; dan Yang

di-Pertuan Agong boleh melalui perintah mengisytiharkan pegawai, pihak berkuasa atau badan yang

manakah yang hendak dikira bagi maksud Fasal ini sebagai persamaan dengan mana-mana pegawai, pihak

berkuasa atau badan yang disebut dengan mana-mana undang-undang yang sedia ada.

(4) (Dimansuhkan).

(5) Apa-apa perintah yang dibuat di bawah Fasal (4) boleh dipinda atau dimansuhkan oleh pihak berkuasa

yang mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang mengenai perkara yang dimaksudkan oleh perintah

itu.

(6) Mana-mana mahkamah atau tribunal yang memakai peruntukan mana-mana undang-undang yang sedia

ada yang belum diubahsuaikan pada atau selepas Hari Merdeka di bawah Perkara ini atau selainnya boleh

memakainya dengan apa-apa ubah suaian yang perlu untuk menyelaraskan dengan peruntukan

Perlembagaan ini.

(7) Dalam Perkara ini "ubah suaian" termasuklah pindaan, penyesuaian dan pemansuhan.

Perkara 163. Penerusan buat sementara Ordinan Peraturan-Peraturan Darurat 1948 - Dimansuhkan.

(Dimansuhkan).

Perkara 164. Fungsi sementara Majlis Perundangan-Dimansuhkan.)

(Dimansuhkan).

Perkara 165. Peruntukan sementara kewangan - Dimansuhkan.

(Dimansuhkan).

98

Perkara 166. Pewarisan harta.

(1) (Dimansuhkan).

(2) (Dimansuhkan).

(3) Mana-mana tanah yang terletak pada hak Negeri Melaka atau Negeri Pulau Pinang yang sebaik sebelum

Hari Merdeka telah diduduki atau digunakan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Baginda Ratu atau

oleh mana-mana pihak berkuasa awam bagi maksud yang mengikut peruntukan Perlembagaan ini menjadi

maksud persekutuan hendaklah pada dan selepas Hari Merdeka diduduki, digunakan, dikawal dan diuruskan

oleh Kerajaan Persekutuan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh pihak berkuasa awam yang

tersebut, selagi tanah itu dikehendaki bagi maksud persekutuan, dan—

(a) tidaklah boleh dilupuskan atau digunakan bagi apa-apa maksud selain maksud persekutuan tanpa

persetujuan Kerajaaan Persekutuan; dan

(b) tidaklah boleh digunakan bagi maksud persektuan yang berlainan daripada maksud yang baginya

tanah itu telah digunakan sebaik sebelum Hari Merdeka tanpa persetujuan Kerajaan Negeri itu.

(4) (Dimansuhkan).

(5) (Dimansuhkan).

(6) (Dimansuhkan).

(7) (Dimansuhkan).

(8) Mana-mana harta yang, sebaik sebelum Hari Merdeka, kena rad kepada Baginda Ratu berkenaan

dengan Kerajaan Melaka atau Kerajaan Pulau Pinang hendaklah pada Hari Merdeka kena rad kepada

Negeri Melaka atau Negeri Pulau Pinang, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Perkara 167. Hak, liabiliti dan obligasi.

(1) (Dimansuhkan).

(2) (Dimansuhkan).

(3) (Dimansuhkan).

(4) (Dimansuhkan).

(5) (Dimansuhkan).

(6) Peguam Negara hendaklah, atas permohonan mana-mana pihak yang berkepentingan dalam apa-apa

prodising undang-undang selain prosiding antara Persekutuan dengan sesuatu Negeri, memperakui sama

ada apa-apa hak, liabiliti atau obligasi adalah menurut kuasa Perkara ini suatu hak, laibiliti atau obligasi

Persekutuan atau sesuatu hak, liabiliti atau obligasi sesuatu Negeri yang dinamakan dalam perakuan itu,

dan mana-mana perakuan sedemikian hendaklah bagi maksud prosiding itu menjadi muktamad dan

mengikat semua mahkamah, tetapi tidaklah berkuat kuasa untuk menjejaskan hak dan obligasi Persekutuan

dan mana-mana Negeri antara sesama mereka sendiri.

(7) Persekutuan hendaklah membuat pembayaran tahunan yang sama sebagaimana yang kena dibuat

sebelum Hari Merdeka di bawah Perkara II Triti yang dibuat pada enam hari bulan Mei tahun seribu lapan

ratus enam puluh sembilan antara Baginda Ratu pada satu pihak dengan Raja Siam pada pihak yang satu

lagi berkenaan dengan Negeri Kedah.

99

Perkara 168. Prosiding undang-undang-Dimansuhkan.

(Dimansuhkan).

Perkara 169. Perjanjian, dsb., antarabangsa yang dibuat sebelum Hari Merdeka.

Bagi maksud Fasal (1) Perkara 76—

(a) apa-apa triti, perjanjian dan konvensyen yang dibuat sebelum Hari Merdeka antara Baginda Ratu

atau pendulu-pendulunya atau Kerajaan United Kingdom bagi pihak Persekutuan atau mana-mana

bahagiannya dengan suatu negara lain hendaklah disifatkan sebagai suatu triti, perjanjian atau

konvensyen antara Persekutuan dengan negara yang lain itu;

(b) apa-apa keputusan yang diambil oleh sesuatu organisasi antarabangsa dan diterima sebelum

Hari Merdeka oleh Kerajaan United Kingdom bagi pihak Persekutuan atau mana-mana bahagiannya

hendaklah disifatkan sebagai keputusan suatu organisasi antarabangsa yang dianggotai oleh

Persekutuan;

(c) berhubung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, perenggan (a) dan (b) hendaklah terpakai dengan

menggantikan sebutan mengenai Hari Merdeka dengan sebutan mengenai Hari Malaysia dan

menggantikan sebutan mengenai Persekutuan atau mana-mana bahagiannya dengan sebutan

mengenai wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri-Negeri itu atau mana-mana bahagiannya.

Perkara 170. Peruntukan sementara bagi orang yang layak mendaftar sebagai warganegara di bawah

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Fasal 126 - Dimansuhkan.

(Dimansuhkan).

Perkara 171. Bahagian pilihan raya bagi pilihan raya pertama - Dimansuhkan.

(Dimansuhkan).

Perkara 172. Mahkamah yang sedia ada-Dimansuhkan.

(Dimansuhkan).

Perkara 173. Sementara menanti rayuan ke Majlis Privy - Dimansuhkan.

(Dimansuhkan).

Perkara 174. Jawatan kehakiman dan Peguam Negara-Dimansuhkan.

(Dimansuhkan).

Perkara 175. Pengarah Audit hendaklah menjadi Ketua Audit Negara yang pertama.

Orang yang memegang jawatan sebagai Pengarah Audit sebaik sebelum Hari Merdeka hendaklah, mulai

dari hari itu, memegang jawatan sebagai Ketua Audit Negara atas terma-terma dan syarat-syarat yang tidak

kurang baiknya daripada terma-terma dan syarat-syarat yang terpakai baginya sebaik sebelum Hari

Merdeka.

Perkara 176. Pertukaran pegawai.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan mana-mana undang-undang yang sedia ada, semua

orang yang berkhidmat berkaitan dengan hal ehwal Persekutuan sebaik sebelum Hari Merdeka hendaklah

100

terus mempunayi kuasa yang sama dan menjalankan fungsi yang sama pada Hari Merdeka atas termaterma

dan syarat-syarat yang sama seperti yang terpakai bagi mereka sebaik sebelum Hari Merdeka.

(2) Perkara ini tidak terpakai bagi Persuruhjaya Tinggi atau Ketua Setiausaha.

Perkara 177. Mengetepikan atau menagguhkan sumpah jawatan jika pelantikan diteruskan di bawah

Bahagian ini.

Seseorang yang, dibawah mana-mana peruntukan Bahagian ini, memegang jawatan di bawah Persekutuan

oleh sebab orang itu telah menjadi pemegang suatu jawatan yang bersamaan sebaik sebelum Hari Merdeka

boleh, sehingga diperuntukan selainnya oleh Parlimen, melaksanakan fungsinya tanpa mengangkat sumpah

yang dikehendaki dalam hal pemegang lain jawatan itu.

Perkara 178. Saraan selepas Hari Merdeka.

Sehingga diperuntukan selainnya oleh Parlimen, saraan yang kena dibayar kepada orang yang memegang

jawatan Perdana Menteri dan jawatan Menteri-Menteri yang lain hendaklah masing-masingnya sama seperti

yang kena dibayar, sebaik sebelum Hari Merdeka, kepada Ketua Menteri dan Menteri-Menteri lain

Persekutuan.

Perkara 179. Sumbangan berkenaan dengan perkhidmatan bersama.

Apa-apa perjanjian yang berkuat kuasa sebaik sebelum Hari Merdeka yang berhubungan dengan

perkadaran saraan yang kena di bayar oleh Persekutuan dan mana-mana Negeri berkenaan dengan apaapa

pekerjaan yang disebut dalam Fasal (2) Perkara 133 hendaklah terus berkuat kuasa sehingga

digantikan dengan suatu perjanjian atau undang-undang persekutuan yang baru.

Perkara 180. Pemeliharaan pencen, dsb.

(1) Jadual Kesepuluh kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, hendaklah terus berkuat kuasa

pada dan selepas Hari Merdeka, tetapi dengan ubah suaian bahawa apa-apa sebutan dalamnya mengenai

Persuruhjaya Tinggi hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Yang di-Pertuan Agong.

(2) Jadual tersebut hendaklah bagi maksud Perlembagaan ini disifatkan sebagai undang-undang

persekutuan dan boleh, tertakluk kepada peruntukan Perkara 147, dipinda dan dimansuhkan dengan

sewajarnya.

(3) Dalam pemakaiannya bagi mana-mana undang-undang yang dibuat di bawah Fasal (2), Perkara 147

hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah sebutan dalamnya mengenai sesuatu imbuhan termasuk

pampasan.

101

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA/KECUALIAN BAGI KEDAULATAN, DSB., RAJA-RAJA

Perkara 181. Kecualian bagi kedaulatan, dsb., Raja-Raja.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Raja-

Raja dan prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Pembesar-Pembesar Memerintah Negeri Sembilan di bawah

wilayah-wilayah mereka masing-masing sebagaimana yang telah ada dan dinikmati hingga kini adalah tetap

dan tidak terjejas.

(2) Tiada apa-apa jua prosiding pun boleh dibawa di dalam mana-mana mahkamah terhadap Raja sesuatu

Negeri atas sifat peribadinya kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.

Perkara 182. Mahkamah Khas.

(1) Maka hendaklah ada suatu mahkamah yang hendaklah dikenali sebagai Mahkamah Khas dan hendaklah

terdiri daripada Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, yang hendaklah menjadi Pengerusi, Hakim-

Hakim Besar Mahkamah Tinggi, dan dua orang lain yang memegang atau pernah memegang jawatan

sebagai hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.

(2) Apa-apa prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri atas sifat

peribadinya hendaklah dibawa di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Fasal (1).

(3) Mahkamah Khas hendaklah mempunyai bidang kuasa khusus untuk membicarakan segala kesalahan

yang dilakukan di Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri dan segala kes sivil

oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu negeri walau di mana-mana pun kausa

tindakan berbangkit.

(4) Mahkamah Khas hendaklah mempunnyai bidang kuasa dan kuasa-kuasa yang sama seperti yang

terletak hak pada mahkamah-mahkamah bawahan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan melalui

Perlembagaan ini atau mana-mana undang-undang persekutuan dan hendaklah mempunyai pejabat

pendaftarannya di Kuala Lumpur.

(5) Sehingga Parlimen, melalui undang-undang, membuat peruntukan khas yang berlawanan berkenaan

dengan tatacara (termasuk pendengaran prosiding secara tertutup) dalam kes-kes sivil atau jenayah

undang-undang yang mengawal selia keterangan dan pembuktian dalam prosiding sivil dan jenayah, maka

amalan dan tatacara yang terpakai dalam mana-mana Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan

hendaklah terpakai dalam mana-mana prosiding di dalam Mahkamah Khas.

(6) Prosiding di dalam Mahkamah Khas hendaklah diputuskan mengikut pendapat majoriti anggota dan

keputusannya adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipertikaikan di dalam manamana

mahkamah atas apa-apa alasan.

(7) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Ketua Hakim Negara, membuat apa-apa kaedah yang

difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membuat peruntukan bagi penghapusan apa-apa jua pun

kesulitan atau anomali dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dalam perlaksanaan apa-apa fungsi,

perjalanan apa-apa kuasa, penunaian apa-apa kewajipan, atau pembuatan apa-apa perbuatan, di bawah

mana-mana undang-undang bertulis, yang mungkin disebabkan oleh Perkara ini; dan bagi maksud itu

kaedah-kaedah itu boeh membuat apa-apa jua pun pengubahsuaian, adaptasi, pengubahan, pertukaran

atau pindaan kepada mana-mana undang-undang bertulis.

102

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA/PROSIDING TERHADAP YANG DI-PERTUAN AGONG

DAN RAJA-RAJA

Perkara 183. Tiada tindakan boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja kecuali

dengan keizinan Peguam Negara sendiri.

Tiada tindakan, sivil atau jenayah, boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu

Negeri berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya atas

sifat peribadinya kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA/JADUAL-JADUAL

• 1 JADUAL PERTAMA

• 2 JADUAL KEDUA

• 3 JADUAL KETIGA

• 4 JADUAL KEEMPAT

• 5 JADUAL KELIMA

• 6 JADUAL KEENAM

• 7 JADUAL KETUJUH

• 8 JADUAL KELAPAN

• 9 JADUAL KESEMBILAN

• 10 JADUAL KESEPULUH

• 11 JADUAL KESEBELAS

• 12 JADUAL KEDUA BELAS - Dimansuhkan.

• 13 JADUAL KETIGA BELAS

JADUAL PERTAMA

[Perkara 18(1), 19(9)]

Sumpah Pemohon bagi Pendaftaran atau Penaturalisasian

Saya..................................................................beralamat di ............................dengan ini mengaku atas

sumpah bahawa saya dengan sesungguhnya dan sepenuhnya menolak dan bersumpah meluputkan segala

kesetiaan saya kepada mana-mana negeri atau Negara di luar Persekutuan, dan saya bersumpah bahawa

saya akan jujur dan menumpahkan segala taat setia saya yang sebenar kepada Seri paduka beginda Yang

di-Pertuan Agong dan akan menjadi seorang warganegara Persekutuan yang sebenar, setia dan jujur.

JADUAL KEDUA

[Perkara 39]

BAHAGIAN I

[Perkara 14(1)(a)]

KEWARGANEGARAAN MELALUI KUAT KUASA UNDANG-UNDANG BAGI ORANG YANG LAHIR

SEBELUM HARI MALAYSIA

1. (1) Tertakluk kepada peruntukan Bahagian III Perlembagaan ini dan kepada apa-apa jua yang dilakukan

di bawahnya sebelum Hari Malaysia, orang yang berikut yang lahir sebelum Hari Malaysia ialah

warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu:

103

(a) tiap-tiap orang yang sebaik sebelum Hari Merdeka menjadi warganegara Persekutuan menurut

kuasa mana-mana peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, sama ada melalui kuat

kuasa undang-undang atau selainya;

(b) tiap-tiap orang yang lahir di dalam Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka tetapi sebelum

bulan Oktober 1962;

(c) tiap-tiap orang yang lahir di dalam Persekutuan selepas bulan September 1962, dan sekurangkurangnya

seorang daripada ibu bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara atau

bermastautin secara tetap di Persekutuan, atau tiap-tiap orang yang pada masa di lahir tidak menjadi

warganegara mana-mana negara lain;

(d) tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka yang bapanya

pada masa kelahiran itu seorang warganegara dan sama ada telah lahir di Persekutuan atau pada

masa kelahiran itu berada dalam perkhidmatan di bawah Persekutuan atau Kerajaan sesuatu Negeri;

(e) tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka yang bapanya

pada masa kelahiran itu seorang warganegara, jika dalam masa satu tahun selepas kelahiran itu

seorang warganegara, jika dalam masa satu tahun selepas kelahiran itu berlaku atau dalam masa

apa-apa tempoh yang lebih lanjut sebagaimana yang telah dibenarkan atau dibenarkan oleh

Persektuan dalam mana-mana hal tertentu atau, jika kelahiran itu berlaku di Singapura, Sarawak,

Brunei atau Borneo Utara, didaftarkan dengan Kerajaan Persekutuan.

(2) Seseorang bukanlah warganegara menurut kuasa peranggan (b) atau (c) subseksyen (1) jika, pada masa

dia lahir, bapanya, yang bukan seorang warganegara, mempunyai apa-apa kekebalan daripada guaman dan

proses undang-undang sebagaimana yang diberikan kepada utusan sesuatu kuasa bedaulat yang

diwatikahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

2. Tertakluk kepada peruntukan Bahagian III Perlembagaan ini, seseorang yang biasanya bermastautin di

Negeri Sabah atau Sarawak atau di Brunei pada Hari Malaysia ialah seorang warganegara melalui kuat

kuasa undang-undang jika sebaik sebelum hari itu dia seorang warganegara United Kingdom dan Tanah-

Tanah Jajahan, dan sama ada—

(a) telah lahir di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah dan Sarawak; atau

(b) telah menjadi seorang warganegara sedemikian melalui pendaftaran di wilayah-wilayah iaitu atau

melalui atau berikutan dengan penaturalisasian di wilayah-wilayah itu.

BAHAGIAN II

[Perkara 14(1)(b)]

KEWARGANEGARAAN MELALUI KUAT KUASA UNDANG-UNDANG BAGI ORANG YANG LAHIR PADA

ATAU SELEPAS HARI MALAYSIA

1. Tertakluk kepada peruntukan Bahagian III Perlembagaan ini, orang yang berikut yang lahir pada atau

selepas Hari Malaysia ialah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu:

(a) tiap-tiap orang yang lahir di Persekutuan dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya

pada masa kelahiran itu seorang warganegara atau bermastautin secara tetap di Persekutuan; dan

(b) tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan yang bapanya pada masa kelahiran itu seorang

warganegara dan sama ada telah lahir di Persekutuan atau pada masa kelahiran itu berada dalam

perkhidmatan Persekutuan atau perkhidmatan sesuatu Negeri; dan

(c) tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan yang bapanya pada masa kelahiran itu seorang

warganegara dan dalam masa satu tahun selepas kelahiran itu berlaku atau dalam masa apa-apa

tempoh yang lebih lanjut sebagaimana yang dibenarkan oleh Kerajaan Persekutaun dalam manamana

hal tertentu, kelahiran itu didaftarkan di suatu konsulat Persekutuan atau, jika kelahiran itu

berlaku di Brunei atau du sesuatu wilayah yang ditetapkan bagi maksud ini melalui perintah Yang di-

Pertuan Agong, didaftarkan dengan Kerajaan Persekutuan; dan

(d) tiap-tiap orang yang lahir di Singapura dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya

pada masa kelahiran itu seorang warganegara dan orang itu pada masa dia lahir tidak menjadi

warganegara selain menurut kuasa perenggan ini; dan

104

(e) tiap-tiap orang yang lahir di Persekutuan dan pada masa dia lahir tidak menjadi warganegara

mana-mana negara selain menurut kuasa perenggan ini.

2. (1) Seseorang bukanlah warganegara menurut kuasa perenggan (a), (b) atau (e) seksyen 1 jika, pada

masa dia lahir, bapanya, yang bukan seorang wargenegara, mempunyai apa-apa kekebalan daripada

guaman dan proses undang-undang sebagaimana yang diberikan kepada utusan sesuatu kuasa berdaulat

yang diwatikahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, atau jika bapanya ketika itu seorang orang asing musuh

dan kelahiran itu berlaku di suatu tempat di bawah pendudukan musuh.

(2) Dalam seksyen 1, sebutan dalam perenggan (b) mengenai seseorang yang lahir di Persekutuan

termasuklah kelahiran sebelum Hari Malaysia di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah dan

Sarawak.

(3) Bagi maksud perenggan (e) seksyen 1, seseorang akan dikra sebagai mempunyai, pada masa dia lahir,

apa-apa kewargenegaraan yang diperolehnya dalam masa satu tahun kemudiannya menurut kuasa manamana

peruntukan yang bersamaan dengan perenggan (c) seksyen itu atau selainnya.

BAHAGIAN III

[Perkara 31]

PERUNTUKAN TAMBAHAN BERHUBUNG DENGAN KEWARGANEGARAAN

Menteri

1. Fungsi Kerajaan Persekutuan di bawah Bahagian III Perlembagaan ini hendaklah dijalankan oleh manamana

Menteri Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Yang di-

Pertuan Agong, dan sebutan dalam Jadual ini mengenai Menteri hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

2. Sesuatu keputusan Kerajaan Persekutuan di bawah Bahagian III Perlembagaan ini tidaklah tertakluk

kepada rayuan atau kajian semula di dalam mana-mana mahkamah.

3. (Dimansuhkan).

