Sunday, May 9, 2010

Sikap Prejudis

"Lagi Remaja Di tembak Polis" berikut merupakan tajuk salah sebuah akhbar. Insiden sebegini menjadi sensasi dan setelah seorang remaja Aminulrasyid tertembak oleh anggota polis dan menyebabkan kematian. Isu ini telah membangkitkan kemarahan banyak pihak dan menjadi isu yang panas sensasi. Siapakah yang benar dan siapakah yang salah. Tetapi umum sudah sedia maklum siapa yang bersalah walaupun belum ada siasatan di jalankan. Adakah orang awam negara kita terlalu bijak, dan pandai mentafsir sesuatu trajedi dengan hanya mendengar cerita daripada sebelah pihak. Mungkinkah ini di sebabkan pengaruh rancangan tv CSI yang sangat popular. Tepuk dada tanya selera. Biarlah kita sebagai orang awam menjadi rakyat kelas pertama, berprotokal, berundang-undang dan bijak menilai sesuatu. Jangan menjadi rakyat yang terlalu PREJUDIS yang mana hanya menilai kesalahan orang. Dalam situasi kes terbaru ini, seorang pelajar yang menunggang motor ( mungkin mat rempit) telah tertembak di perut setelah aksi kejar mengejar antara Polis dan remaja tersebut. Pihak akhbar pun tidak seharusnya hanya sekadar untuk mensensasikan cerita panas tetapi sampaikan cerita yang tepat dan bermaklumat bukannya memberi presepsi prejudis kepada orang awam. Kita sebagai orang awam tidak perlu melatah dengan apa yang berlaku, ambil ikhtibar dan tunggu siasatan yang di jalankan. jika pihak polis bersalah, kita ada undang-undang dan kita gunakan saluran yang betul. Tidak perlu mengambil tindakan sendiri. Kenapakah semua menunding kesalahan kepada pihak polis. Pihak polis telah mengadaikan nyawa berkorban untuk menjaga keamanan negara. terfikirkah kita semua apa akan terjadi kepada keluaraga anggota polis yang meninggal semasa bertugas? Tidak terfikirkah betapa mulia niat anggota polis berkhidmat demi nusa dan bangsa. Fikir-fikirkan lah wahai rakyat Malaysia , terlalu bijakkah kita membuat keputusan atau kita hanya terlalu suka mendengar cakap-cakap kosng yang entah dari mana faktanya. Jadi, biasakan yang betul & betulkan lah yang biasa demi memartabatkan negara bangsa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...