Loji tenaga nuklear menghasilkan tenaga elektrik melalui pemanasan air
untuk menghasilkan wap panas yang akan menggerakkan turbin. Bagi
menghasilkan wap, loji nuklear menggunakan haba yang terhasil dari
penguraian bahan radioaktif - pembelahan nukleus atom bahan radioaktif
(kebiasaannya Uranium)
Amerika Syarikat memiliki 104 reaktor di loji nuklear yang menghasilkan 20
peratus jumlah penghasilan tenaga di seluruh negara tersebut. Pada tahun
2009, 13-14 peratus penjanaan tenaga elektrik seluruh dunia dihasilkan
menggunakan tenaga nuklear.
Jumlah keseluruhan reaktor tenaga nuklear peringkat komersial dianggarkan
melebihi 440 buah yang beroperasi di 30 buah negara seluruh dunia.
Terdapat 62 loji nuklear yang sedang dibina di seluruh dunia pada masa ini.
Bencana loji tenaga nuklear berlaku apabila bahan radioaktif dalam teras
reaktor mengalami pemanasan melampau dan mengalami pencairan. Situasi ini
akan membebaskan bahan radioaktif yang tidak terkawal ke persekitaran.
Bencana Chernobyl, Ukraine pada tahun 1986 dikategorikan sebagai bencana
terburuk kemalangan loji nuklear di dunia. Ia mengorbankan 56 nyawa serta
merta dan menyebabkan lebih 4000 pesakit kanser yang disebabkan pendedahan
radiasi bahan radioaktif. Kerugian akibat dari kemusnahan loji nuklear
Chernobyl dianggarkan sebanyak $7 bilion dolar Amerika.
Bencana Reaktor Nuklear Three Mile Island adalah yang terburuk dicatatkan
di Amerika Syarikat yang berlaku pada tahun 1979 di Pennsylvania. Dua unit
reaktor di loji terbabit mengalami pencairan separa dan membebaskan radiasi
sinaran radioaktif. Kesan daripada tragedi itu, projek peluasan tenaga
nuklear Amerika Syarikat dibekukan serta merta buat sementara waktu.
Kesan radiasi bahan radioaktif terjadi apabila seseorang terdedah kepada
1000 mSv per jam. Pekerja Chernobyl meninggal dunia dalam tempoh sebulan
dan juga dalam masa seminggu apabila mereka terdedah kepada sinaran
radioaktif sebanyak 6000 mSv per jam dan 10000 mSv kedua-duanya.
Golongan yang menyokong penjanaan eletrik dari tenaga nuklear sentiasa
memberi jamian bahawa penggunaan tenaga nuklear adalah bebas dari
pencemaran dan pelepasan gas rumah hijau selain berkeupayaan menghasilkan
jumlah tenaga yang murah serta banyak berbanding sumber tenaga
konvensional. Mereka juga menegaskan bahawa loji tenaga nuklear seperti di
US mengamalkan ciri-ciri keselamatan yang ketat
Para penentang dan pengkritik penggunaan tenaga nuklear pula sentiasa
berhujah tentang isu-isu keselamatan loji nuklear, isu rawatan sisa bahan
radioaktif dan juga kos pembinaan loji nuklear yang yang tinggi.