4. (1) Menteri boleh mewakilkan kepada mana-mana pegawai Kerajaan Persekutuan atau, dengan

persetujuan Raja atau Yang di-Pertua Negeri mana-mana Negeri, kepada mana-mana pegawai Kerajaan

Negeri itu, mana-mana fungsinya di bawah Bahagian III Perlembagaan ini atau Jadual ini yang berhubung

dengan kewarganegaraan melalui pendaftaran dan penyimpanan daftar-daftar, dan, berhubung dengan

perintah-perintah di bawah perenggan (c) Fasal (1) Perkara 25 atau di bawah Perkara 26, mana-mana

fungsinya di bawah Perkara 27 sebelum memutuskan sama ada hendak membuat suatu perintah yang

sedemikian: tetapi mana-mana orang yang terkilan dangan keputusan seseorang yang kepadanya fungsi

Menteri itu diwakilkan sedemikian boleh merayu kepada Menteri.

(2) Menteri boleh juga, dengan persetujuan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri yang berkenaan, mewakilkan

kepada suatu pihak berkuasa Negeri Sabah atau Sarawak (tertakluk atau tidak tertakluk kepada syaratsyarat

yang membuat peruntukan bagi sesuatu rayuan daripada pihak berkuasa itu kepada Menteri) manamana

fungsi Menteri di bawah Fasal (6) Perkara 28A yang tidak dikehendaki diwakilkan menurut Fasal (7)

Perkara itu.

(3) Subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi pendaftaran di bawah Fasal (2) Perkara 19A sebagaimana

subseksyen itu terpakai bagi kewarganegaraan melalui pendaftaran, dan bagi pembatalan di bawah Fasal

(4) Perkara 19A sesuatu pendaftaran di bawah Perkara itu sebagaimana subseksyen itu terpakai bagi

sesuatu perintah di bawah Perkara 26.

5. (Dimansuhkan).

6. Tertakluk kepada undang-undang persekutuan, Menteri boleh membuat kaedah-kaedah dan menetapkan

borang-borang bagi maksud menjalankan fungsinya di bawah Bahagian III Perlembagaan ini.

105

7. Apa-apa kuasa Kerajaan Persekutuan untuk melanjutkan, bagi maksud Bahagian III Perlembagaan ini,

tempoh bagi mendaftarkan sesuatu kelahiran yang berlaku di luar Persekutuan boleh dijalankan sama ada

sebelum atau selepas pendaftaran itu dibuat.

8. (Dimansuhkan).

9. Apa-apa notis yang hendaklah diberikan oleh Menteri kepada mana-mana orang di bawah Perkara 27

boleh dihantar kepada oarang itu di alamatnya yang akhir diketahui, atau, dalam hal seseorang yang di

bawah umur dua puluh satu tahun (yang bukan seorang perempuan bersuami), kepada ibu atau bapanya

atau penjaganya di alamat ibu atau bapa atau penjaga itu yang akhir diketahui; dan jika sesuatu alamat yang

ke situ notis boleh dihantar kepada mana-mana orang di bawah seksyen ini tidak diketahui dan tidak dapat

ditentukan selepas siasatan yang munasabah dibuat, maka notis itu boleh diberikan dengan menyiarkannya

dalam Warta.

10. (1) Menjadi kewajipan Menteri untuk menyusun dan menyenggarakan—

(a) suatu daftar warganegara melalui pendaftaran;

(b) suatu daftar warganegara melalui penaturalisasian;

(c) suatu daftar orang yang kepada mereka perakuan telah dikeluarkan di bawah Fasal (1) Perkara

30;

(d) suatu daftar orang yang telah melepaskan atau telah dilucutkan kewarganegaraan di bawah

mana-mana peruntukan Bahagian III Perlembagaan ini;

(e) (Dimansuhkan);

(f) suatu indeks mengikut abjad bagi semua orang yang disebut dalam perenggan (a) hingga (d).

(2) sebutan dalam seksyen ini mengenai warganegara melalui pendaftaran atau melalui penaturalisasian

hendaklah ditafsirkan mengikut Perkara 28 seolah-olah seksyen ini telah dimasukkan antara peruntukan

yang baginya Perkara itu terpakai.

11. Jika Menteri mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa sesuatu kekhilafan terdapat dalam manamana

daftar yang disusun di bawah seksyen 10, maka dia hendaklah, selepas memberikan notis kepada

orang yang berkenaan itu dan selepas menimbangkan apa-apa representasi daripadanya yang dipilih

olehnya untuk dibuat, membuat apa-apa perubahan pada daftar itu sebagaimana yang didapati perlu oleh

Menteri bagi membetulkan kekhilafan itu.

12. Tertakluk kepada seksyen 11, daftar tersebut hendaklah menjadi keterangan muktamad mengenai

perkara yang terkandung dalamnya.

13-15. (Dimansuhkan).

Kesalahan-kesalahan

16. (1) Menjadi suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama dua tahun atau denda

sebanyak seribu ringgit atau kedua-duanya jika mana-mana orang—

(a) dengan disedarinya membuat apa-apa pernyataan palsu dengan tujuan untuk mendorong Menteri

membenarkan atau menolak mana-mana permohonan di bawah Bahagian III Perlembagaan ini,

termasuk apa-apa permohonan untuk menentukan sama ada pemohon itu seorang warganegara

melalui kuat kuasa undang-undang; atau

(b) memalsukan atau tanpa kuasa yang sah mengubah mana-mana perakuan, sama ada yang

dikeluarkan atau diberikan di Persekutuan atau di mana-mana tempat lain, atau tanpa kuasa yang

sah menggunakan atau ada dalam miliknya apa-apa perakuan yang telah dipalsukan atau diubah

sedemikian; atau

(c) tidak mematuhi apa-apa kehendak yang dikenakan ke atasnya oleh mana-mana kaedah yang

dibuat di bawah seksyen 6 mengenai penyerahan perakuan; atau

106

(d) menyamar atau dengan cara palsu mengemukakan dirinya sebagai atau bukan sebagai seorang

yang kepadanya suatu perakuan, sama ada yang dikeluarkan di Persekutuan atau mana-mana

tempat lain, telah dikeluarkan atau diberikan dengan sewajarnya.

(2) Dalam seksyen ini, "perakuan" ertinya apa-apa perakuan daripada perihalan yang berikut yang

dikeluarkan di bawah Bahagian III Perlembagaan ini, iaitu:

(a) apa-apa perakuan pendaftaran atau perakuan naturalisasi sebagai seorang warganegara; dan

(b) apa-apa perakuan pendaftaran yang dibuat di suatu konsulat Persekutuan atau di mana-mana

tempat lain di luar Persekutuan; dan

(c) apa-apa perakuan seperti yang disebut dalam Perkara 30.

Tafsiran

17. Berhubung dengan seseorang anak tidak sah taraf, sebutan mengenai bapa orang itu atau mengenai ibu

atau bapanya, atau mengenai seorang daripada ibu bapanya adalah, bagi maksud Bahagian III

Perlembagaan ini, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai ibunya, dan dengan yang demikian itu seksyen 19

Jadual ini tidaklah terpakai bagi orang itu.

18. Berhubung dengan seseorang anak angkat yang pengangkatannya telah didaftarkan di bawah manamana

undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Persekutuan, termasuk mana-mana undang-undang itu

yang berkuat kuasa sebelum Hari Merdeka, Fasal (3) Perkara 15 hendaklah berkuat kuasa seolah-olah

sebutan mengenai bapanya telah digantikan dengan sebutan mengenai pengangkat itu, dan sebutan dalam

Fasal itu dan seksyen 9 Bahagian ini dalam Jadual ini mengenai ibu atau bapanya hendaklah ditafsirkan

dengan sewajarnya.

19. Apa-apa sebutan dalam Bahagian III Perlembagaan ini mengenai taraf atau perihalan bapa seseorang

pada masa kelahiran orang itu hendaklah, berhubung dengan seseorang yang lahir selepas kematian

bapanya, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai taraf atau perihalan bapa itu pada masa kematian bapa itu;

dan jika kematian itu berlaku sebelum Hari Merdeka dan kelahiran itu berlaku pada atau selepas Hari

Merdeka, maka taraf atau perihalan yang akan terpakai bagi bapa itu sekiranya dia mati selepas Hari

Merdeka hendaklah disifatkan sebagai taraf atau perihalan yang terpakai baginya pada masa kematiannya.

Seksyen ini hendaklah berkuat kuasa berhubung dengan Hari Malaysia sebagaimana seksyen ini berkuat

kuasa berhubung dengan Hari Merdeka.

19A. Bagi maksud Bahagian I atau II Jadual ini, seseorang yang lahir di atas sesuatu kapal atau pesawat

udara berdaftar hendaklah disifatkan telah lahir di tempat di mana kapal atau pesawat udara itu telah

didaftarkan, dan seseorang yang lahir di atas sesuatu kapal atau pesawat udara tidak berdaftar kepunyaan

Kerajaan mana-mana negara hendaklah disifatkan telah lahir di dalam negara itu.

19B. Bagi maksud Bahagian I atau II Jadual ini, mana-mana kanak-kanak baru lahir yang dijumpai

ditinggalkan tanpa perlindungan di mana-mana tempat hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya,

telah lahir di tempat itu dan ibunya bermastautin secara tetap di tempat itu; dan jika kanak-kanak itu dikira

menurut kuasa seksyen ini telah lahir sedemikian, maka tarikh dia dijumpai hendaklah dikira sebagai tarikh

lahirnya. 19C. Bagi maksud Bahagian I atau II Jadual ini seseorang hendaklah dikira telah bermastautin

secara tetap pada bila-bila masa di Persekutuan jika, tetapi hanya jika, dia ketika itu bermastautin di

Persekutuan dan sama ada—

(a) dia ketika itu mendapat kebenaran yang diberikan tanpa had masa di bawah mana-mana undangundang

persekutuan untuk bermastautin di Persekutuan; atau

(b) diperakui oleh Kerajaan Persekutuan bahawa dia hendaklah dikira bagi maksud itu sebagai

seorang pemastautin tetap di Persekutuan.

107

20. (1) Pada menghitungan apa-apa kemastautinan di Persekutuan bagi maksud Bahagaian III

Perlembagaan ini—

(a) tempoh tidak ada di dalam Persekutuan selama kurang daripada enam bulan;

(b) tempoh tidak ada di dalam Persekutuan bagi maksud apa-apa jenis pendidikan, di mana-mana

negara dan selama apa-apa tempoh yang diluluskan dari semasa ke semasa sama ada secara am

atau secara khas oleh Menteri;

(c) tempoh tidak ada di dalam Persekutuan kerana sebab-sebab kesihatan;

(d) tempoh tidak ada di dalam Persekutuan kerana bertugas dalam perkhidmatan Persekutuan atau

perkhidmatan mana-mana Negeri, jika tempoh itu selaras dengan keberterusan yang diperlukan bagi

kemastautinan itu; dan

(e) tempoh tidak ada di dalam Persekutuan kerana apa-apa sebab lain yang ditetapkan secara am

atau secara khas oleh Menteri,

Hendaklah dikira sebagai kemastautinan di Persekutuan.

(2) Pada menghitung apa-apa kemastautinan di Persekutuan bagi maksud Bahagian III Perlembagaan ini—

(a) tempoh yang dalamnya seseorang telah tidak bermastautin dengan sah di Persekutuan;

(b) tempoh seseorang berada sebagai penghuni di dalam mana-mana penjara atau sebagai

seseorang yang ditahan dalam jagaan yang sah di mana-mana tempat lain, selain hospital mental, di

bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis Persekutuan; dan

(c) tempoh yang dalamnya seseorang dibenarkan tinggal sementara di Persekutuan di bawah kuasa

apa-apa pas yang dikeluarkan atau perintah pengecualian yang dibuat di bawah peruntukan manamana

undang-undang bertulis Persekutuan yang berhubungan dengan imigresen,

tidak boleh, kecuali dalam hal apa-apa tempoh yang disebut dalam perenggan (c), dengan persetujuan

Menteri, dikira sebagai kemastautinan di Persekutuan.

(3) Bagi maksud Bahagian III Perlembagaan ini, seseorang hendaklah disifatkan bermastautin di

Persekutuan pada sesuatu hari tertentu jika dia telah bermastautin di Persekutuan sebelum hari itu dan hari

itu termasuk dalam apa-apa tempoh tidak ada di dalam Persekutuan yang disebut dalam subseksyen (1).

(4) Seksyen ini hendaklah terpakai berhubungan dengan mana-mana bahagian Persekutuan dan wilayahwilayah

yang termasuk di dalam bahagian itu sebelum Hari Malaysia sebagaimana seksyen ini terpakai

berhubungan dengan Persekutuan pada keseluruhannya, dan sebutan dalam subseskyen (1)(d) mengenai

perkhidmatan sesuatu Negeri hendaklah termasuk, berhubung dengan wilayah-wilayah itu, perkhidmatan

mana-mana Kerajaan yang mempunyai bidang kuasa di wilayah-wilayah itu sebelum Hari Malaysia; dan

berhubungan dengan Hari Malaysia atau mana-mana hari yang kemudiannya subseksyen (3) hendaklah

terpakai seolah-olah wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah dan Sarawak telah pada setiap

masa menjadi sebahagian daripada Persekutuan.

21. Bagi maksud Bahagian III Perlembagaan ini, "konsulat Persekutuan" termasuklah mana-mana pejabat

yang menjalankan fungsi konsul bagi pihak Persekutuan.

22. Kecuali setakat yang konteksnya menghendaki makna yang lain, sebutan dalam Jadual ini mengenai

Bahagian III Perlembagaan ini hendaklah dibaca sebagai termasuk sebutan mengenai Jadual ini.

108

JADUAL KETIGA

[Perkara 32 dan 33]

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong

BAHAGIAN I

PEMILIHAN YANG DI-PERTUAN AGONG

1. (1) Seseorang Raja layak dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong melainkan jika—

(a) Raja itu belum dewasa: atau

(b) Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa Raja itu tidak berhasrat

dipilih; atau

(c) Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan melalui undi sulit bahawa Raja itu tidak sesuai untuk

menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya, atau

kerana apa-apa sebab lain.

(2) Sesuatu ketetapan di bawah seksyen ini tidak boleh diluluskan melainkan jika sekurangkurangnya lima

orang anggota Majlis itu telah mengundi menyokongnya.

2. Majlis Raja-Raja hendaklah menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada Raja yang layak dipilih,

yang Negerinya ialah yang pertama dalam senarai pemilihan yang diperihalkan dalam seksyen 4 dan, jika

Raja itu tidak menerima jawatan itu, menawarkan jawatan itu kepada Raja yang Negerinya ialah yang berikut

selepas Negeri yang pertama dalam senarai itu, dan demikianlah seterusnya sehingga seorang Raja

menerima jawatan itu.

3. Apabila Raja yang telah ditawarkan kepadanya jawatan Yang di-Pertuan Agong mengikut seksyen 2

menerima jawatan itu, Majlis Raja-Raja hendaklah mengisytiharkan Raja itu sebagai dipilih dan Penyimpan

Mohor Besar Raja-Raja hendaklah memberitahu keputusan pemilihan itu secara bertulis kepada kedua-dua

Majlis Parlimen.

4. (1) Senarai pemilihan itu—

(a) bagi maksud pemilihan pertama hendaklah suatu senarai yang memasukkan Negeri semua Raja

mengikut susunan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja mengiktiraf keutamaan antara mereka

sendiri ketika itu;

(b) bagi maksud pemilihan yang kemudiannya hendaklah senarai sebagaimana yang diubah

mengikut subseksyen (2) sehingga senarai itu disusun semula di bawah subseksyen (3), dan

kemudiannya senarai pemilihan itu hendaklah senarai yang disusun semula sedemikian, tetapi

diubah, bagi maksud pemilihan seterusnya, megikut subseksyen (4).

(2) Senarai yang berkuat kuasa pada pemilihan pertama hendaklah diubah seperti yang berikut:

(a) selepas setiap pemilihan, mana-mana Negeri dalam senarai itu yang mendahului Negeri yang

Rajanya telah dipilih hendaklah dipindahkan (mengikut susunan Negeri-Negeri yang ada dalam

senarai ketika itu) ke hujung senarai tu, dan Negeri yang Rajanya telah dipilih itu hendaklah

ditinggalkan;

(b) apabila ada sesuatu perubahan Raja sesuatu Negeri yang ada dalam senarai ketika itu, Negeri itu

hendaklah dipindahkan ke hujung senarai itu (dan jika pada hari yang sama ada perubahan Raja bagi

lebih daripada satu negeri yang sedemikian, Negeri-Negeri itu hendaklah dipindahkan sedemikian

mengikut susunan yang ada dalam senarai ketika itu).

(3) Apabila tiada Negeri lagi berada dalam senarai itu sebagaimana yang diubah mengikut subseksyen (2),

atau jika pada sesuatu pemilihan tiada Raja sesuatu Negeri dalam senarai itu layak dipilih atau menerima

jawatan, senarai pemilihan itu hendaklah disusun semula supaya dimasukkan sekali lagi Negeri-Negeri bagi

semua Raja, tetapi mengikut susunan yang berikut, iaitu, Negeri-Negeri yang Rajanya telah memegang

109

jawatan Yang di-Pertuan Agong mengikut susunan Raja-Rajanya telah memegang jawatan itu, dan yang

lain-lain (jika ada) selepas Negeri-Negeri itu mengikut susunannya dalam senarai itu sebelum senarai itu

disusun semula.

(4) Selepas setiap pemilihan yang diadakan mengikut senarai yang disusun semula itu, senarai itu

hendaklah diubah seperti yang berikut:

(a) mana-mana Negeri dalam senarai itu yang mendahului Negeri yang Rajanya telah dipilih,

hendaklah dipindahkan (mengikut susunan Negeri-Negeri itu dalam senarai ketika itu) ke hujung

senarai itu; dan

(b) Negeri yang rajanya telah dipilih hendaklah kemudiannya diletakkan kemudian sekali.

BAHAGIAN II

PEMILIHAN TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONG

5. Seseorang Raja layak dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong melainkan jika—

(a) Raja itu tidak layak dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong; atau

(b) Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa Raja itu tidak berhasrat

untuk dipilih.

6. Majlis Raja-Raja tidak boleh memilih seorang Timbalan Yang di-Pertuan Agong semasa jawatan Yang di-

Pertuan agong kosong.

7. Majlis Raja-Raja hendaklah menawarkan jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong kepada Raja yang

layak dipilih, iaitu Raja yang pertama sekali berhak ditawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong apabila

mangkat Yang di-Pertuan Agong yang akhir sekali dipilih dan, jika Raja itu tidak menerima jawatan itu,

menawarkan jawatan itu kepada Raja yang kemudian selepasnya dan demikianlah seterusnya sehingga

seorang Raja menerima jawatan itu.

BAHAGIAN III

PEMECATAN YANG DI-PERTUAN AGONG

8. Sesuatu ketetapan Majlis Raja-Raja untuk memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan tidak boleh

diluluskan melainkan jika sekurang-kurangnya lima orang anggota Majlis itu telah mengundi menyokongnya.

BAHAGIAN IV

AM

9. (Dimansuhkan).

10. Dalam seksyen 4(3), ungkapan "Raja" termasuklah seseorang bekas Raja.

110

JADUAL KEEMPAT

[Perkara 37]

Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong

BAHAGIAN I

SUMPAH BAGI YANG DI-PERTUAN AGONG

Kami .......................................................... ibni .............................................. Yang di-Pertuan Agong bagi

Malaysia bersumpah dengan melafazkan:

Watallahi: Wabillahi: Wallahi:

maka dengan lafaz ini berikrarlah Kami dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya mengaku akan taat

setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana

undang-undang dan Perlembagaan yang telah disahkan dan dimasyurkan dan akan disah dan dimasyurkan

di masa hadapan ini. Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya

memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman

di dalam Negeri.

BAHAGIAN II

SUMPAH BAGI TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONG

Kami ..................................................... ibni ....................................... yang telah dilantik menjadi Timbalan

Yang di-Pertuan Agong bagi Malaysia bersumpah dengan melafazkan:

Watallahi: Wabillahi: Wallahi:

dan dengan lafaz ini berikrarlah Kami dengan sesungguh dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia

pada menjalankan tanggungan Kami yang telah ditetapkan dan yang akan ditetapkan pada suatu masa ke

suatu masa yang ke hadapan ini oleh undang-undang dan Perlembagaan Negeri Malaysia.

BAHAGIAN III

TERJEMAHAN DALAM BAHASA INGGERIS

We .......................................................... ibni ................................................... Yang di-Pertuan Agong of

Malaysia do hereby swear:

Watallahi: Wabillahi: Wallahi:

and by virtue of that oath do solemnly and truly declare that We shall justly and faithfully perform (carry out)

our duties in the administration of Malaysia in accordance with its laws and Constitution which have been

promulgated or which may be promulgated from time to time in the future. Further We do solemnly and truly

declare that We shall at all time protect the Religion of Islam and uphold the rules of law and order in the

Country.

We ..................................................... ibni ...................................................... being elected to be the

Timbalan Yang di-Pertuan Agong of Malaysia do hereby swear:

Watallahi: Wabillahi: Wallahi:

and by virtue of that oath do solemly and truly declare that We shall faithfully perform (carry out) our duties

as Timbalan Yang di-Pertuan Agong as laid down and may from time to time be laid down by the laws and

the Constitution of Malaysia.

