Dalam suasana dan keadaan kita sebagai sebuah negara membangun, banyak perkara yang senantiasa perlu di perbaiki untuk mempertingkatkan kualiti sesebuah negara. Situasi ini seharusnya di pandang positif dan jangan terlalu prejudis. Kita sebagai rakyat berhak mengkritik segala jenis usaha yang dijalankan samada darisegi pentadbiran negara, pembangunan negara, penggubalan sistem pendidikan dan perlaksanaan sistem demokrasi. Tidak di nafikan dalam sistem demokrasi rakyat merupakan penentu segala-galanya tetapi kita harus faham dan bijak membuat keputusan samada sekadar memberi kritikan membunuh atau membina. Di kala suasana politik negara yang semakin mengalami perubahan positif akibat daripada kebijaksanaan rakyat yang mana memilih pemimpin bukan berdasarkan parti tetapi berdasarkan kebolehan melaksanakan atau menyampaikan inspirasi mereka, kekadang terpesong dari prinsip sebenar dalam memilih pemimpin di mana rakyat di taburkan dengan perkara - perkara yang boleh menimbulkan kekecohan dalam negara. Harus di ingat dan di ambil ikhtibar situasi di negar-negara jiran kita akibat bercakap tanpa ilmu dan bertindak mengikut kepentingan peribadi boleh telah menyebabkan kemusnahan negara. Oleh yang demikian, melakukan perubahan adalah sangat baik dan di alu-alukan tetapi membuat perubahan biarlah atas dasar ilmu untuk membangunkan negara hindarkan dari untuk kepentingan diri. Mencapai kemerdekaan bukanlah mudah dan mengekalkan kemerdekaan juga bukanlah mudah. Jangan kerana kepentingan diri negara bangsa tergadai. Lumrah manusia yang sanggup melihat bangsa seagama hancur demi kepentingan diri. Fikir-fikirkanlah, peluang hanya datang sekal, gunakanlah peluang yang di berikan sehabis baik!
Sekian..
No comments:
Post a Comment