111

JADUAL KELIMA

[Perkara 38(1)]

Majlis Raja-Raja

1. Tertakluk kepada peruntukan yang berikut dalam Jadual ini, Majlis Raja-Raja hendaklah terdiri daripada

Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua bagi Negeri-Negeri yang tidak

mempunyai Raja.

2. Tempat Duli Yang Maha Mulia Raja mana-mana Negeri atau tempat Yang di-Pertua Negeri mana-mana

Negeri sebagai anggota Majlis Raja-Raja boleh dalam apa-apa hal yang dalamnya Perlembagaan Negeri itu

memperuntukkan sedemikian diambil oleh mana-mana orang yang diperuntukkan oleh Perlembagaan itu.

3. Majlis Raja-Raja hendaklah mempunyai suatu Mohor Besar Raja-Raja, yang hendaklah disimpan dalam

jagaan seseorang yang dilantik oleh Majlis itu.

4. Orang yang dilantik di bawah seksyen 3 hendaklah dikenali sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,

hendaklah bertindak sebagai setiausaha Majlis Raja-Raja dan hendaklah memegang jawatannya selama

diperkenankan oleh Majlis itu.

5. Majoriti anggota Majlis Raja-Raja hendaklah membentuk kuorum dan, tertakluk kepada peruntukan

Perlembagaan ini, Majlis itu boleh menentukan tatacaranya sendiri.

6. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hendaklah memanggil mesyuarat Majlis Raja-Raja apabila

dikehendaki berbuat demikian oleh Yang di-Pertuan Agong atau tidak kurang daripda tiga orang anggota

Majlis itu dan, dengan tidak dikehendaki berbuat demikian, tidak lewat daripada empat minggu sebelum

habis tempoh jawatan Yang di-Pertuan Agong dan apabila berlaku kekosongan dalam jawatan itu atau

dalam jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

7. Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja tidaklah boleh menjadi

anggota Majlis Raja-raja bagi maksud apa-apa prosiding yang berhubungan dengan pemilihan atau

pemecatan Yang di-Pertuan Agong atau pemilihan Timbalan Yang di-Pertuan Agong atau yang

berhubungan semata-mata dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang

Maha Mulia Raja-Raja atau dengan perbuatan, amalan atau upacara agama.

8. Dalam apa-apa hal jika Majlis Raja-Raja tidak sebulat suara, Majlis Raja-Raja hendaklah mengambil

keputusannya mengikut majoriti anggota yang mengundi, tertakluk bagaimanapun kepada peruntukan

Jadual Ketiga.

9. Apa-apa persetujuan, perlantikan atau nasihat Majlis Raja-Raja yang dikehendaki di bawah Perlembagaan

ini hendaklah ditandai dengan Mohor Besar Raja-Raja; dan jika, dalam hal apa-apa perlantikan yang

dicadangkan, majoriti anggota Majlis itu telah menunjukkan, melalui surat yang ditujukan kepada Penyimpan

Mohor Besar Raja-Raja, bahawa mereka menyokong perlantikan itu, maka Penyimpan Mohor Besar Raja-

Raja hendaklah menandai sedemikian nasihat Majlis itu dengan tidak memanggilnya bermesyuarat.

112

JADUAL KEENAM

[Perkara 43(6), 43B(4), 57(1A)(a), 59(1), 124, 142(6)]

Bentuk Sumpah dan Ikrar

1. Sumpah Jawatan dan Setia

"Saya,............................................................, setelah dipilih (atau dilantik) memegang jawatan

............................................................... dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya

akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan jawatan itu dengan segala daya upaya saya, bahawa

saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi dan

mempertahankan Perlembagaannya."

(CATATAN—Seseorang hakim Mahkamah Peresekutuan, selain Ketua Hakim Negara, seorang hakim

Mahkamah Rayuan atau seseorang hakim Mahkamah Tinggi atau seseorang pesuruhjaya kehakiman

hendaklah menggunakan perkataan "kewajipan-kewajipan kehakiman saya dalam jawatan itu" sebagai ganti

perkataan "kewajipan-kewajipan jawatan itu".)

2. Sumpah sebagai Ahli Parlimen dan Sumpah Setia

"Saya,........................................................................................, setelah dipilih (atau dilantik) sebagai seorang

ahli Dewan Rakyat (atau Dewan Negara) dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya

akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian dengan segalaupaya

saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara,

melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya."

3. Sumpah Simpan Rahsia

"Saya,..............................................................................., dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar)

bahawa saya tidak akan memberitahu atau menzahirkan kepada mana-mana orang sama ada secara

lansung atau secara tidak lansung ap-apa perkara yang dibawa untuk pertimbangan saya atau yang akan

saya ketahui sebagai seorang ................................................................... kecuali sebagaimana yang

mungkin dikehendaki untuk menunaikan dengan sewajarnya kewajipan-kewajipan saya sebagai yang

demikian atau sebagaimana yang mungkin dibenarkan dengan khas oleh Yang di-Pertuan Agong."

JADUAL KETUJUH

[Perkara 45]

Pemilihan Ahli-Ahli Dewan Negara

1. (1) (Dimansuhkan).

(2) Setiap kali berlaku kekosongan di kalangan ahli Dewan Negara yang dipilh oleh Negeri, Yang di-Pertuan

Agong hendaklah memberikan notis kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri itu bahawa ahli

Dewan Negara dikehendaki dipilih, dan Raja atau Yang di-Pertua Negeri itu hendaklah menghendaki Dewan

Undangan memilih seorang ahli Dewan Negara dengan seberapa segera yang boleh.

2. (1) Nama calon untuk dipilih hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli-ahli Dewan Undangan dan

ahli yang mencadangkan atau ahli yang menyokong itu hendaklah mengemukakan suatu pernyataan secara

bertulis, ditandatangani oleh orang yang dinamakan itu bahawa dia bersetuju untuk berkhidmat sebagai Ahli

Dewan Negara jika dipilih.

(2) Apabila semua penamaan telah diterima, pegawai pengerusi hendaklah mengumumkan nama orang

yang dinamakan itu mengikut susunan abjad dan kemudiannya hendaklah mengemukakan nama mereka

mengikut susunan itu untuk diundi.

113

(3) Setiap ahli yang hadir berhak mengundi sebanyak bilangan calon yang ada mengikut bilangan

kekosongan yang akan diisi, dan nama ahli yang mengundi setiap calon hendaklah direkodkan; dan jika

mana-mana ahli membuang undi sebagai tambahan kepada undi yang dibenarkan oleh subseksyen ini,

maka undi itu adalah tidak sah.

(4) Pegawai pengerusi hendaklah mengisytiharkan sebagai terpilih calon atau calon-calon yang mendapat

bilangan undi yang terbanyak, tetapi jika dua orang calon atau lebih mendapat bilangan undi yang sama

banyak dan bilangan calon itu lebih besar daripada bilangan kekosongan yang akan diisi, maka pemilihan

calon itu hendaklah ditentukan dengan cara cabut undi.

3. Walau apa pun apa-apa jua dalam seksyen 2, jika suatu kekosongan yang disebabkan oleh habis tempoh

jawatan ahli Dewan Negara akan diisi pada mesyuarat yang sama dengan sesuatu kekosongan yang

berlaku dengan apa-apa cara lain, maka pemilihan hendaklah pertama-tamanya diadakan untuk mengisi

kekosongan yang disebabkan oleh habis tempoh jawatan itu dan kemudiannya suatu pemilihan yang

berasingan untuk mengisi kekosongan yang lain itu.

4. Pegawai pengerusi hendaklah memperakui kepada Setiausaha Dewan Negara, melalui surat yang

ditandatangani sendiri oehnya, nama orang yang dipilih sebagai ahli Dewan Negara mengikut peruntukan

Jadual ini.

5. Jika berbangkit apa-apa soal sama ada seseorang ahli Dewan Negara telah diplih dengan sewajarnya

mengikut peruntukan Jadual ini, maka Dewan Negara hendaklah mengambil keputusan mengenainya dan

keputusan itu adalah muktamad, tetapi kegagalan mengadakan sesuatu pemilihan di bawah seksyen 1(2)

dengan seberapa segera yang boleh tidaklah dengan sendirinya menidaksahkan pemilihan mana-mana ahli

Dewan Negara.

JADUAL KELAPAN

[Perkara 71]

Peruntukan yang hendaklah Dimasukkan ke dalam Perlembagaan Negeri

BAHAGIAN I

PERUNTUKAN TETAP

Raja bertindak ikut nasihat

1. (1) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan Negeri ini atau mana-mana undang-undang

atau sebagai seorang anggota Majlis Raja-Raja, Raja hendaklah bertindak mengikut nasihat Majlis

Mesyuarat Kerajaan atau nasihat seseorang anggotanya yang bertindak di bawah kuasa am Majlis itu,

kecuali sebagaimana yang diperuntukan selainnya oleh Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan

Negeri; tetapi Raja berhak, atas permintaanya, mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan

pemerintahan Negeri yang boleh didapati oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan.

(1A) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan Negeri ini atau mana-mana undang-undang atau

sebagai anggota Majlis Raja-Raja, jika Raja dikehendaki bertindak mengikut nasihat atau atas nasihat, maka

Raja hendaklah menerima dan berindak mengikut nasihat itu.

(2) Raja boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut (sebagai tambahan

kepada fungsi yang pada melaksanakannya Raja boleh bertindak menurut budi bicaranya di bawah

Perlembagaan Persekutuan) iaitu:

(a) melantik seorang Menteri Besar;

(b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Dewan Undangan;

(c) membuat permintaan supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata

berkenaan dengan keistemewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran duli-Duli Yang Maha Mulia

Raja-Raja atau perbuatan, amalan atau upacara agama;

114

(d) apa-apa fungsi sebagai Ketua agama Islam atau yang berhubungan denga adat Melayu;

(e) melantik waris atau waris-waris, isteri, Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja;

(f) melantik orang memegang pangkat, gelaran, kemuliaan dan kebesaran di sisi adat Melayu dan

menetapkan berkenaan dengannya;

(g) mengawal selia balai-balai diraja dan istana-istana.

(3) Undang-undang Negeri boleh membuat peruntukan bagi menhendaki Raja berindak selepas berunding

dengan atau atas syor mana-mana orang atau kumpulan selain majlis Mesyuarat Kerajaan pada

menjalankan mana-mana fungsinya selain—

(a) fungsi yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya;

(b) fungsi yang berkenaan dengan perjalanannya peruntukan ada dibuat dalam Perlembagaan

Negeri atau dalam Perlembagaan Persekutuan.

Prosiding terhadap Raja

1A. (1) Jika Raja dipertuduh atas sesuatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang di dalam

Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV Perlembagaan Persekutuan, Raja hendaklah

terhenti menjalankan fungsi Raja Negeri ini.

(2) Dalam tempoh raja terhenti, di bawah subseksyen (1), menjalankan fungsi Raja Negeri ini, seorang

Pemangku Raja atau suatu Jemaah Pemangku Raja, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah

dilantik mengikut Perlembagaan Negeri ini untuk menjalankan fungsi Raja Negeri ini.

(3) Jika Raja disabitkan atas suatu kesalahan di dalam Mahkamah Khas dan dijatuhi hukuman pemenjaraan

selama tempoh lebih daripada satu hari Raja hendaklah terhenti menjadi Raja Negeri ini melainkan jika Raja

menerima pengampunan.

Majlis Mesyuarat Kerajaan

2. (1) Raja hendaklah melantik suatu Majlis Mesyuarat Kerajaan.

(2) Majlis Mesyuarat Kerajaan hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu;

(a) Raja hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Menteri Besar untuk mempengerusikan Majlis

Mesyuarat Kerajaan seorang ahli Dewan Undangan yang pada hematnya mungkin mendapat

kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan itu; dan

(b) atas nasihat Menteri Besar, Raja hendaklah melantik tidak lebih daripada sepuluh orang tetapi

tidak kurang daripada empat orang ahli lain daripada kalangan ahli Dewan Undangan, tetapi jika

sesuatu perlantikan dibuat semasa Dewan Undangan terbubar, seseorang yang menjadi ahli Dewan

Undangan yang lepas boleh dilantik tetapi tidak boleh terus memegang jawatan selepas persidangan

pertama Dewan Undangan yang berikutnya melainkan jika orang itu seorang ahli Dewan Undangan

itu.

(3) Walau apa pun apa-apa jua dalam seksyen ini, seseorang yang menjadi warganegara melalui

penaturalisasian atau melalui pendaftaran di bawah Perkara 17 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh

dilantik menjadi Menteri Besar.

(4) Pada melantik seseorang Menteri Besar Raja boleh, menurut budi bicaranya, mengetepikan mana-mana

peruntukan Perlembagaan Negeri ini yang menyekat pilihannya bagi Menteri Besar jika pada pendapatnya

perlu dilakukan sedemikian untuk mematuhi peruntukan seksyen ini.

(5) Majlis Mesyuarat Kerajaan hendaklah bertanggungjawab secara bersama kepada Dewan Undangan.

115

(6) Jika Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan, maka dia hendaklah

meletakkan jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan, melainkan jika atas perminataanya Dewan Undangan

dibubarkan oleh Raja.

(7) Tertakluk kepada subseksyen (6), seseorang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan, selain Menteri Besar,

hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Raja, tetapi mana-mana anggota Majlis itu boleh

meletakkan jawatannya pada bila-bila masa.

(8) Seseorang anggota majlis Mesyuarat Kerajaan tidak boleh melibatkan diri dalam apa-apa pertukangan,

perniagaan atau profesion yang berkaitan dengan apa-apa perkara atau mana-mana jabatan baginya dia

bertanggungjawab dan selagi dia melibatkan diri dalam apa-apa pertukangan, perniagaan atau profesion itu,

dia tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan yang

berhubungan dengan pertukangan, perniagaan atau profesion itu dalam apa-apa keputusan yang mungkin

menyentuh kepentingan kewangan dalam pertukangan, perniagaan atau profesion itu.

Badan Perudangan Negeri

3. Badan Perundangan Negeri hendaklah tediri daripada Raja dan satu Majlis, iaitu Dewan Undangan.

Keanggotaan Dewan Undangan

4. (1) Dewan Undangan hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan ahli dipilih sebagaimana yang

diperuntukan melalui undang-undang oleh Badan Perundangan.

(2) (Dimansuhkan).

Kelayakan ahli

5. Tiap-tiap warganegara yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih yang bermastautin di Negeri ini

layak menjadi ahli Dewan Undangan, melainkan jika dia hilang kelayakan untuk menjadi ahli mengikut

Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan ini atau mengikut mana-mana undang-undang yang disebut

dalam seksyen 6 Jadual Kelapan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Kehilangan kelayakan menjadi ahli Dewan Undangan

6. (1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, seseorang hilang kelayakan, untuk menjadi ahli Dewan

Undangan jika—

(a) dia adalah dan telah didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal;

(b) dia seorang bankrap belum lepas;

(c) dia memegang sesuatu jawatan bependapatan;

(d) setelah dinamakan untuk pemilihan ke mana-mana satu Majlis Parlimen atau ke Dewan

Undangan, atau setelah bertindak sebagai ejen pilihan raya bagi seseorang yang dinamakan

sedemikian, dia tidak meyerahkan apa-apa pernyata perbelanjaan pilihan raya yang dikehendaki oleh

undang-undang dalam masa dan mengikut cara yang dikehendaki sedemikian;

(e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum

Hari Malaysia, di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah dan Sarawak atau

Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau

denda tidak kurang daripda dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas;

(f) dia hilang kelayakan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan kesalahan

berkaitan dengan pilihan raya ke mana-mana satu Majlis Parlimen atau ke Dewan Undangan oleh

sebab telah di sabitkan atas suatu kesalahan sedemikian atau telah dibuktikan dalam prosiding yang

berhubungan dengan sesuatu pilihan raya sebagai bersalah atas perbuatan yang menjadi kesalahan

itu; atau

116

(g) dia telah dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan suatu negara asing atau telah dengan

sukarela menggunakan hak kewarganegaraan di suatu negara asing atau telah membuat akuan setia

kepada suatu negara asing.

(2) Kehilangan kelayakan seseorang di bawah perenggan (d) atau perenggan (e) subseksyen (1) boleh

dibatalkan oleh Raja dan, jika tidak dibatalkan sedemikian, hendaklah terhenti pada akhir tempoh lima tahun

yang bermula dari tarikh penyata yang disebut dalam perenggan (d) tersebut dikehendaki diserahkan atau,

mengikut mana-mana yang berkenaan, dari tarikh orang yang disabitkan sebagaimana yang disebut dalam

perenggan (e) tersebut dilepaskan daripada jagaan atau dari tarikh denda yang disebut dalam perenggan (e)

tersebut dikenakan, dan seseorang tidaklah boleh dihilangkan kelayakannya di bawah perenggan (g)

subseksyen (1) semata-mata oleh sebab apa-apa jua yang dilakukan olehnya sebelum dia menjadi

warganegara.

(3) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam peruntukan yang terdahulu dalam seksyen ini, jika

seseorang ahli Dewan Undangan hilang kelayakan daripada terus menjadi ahli Dewan itu menurut

perenggan (e) subseksyen (1) atau di bawah suatu undang-undang yang disebut dalam perenggan (f)

subseksyen (1)—

(a) kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari

dari tarikh dia—

(i) disabitkan dan dihukum sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (e) yang disebut

terdahulu; atau

(ii) disabitkan atas suatu kesalahan atau dibuktikan bersalah atas suatu perbuatan di bawah suatu

undang-undang yang disebut dalam perenggan (f) yang disebut terdahulu; atau

(b) jika dalam tempoh empat belas hari yang dinyatakan dalam perenggan (a), suatu rayuan atau

apa-apa prosiding mahkamah yang lain dibawa berkenaan dengan sabitan atau hukuman itu, atau

berkenaan dengan pensabitan atau pembuktian bersalah sedemikian, mengikut mana-mana yang

berkenaan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh

empat belas hari dari tarikh rayuan itu atau prosiding mahkamah yang lain itu dibereskan oleh

mahkamah; atau

(c) jika dalam tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (a) atau tempoh selepas pemberesan

rayuan atau prosiding mahkamah yang lain yang dinyatakan dalam perenggan (b) ada difailkan suatu

petisyen bagi pengampunan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah berkuat kuasa sebaik sahaja

petisyen itu dibereskan.

(4) Subseksyen (3) tidaklah terpakai bagi maksud penamaan atau pemilihan mana-mana orang ke Dewan

Undangan, yang bagi maksudnya kehilangan kelayakan itu hendaklah berkuat kuasa sebaik sahaja

berlakunya kejadian yang disebut dalam perenggan (e) atau (f), mengikut mana-mana yang berkenaan,

dalam subseksyen (1).

(5) Seseorang yang melepaskan keahliannya di dalam Dewan Undangan Negeri ini atau mana-mana Negeri

lain hendaklah, bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikh pelepasan keahliannya berkuat kuasa, hilang

kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Undangan Negeri ini.

Peruntukan melarang dua keahlian

7. Seseorang tidak boleh pada masa yang sama menjadi ahli Dewan Undangan bagi lebih daripada satu

bahagian pilihan raya.

Keputusan tentang kehilangan kelayakan

8. (1) Jika berbangkit apa-apa soal sama ada seseorang ahli Dewan Undangan telah hilang kelayakan untuk

menjadi ahli, maka Dewan itu hendaklah mengambil keputusan mengenainya dan keputusan itu adalah

muktamad:

117

Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak boleh dikira sebagai menghalang amalan Dewan menangguhkan

sesuatu keputusan bagi membolehkan diambil atau ditentukan apa-apa prosiding yang mungkin menyentuh

keputusannya (termasuklah prosiding bagi membatalkan kehilangan kelayakan itu).

(2) Jika seseorang ahli Dewan Undangan hilang kelayakan di bawah perenggan (e) subseksyen (1) seksyen

6, atau di bawah suatu undang-undang yang disebut dalam perenggan (f) subseksyen (1) seksyen 6, maka

subseksyen (1) yang terdahulu tidaklah terpakai dan dia hendaklah terhenti menjadi ahli Dewan Undangan

itu, dan kerusinya hendaklah menjadi kosong, sebaik sahaja kehilangan kelayakannya berkuat kuasa

mengikut subseksyen (3) seksyen 6.

Memanggil, memprorog dan membubarkan Dewan Undangan

9. (1) Raja hendaklah memanggil Dewan Undangan dari semasa ke semasa dan tidak boleh membiarkan

enam bulan berlalu antara persidangan yang akhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk

persidangan pertamanya dalam penggal yang berikutnya.

(2) Raja boleh memprorog atau membubarkan Dewan Undangan.

(3) Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Dewan Undangan hendaklah terus berjalan selama lima tahun

dari tarikh persidangan pertamanya dan selepas itu adalah dibubarkan.

(4) Apabila Dewan Undangan bubar suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh enam

puluh hari dari dari tarikh Dewan Undangan itu bubar dan Dewan Undangan yang baru hendaklah dipanggil

bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada satu ratus dua puluh hari dari tarikh itu.

(5) Sesuatu kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh dipastikan

oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa ada kekosongan: Dengan syarat bahawa jika sesuatu kekosongan

luar jangka dipastikan pada suatu tarikh dalam masa dua tahun dari tarikh Dewan Undangan akan terbubar,

mengikut subseksyen (3), maka kekosongan luar jangka itu tidak boleh diisi melainkan jika Yang di-Pertua

memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya secara bertulis bahawa kekuatan dari segi bilangan parti yang

membentuk majoriti semua ahli Dewan Undangan terjejas oleh kekosongan itu, dan dalam keadaan

sedemikian kekosongan itu hendaklah diisi dalam masa enam puluh hari dari tarikh pemberitahuan itu

diterima.

Yang di-Pertua Dewan Undangan

10. (1) Dewan Undangan hendaklah dari semasa ke semasa memilih mana-mana orang yang ditentukan

oleh Dewan sebagai Yang di-Pertua, dan tidak boleh menjalankan apa-apa urusan semasa jawatan Yang di-

Pertua kosong selain pemilihan Yang di-Pertua.

(1A) Seseorang tidak boleh dipilih menjadi Yang di-Pertua melainkan jika dia menjadi ahli atau layak menjadi

ahli Dewan undangan.

(1B) Mana-mana orang yang bukan ahli Dewan Undangan yang dipilih sebagai Yang di-Pertua—

(a) hendaklah, sebelum menjalankan tugas-tugas jawatannya, mengangkat dan menandatangani di

hadapan Dewan sumpah jawatan; dan

(b) hendaklah, oleh sebab dia memegang jawatannya itu, menjadi ahli Dewan sebagai tambahan

kepada ahli-ahli yang dipilih menjadi ahli Dewan: Dengan syarat bahawa perenggan (b) tidaklah

mempunyai kuat kuasa bagi maksud peruntukan seksyen 2 dan tiada seorang pun berhak, menurut

kuasa perenggan itu, mengundi atas apa-apa perkara di hadapan Dewan.

(2) Yang di-Pertua boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dan hendaklah mengosongkan

jawatannya—

118

(a) apabila Dewan Undangan bermesyuarat buat pertama kali selepas suatu pilihan raya umum;

(b) apabila dia terhenti menjadi ahli Dewan melainkan oleh sebab pembubarannya atau, jika dia

menjadi ahli semata-mata menurut kuasa perenggan (b) subseksyen (1B), apabila dia terhenti

berkelayakan menjadi ahli;

(c) apabila telah menjadi hilang kelayakan di bawah subseksyen (4); atau

(d) jika pada bila-bila masa, Dewan membuat ketetapan sedemikian.

(3) Dalam masa Yang di-Pertua tidak hadir dalam sesuatu persidangan Dewan Undangan seorang ahli yang

ditentukan oleh kaedah-kaedah tatacara Dewan itu hendaklah bertindak sebagai Yang di-Pertua.

(4) Seseorang ahli yang dipilih menjadi Yang di-Pertua hilang kelayakan untuk memegang jawatan itu jika

selepas tiga bulan dari pemilihannya untuk memegang jawatan itu atau pada bila-bila masa selepas itu dia

ialah atau menjadi anggota mana-mana lembaga pengarah atau lembaga pengurusan, atau pegawai atau

pekerja, atau melibatkan diri dalam hal ehwal atau urusan, mana-mana organisasi atau badan, sama ada

diperbadankan atau selainnya, atau mana-mana pengusahaan komersial, perindustrian atau pengusahaan

lain, sama ada atau tidak dia menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya: Dengan

syarat bahawa kehilangan kelayakan itu tidaklah terpakai jika organisasi atau badan itu menjalankan apaapa

kerja kebajikan atau sukarela atau tujuan yang berfaedah kepada masyarakat atau mana-mana

bahagiannya, atau apa-apa kerja atau tujuan lain yang bersifat khairat atau sosial, dan ahli itu tidak

menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya.

(5) Jika berbangkit apa-apa soal mengenai kehilangan kelayakan Yang di-Pertua di bawah subseksyen (4),

maka Dewan Undangan hendaklah mengambil keputusan mengenainya dan keputusan itu adalah

muktamad.

Penjalanan kuasa perundangan

11. (1) Kuasa Badan Perundangan untuk membuat undang-undang hendaklah dijalankan melalui Rang

Undang-Undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan dan diperkenankan oleh Raja.

(2) Tiada Rang Undang-Undang atau pindaan yang melibatkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang

Disatukan bagi Negeri boleh dibawa atau dicadangkan di dalam Dewan Undangan kecuali oleh seorang

anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan.

(2A) Raja hendaklah dalam masa tiga puluh hari selepas sesuatu Rang Undang-Undang dikemukakan

kepadanya memperkenankan Rang Undang-Undang itu.

(2B) Jika sesuatu Rang Undang-Undang tidak diperkenankan oleh Raja dalam masa yang ditentukan dalam

subseksyen (2A), Rang undang-Undang itu hendaklah menjadi undang-undang apabila habis masa yang

ditentukan dalam subseksyen itu mengikut cara yang sama seolah-olah dia telah memperkenankannya.

(3) Sesuatu Rang Undang-Undang hendaklah menjadi undang-undang apabila diperkenankan oleh Raja

atau sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2B), tetapi tiada undang-undang boleh berkuat

kuasa sehingga undang-undang itu telah disiarkan, tanpa, walau bagaimanapun, menjejaskan kuasa Badan

Perundangan untuk menangguhkan kuat kuasa mana-mana undang-undang atau untuk membuat undangundang

yang berkuat kuasa ke belakang.

PERUNTUKAN KEWANGAN

Tiada pencukaian melainkan jika dibenarkan oleh undang-undang

12. Tiada cukai atau kadar boleh dilevikan oleh atau bagi maksud Negeri kecuali atau di bawah kuasa

undang-undang.

Perbelanjaan yang dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan

119

13. (1) Maka hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan bagi Negeri, sebagai tambahan

kepada apa-apa pemberian, saraan atau wang lain yang dipertanggungkan sedemikian melalui mana-mana

peruntukan lain Perlembagaan Negeri atau melalui undang-undang Negeri—

(a) Peruntukan diraja bagi Raja dan saraan bagi Yang di-Pertua Dewan Undangan;

(b) segala caj hutang Negeri bertanggungan membayarnya; dan

(c) apa-apa wang yang dikehendaki untuk menunaikan apa-apa penghakiman, keputusan atau award

terhadap Negeri oleh mana-mana mahkamah atau tribunal.

(2) Bagi maksud peruntukan ini caj hutang termasuklah bunga, caj kumpulan wang penjelas hutang,

pembayaran balik atau perlunasan hutang dan segala perbelanjaan berkaitan dengan pemerdapatan

pinjaman atas jaminan Kumpulan Wang Disatukan dan pembayaran bunga atas hutang dan penebusan

hutang yang diwujudkan dengan jalan sedemikian.

Penyata kewangan tahunan

14. (1) Tertakluk kepada subseksyen (3), Raja hendaklah berkenaan dengan tiap-tiap tahun kewangan,

menyebabkan dibentangkan di hadapan Dewan Undangan suatu penyata terimaan dan perbelanjaan yang

dianggarkan bagi Negeri untuk tahun itu, dan, melainkan jika diperuntukkan selainnya oleh Badan

Perundangan Negeri berkenaan dengan mana-mana tahun, penyata itu hendaklah dibentangkan sedemikian

sebelum permulaan tahun itu.

(2) Anggaran perbelanjaan itu hendaklah menunjukkan secara berasingan—

(a) jumlah wang yang dikehendaki untuk membayar perbelanjaan yang dipertanggungkan kepada

Kumpulan Wang Disatukan; dan

(b) tertakluk kepada subseksyen (3), jumlah wang yang masing-masing dikehendaki untuk membayar

kepala-kepala bagi perbelanjaan lain yang dicadangkan dibayar daripada Kumpulan Wang

Disatukan.

(3) Terimaan yang dianggarkan yang hendaklah ditunjukkan dalam penyata tersebut tidak termasuk apa-apa

jumlah wang yang diterima melalui Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya;

dan jumlah wang yang hendaklah ditunjukkan di bawah perenggan (b) subseksyen (2) tidak termasuk—

(a) jumlah wang yang merupakan hasil daripada apa-apa pinjaman yang diperdapatkan oleh Negeri

bagi maksud tertentu dan yang diuntukkan bagi maksud itu oleh undang-undang yang membenarkan

pinjaman itu diperdapatkan;

(b) jumlah wang yang merupakan apa-apa wang atau bunga atas wang yang diterima oleh Negeri

yang tertakluk kepada suatu amanah dan yang hendaklah digunakan mengikut terma-terma amanah

itu;

(c) jumlah wang yang merupakan apa-apa wang yang dipegang oleh Negeri yang telah diterima atau

diuntukkan bagi maksud apa-apa kumpulan wang amanah yang ditubuhkan oleh atau mengikut

undang-undang persekutuan atau undang-undang Negeri.

(4) Penyata tersebut hendaklah juga menunjukkan, setakat yang dapat dilaksanakan, aset dan liabiliti Negeri

pada akhir tahun kewangan yang baru genap, cara aset itu dilaburkan atau dipegang, dan kepala-kepala am

yang berkenaan dengannya liabiliti itu masih belum selesai.

Rang Undang-Undang Perbekalan

15. Kepala-kepala bagi perbelanjaan yang hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang disatukan bagi

Negeri tetapi tidak dipertanggungkan padanya, selain jumlah wang yang disebut dalam perenggan (a) dan

(b) seksyen 14(3) Jadual Kelapan kepada Perlembagaan Persekutuan, hendaklah dimasukkan ke dalam

suatu Rang Undang-Undang, yang hendaklah dikenali sebagai Rang Undang-Undang Perbekalan, yang

120

membuat peruntukan bagi pengeluaran jumlah wang yang perlu daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk

membayar perbelanjaan itu dan penguntukan jumlah wang itu bagi maksud yang dinyatakan dalamnya.

Perbelanjaan tambahan dan perbelanjaan lebih

16. Jika berkenaan dengan mana-mana tahun kewangan didapati—

(a) bahawa amaun yang diuntukkan melalui Enakmen Perbekalan bagi maksud itu tidak mencukupi,

atau bahawa telah timbul keperluan perbelanjaan bagi suatu maksud yang baginya tiada amaun

diuntukkan melalui Enakmen Perbekalan; atau

(b) bahawa apa-apa yang telah dibelanjakan bagi apa-apa maksud melebihi amaun yang diuntukkan

(jika ada) bagi maksud itu melalui Enakmen Perbekalan, maka suatu anggaran tambahan yang

menunjukkan jumlah wang yang dikehendaki atau dibelanjakan itu hendaklah dibentangkan di

hadapan Dewan Undangan dan kepala-kepala bagi apa-apa perbelanjaan itu hendaklah dimasukkan

ke dalam suatu Rang undang-Undang Perbekalan.

Pengambilan keluar daripada Kumpulan Wang Disatukan

17. (1) Tertakluk kepada peruntukan yang berikut dalam seksyen ini, tiada wang boleh diambil keluar daripda

Kumpulan Wang Disatukan melainkan jika wang itu—

(a) dipertanggungjawabkan pada Kumpulan Wang Disatukan; atau

(b) dibenarkan dikeluarkan melalui Enakmen Perbekalan.

(2) Tiada wang boleh diambil keluar daripada Kumpulan Wang Disatukan kecuali mengikut cara yang

diperuntukkan oleh undang-undang persekutuan.

(3) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi apa-apa jumlah wang yang disebut dalam perenggan (a), (b), dan (c)

seksyen 14(3) Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.

(4) Badan Perundangan Negeri boleh, sebelum lulus Enakmen Perbekalan, berkenaan dengan mana-mana

tahun kewangan, membenarkan perbelanjaan bagi sebahagian daripada tahun kewangan itu dan juga

pengeluaran daripada Kumpulan Wang Disatukan apa-apa wang yang dikehendaki untuk membayar

perbelanjaan itu.

LAYANAN SAKSAMA BAGI PEKERJA NEGERI

Layanan saksama bagi pekerja Negeri

18. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat pekerjaan mereka, semua orang, walau apa pun

rasnya, dalam gred yang sama dalam perkhidmatan Negeri hendaklah diberi layanan yang saksama.

PINDAAN PERLEMBAGAAN

Pindaan Perlembagaan

19. (1) Peruntukan yang berikut dalam seksyen ini hendaklah berkuat kuasa mengenai pindaan

Perlembagaan Negeri ini.

(2) Peruntukan yang menyentuh pewarisan takhta dan kedudukan Pembesar-Pembesar Memerintah dan

pembesar-pembesar adat Melayu yang seumpamanya tidak boleh dipinda oleh Badan Perundangan Negeri.

121

(3) Mana-mana peruntukan lain boleh, tetakluk kepada peruntukan yang berikut dalam seksyen ini, dipinda

melalui suatu Enakmen Badan Perundangan Negeri tetapi tidak boleh dipinda dengan apa-apa cara yang

lain.

(4) Sesuatu Rang Undang-Undang bagi membuat pindaan kepada Perlembagaan tersebut (selain pindaan

yang dikecualikan daripada peruntukan subseksyen ini) tidak boleh diluluskan oleh Dewan Undangan

melainkan jika Rang Undang-Undang itu telah disokong pada Bacaan Kali Kedua dan Kali Ketiga dengan

undi sebanyak tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan ahlinya.

(5) Pindaan yang berikut dikecualikan daripada peruntukan subseksyen (4), iaitu:

(a) apa-apa pindaan yang berbangkit daripada sesuatu undang-undang yang disebut dalam seksyen

4 atau seksyen 21 Jadual Kelapan kepada Perlembagaan Persekutuan; dan (aa) apa-apa pindaan

bagi menetapkan wilayah bagi Negeri yang dibuat berikutan dengan lulusnya undang-undang yang

mengubah sempadan Negeri di bawah Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan yang telah dipersetujui

oleh Dewan Undangan Negeri dan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara tersebut; dan

(b) apa-apa pindaan yang kesannya akan menyelaraskan Perlembagaan Negeri ini dengan manamana

peruntukan Jadual tersebut, tetapi hanya jika pindaan itu dibuat selepas Dewan Undangan

dipilih mengikut seksyen 4 Jadual itu.

(6) Seksyen ini tidak menidaksahkan mana-mana peruntukan Perlembagaan Negeri ini yang menghendaki

persetujuan mana-mana kumpulan orang terhadap apa-apa pindaan yang menyentuh—

(a) perlantikan dan sifat khusus bagi waris atau waris-waris takhta, Isteri Raja atau Pemangku Raja

atau Anggota Jemaah Pemangku Raja bagi Negeri;

(b) pemecatan, penarikan diri atau penurunan takhta Raja atau warisnya atau wariswarisnya;

(c) perlantikan dan sifat khusus bagi Pembesar-Pembesar Memerintah atau pembesar-pembesar

adat Melayu yang seumpamanya dan anggota Majlis Penasihat mengenai agama atau adat atau

badan yang seumpamanya;

(d) pengadaan, pengawalseliaan, pengesahan dan pelucutan pangkat, gelaran, kemuliaan,

kebesaran dan kurniaan di sisi adat Melayu dan sifat bagi pemegangpemegangnya dan

pengawalseliaan balai-balai diraja dan istana-istana.

(7) Dalam seksyen ini "pindaan" termasuklah tambahan dan pemansuhan.

PERUNTUKAN BERKENAAN DENGAN YANG DI-PERTUA NEGERI BERHUBUNG DENGAN NEGERI

MELAKA, PULAU PINANG, SABAH DAN SARAWAK

Yang di-Pertua Negeri

19A. (1) Maka hendaklah ada seorang Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri yang hendaklah dilantik oleh Yang

di-Pertuan Agong yang bertindak menurut budi bicaranya selepas berunding dengan Ketua Menteri.

(2) Yang di-Pertua Negeri hendaklah dilantik bagi tempoh empat tahun tetapi boleh pada bila-bila masa

meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Yang di-

Pertuan Agong dan boleh dipecat daripada jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong atas sembah Dewan

Undangan Negeri yang disokong dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan

ahlinya.

(3) Badan Perundangan boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi membolehkan Yang di-

Pertuan Agong, yang bertindak menurut budi bicaranya selepas berunding dengan Ketua Menteri, melantik

seseorang untuk menjalankan fungsi Yang di-Pertua Negeri selama apa-apa tempoh semasa Yang di-Pertua

Negeri tidak dapat berbuat demikian sendiri kerana sakit, tidak ada atau apa-apa sebab lain, tetapi tiada

seorang pun boleh dilantik sedemikian jika dia layak dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri.

122

(4) Seseorang yang dilantik di bawah subseksyen (3) boleh mengambil tempat Yang di-Pertua Negeri

sebagai anggota Majlis Raja-Raja selama apa-apa tempoh semasa fungsi Yang di-Pertua Negeri boleh

dijalankannya di bawah subseksyen itu.

Kelayakan dan ketidakbolehan Yang di-Pertua Negeri

19B. (1) Seseorang yang bukan warganegara atau seseorang warganegara melalui penaturalisasian atau

melalui pedaftaran di bawah perkara 17 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dilantik menjadi Yang di-

Pertua Negeri.

(2) Yang di-Pertua Negeri tidak boleh memegang apa-apa jawatan berpendapatan dan tidak boleh

melibatkan diri secara aktif dalam apa-apa perusahaan komersial.

Peruntukan Diraja bagi Yang di-Pertua Negeri

19C. Badan Perundangan hendaklah melalui undang-undang mengadakan suatu Peruntukan Diraja bagi

Yang di-Pertua Negeri, dan Peruntukan Diraja itu hendaklah dipertanggungkan Kumpulan Wang Disatukan

dan tidak boleh dikurangkan dalam masa dia masih memegang jawatannya itu.

Sumpah jawatan bagi Yang di-Pertua Negeri

19D. (1) Yang di-Pertua Negeri hendaklah, sebelum menjalankan fungsinya, mengangkat dan

menandatangani dengan kehadiran Hakim Besar atau dengan kehadiran seorang hakim Mahkamah Tinggi,

suatu sumpah atau ikrar dalam bentuk yang berikut, iaitu:

"Saya................................................. setelah dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri bagi

Negeri......................................................... dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya

akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian dengan segala daya

upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada

Negeri........................................................................ dan kepada Persekutuan Malaysia, dan bahawa saya

akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan

Perlembagaan Negeri....................................................................".

(2) Apa-apa undang-undang yang dibuat di bawah subseksyen (3) seksyen 19A hendaklah membuat

peruntukan yang bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan subseksyen (1).

BAHAGIAN II

PERUNTUKAN SEMENTARA SEBAGAI GANTIAN BAGI PERUNTUKAN DALAM BAHAGIAN I

Majlis Mesyuarat Kerajaan (gantian bagi seksyen 2)

20. (1) Raja hendaklah melantik suatu Majlis Mesyuarat Kerajaan.

(2) Majlis Mesyuarat Kerajaan hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:

(a) Raja hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Menteri Besar untuk mempengerusikan Majlis

Mesyuarat Kerajaan seorang yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli

Dewan Undangan; dan

(b) atas nasihat Menteri Besar, Raja hendaklah melantik tidak lebih daripada sepuluh orang tetapi

tidak kurang daripada empat orang lain.

(3) Walau apa pun apa-apa jua dalam seksyen ini, seseorang yang menjadi warganegara melalui

penaturalisasian atau melalui pendaftaran di bawah Perkara 17 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh

dilantik menjadi Menteri Besar.

123

(4) Pada melantik seorang Menteri Besar Raja boleh, menurut budi bicaranya, mengetepikan mana-mana

peruntukan Perlembagaan Negeri ini yang menyekat pilihanraya bagi Menteri Besar jika pada pendapatnya

perlu dilakukan sedemikian untuk mematuhi peruntukan seksyen ini.

(5) Majlis Mesyuarat Kerajaan hendaklah bertanggungjawab secara bersama kepada Dewan Undangan.

(6) Menteri Besar hendaklah terhenti memegang jawatan apabila habis tempoh tiga bulan dari tarikh

perlantikannya, melainkan jika sebelum habis tempoh itu suatu ketetapan memberi kepercayaan kepadanya

telah diluluskan oleh Dewan Undangan; dan jika pada bila-bila masa dia tidak lagi mendapat kepercayaan

majoriti ahli Dewan Undangan, maka dia hendaklah meletakkan jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan,

melainkan jika atas permintaanya Dewan Undangan dibubarkan oleh Raja.

(7) Tertakluk kepada subseksyen (6), seseorang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan selain Menteri Besar

hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Raja, tetapi mana-mana anggota Majlis itu boleh

meletakkan jawatannya pada bila-bila masa.

(8) Seseorang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan tidak boleh melibatkan diri dalam apa-apa pertukangan,

perniagaan atau profesion yang berkaitan dengan apa-apa perkara atau mana-mana jabatan yang baginya

dia bertanggungjawab dan selagi dia melibatkan diri dalam apa-apa pertukangan, perniagaan atau profesion

itu, dia tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan yang

berhubungan dengan pertukangan, perniagaan atau profesion itu atau dalam apa-apa keputusan yang

mungkin menyentuh kepentingan kewangannya dalam pertukangan, perniagaan atau profesion itu.

Keanggotaan Dewan Undangan (gantian bagi seksyen 4)

21. (1) Dewan Undangan hendaklah terdiri daripada—

(a) apa-apa bilangan ahli dipilih sebagaimana yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh

Badan Perundangan; dan

(b) apa-apa bilangan ahli lain, yang kurang daripada bilangan ahli dipilih, yang ditetapkan oleh Raja,

dan, sehingga peruntukan lain dibuat sebagaimana yang disebut terdahulu, bilangan ahli dipilih ialah

bilangan yang dinyatakan dalam Perkara 171 Perlembagaan Persekutuan.

(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam seksyen 6 Jadual Kelapan kepada Perlembagaan Persekutuan,

seseorang tidaklah hilang kelayakan untuk menjadi seorang ahli dilantik bagi Dewan Undangan sematamata

oleh sebab dia memegang jawatan sesuatu jawatan berpendapatan.

BAHAGIAN III

UBAH SUAIAN BAHAGIAN I DAN II BERHUBUNG DENGAN MELAKA DAN PULAU PINANG

22. Dalam pemakaian Bahagian I dan II Jadual ini bagi Negeri Melaka dan Pulau Pinang sebutan mengenai

Raja hendaklah digantikan dengan sebutan mengenai Yang di-Pertua Negeri, dan yang berikut hendaklah

ditinggalkan, iaitu perenggan (c) hingga (g) seksyen 1(2), seksyen 1A, seksyen 2(4), seksyen 19(2) dan (6),

seksyen 20(4), perkataan yang mendahului "jumlah wang yang hendaklah ditunjukkan di bawah perenggan

(b)" dalam seksyen 14(3) dan perkataan "lain" yang mula-mula terdapat dalam seksyen 19(3).

23. Bahagian I Jadual ini hendaklah terpakai bagi Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana Bahagian itu

terpakai bagi Negeri Pulau Pinang dan Melaka.

124

JADUAL KESEMBILAN

[Perkara 74, 77]

Senarai Perundangan

Senarai I—Senarai Persekutuan

1. Hal ehwal luar negeri, termasuk—

(a) Triti, perjanjian dan konvensyen dengan negara lain dan segala perkara yang menghubungkan

Persekutuan dengan mana-mana negara lain;

(b) Perlaksanaan triti, perjanjian dan konvensyen dengan negara lain;

(c) Perwakilan diplomat, konsul dan perdagangan;

(d) Organisasi antarabangsa; penyertaan dalam badan antarabangsa dan perlaksanaan keputusan

yang diambil dalam badan itu;

(e) Ekstradisi; pesalah buruan; penerimaan masuk ke dalam Persekutuan, dan emigrasi dan

pengusiran dari Persekutuan;

(f) Pasport; visa; permit masuk atau perakuan lain; kuarantin;

(g) Bidang kuasa asing dan luar wilayah; dan

(h) Ziarah ke tempat-tempat di luar Malaysia.

2. Pertahanan bagi Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, termasuk—

(a) Angkatan laut, darat dan udara dan angkatan tentera lain;

(b) Mana-mana angkatan tentera yang bertugas atau menjalankan operasi bersama dengan manamana

angkatan tentera Persekutuan; angkatan pelawat;

(c) Kerja pertahanan; kawasan tentera dan kawasan larangan; pengkalan bagi angkatan laut, darat

dan udara; berek, padang terbang dan kerja lain;

(d) Olah gerak:

(e) Peperangan dan keamanan; musuh orang asing dan orang asing musuh; harta musuh;

perdagangan dengan musuh; kerosakan perang; insurans risiko perang;

(f) Senjata, senjata api, amunisi dan bahan letupan;

(g) Perkhidmatan negara; dan

(h) Pertahanan awam.

3. Keselamatan dalam negeri, termasuk—

(a) Polis; penyiasatan jenayah; pendaftaran penjenayah; kenteraman awam;

(b) Penjara; institusi pemulihan akhlak; rumah reman; tempat tahanan; percubaan akhlak bagi

pesalah; pesalah juvana;

(c) Tahanan pencegahan; sekatan kediaman;

(d) Perkhidmatan risikan; dan

(e) Pendaftaran negara.

4. Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan, termasuk—

(a) Keanggotaan dan susunan semua mahkamah selain Mahkamah Syariah;

(b) Bidang kuasa dan kuasa semua mahkamah itu;

(c) Saraan dan keistemewaan lain hakim dan pegawai yang mengetuai mahkamah itu;

(d) Orang yang berhak menjalankan amalan di hadapan mahkamah itu;

(e) Tertakluk kepada perenggan (ii), perkara yang berikut:

(i) Kontrak; perkongsian, agensi dan kontrak khas yang lain; majikan dan perkhidmat; rumah inapan

dan tuan rumah inapan; perbuatan salah boleh dakwa; harta dan pindah hakmiliknya serta

hipotekasinya, kecuali tanah; bona vacantia; ekuiti dan amanah; perkahwinan, perceraian dan

kesahtarafan; harta dan taraf perempuan bersuami; pentafsiran undang-undang persekutuan; surat

cara boleh niaga; akuan berkanun; timbang tara; undang-undang persaudagaran; pendaftaran

125

perniagaan dan nama perniagaan; umur dewasa; budak-budak dan orang belum dewasa;

pengangkutan; pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat; probet dan surat kuasa mentadbir;

kebankrapan dan ketidakmampuan bayar; sumpah dan ikrar; batasan; penguatkuasaan bersaling

penghakiman dan perintah; undang-undang keterangan;

(ii) perkara yang disebut dalam perenggan (i) tidak termasuk undang-undang diri Islam yang

berhubungan dengan perkhawinan, perceraian, penjagaan, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan,

undang-undang keluarga, alang atau pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat;

(f) Rahsia rasmi; perbuatan rasuah;

(g) Penggunaan atau penunjukkan jata, lambang kebangsawanan, bendera, lambang, pakaian

seragam, darjah kebesaran dan bintang kehormatan selain bagi sesuatu Negeri;

(h) Pewujudan kesalahan berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam Senarai

Persekutuan atau yang diperkatakan oleh undang-undang persekutuan;

(i) Tanggung rugi berkenaan dengan mana-mana perkara dalam Senarai Persekutuan atau yang

diperkatakan oleh undang-undang persekutuan;

(j) Bidang kuasa Admiralti;

(k) Penenetuan hukum Syarak dan undang-undang diri yang lain bagi maksud undang-undang

persekutuan; dan

(l) Pertaruhan dan loteri.

5. Kewarganegaraan Persekutuan dan penaturalisasian; orang asing.

6. Jentera kerajaan, tertakluk kepada Senarai Negeri, tetapi termasuk—

(a) Pemilihan menjadi ahli kedua-dua Majlis Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri dan

segala perkara yang berkaitan dengannya;

(b) Majlis Angkatan Tentera dan Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai;

(c) Perkhidmatan persekutuan, termasuk mengadakan perkhidmatan bersama bagi Persekutuan dan

Negeri-Negeri; perkhidmatan bersama bagi dua Negeri atau lebih;

(d) Pencen dan pampasan kerana hilang jawatan; ganjaran dan syarat-syarat perkhidmatan;

(e) Pemerintahan dan pentadbiran Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan

Putrajaya termasuk hukum Syarak di dalamnya setakat yang sama sebagaimana yang diperuntukkan

dalam butiran 1 Senarai Negeri dan berkenaan dengan Wilayah Persekutuan Labuan, undangundang

dan adat anak negeri setakat yang sama sebagaimana yang diperuntukkan dalam butiran 13

Tambahan kepada Senarai Negeri bagi Negeri Sabah dan Sarawak;

(f) Kontrak Kerajaan Persekutuan;

(g) Pihak berkuasa awam Persekutuan; dan

(h) Pembelian, pengambilan dan pemegangan, dan pembuatan apa-apa urusan mengenai, harta

bagi maksud persekutuan.

7. Kewangan, termasuk—

(a) Mata wang, wang sah dan pensyilingan;

(b) Simpanan negara dan bank simpanan;

(c) Peminjaman atas jaminan Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan;

(d) Pinjaman kepada atau peminjaman oleh Negeri, pihak berkuasa awam dan pengusahaan

persendirian;

(e) Hutang awam Persekutuan;

(f) Tatacara kewangan dan perakaunan, termasuk tatacara bagi pemungutan, penjagaan dan

pembayaran wang awam Persekutuan dan wang awam Negeri, dan pembelian, penjagaan dan

pelupusan harta awam selain tanah Persekutuan dan tanah Negeri;

(g) Audit dan akuan Persekutuan dan Negeri dan pihak berkuasa awam yang lain;

(h) Cukai; kadar di ibu kota persekutuan;

(i) Fi berkenaan dengan mana-mana perkara dalam Senarai Persekutuan atau yang diperkatakan

oleh undang-undang persekutuan;

(j) Perbankan; pemberian pinjaman wang; pemegang pajak gadai; kawalan kredit;

(k) Bil pertukaran, cek, nota janji hutang dan surat cara lain yang seumpamanya;

126

(l) Pertukaran asing; dan

(m) Terbitan modal; bursa saham dan bursa komoditi.

8. Pertukangan, perdagangan dan perindustrian, termasuk—

(a) Pengeluaran, pembekalan dan pengedaran barangan; kawalan harga dan kawalan makanan;

pengadukan bahan makanan dan barangan lain;

(b) Import ke dalam Persekutuan dan eksport dari Persekutuan;

(c) Pemerbadanan, pengawalseliaan dan penggulungan perbadanan, selaian perbadanan

perbandaran (tetapi termasuk perbadanan perbandaran ibu kota persekutuan); pengawalseliaan

perbadanan asing; ganjaran atas pengeluaran di Persekutuan atau atas eksport dari Persekutuan;

(d) Insurans, termasuk insurans wajib;

(e) Paten; reka bentuk; reka cipta; cap dagangan dan cap persaudagaran; hak cipta;

(f) Penetapan standard timbang dan sukat;

(g) Penetapan standard kualiti barangan yang dibuat di dalam Persekutuan atau dieksport dari

Persekutuan;

(h) Lelong dan pelelong;

(i) Industri, pengawalseliaan pengusahaan perindustrian;

(j) Tertakluk kepada butiran 2(c) dalam Senarai Negeri: Pembangunan sumber mineral; lombong,

perlombongan, mineral dan bijih mineral; minyak dan medan minyak; membeli, menjual, mengimport

dan mengeksport mineral dan bijih mineral; keluaran petroleum; pengawalseliaan perburuhan dan

keselamatan di dalam lombong dan medan minyak;

(k) Kilang, dandang dan jentera; pertukangan berbahaya; dan

(l) Bahan berbahaya dan mudah terbakar.

9. Perkapalan, pelayaran dan perikanan, termasuk—

(a) Perkapalan dan pelayaran di laut lepas dan di perairan pasang surut dan di perairan pendalaman;

(b) Pelabuhan dan pengkalan; pesisir depan;

(c) Rumah api dan peruntukan lain bagi keselamatan pelayaran;

(d) Penangkapan ikan dan perikanan kelautan dan muara, tidak termasuk penyu;

(e) Dues api; dan

(f) Bangkai dan salvaj.

10. Perhubungan dan pengangkutan, termasuk—

(a) Jalan, jambatan, feri dan cara perhubungan yang lain jika diisytiharkan sebagai persekutuan oleh

atau di bawah undang-undang persekutuan;

(b) Kereta api, tidak termasuk Kereta Api Bukit Bendera;

(c) Jalan udara, pesawat udara dan penerbangan udara; padang terbang awam; peruntukan bagi

keselamatan pesawat udara;

(d) Pengawalseliaan lalu lintas mengikut jalan darat, air dan udara, selain lalu lintas di sungai-sungai

di luar kawasan pelabuhan yang keseluruhannya terletak di dalam satu Negeri;

(e) Pembawaan penumpang dan barangan mengikut jalan darat, air dan udara;

(f) Kenderaan yang didorong secara mekanik;

(g) Pos dan telekomunikasi; dan

(h) Wayarles, penyiaran dan televisyen.

11. Kerja-kerja dan kuasa Persekutuan, termasuk—

(a) Kerja raya bagi maksud persekutuan;

(b) Bekalan air, sungai dan terusan, kecuali yang keseluruhannya terletak di dalam satu Negeri atau

yang dikawal selia oleh suatu perjanjian antara semua Negeri yang berkenaan; pengeluaran;

pengagihan dan pembekalan kuasa air; dan

(c) Elektrik; gas dan kerja gas; dan kerja lain bagi pengeluaran dan pengagihan kuasa dan tenaga.

127

12. Tinjauan, siasatan dan penyelidikan, termasuk—

(a) Banci; pendaftaran kelahiran dan kematian; pendaftaran perkahwinan; pendaftaran

pengangkatan, selain pengangkatan di bawah hukum Syarak dan adat Melayu;

(b) Tinjauan Persekutuan; tinjauan sosial, ekonomi dan sains; organisasi kaji cuaca;

(c) Penyelidikan sains dan teknik; dan

(d) Suruhanjaya siasatan.

13. Pendidikan, termasuk—

(a) Pendidikan rendah, menengah dan universiti; pendidikan vokasional dan teknik; latihan guru;

pendaftaran dan pengawalan guru, pengurus dan sekolah; pemajuan pengajian khas dan

penyelidikan; pertubuhan sains dan sastera;

(b) Perpustakaan; muzium; monumen dan rekod purbakala dan sejarah; tapak dan peninggalan

zaman purba.

14. Perubatan dan kesihatan termasuk kebersihan di ibu kota persekutuan, dan termasuk—

(a) Hospital, klinik dan dispensari; profesion perubatan; kebajikan ibu mengandung dan bersalin serta

anak; pesakit kusta dan institusi pesakit kusta;

(b) Penyakit gila dan kecacatan mental, termasuk tempat menerima dan memberikan rawatan;

(c) Racun dan dadah berbahaya; dan

(d) Dadah dan minuman keras yang memabukkan; pembuatan dan penjualan dadah.

15. Buruh dan keselamatan sosial, termasuk—

(a) Kesatuan sekerja; pertikaian perindustrian dan buruh; kebajikan buruh termasuk mengadakan

rumah bagi buruh oleh majikan; liabiliti majikan dan pampasan pekerja;

(b) Insurans pengangguran; insurans kesihatan; pencen balu, anak yatim dan umur tua; faedah

mengandung dan bersalin; kumpulan wang simpanan dan kebajikan; persaraan; dan

(c) Khairat dan institusi khairat; amanah khairat dan pemegang amanah tidak termasuk Wakaf;

derma kekal Hindu.

16. Kebajikan orang asli.

17. Pekerjaan profesional, selain yang disebut satu persatu secara khusus.

18. Hari kelepasan selain hari kelepasan Negeri; standard waktu.

19. Pertubuhan tidak diperbadankan.

20. Pengawalan makhluk perosak pertanian; pelindungan daripada makhluk perosak itu; pencegahan

penyakit tumbuhan.

21. Akhbar; penerbitan; penerbit; percetakan dan mesin cetak.

22. Penapisan.

23. Tertakluk kepada butiran 5(f) Senarai Negeri: panggung; panggung wayang; filem sinematograf; tempat

hiburan awam.

24. (Dimansuhkan).

25. Koperasi.

128

25A. Pelancongan.

26. Tertakluk kepada butiran 9A Senarai Bersama, pencegahan kebakaran dan pemadaman api, termasuk

perkhidmatan bomba dan pasukan bomba.

27. Segala perkara yang berhubung dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan, termasuk perkara yang disebut

satu persatu dalam butiran 2, 3, 4 dan 5 Senarai Negeri dan dalam hal Wilayah Persekutuan Labuan,

perkara yang disebut satu persatu dalam butiran 15, 16 dan 17 Tambahan kepada Senarai Negeri bagi

Negeri Sabah dan Sarawak.

Senarai II—Senarai Negeri

1. Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hukum Syarak dan

undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang

berhubungan dengan pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkhawinan, perceraian, mas

kahwin,nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, penjagaan, alang, pecah milik dan amanah bukan khairat;

Wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah khairat dan agama, pelantikan pemegang amanah dan

pemerbadanan orang berkenaan dengan derma kekal agama dan khairat, institusi, amanah, khairat dan

institusi khairat Islam yang beroperasi keseluruhannya di dalam Negeri; adat Melayu; Zakat, Fitrah dan

Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam

untuk orang Islam, pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut

agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai

Persekutuan; keanggotaan, susunan dan tatacara mahkamah Syariah, yang hendaklah mempunyai bidang

kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam dan hanya berkenaan dengan mana-mana perkara

yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan

kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan doktrin dan

kepercayaan di kalangan orang yang menganut agama Islam; penentuan perkara mengenai hukum dan

doktrin Syarak dan adat Melayu.

2. Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, tanah termasuk—

(a) Pemegangan tanah, hubungan antara tuan tanah dengan penyewa; pendaftaran hakmilik dan

surat ikatan yang berhubungan dengan tanah; penerokaan, pemajuan tanah dan pemuliharaan

tanah; sekatan sewa;

(b) Tanah Simpanan Melayu atau, di Negeri Sabah dan Sarawak, tanah simpanan anak negeri;

(c) Permit dan lesen untuk mencari gali bagi lombong; pajakan melombong dan perakuan

melombong;

(d) Pengambilan tanah secara paksa;

(e) Pindah hakmilik tanah, gadai janji, pajakan dan gadaian berkenaan dengan tanah; isemen ; dan

(f) Rad; harta karun tidak termasuk benda purba.

3. Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, pertanian dan perhutanan,

termasuk—

(a) Pertanian dan pinjaman pertanian; dan

(b) Hutan.

4. Kerajaan tempatan di luar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, termasuk—

(a) Pentadbiran tempatan; perbadanan perbandaran; lembaga tempatan, lembaga bandaran dan

lembaga luar bandar dan pihak berkuasa tempatan yang lain; perkhidmatan kerajaan tempatan,

kadar tempatan, pilihan raya kerajaan tempatan;

(b) Pertukangan yang memudaratkan dan kacau ganggu awam di dalam kawasan pihak berkuasa

tempatan; dan

(c) (Dimansuhkan).

129

5. Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, perkhidmatan lain yang

berciri tempatan, iaitu:

(a) (Dimansuhkan);

(b) Rumah tumpangan dan rumah pemalaman;

(c) Tanah Perkuburan dan tempat pembakaran mayat;

(d) Tempat kurungan binatang dan pencerobohan kerbau lembu;

(e) Pasasr dan pasar ria; dan

(f) Pelesenan panggung, panggung wayang dan tempat hiburan awam.

6. Kerja-kerja Negeri dan air, iaitu:

(a) Kerja raya bagi maksud Negeri;

(b) Jalan, jambatan dan feri, selain yang ada dalam Senarai Persekutuan, pengawalseliaan berat dan

kelajuan kenderaan di atas jalan itu; dan

(c) Tertakluk kepada Senarai Persekutuan, air (termasuk sungai dan terusan tetapi tidak termasuk

bekalan dan perkhidmatan air); pengawalan kelodak; hak riparia.

7. Jentera Kerajaan Negeri, tertakluk kepada Senarai Persekutuan, tetapi termasuk—

(a) Peruntukan Diraja dan pencen Negeri;

(b) Perkhimatan Negeri yang khusus;

(c) Peminjaman atas jaminan Kumpulan Wang Disatukan Negeri;

(d) Pinjaman bagi maksud Negeri;

(e) Hutang awan Negeri; dan

(f) Fi berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam Senarai Negeri atau yang

diperkatakan oleh undang-undang Negeri.

8. Hari Kelepasan Negeri.

9. Pewujudan kesalahan berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam Senarai Negeri atau

yang diperkatakan oleh undang-undang Negeri, bukti mengenai undang-undang Negeri dan benda yang

dilakukan di bawahnya, dan bukti mengenai apa-apa perkara bagi maksud undang-undang Negeri.

10. Siasatan bagi maksud Negeri, termasuk suruhanjaya siasatan dan pengumpulan perangkaan mengenai

mana-mana perkara yang termasuk dalam Senarai Negeri atau yang diperkatakan oleh undang-undang

Negeri.

11. Tanggung rugi berkenaan dengan mana-mana perkara dalam Senarai Negeri atau yang diperkatakan

oleh undang-undang Negeri.

12. Penyu dan penangkapan ikan di sungai.

12A. Perpustakaan, muzium, monumen dan rekod purbakala dan sejarah dan tapak dan peninggalan zaman

purba, selain apa yang diisytiharkan sebagai persekutuan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan.

Senarai IIA—Tambahan kepada Senarai Negeri bagi Negeri Sabah dan Sarawak

[Perkara 95B(1)(a)]

13. Undang-undang dan adat anak negeri, termasuk undang-undang diri yang berhubungan dengan

perkahwinan, perceraian, penjagaan, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, undang-undang keluarga, alang

atau pewarisan, berwasiat atau tidak berwasiat; pendaftaran pengangkatan di bawah undang-undang atau

adat anak negeri; penentuan perkara perkara mengenai undang-undang atau adat anak negeri;

keanggotaan, susunan, dan tatacara mahkamah anak negeri (termasuk hak untuk didengar di dalam

mahkamah itu), dan bidang kuasa dan kuasa mahkamah itu, yang hendaklah meliputi hanya perkara yang

130

termasuk dalam perenggan ini sahaja dan tidaklah termasuk bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan

kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan.

14. Pemerbadanan pihak berkuasa dan badan lain yang ditubuhkan melalui undang-undang Negeri, jika

diperbadankan secara langsung melalui undang-undang Negeri, dan pengawalseliaan dan penggulungan

perbadanan yang diwujudkan sedemikian.

15. Pelabuhan dan pangkalan, selain yang diisytiharkan sebagai pelabuhan dan pangkalan persekutuan

melalui atau di bawah undang-undang persekutuan; pengawalseliaan lalu lintas mengikut jalan air di

pelabuhan dan pengkalan atau di sungai-sungai yang keseluruhannya terletak di dalam Negeri itu, kecuali

lalu lintas di pelabuhan atau pengkalan persekutuan; pesisir depan.

16. Ukuran tanah kadaster.

17. (Dimansuhkan).

18. Di Sabah, Kereta Api Sabah.

19. (Dimansuhkan).

20. Tertakluk kepada Senarai Persekutuan, bekalan dan perkhidmatan air.

Senarai IIB—(Dimansuhkan)

Senarai III—Senarai Bersama

1. Kebajikan masyarakat; perkhidmatan masyarakat tertakluk kepada Senarai I dan II; perlindungan bagi

perempuan, kanak-kanak dan orang muda.

2. Biasiswa.

3. Perlindungan binatang liar dan burung liar; Taman Negara.

4. Penternakan; pencegahan perbuatan menganiaya binatang; perkhidmatan veterinar; kuarantin binatang.

5. Perancangan bandar dan desa, kecuali di ibu kota persekutuan.

6. Kuturayauan dan penaja dari tempat ke tempat.

7. Kesihatan awam, kebersihan (tidak termasuk kebersihan di ibu kota persekutuan) dan pencegahan

penyakit.

8. Saliran pengairan.

9. Permulihan tanah lombong dan tanah yang telah mengalami hakisan tanah.

9A. Langkah keselamatan kebakaran dan langkah mencegah kebakaran dalam pembinaan dan

penyenggaraan bangunan.

9B. Kebudayaan dan sukan.

9C. Perumahan dan peruntukan bagi kemudahan perumahan; amanah pemajuan.

9D. Tertakluk kepada Senarai Persekutuan, bekalan dan perkhidmatan air.

131

9E. Pemeliharaan warisan.

Senarai IIIA—Tambahan kepada Senarai Negeri bagi Negeri Sabah dan Sarawak

[Perkara 95B(1)(a)]

10. Undang-undang diri yang berhubungan dengan perkahwinan, perceraian, penjagaan, nafkah,

pengangkatan, kesahtarafan, undang-undang keluarga, alang atau pewarisan, berwasiat atau tidak

berwasiat.

11. Pengadukan bahan makanan dan barangan lain.

12. Perkapalan yang beratnya kurang daripada lima belas tan berdaftar, termasuk pembawaan penumpang

dan barangan oleh perkapalan itu; penangkapan ikan dan perikanan kelautan dan muara.

13. Pengeluaran, pengagihan dan pembekalan kuasa air dan elektrik yang dijanakuasakan dengan kuasa

air.

14. Penyelidikan pertanian dan perhutanan, pengawalan makhluk perosak pertanian, dan pelindungan

daripada makhluk perosak itu; pencegahan penyakit tumbuhan.

15. Khairat dan amanah dan institusi khairat di dalam Negeri (iaitu, yang dikendalikan keseluruhannya di

dalam Negeri atau diwujudkan dan dikendalikan di dalam Negeri itu) dan pemegang amanahnya, termasuk

pemerbadanannya dan pengawalseliaan dan penggulungan khairat dan institusi khairat yang diperbadankan

di dalam Negeri itu.

16. Panggung; panggung wayang; filem sinematograf; tempat hiburan awam.

17. Pilihan raya ke Dewan Negeri yang diadakan dalam tempoh pilihan raya secara tidak langsung.

18. Di Sabah sehingga hujung tahun 1970 (tetapi tidak di Sarawak), perubatan dan kesihatan, termasuk

perkara yang dinyatakan dalam butiran 14(a) sehingga (d) Senarai Persekutuan.

Senarai IIB—(Dimansuhkan)

JADUAL KESEPULUH

[Perkara 109, 112C, 161C(3)]

Pemberian dan Sumber Hasil yang Diserahhakkan kepada Negeri

BAHAGIAN I

PEMBERIAN IKUT KEPALA

1. (1) Pemberian ikut kepala yang yang kena dibayar kepada setiap Negeri berkenaan dengan sesuatu

tahun kewangan hendaklah mengikut kadar yang berikut:

(a) bagi 100,000 orang yang pertama mengikut kadar RM72.00 bagi tiap-tiap orang;

(b) bagi 500,00 orang yang berikutnya mengikut kadar RM10.20 bagi tiap-tiap orang;

(c) bagi 500,000 orang yang berikutnya mengikut kadar RM10.80 bagi tiap-tiap orang;

(d) bagi yang selebihnya mengikut kadar RM11.40 tiap-tiap orang,

dan hendaklah berdasarkan unjuran kependudukan tahunan bagi Negeri itu sebagaimana yang ditentukan

oleh Kerajaan Persekutuan dan dihitung menurut bancian kependudukan yang lalu:

132

Dengan syarat bahawa jika bancian yang lalu itu telah dijalankan satu tahun sebelum permulaan tahun

kewangan, maka pemberian bagi tahun tertentu itu hendaklah berdasarkan kependudukan, sebagaimana

yang ditentukan oleh bancian kependudukan itu.

(2) (Dimansuhkan).

BAHAGIAN II

PEMBERIAN JALAN NEGERI

2. Pemberian jalan Negeri yang kena dibayar kepada setiap Negeri Tanah Melayu berkenaan dengan

sesuatu tahun kewangan hendaklah dihitung dengan mendarabkan—

(a) kos purata bagi sesuatu Negeri untuk menyenggarakan sebatu jalan Negeri mengikut standard

minimum yang ditentukan bagi jalan-jalan Negeri di dalam Negeri yang berkenaan oleh Kerajaan

Persekutuan selepas berunding dengan Majlis Kewangan Negara; dengan

(b) sekian panjang perbatuan jalan-jalan Negeri di dalam Negeri itu yang layak mendapat pemberian.

3. Bagi maksud seksyen 2—

(a) perbatuan jalan-jalan Negeri di dalam sesuatu Negeri ialah perbatuan jalan-jalan Negeri itu yang

ada pada tiga puluh satu hari bulan Disember dalam tahun kewangan yang terdahulu, dan kos purata

yang disebut dalam perenggan (a) seksyen itu ialah kos purata di dalam Negeri itu yang dihitung

dalam tahun kewangan yang terdahulu; dan

(b) penyenggaraan jalan-jalan Negeri ertinya pemeliharaan, penjagaan dan pemulihan jalan-jalan

Negeri, perabot tepi jalan, jambatan, jejambat atau pembetung yang menjadi sebahagian daripada

jalan itu atau yang bersambung dengannya dengan seberapa hampir yang mungkin dengan keadaan

asalnya sebagaimana yang dibina atau sebagaimana yang dibaiki kemudiannya.

4. Sesuatu batang jalan Negeri, jika jalan itu sebenarnya disenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri itu

mengikut standard minimum atau yang lebih tinggi daripadanya sebagaimana yang disebut dalam seksyen

2(a) dan sesuatu batang mana-mana jalan di dalam had kawasan sesuatu pihak berkuasa tempatan jika

jalan itu diperakui oleh Jabatan Kerja Raya Negeri itu sebagai termasuk dalam standard kelayakan dan

disenggarakan mengikut standard minimum atau yang lebih tinggi daripadanya sebagaimana yang disebut

dalam seksyen 2(a) layak mendapat pemberian.

5. Dalam bahagian ini dalam Jadual ini. "jalan Negeri" ertinya mana-mana jalan awam, selain jalan

persekutuan, dan mana-mana jalan lain, selain jalan persekutuan, yang boleh dilalui oleh orang ramai.

6. (1) Pemberian jalan Negeri yang kena dibayar kepada Sabah atau Sarawak dalam setiap tahun 1964 dan

1965 hendaklah dibayar mengikut kadar RM4,500 sebatu berkenaan dengan perbatuan di Sabah sepanjang

1,151 batu dan di Sarawak mengikut apa-apa amaun sebagaimana yang dipersetujui antara Kerajaan

Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

(2) Selepas itu, seksyen 2 hingga 5 hendaklah terpakai bagi pemberian jalan Negeri yang kena dibayar

sedemikian dengan ubah suaian yang berikut:

(a) standard minimum yang disebut dalam seksyen 2(a) ialah standard minimum yang ditentukan

bagi jalan-jalan Negeri di dalam Negeri itu; dan

(b) mana-mana batang jalan yang disenggarakan oleh sesuatu pihak berkuasa tempatan atas

perbelanjaan Negeri hendaklah dikira sebagai disenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri itu.

133

BAHAGIAN III

SUMBER HASIL YANG DISERAHHAKKAN KEPADA NEGERI

1. Hasil daripada kedai tuak.

2. Hasil daripada tanah, lombong dan hutan.

[1]3. Hasil daripada lesen-lesen selain lesen-lesen yang berkaitan dengan bekalan dan perkhidmatan air

kenderaan yang didorong secara mekanik, pepasangan elektrik dan pendaftaran perniagaan.

4. Duti hiburan.

5. Fi di dalam mahkamah, selain mahkamah persekutuan.

6. Fi dan terimaan berkenaan dengan perkhidmatan tertentu yang diberikan oleh jabatan-jabatan Kerajaan

Negeri.

7. Hasil lembaga-lembaga bandaran, majlis-majlis bandaran, lembaga-lembaga luar bandar, majlis-majlis

tempatan dan pihak-pihak berkuasa tempatan yang seumpamanya selain—

(a) perbandaran-perbandaran yang ditubuhkan di bawah mana-mana Ordinan Perbandaran;

(b) lembaga-lembaga bandaran, majlis-majlis bandaran, lembaga-lembaga luar bandar, majlis-majlis

tempatan dan pihak-pihak berkuasa tempatan yang seumpamanya yang mempunyai kuasa di bawah

undang-undang bertulis untuk memegang simpan hasilnya dan mengawal perbelanjaan hasilnya itu.

[2]8. Terimaan berkenaan dengan air mentah, termasuk kadar air mentah.

9. Sewa mengenai harta Negeri.

10. Bunga atas baki wang Negeri.

11. Terimaan daripada jualan tanah dan jualan harta Negeri.

12. Denda dan perlucuthakan di dalam mahkamah selain mahkamah persekutuan.

13. Zakat, Fitrah dan Baitulmal dan hasil agama Islam yang seumpamanya.

14. Harta karun.

BAHAGIAN IV

PEMBERIAN KHAS KEPADA NEGERI SABAH DAN SARAWAK

1. (1) Dalam hal Sarawak, pemberian sebanyak RM5,800,000 dalam setiap tahun.

(2) Dalam hal Sarawak, pemberian yang amaunnya dalam tahun 1964 dan setiap tahun selama empat tahun

yang berikutnya ialah masing-masingnya RM3 1/2 juta, RM7 juta, RM11 1/2 juta dan RM21 juta, dan dalam

tahun-tahun yang kemudiannya hendaklah ditetapkan mengikut satu kajian semula di bawah Perkara 112D.

2. (1) Dalam hal Sabah, pemberian yang amaunnya sama banyak dalam setiap tahun dengan dua perlima

daripada amaun yang hasil bersih yang didapati oleh Persekutuan dari Sabah itu melebihi hasil bersih yang

akan didapati sedemikian oleh Persektuan dalam tahun 1963 jika—

(a) Akta Malaysia telah berkuat kuasa dalam tahun itu seperti dalam tahun 1964; dan

134

(b) hasil bersih bagi tahun 1963 dihitung tanpa mengambil kira apa-apa perubahan mengenai apaapa

cukai atau fi yang dibuat pada atau selepas Hari Malaysia,

("hasil bersih" ertinya bagi maksud ini hasil yang terakru kepada Persekutuan, ditolak amaun yang diterima

oleh Negeri berkenaan dengan penyerahhakkan hasil itu).

(2) Dalam hal Sabah, bagi mana-mana tahun sebelum 1968 yang dalamnya pemberian jalan Negeri yang

kurang dari RM5,179,500, suatu tambahan kepada pemberian itu yang amaunnya sama banyak dengan

kekurangan itu.

3. Dalam mana-mana satu hal, bagi mana-mana tahun sebelum tahun 1974 dan, jika pada permulaan tahun

1974 Badan Perundangan Negeri mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang mengenai pembawaan

penumpang dan barangan mengikut jalan darat atau mengenai kenderaan jalan yang didorong secara

makenik, maka dalam masa kuasa itu berterusan, suatu pemberian yang sama banyaknya dengan kos yang

kena dibayar oleh Negeri itu dalam tahun itu bagi jabatan pengangkutan jalan Negeri itu.

BAHAGIAN V

SUMBER TAMBAHAN HASIL YANG DISERAHHAKKAN KEPADA NEGERI SABAH DAN SARAWAK

1. Duti import dan duti eksais atas keluaran pertroleum.

2. Duti eksport atas balak dan hasil hutan lain.

3. Selagi royalti yang dilevikan oleh Negeri ke atas apa-apa mineral yang boleh dikenakan duti eksport,

selain timah (tetapi termasuk minyak mineral) tidak berjumlah 10 peratus ad valorem yang dihitung seperti

bagi maksud duti eksport, duti eksport atas mineral itu atau apa-apa bahagian daripada duti eksport yang

menjadikan jumlah royalti dan duti atas mineral yang dieksport hingga 10 peratus ad valorem yang dihitung

sedemikian.

4. Dalam hal Sabah selagi perubatan dan kesihatan masih menjadi suatu butiran dalam Senarai Bersama

dan perbelanjaan berkenaan dengan butiran itu ditanggung oleh Negeri itu, 30 peratus daripda segala hasil

kastam selain hasil kastam berkenaan dengan duti-duti yang disebut dalam seksyen 1, 2 dan 3.

5. Bagi mana-mana tahun sebelum 1974 dan, jika pada permulaan tahun 1974 Badan Perundangan Negeri

mempunayi kuasa untuk membuat undang-undang mengenai pembawaan penumpang dan barangan

mengikut jalan darat atau mengenai kenderaan jalan yang didorong secara mekanik atau lesen-lesen

berkaitan dengan kenderaan-kenderaan itu, maka, dalam masa kuasa itu berterusan, fi daripada lesen-lesen

itu.

6. Bagi mana-mana tahun sebelum tahun 1974, dan jika pada permulaan tahun 1974 Badan Perundangan

Negeri mempunayi kuasa membuat undang-undang mengenai pendaftaran kenderaan yang didorong secara

mekanik, maka dalam masa kuasa itu berterusan, fi daripada pendaftaran kenderaan-kenderaan itu.

7. Cukai-cukai jualan Negeri.

8. Fi dan dius daripada pelabuhan, selain pelabuhan persekutuan.

9. Terimaan berkenaan dengan bekalan dan perkhidmatan air, termasuk kadar air.

10. Hasil daripada lesen yang berkaitan dengan bekalan dan perkhidmatan air.

135

JADUAL KESEBELAS

[Perkara 160(1)]

Peruntukan Ordinan Tafsiran dan Fasal-Fasal Am 1948 (Ordinan Malayan Union No. 7 tahun 1948),

yang Terpakai bagi Mentafsirkan Perlembagaan.

Seksyen Hal Perkara

2 (56) Erti "bulan"-

"bulan ertinya bulan kalendar mengikut kalendar Gregory.

2 (61) Erti "orang" dan "pihak"

"orang" dan "pihak" termasuklah mana-mana kumpulan orang yang diperbadankan atau tidak

diperbadankan.

2 (88) Takrif "perundangan subsidiari"-

"perundangan subsidiari" ertinya apa-apa Perintah dalam Majlis Mesyurat , proklamasi, kaedah,

peraturan, perintah, pemberitahuan, undang-undang kecil atau surat cara lain yang dibuat di

bawah mana-mana Ordinan, Enakmen atau kuasa sah yang lain dan mempunyai kuat kuasa

perundangan.

2 (94) Pentafsiran jantina lelakiperkataan

yang membawa maksud jantina lelaki termasuklah perempuan.

2(95) Pentafsiran bilangan tunggal atau jamakperkataan

dalam bilangan tunggal termasuklah bilangan jamak, dan perkataan dalam bilangan

jamak termasuklah bilangan tunggal.

2(96) Erti "tulisan"-

"tulisan" dan ungkapan yang dikaitkan dengan tulisan termasuklah cetakan, litografi, tulisan taip,

fotografi, dan cara lain untuk menyatakan atau menurunkan perkataan atau angka dalam bentuk

boleh lihat.

2 (98) Erti "tahun"-

"tahun" ertinya suatu tahun yang dihitung mengikut kalendar Gregory.

7 Borang-

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya, apabila borang ada ditetapkan,

pelencongan sedikit daripadanya yang tidak menyentuh isi atau tidak bermaksud untuk

mengelirukan, tidaklah menidaksahkan borang itu.

13 Kesan pemansuhan-

Jika sesuatu undang-undang bertulis memansuhkan keseluruhan atau sebahagian daripada

mana-mana undang-undang bertulis yang lain, maka, melainkan jika terdapat niat yang

berlawanan, pemansuhan itu tidaklah-

(a) menghidupan kembali apa-apa yang tidak berkuat kuasa atau tidak wujud pada masa

pemansuhan itu berkuat kuasa; atau

(b) menyentuh perjalanan terdahulu mana-mana undang-undang bertulis yang

dimansuhkan sedemikian atau apa-apa yang telah dilakukan atau ditanggung dengan

sewajarnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan sedemikian;

atau

136

(c) menyentuh apa-apa hak, keistemewaan, obligasi atau liabiliti yang diperoleh, terakru

atau dikenakan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan

sedemikian; atau

(d) menyentuh apa-apa penalti, pelucuthakan atau hukuman yang dikenakan berkenaan

dengan apa-apa kesalahan yang dilakukan terhadap mana-mana undang-undang bertulis

yang dimansuhkan sedemikian; atau

(e) menyentuh apa-apa penyiasatan, prosiding undang-undang, atau remidi berkenaan

dengan mana-mana hak, keistemewaan, obligasi, liabiliti, penalti, pelucuthakan atau

hukuman yang tersebut terdahuku,

dan mana-mana penyiasatan, prosiding undang-undang atau remidi itu boleh di mulakan,

diteruskan atau dikuatkuasakan, dan mana-mana penalti, pelucuthakan atau hukuman itu

boleh dikenakan, seolah-olah undang-undang yang dimansuhkan itu tidak diluluskan.

21 (Dimansuhkan).

23 Peruntukan am mengenai kuasa yang diberikan kepada mana-mana pihak berkuasa untuk

membuat perundangan subsidiari-

Jika sesuatu Ordinan atau Enakmen memberikan kuasa kepada mana-mana pihak berkuasa untuk

membuat perundangan subsidiari, maka perundangan subsidiari itu boleh pada bila-bila masa

dipinda, diubah, dihapuskan atau dibatalkan oleh pihak berkuasa yang sama dan mengikut cara

yang sama sebagaimana perundangan sebsidiari itu dibuat.

28 Penafsiran peruntukan tentang perjalanan kuasa dan kewajipan-

(1) Jika sesuatu undang-undang bertulis memberikan sesuatu kuasa atau mengenakan sesuatu

kewajipan, maka, melainkan jika terdapat niat yang berlawana, kuasa itu boleh dijalankan dan

kewajipan itu hendaklah dilaksanakan dari semasa ke semasa mengikut kehendak keadaan.

(2) Jika sesuatu undang-undang bertulis memberikan sesuatu kuasa atau mengenakan sesuatu

kewajipan kepada pemegang sesuatu jawatan sebagai yang sedemikian, maka, melainkan jika

terdapat niat yang berlawanan, kuasa itu boleh dijalankan dan kewajipan itu hendaklah

dilaksanakan oleh pemegang jawatan pada masa ini atau oleh seseorang yang dilantik dengan

sewajarnya untuk bertindak bagi dirinya.

29 Kuasa untuk melantik termasuklah kuasa untuk membuang kerja-

Jika suatu undang-undang bertulis memberi mana-mana orang atau pihak berkuasa kuasa untuk

membuat perlantikan bagi memegang apa-apa jawatan atau kedudukan, maka, melainkan jika

terdapat niat yang berlawanan, kuasa itu hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk kuasa untuk

membuang kerja atau menggantung mana-mana orang yang dilantik dan melantik seorang lain

buat sementara bagi menggantikan mana-mana orang yang digantung sedemikian atau bagi

menggantikan mana-mana pemegang jawatan atau kedudukan yang sakit atau tidak hadir.

Dengan syarat bahawa jika kuasa orang atau pihak berkuasa itu untuk membuat perlantikan itu

hanya boleh dijalankan atas syor atau tertakluk kepada kelulusan atau persetujuan seseorang

atau sesuatu pihak berkuasa lain, maka, melainkan jika terdapat niat yang berlawanan, kuasa

untuk membuang kerja itu hanya boleh dijalankan atas syor atau tertakluk kepada kelulusan atau

persetujuan orang atau pihak berkuasa yang lain itu.

30 Pentafsiran perkataan pemboleh-

Jika suatu undang-undang bertulis memberikan kuasa kepada mana-mana orang untuk

melakukan atau menguatkuasakan perlakuan apa-apa perbuatan atau benda, maka segala kuasa

yang semunasabahnya perlu untuk membolehkan orang itu melakukan atau menguatkuasakan

perlakuan perbuatan atau benda itu hendaklah difahamkan sebagai juga diberikan kepada orang

itu.

32 Nama jawatan rasmi hendaklah termasuk pegawai yang melaksanakan kewajipan137

Apabila sebutan dibuat dalam mana-mana undang-undang bertulis, surat cara, waran atau proses

daripada apa-apa jenis yang dibuat atau dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong, atau seseorang

Raja atau mana-mana badan atau orang yang mempunyai kuasa di bawah mana-mana undangundang

bertulis untuk membuat atau mengeluarkannya kepada mana-mana pegawai awam

mengikut gelaran nama jawatannya, maka pegawai itu hendaklah termasuk pegawai yang pada

masa ini melaksanakan kewajipan jawatan itu atau mana-mana bahagian daripada kewajipan itu.

33 Kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan peruntukan bagi perlaksanaan kewajipan

pegawai awam dalam masa pegawai itu tidak ada atau tidak berdaya buat sementara-

(1) Jika apa-apa kuasa diberikan atau apa-apa kewajipan dikenakan melalui atau dibawah manamana

undang-undang bertulis kepada seseorang pegawai awam, maka Yang di-Pertuan Agong,

dalam hal seseorang pegawai awam yang ditanggung dalam perjawatan sesuatu Negeri, Raja

Negeri itu boleh mengarahkan bahawa jika, dalam apa-apa tempoh, oleh sebab dia tidak ada atau

tidak berdaya bertindak kerana sakit atau apa-apa sebab lain, pegawai awam itu tidak dapat

menjalankan kuasa atau melaksanakan kewajipan jawatannya di mana-mana tempat di bawah

bidang kuasa atau kawalannya, maka kuasa itu hendaklah dipunyai dan boleh dijalankan,dan

kewajipan itu hendaklah dilaksanakan di tempat itu oleh orang yang dinamakan oleh, atau oleh

pegawai awam yang memegang jawatan yang ditetapkan oleh, Yang di-Pertuan Agong atau Raja,

mengikut mana-mana yang berkenaan; dan dengan itu orang atau pegawai awam itu, dalam apaapa

tempoh yang disebut terdahulu, hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan kuasa itu dan

hendaklah melaksanakan kewajipan yang disebut terdahulu tertakluk kepada apa-apa syarat,

kekecualian dan pembatasan yang diarahkan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja.

(2) Tanpa mejejaskan peruntukan subseksyen (1), apabila pemegang hakiki mana-mana jawatan

bercuti sebelum melepaskan jawatannya maka adalah sah bagi seorang lain dilantik secara hakiki

bagi menggantikannya.

33C Kuasa sesuatu lembaga, dsb, tidak terjejas oleh kekosongan, dsb.-

Jika mana-mana lembaga, suruhanjaya, jawatankuasa atau badan yang seumpamanya, sama ada

yang diperbadankan, ditubuhkan melalui atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis,

maka, melainkan jika terdapat niat yang berlawanan, kuasa dan prosiding lembaga, suruhanjaya,

jawatankuasa atau badan yang seumpamanya itu tidaklah terjejas oleh—

(a) apa-apa kekosongan dalam keanggotaannya;

(b) apa-apa kecatatan yang didapati kemudiannya tentang pelantikan atau kelayakan

seseorang yang berupa sebagai anggotanya; atau

(c) apa-apa ketidakteraturan yang kecil dalam memanggil mana-mana mesyuaratnya.

35 (Dimansuhkan).

36 Pengiraan masa—

Pada pengiraan masa bagi maksud mana-mana undang-undang bertulis, melainkan jika terdapat

niat yang berlawanan—

(a) tempoh beberapa hari dari berlakunya sesuatu kejadian atau dari pelakuan apa-apa

perbuatan atau benda hendaklah disifatkan sebagai tidak termasuk hari kejadian itu

berlaku atau perbuatan atau benda itu dilakukan;

(b) jika hari terakhir dalam tempoh itu ialah hari kelepasan mingguan atau hari kelepasan

am (hari yang disebut sebagai hari terkecuali dalam seksyen ini) maka tempoh itu

hendaklah termasuk hari yang pertama yang berikutnya, iaitu yang bukan hari terkecuali;

(c) apabila apa-apa perbuatan atau prosiding diarahkan atau dibenarkan dilakukan atau

dijalankan pada suatu hari yang tertentu, maka, jika hari itu kebetulannya hari terkecuali,

perbuatan atau prosiding itu hendaklah dianggap sebagai dilakukan atau dijalankan dalam

masa yang sewajarnya jika dilakukan atau dijalankan pada hari yang pertama selepas itu,

iaitu yang bukan hari terkecuali;

138

iaitu yang bukan hari terkecuali;

(d) pabila sesuatu perbuatan atau prosiding diarahkan atau dibenarkan dilakukan atau

dijalankan dalam apa-apa massa yang tidak melebihi enam hari, maka hari-hari terkecuali

tidak boleh dihitung pada mengira masa itu.

38 Peruntukan apabila masa tidak ditetapkan-

Jika masa tidak ditetapkan atau dibenarkan yang dalamnya apa-apa benda hendak dilakukan,

maka benda itu hendaklah dilakukan dengan seberapa segera yang boleh dan seberapa kerap

keadaan yang ditetapkan itu berlaku.

39 Pentafsiran kuasa untuk melanjutkan masa-

Jika dalam mana-mana undang-undang bertulis masa ditetapkan bagi melakukan apa-apa

perbuatan atau menjalankan apa-apa prosiding dan kuasa diberikan kepada sesuatu mahkamah

atau pihak berkuasa yang lain untuk melanjutkan masa itu, maka, melainkan jika terdapat niat

yang berlawanan, kuasa itu boleh dijalankan oleh mahkamah atau pihak berkuasa yang lain itu

walaupun permohonan bagi pelanjutan masa itu tidak dibuat sehingga selepas habis tempoh masa

yang ditetapkan.

40A Peguam Cara Negara menjalankan kuasa Peguam Negara-

(1) Melainkan jika diperuntukkan dengan nyata selainnya dalam mana-mana undang-undang

bertulis, Peguam Cara Negara boleh melaksanakan mana-mana kewajipan dan menjalankan

mana-mana kuasa Peguam Negara.

(2) Jika Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang lain telah mewakilkan kuasanya dengan

sah kepada Peguam Negara maka, melainkan jika diperuntukkan dengan nyata selainnya,

pewakilan itu hendaklah disifatkan sebagai pewakilan kuasa kepada Peguam Negara dan Peguam

Cara Negara kedua-duanya.

42 Pegawai awam-

Sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenai mana-mana pegawai awam

mengikut nama jawatannya yang biasa atau am hendaklah, jika terdapat jawatan sedemikian pada

lazimnya di Persekutuan atau mana-mana Negeri dan melainkan jika terdapat niat yang

berlawanan, dibaca dan ditafsirkan sebagai sebutan mengenai orang yang pada masa ini

memegang atau menjalankan kewajipan jawatan itu di dalam Persekutuan atau Negeri itu,

mengikut mana-mana yang berkenaan.

44 Penafsiran sebutan mengenai undang-undang-

Dalam mana-mana undang-undang bertulis, sesuatu perihalan atau petikan mengenai suatu

bahagian daripada sesuatu undang-undang bertulis yang lain hendaklah, melainkan jika terdapat

niat yang berlawanan, ditafsirakan sebagai termasuk perkataan, seksyen atau bahagian lain yang

diperkatakan atau disebut sebagai menjadi permulaan dan penghujung bahagian yang masuk

dalam perihalan atau petikan itu.

46 (Dimansuhkan).

JADUAL KEDUA BELAS - Dimansuhkan.

(Dimansuhkan).

139

JADUAL KETIGA BELAS

[Perkara 113, 116, 117]

Peruntukan yang berhubungan dengan Penyempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya

BAHAGIAN I

PENETAPAN DAN PRINSIP YANG BERHUBUNGAN DENGAN PENYEMPADANAN BAHAGIANBAHAGIAN

PILIHAN RAYA

1. Sehingga diubah mengikut peruntukan Jadual ini, bahagian-bahagian pilihan raya bagi memilih ahli-ahli ke

Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri hendaklah bahagian-bahagian pilihan raya yang mulamula

digunakan bagi pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan, mengikut mana-mana yang

berkenaan, menurut Perlembagaan ini atau Akta Malaysia.

2. Prinsip yang berikut hendaklah seboleh-bolehnya diambil kira dalam membahagikan mana-mana unit

kajian semula kepada bahagian-bahagian pilihan raya menurut peruntukan Perkara 116 dan 117—

(a) di samping mengambil perhatian tentang wajarnya semua pemilih diberi peluang yang

semunasabahnya mudah untuk pergi mengundi, bahagian-bahagian pilihan raya patutlah

disempadankan supaya tidak merentasi sempadan Negeri dan patutlah juga diberikan perhatian

kepada kesulitan bahagian pilihan raya Negeri merentasi sempadan bahagian-bahagian pilihan raya

persekutuan;

(b) perhatian patutlah diberikan kepada kemudahan pentadbiran yang boleh didapati di dalam

bahagian pilihan raya itu bagi mengadakan jentera pendaftaran dan pengundian yang perlu;

(c) bilangan pemilih di dalam setiap bahagian pilihan raya di dalam sesuatu Negeri patutlah lebih

kurang sama banyak kecuali bahawa, dengan mengambil kira kesulitan yang lebih besar untuk

sampai kepada pemilih di dalam daerah desa dan kesukaran lain yang dihadapi oleh bahagianbahagian

pilihan raya di luar bandar, ukuran pewajaran bagi kawasan patutlah diberikan kepada

bahagian-bahagian pilihan raya;

(d) perhatian patutlah diberikan kepada kesulitan yang akan timbul dengan perubahan bahagianbahagian

pilihan raya, dan kepada pemeliharaan hubungan tempatan.

3. Bagi maksud Bahagian ini, bilangan pemilih hendaklah dikira sebagai bilangan yang ditunjukkan dalam

daftar pemilih semasa.

3A. Bagi maksud Bahagian ini, dalam apa-apa kajian semula bahagian-bahagian pilihan raya bagi maksud

pilihan raya ke Dewan Rakyat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan

Wilayah Persekutuan Putrajaya hendaklah setiap satunya dikira sebagai suatu Negeri.

BAHAGIAN II

TATACARA BAGI MENYEMPADANKAN BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA

4. Jika Suruhanjaya Pilihan Raya telah memutuskan buat sementara untuk membuat syor di bawah Fasal (2)

Perkara 113 yang menyentuh mana-mana bahagian pilihan raya, Suruhanjaya hendaklah memberitahu

Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri dengan sewajarnya, dan hendaklah menyiarkan dalam

Warta dan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar yang diedarkan di dalam bahagian pilihan raya itu suatu

notis yang menyatakan—

(a) kesan syor yang dicadangkan olehnya, dan (kecuali dalam hal jika Suruhanjaya bercadang untuk

mengesyorkan bahawa tiada perubahan dibuat berkenaan dengan bahagian pilihan raya itu) bahawa

suatu salinan syornya terbuka untuk diperiksa di suatu tempat tertentu di dalam bahagian pilihan raya

itu; dan

140

(b) bahawa representasi mengenai syor yang dicadangkan itu boleh dibuat kepada Suruhanjaya

dalam masa satu bulan selepas penyiaran notis itu,

dan Suruhanjaya hendaklah mempertimbangkan apa-apa representasi yang dibuat dengan sewajarnya

mengikut mana-mana notis itu.

5. Jika, apabila tersiarnya notis di bawah seksyen 4 mengenai sesuatu syor yang dicadangkan oleh

Suruhanjaya Pilihan Raya bagi mengubah mana-mana bahagian pilihan raya, Suruhanjaya menerima apaapa

representasi membantah syor yang dicadangkan itu daripada—

(a) Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa tempatan yang keseluruhan atau sebahagian

kawasannya termasuk di dalam bahagian-bahagian pilihan raya yang tersentuh oleh syor itu; atau

(b) sekumpulan orang seramai satu ratus orang atau lebih yang nama mereka ditunjukkan dalam

daftar pemilih semasa bagi bahagian-bahagian pilihan raya yang berkenaan,

maka Suruhanjaya hendaklah menyebabkan suatu siasatan tempatan diadakan berkenaan dengan

bahagian-bahagian pilihan raya itu.

6. Berhubung dengan apa-apa siasatan yang diadakan di bawah seksyen 5 Suruhanjaya Pilihan Raya

hendaklah mempunyai segala kuasa yang diberikan kepada Pesuruhjaya oleh Akta Suruhanjaya Siasatan

1950 [Akta 119].

7. Jika Suruhanjaya Pilihan Raya menyemak apa-apa syor yang dicadangkan selepas menyiarkan suatu

notis mengenainya di bawah seksyen 4, maka Suruhanjaya hendaklah sekali lagi mematuhi seksyen itu

berhubung dengan syor yang disemak itu, seolah-olah tiada notis dahulunya telah disiarkan:

Dengan syarat bahawa tidaklah perlu diadakan lebih daripada dua siasatan tempatan berkenaan dengan

mana-mana syor itu.

8. Setelah selesai menjalankan tatacara yang ditetapkan oleh Bahagian ini, Suruhanjaya Pilihan Raya

hendaklah mengemukakan kepada Perdana Menteri suatu laporan mengenai bahagian-bahagian pilihan

raya yang menunjukkan—

(a) bahagian-bahagian pilihan raya yang kepadanya disyorkan olehnya supaya setiap unit kajian

semula patut dibahagikan untuk melaksanakan prinsip yang dinyatakan dalam seksyen 2; dan

(b) nama-nama yang dengannya disyorkan olehnya bahagian-bahagian pilihan raya itu hendaklah

dikenali,

atau menyatakan bahawa pada pendapatnya tiada perubahan dikehendaki dibuat untuk melaksanakan

prinsip tersebut.

9. Dengan seberapa segera yang boleh selepas Suruhanjaya Pilihan Raya mengemukakan laporannya

kepada Perdana Menteri di bawah seksyen 8, Perdana Menteri hendaklah membentangkan laporan itu di

hadapan Dewan Rakyat, bersama dengan (kecuali dalam hal jika laporan itu menyatakan bahawa tiada

perubahan dikehendaki dibuat) draf suatu Perintah yang akan dibuat di bawah seksyen 12 bagi

melaksanakan, dengan atau tanpa ubah suaian, syor yang terkandung dalam laporan itu.

10. Jika mana-mana draf Perintah yang disebut dalam seksyen 9 diluluskan oleh Dewan Rakyat melalui

ketetapan yang disokong dengan undi sebanyak tidak kurang daripada setengah daripada jumlah bilangan

ahli Dewan itu, maka Perdana Menteri hendaklah mengemukakan draf Perintah itu kepada Yang di-Pertuan

Agong.

11. Jika usul bagi meluluskan mana-mana draf Perintah yang disebut dalam seksyen 9 ditolak oleh Dewan

Rakyat, atau ditarik balik dengan kebenaran Dewan itu, atau tidak disokong dengan undi sebanyak tidak

kurang daripada setengah daripada jumlah bilangan ahli Dewan itu, maka Perdana Menteri boleh, selepas

141

mengadakan apa-apa rundingan yang difikirkannya perlu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya, meminda draf

itu dan membentangkan draf yang dipinda itu di hadapan Dewan Rakyat; dan jika draf sebagaimana yang

dipinda sedemikian diluluskan oleh Dewan itu melalui suatu ketetapan yang disokong dengan undi sebanyak

tidak kurang daripada setengah daripada jumlah bilangan ahli Dewan itu,maka Perdana Menteri hendaklah

mengemukakan draf yang dipinda itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

12. Jika draf sesuatu Perintah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong di bawah Bahagian ini, Yang di-

Pertuan Agong hendaklah membuat suatu Perintah mengikut kehendak draf yang dikemukakan kepadanya

itu, dan Perintah itu hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalamnya:

Dengan syarat bahawa permulaan kuat kuasa mana-mana Perintah sedemikian tidaklah menyentuh manamana

pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan sehingga pembubaran yang berikutnya

Parlimen atau Dewan Undangan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang berlaku pada atau selepas

tarikh itu.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA/SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang

meminda Tajuk ringkas

Ord. 42/1958 Ordinan Perlembagaan (Pindaan Sementara) 1958

Akta 10/1960 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1960

Akta 14/1962 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1962

Akta 25/1963 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1963

Akta 26/1963 Akta Malaysia

Akta 19/1964 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1964

Akta 31/1965 Akta Perlembagaan dan Akta Malaysia (Pindaan) 1965

Akta 53/1965 Akta Perlembagaan dan Malaysia (Pindaan Singapura) 1965

Akta 59/1966 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1966

Akta 68/1966 Akta Darurat (Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Sarawak)

1966

Akta 27/1968 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1968

Akta A1 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1969

P.U. (B) 83/1969 Ketetapan menurut Perkara 122A(1)

Ord. 1/1969 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1969

Ord. 3/1969 Ordinan No. 3 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969

Ord. 32/1970 Ordinan No. 32 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970

Akta A30 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1971

Akta A31 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1971

Akta A193 Akta Perlembagaan (Pindaan)1973

Akta A206 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1973

Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit) 1975

Akta A335 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1976

Akta A354 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1976

Akta A392 Akta Pemberian Ikut Kepala 1977

142

Akta A442 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1978

Akta A514 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1981

P.U. (A) 114/1982 Perintah Keanggotaan Mahkamah Persekutuan (Hakim-hakim) 1982

Akta A566 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1983

Akta A584 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1984

Akta A585 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1984

Akta A631 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1985

Akta A704 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1988

Akta A767 Akta Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 1990

P.U. (A) 149/1990 Perintah Keanggotaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 1990

P.U. (A) 150/1990 Perintah Keanggotaan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan 1990

Akta A837 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1992

Akta 503 Akta Pemberian Ikut Kepala 1993

Akta A848 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993

Akta A849 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1993

Akta A857 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 1993

Akta A885 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1994

Akta A919 Akta Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 1995

Akta A945 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1996

Akta A1095 Akta Perlembagaan (Pindaan) 2001

Akta A1130 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2001

P.U. (A) 169/2001 Perintah Keanggotaan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan 2001

P.U. (A) 378/2001 Perintah Keanggotaan Mahkamah Rayuan 2001

Akta 622 Akta Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2002

Akta A1198 Akta Perlembagaan (Pindaan) 2003

P.U. (A) 229/2005 Perintah Keanggotaan Mahkamah Persekutuan 2005

Akta A1239 Akta Perlembagaan (Pindaan) 2005.

Akta A1260 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2005

P.U. (A) 384/2006 Perintah Keanggotaan Mahkamah Tinggi (Hakim) 2006

P.U. (A) 385/2006 Perintah Keanggotaan Mahkamah Rayuan 2006

143

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA/SENARAI PERKARA YANG DIPINDA

Perkara Kuasa meminda Tarikh kuat kuasa

Akta 26/1963 16-09-1963

Akta 59/1966 09-08-1965

Akta A206 01-02-1974

Akta A354 27-08-1976

Akta A566 01-02-1974

Akta A585 16-04-1984

1

Akta A1095 01-02-1901

Akta 26/1963 16-09-1963

Akta 59/1966 09-08-1965

Akta A206 01-02-1974

Akta A354 27-08-1976

Akta A585 16-04-1984

3

Akta A1095 01-02-2001

4 Akta 26/1963 16-09-1963

Akta A885 24-06-1994

Akta 26/1963 16-09-1963

Akta A354 31-08-1957

5

Akta A704 10-06-1988

6 Akta A354 27-08-1976

Akta A1130 28-199-2001

8 Akta 26/1963 16-09-1963

Akta A1130 28-09-2001

Akta 26/1963 16-09-1963

Akta 19/1964 30-07-1964

9

Akta 59/1966 19-09-1966

10 Akta 26/1963 16-09-1963

Akta A30 10-03-1971

Akta A206 01-02-1974

Akta A354 27-08-1976

Akta A585 16-04-1984

11

Akta A1095 01-02-2001

12 Akta 25/1963 31-08-1957

144

Akta A354 27-08-1976

Akta 14/1962 01-10-1962

Akta 26/1963 16-09-1963

14

Akta 59/1966 09-08-1965

Akta 10/1960 1-12-1960

Akta 14/1962 1-10-62

Akta 26/1963 16-9-63

Akta 59/1966 9-8-65

15

Akta A514 27-8-76

15A Akta 14/62 1-10-62

Akta 10/60 1-12-60

Akta 25/63 29-8-63

Akta 26/63 16-9-63

16

Akta 59/66 9-8-65

Akta 26/63 16-9-63

Akta 59/66 9-8-65

16A

Akta A514 27-8-76

17 Akta 10/60 1-12-60

Akta 14/62 1-7-63

Akta 14/62 1-7-63

Akta 25/63 29-8-63

Akta 26/63 16-9-63

18

Akta 59/66 9-8-65

Akta 14/62 1-10-62

Akta 26/63 16-9-63

Akta 59/66 9-8-65

19

Akta A354 27-8-76

19A Akta 26/63 16-9-63

Akta 59/66 9-8-65

20 Akta 14/62 1-2-64

Akta 26/63 16-9-63

21 Akta 14/62 1-2-64

Akta 26/63 16-9-63

22 Akta 26/63 16-9-63

23 Akta 10/60 1-12-60

Akta 14/62 31-8-57

Akta 14/62 1-10-62

Akta 26/63 16-9-63

24

Akta A354 27-8-76

25 Akta 14/62 1-10-62

Akta 26/63 16-9-63

145

Akta 160 29-8-75

Akta A354 27-8-76

26 Akta 14/62 1-10-62

Akta 19/64 30-7-64

Akta 14/62 1-10-62

Akta 26/63 16-9-63

26A

Akta 59/66 9-8-65

26B Akta 14/62 1-10-62

28 Akta 26/63 16-9-63

Akta 26/63 16-9-63

Akta 59/66 9-8-65

Akta A354 27-8-76

28A

Akta A514 27-8-76

Akta 10/60 1-12-60

Akta 26/63 16-9-63

Akta 59/66 9-8-65

Akta 26/63 16-9-63

30

Akta 59/66 9-8-65

30A Akta 26/63 16-9-63

Akta 59/66 9-8-65

30B Akta 26/63 16-9-63

32 Akta A354 27-8-76

Akta A848 30-3-93

33 Akta A354 27-8-76

33A Akta A848 30-3-93

Ord. 42/58 5-12-58

Akta 10/60 11-9-60

34

Akta A354 27-8-76

Akta 14/62 21-6-62

Akta 19/64 1-1-65

35

Akta A354 27-8-76

Akta 26/63 16-9-63

Akta A354 27-8-76

Akta A566 1-1-85

37

Akta A885 24-6-94

Akta 26/63 16-9-63

Akta A354 27-8-76

Akta A514 27-8-76

38

Akta A848 30-3-93

39 Akta 14/62 31-8-57

40 Akta A31 24-3-71

146

Akta A885 24-6-94

Akta 10/60 31-5-60

Akta 26/63 16-9-63

Akta 59/66 9-8-65

Akta A206 1-2-74

Akta A354 27-8-76

Akta A514 15-5-81

Akta A585 16-4-84

Akta A848 30-3-93

42

Akta A1095 1-2-01

43 Akta 10/60 31-5-60

Akta A857 20-8-93

Akta 10/60 31-5-60

Akta A31 24-3-71

Akta A566 16-12-83

43A

Akta A885 24-6-94

Akta 19/64 16-9-63

Akta A31 24-3-71

43B

Akta A566 16-12-83

43C Akta 19/64 16-9-63

Akta 26/63 16-9-63

Akta 19/64 30-7-64

Akta A442 31-12-78

Akta A514 15-5-81

Akta A585 16-4-84

Akta A1095 1-2-01

45

Akta A1130 28-9-01

Akta 14/62 21-6-62

Akta 26/63 16-9-63

Akta 59/66 9-8-65

Akta A206 23-8-73

Akta A566 16-12-83

Akta 585 16-4-84

Akta A631 24-2-86

Akta A837 20-11-92

Akta A945 7-6-96

Akta A1095 1-2-01

46

Akta A1198 15-8-03

Akta 10/60 31-5-60

Akta 26/63 16-9-63

48

Akta 160 29-8-75

147

Akta A354 27-8-76

Akta A514 27-8-76

Akta A566 16-12-83

Akta A767 11-5-90

50 Akta 25/63 29-8-63

52 Akta A514 15-5-81

53 Akta 26/63 16-9-63

Akta A566 16-12-83

Akta 26/63 16-9-63

Akta 31/65 1-7-65

Akta 59/66 19-9-66

Akta A1 18-11-68

Akta A31 24-3-71

Akta A354 27-8-76

Akta A585 14-4-84

54

Akta A857 20-8-93

Akta 59/66 19-9-66

Ord. Darurat 1/69 15-5-69

Ord. Darurat 32/70 12-5-70

Akta A354 27-8-76

Akta A514 27-8-76

Akta A585 14-4-84

55

Akta A885 24-6-94

Akta 10/60 31-5-60

Akta A514 15-5-81

Akta A566 16-12-83

56

Akta A1130 28-9-01

Akta 10/60 31-5-60

Akta 19/64 30-7-64

Akta A514 15-5-81

Akta A566 16-12-83

57

Akta A1130 28-9-01

58 Akta A566 16-12-83

59 Akta A566 16-12-83

Akta 10/60 31-5-60

Akta A31 24-3-71

61

Akta A631 24-2-86

62 Akta 14/62 21-6-62

Akta 19/64 30-7-64

63 Akta A30 10-3-71

Akta A848 30-3-93

148

Akta 14/62 21-6-62

Akta 26/63 16-9-63

Akta A354 31-8-57

Akta A837 20-11-92

Akta A885 24-6-94

65

Akta A1130 28-9-01

Akta A566 16-12-83

Akta A584 20-1-84

66

Akta A885 24-6-94

67 Akta 14/62 15-7-62

70 Akta A354 27-8-76

Akta A514 27-8-76

Akta 25/63 29-8-63

Akta 26/63 16-9-63

Akta 59/66 16-9-63

Akta A354 27-8-76

71

Akta A514 27-8-76

72 Akta A30 10-3-71

Akta A848 30-3-93

74 Akta 25/63 31-8-57

Akta 10/60 31-5-60

Akta 14/62 21-6-62

Akta 26/63 16-9-63

Akta A354 27-8-76

76

Akta A514 27-8-76

76A Akta 26/63 31-8-57

Akta 26/63 16-9-63

Akta A566 1-1-85

80

Akta A885 24-6-94

83 Akta A704 10-6-88

84 Akta A704 10-6-88

85 Akta A704 10-6-88

86 Akta A585 14-4-84

Akta A704 10-6-88

Akta 26/63 16-9-63

Akta A566 1-1-85

87

Akta A885 24-6-94

Akta 26/63 16-9-63

Akta 59/66 9-8-65

88

Akta A514 27-8-76

89 Akta 26/63 16-9-63

149

Akta A514 15-5-81

Akta A585 1-2-74

Akta A1095 1-2-01

90 Akta A566 16-12-83

91 Akta 26/63 16-9-63

Akta A354 27-8-76

92 Akta 26/63 16-9-63

94 Akta 26/63 16-9-63

Akta 10/60 31-5-60

Akta 26/63 16-9-63

95A

Akta A354 27-8-76

Akta 26/63 16-9-63

Akta 59/66 9-8-65

95B

Akta A514 27-8-76

95C Akta 26/63 16-9-63

Akta 31/65 16-9-63

Akta 26/63 16-9-63

Akta 59/66 9-8-65

95D

Akta A514 27-8-76

Akta 26/63 16-9-63

Akta 59/66 9-8-65

95E

Akta A514 27-8-76

Akta A206 1-2-74

Akta A354 27-8-76

Akta A585 16-4-84

97

Akta A1095 1-2-01

99 Akta 14/62 21-6-62

Akta A354 27-8-76

100 Akta A354 27-8-76

101 Akta A354 27-8-76

Akta 26/63 16-9-63

Akta A566 1-1-85

105

Akta A885 24-6-94

106 Akta A354 27-8-76

107 Akta A354 27-8-76

108 Akta 14/62 21-6-62

Akta A354 27-8-76

109 Akta 25/63 29-8-63

110 Akta 14/62 21-6-62

111 Akta A354 27-8-76

112 Akta A160 29-8-75

150

Akta A354 27-8-76

Akta 26/63 16-9-63

Akta 59/66 9-8-65

Akta A354 27-8-76

112A

Akta A514 27-8-76

Akta 26/63 16-9-63

Akta 59/66 9-8-65

112B

Akta A514 27-8-76

112C Akta 26/63 16-9-63

Akta A514 27-8-76

112D Akta 26/63 16-9-63

Akta A514 27-8-76

112E Akta 26/63 16-9-63

Akta 59/66 9-8-65

Akta 14/62 21-6-62

Akta 26/63 16-9-63

Akta 59/66 9-8-65

Akta A206 23-8-73

Akta A514 27-8-76

Akta A585 14-4-84

Akta A837 20-11-92

113

Akta A849 20-11-92

Akta A1095 1-2-01

Akta 10/60 31-8-57

Akta 14/62 21-6-62

Akta 26/63 16-9-63

Akta A354 27-8-76

Akta A514 15-5-81

Akta A566 16-12-83

Akta A885 24-6-94

114

Akta A1130 28-9-01

115 Akta 14/62 21-6-62

Akta 26/63 16-9-63

Akta 14/62 21-6-62

Akta 26/63 16-9-63

116

Akta A206 23-8-73

117 Akta 14/62 21-6-62

118 Akta 25/63 29-8-63

Akta 26/63 16-9-63

118A Akta 31/65 1-7-65

Akta A704 10-6-88

151

119 Akta 10/60 31-5-60

Akta A1130 28-9-01

120 Akta 31/65 1-7-65

Akta 26/63 16-9-63

Akta 59/66 9-8-65

Akta A354 27-8-76

Akta A514 27-8-76

Akta A566 1-1-85

Akta A704 10-6-88

121

Akta A885 24-6-94

Akta 10/60 31-5-60

Akta 26/63 16-9-63

Akta 31/65 1-7-65

Akta A354 27-8-76

P.U. (A) 114/82 1-5-82

Akta A566 1-1-85

122

Akta A885 24-6-94

Akta 26/63 16-9-63

Akta 59/66 9-8-65

P.U. (B) 83/69 10-4-69

Akta A354 27-8-76

Akta A566 1-1-85

Akta A885 24-6-94

122A

P.U. (A) 378/01 1-1-02

122AA Akta A885 24-6-94

Akta 26/63 16-9-63

Akta 59/66 9-8-65

Akta A514 27-8-76

Akta A566 1-1-85

122B

Akta A885 24-6-94

122AB Akta A885 24-6-94

Akta 26/63 16-9-63

Akta A566 1-1-85

122C

Akta A885 24-6-94

Akta 26/63 16-9-63

Akta A566 1-1-85

123

Akta A885 24-6-94

Akta 26/63 16-9-63

Akta A566 1-1-85

124

Akta A885 24-6-94

125 Akta 10/60 31-5-60

152

Akta 14/62 21-6-62

Akta 26/63 16-9-63

Akta 59/66 19-9-66

Akta A31 19-9-66

Akta A566 1-1-85

Akta A885 24-6-94

Akta A354 27-8-76

Akta A566 1-1-85

125A

Akta A885 24-6-94

Akta 26/63 16-9-63

Akta A566 1-1-85

126

Akta A885 24-6-94

Akta 26/63 16-9-63

Akta A566 1-1-85

127

Akta A885 24-6-94

Akta 26/63 16-9-63

Akta A354 27-8-76

Akta A566 1-1-85

128

Akta A885 24-6-94

129 Akta 26/63 16-9-63

Akta 26/63 16-9-63

Akta A566 1-1-85

130

Akta A885 24-6-94

Akta 25/63 29-8-63

Akta 26/63 16-9-63

131

Akta A566 1-1-85

Akta 26/63 16-9-63

Akta A566 1-1-85

131A

Akta A885 24-6-94

Akta 10/60 31-8-57

31-5-60

Akta 14/62 21-6-62

Akta 26/63 16-9-63

Akta 31/65 1-11-59

1-5-60

Akta A193 1-1-74

Akta A354 27-8-76

Akta A837 20-11-92

132

Akta A885 24-6-94

134 Akta A885 24-6-94

135 Akta 10/60 31-5-60

153

Akta 26/63 16-9-63

Akta 27/68 9-9-68

Akta A31 24-3-71

Akta A193 1-1-74

Akta A354 27-8-76

Akta A442 31-8-57

Akta 10/60 31-5-60

Akta 26/63 16-9-63

Akta A31 24-3-71

137

Akta A1130 28-9-01

Akta 10/60 31-5-60

Akta 26/63 16-9-63

Akta A354 27-8-76

Akta A566 1-1-85

138

Akta A885 24-6-94

Akta 10/60 31-5-60

Akta 25/63 29-8-63

Akta 26/63 16-9-63

Akta 59/66 19-9-66

Akta 27/68 9-9-68

Akta A514 15-5-81

Akta A767 11-5-90

P.U. (A) 149/90 14-6-90

139

Akta A885 24-6-94

Akta 10/60 1-4-61

Akta 26/63 16-9-63

Akta A354 27-8-76

140

Akta A585 14-4-84

141 Akta 10/60 31-5-60

Akta A514 15-5-81

Akta A193 1-1-74

Akta A354 27-8-76

Akta A442 31-12-78

Akta A767 11-5-90

141A

P.U. (A) 150/90 14-6-90

Akta 10/60 1-4-61

Akta 26/63 16-9-63

Akta A514 15-5-81

Akta A566 16-12-83

Akta A704 10-6-88

142

Akta A885 24-6-94

154

Akta 26/63 16-9-63

Akta A514 15-5-81

Akta A566 1-1-85

143

Akta A885 24-6-94

Akta 10/60 31-5-60

Akta 25/63 29-8-63

Akta 26/63 16-9-63

Akta 59/66 19-9-66

Akta A31 24-3-71

Akta A193 1-1-74

144

Akta A354 27-8-76

Akta 10/60 16-9-63

Akta 26/63 16-9-63

Akta A354 27-8-76

Akta A566 1-1-85

Akta A704 10-6-88

145

Akta A885 24-6-94

146 Akta A354 27-8-76

Akta 26/63 16-9-63

Akta 31/65 1-7-65

Akta 59/66 19-9-66

146A

Akta A354 27-8-76

Akta 26/63 16-9-63

Akta 59/66 9-8-65

Akta A354 27-8-76

27-8-76

146B

Akta A514

15-5-81

Akta 26/63 16-9-63

Akta 59/66 9-8-65

19-9-66

Akta A354 27-8-76

27-8-76

146C

Akta A514

15-5-81

Akta 26/63 16-9-63

Akta A354 27-8-76

146D

Akta A514 27-8-76

Akta 10/60 31-5-60

1-4-61

Akta 14/62 21-6-62

Akta 26/63 16-9-63

148

Akta 59/66 19-9-66

155

Akta A354 27-8-76

Akta A566 1-1-85

Akta A885 24-6-94

Akta 10/60 31-5-60

Akta A442 31-12-78

149

Akta A514 15-5-81

Akta 10/60 31-5-60

Akta 26/63 16-9-63

Akta 68/66 20-9-66

Akta A354 27-8-76

Akta A514 15-5-81 (seksyen 15)

27-8-76 (seksyen 19)

Akta A566 16-12-83

150

Akta A584 20-1-84

Akta 10/60 31-5-60

Akta 26/63 16-9-63

Akta A354 27-8-76

Akta A566 1-1-85

Akta A767 11-5-90

151

Akta A885 24-6-94

Akta 26/63 16-9-63

Akta A30 10-3-71

Akta A566 1-1-85

152

Akta A885 24-6-94

153 Akta A30 10-3-71

Akta A514 27-8-76

154 Akta 10/60 8-8-60

155 Akta 14/62 1-10-62

158 Akta 26/63 16-9-63

Akta A704 10-6-88

Akta 14/62 31-8-57

Akta 25/63 29-8-63

Akta 26/63 16-9-63

Akta 59/66 9-8-65

Akta A30 10-3-71

159

Akta A31 24-3-71

Akta 26/63 16-9-63

Akta 59/66 19-9-66

159A

Akta A31 24-3-71

160 Akta 14/62 15-7-62

1-10-62

156

16-9-63

Akta 25/63 31-8-57

29-8-63

Akta 26/63 16-9-63

Akta 19/64 16-9-63

Akta 31/65 1-7-65

Akta 59/66 9-8-65

Akta A31 24-3-71

Akta A354 27-8-76

Akta A566 1-1-85

Akta A885 24-6-94

160A Akta A1130 28-9-01

160B Akta A1130 28-9-01

Akta 25/63 29-8-63

Akta 26/63 16-9-63

Akta A354 27-8-76

Akta A514 27-8-76

Akta A566 1-1-85

161

Akta A885 24-6-94

Akta 26/63 16-9-63

Akta A30 10-3-71

Akta A514 27-8-76

161A

Akta A585 16-4-84

Akta 26/63 16-9-63

Akta A514 27-8-76

Akta A566 1-1-85

161B

Akta A885 24-6-94

161C Akta 26/63 16-9-63

Akta A354 27-8-76

161D Akta 26/63 16-9-63

Akta A354 27-8-76

Akta 26/63 16-9-63

Akta A354 27-8-76

Akta A514 27-8-76

161E

Akta A885 24-6-94

161F Akta 26/63 16-9-63

Akta 59/66 9-8-65

161G Akta 26/63 16-9-63

Akta 59/66 9-8-65

161H Akta 26/63 16-9-63

Akta 59/66 9-8-65

157

162 Akta 25/63 29-8-63

Akta A31 24-3-71

163 Akta 25/63 29-8-63

164 Akta 25/63 29-8-63

165 Akta 25/63 29-8-63

166 Akta 25/63 29-8-63

167 Akta 25/63 29-8-63

168 Akta 25/63 29-8-63

Akta 26/63 16-9-63

Akta 59/66 9-8-65

169

Akta A514 27-8-76

170 Akta 25/63 29-8-63

171 Akta 25/63 29-8-63

172 Akta 25/63 29-8-63

173 Akta 25/63 29-8-63

174 Akta 10/60 31-5-60

Akta 26/63 16-9-63

181 Akta A848 30-3-93

182 Akta A848 30-3-93

Akta A885 24-6-94

183 Akta A848 30-3-93

Jadual Pertama Akta 14/62 1-10-62

Akta 10/60 1-12-60

Akta 14/62 1-12-60

1-10-62

Akta 26/63 16-9-63

Akta 59/66 9-8-65

Akta 160 29-8-75

Jadual Kedua

Akta A514 27-8-76

Akta 25/63 29-8-63

Akta A31 24-3-71

Jadual Ketiga

Akta A354 27-8-76

Jadual Keempat Akta 26/63 16-9-63

Akta A354 27-8-76

Akta 26/63 16-9-63

Akta A31 24-3-71

Akta A354 27-8-76

Jadual Kelima

Akta A514 27-8-76

Jadual Keenam Akta 26/63 16-9-63

Akta A885 24-6-94

Jadual Ketujuh Akta 25/63 29-8-63

158

Akta 31/65 1-7-65

Akta A354 27-8-76

Akta A1130 28-9-01

Akta 14/62 21-6-62

Akta 26/63 16-9-63

Akta 19/64 30-7-64

Akta 31/65 1-7-65

Akta 59/66 9-8-65

19-9-66

Akta 27/68 9-9-68

Akta A1 18-11-68

Ord. Darurat 3/69 15-5-69

Akta A31 24-3-71

Akta A193 5-5-73

Akta 160 29-8-75

Akta A354 27-8-76

Akta A514 27-8-76

15-5-81

Akta A566 16-12-83

Akta A584 16-12-83

20-1-84

Akta A585 14-4-84

Akta A767 11-5-90

Akta A848 30-3-93

Akta A849 16-7-93

Akta A857 20-8-93

Akta A885 24-6-94

Jadual Kelapan

Akta A919 21-7-95

Akta 25/63 29-8-63

Akta 26/63 16-9-63

Akta 31/65 1-7-65

Akta 59/66 9-8-65

Akta A206 1-2-74

Akta A354 27-8-76

Akta A514 15-5-81

Akta A566 1-2-74

Akta A585 16-4-84

Akta A704 10-6-88

Akta A885 24-6-94

Jadual Kesembilan

Akta A1095 1-2-01

Jadual Kesepuluh Akta 14/62 21-6-62

159

Akta 25/63 1-1-58

29-8-63

Akta 26/63 16-9-63

Akta 59/66 1-1-63

Akta A392 1-1-76

Akta A354 27-8-76

Akta A514 15-5-81

Akta 503 1-1-92

Akta 622 1-1-02

Akta 14/62 31-8-57

Akta 25/63 29-8-63

Akta 26/63 16-9-63

Akta 31/65 16-9-63

Akta A857 20-8-93

Akta A1130 28-9-01

Jadual Kedua Belas Akta 25/63 29-8-63

Akta 14/62 21-6-62

Akta 26/63 16-9-63

Akta 1 1-1-69

Akta A206 23-8-73

Akta A585 16-4-84

Jadual Ketiga Belas

Akta A1095 1-2-01
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...