Saturday, October 9, 2010

Bonus?

Bersabar dalam penuh pengharapan, begitulah boleh diibaratkan perasaan semua penjawat awam yang boleh penulis gambarkan sementara menunggu belanjawan (penulis lebih cenderung untuk menggunakan istilah ini  kerana lebih asli dan jelas maksudnya) 2011 yang di jadualkan akan di bentangkan pada 15 Oktober 2010.Bonus merupakan suatu rezeki dan durian runtuh kepada penjawat awam bergred rendah dan juga penjawat awam muda yang mana baru untuk menapakkan diri dan memperkukuhkan kewangan. Oleh yang demikian, Bonus merupakan harapan terbesar 1.2 juta penjawat awam , keprihatinan pihak kerajaan amat -amatlah di hargai dan diharapkan oleh warga penjawat awam. 

Berbicara tentang pemberian bonus secara terus akan merujuk kepada keprihatinan kerajaan, akan tetapi sedarkah warga penjawat awam,adakah amanah yang diamanahkan kepada mereka di laksanakan seamanah yang mungkin? produktif dan efektifkah badan kerajaan? persoalan ini sentiasa bermain di benak pemikiran masyarakat. Badan kerajaan begitu sinonim dikalangan masyarakat tentang kurang produktivitinya. Penulis tidak menggambarkan semua badan kerajaan tidak produktif tetapi penulis menggambarkan pemikiran masyarakat yang telah disogokkan cerita yang entah mana datang fakta tentang ketidakproduktifan badan kerajaan. Masyarakat Malaysia memang mempunyai sikap prejudis terhadap kemampuan diri sendiri/negara. Dengan jelas kita dapat lihat, kereta Nasional Malaysia, di pandang sinis, di pandang rendah oleh sebilangan masyarakat Malaysia yang sentiasa mengagungkan produk luar negara sedangkan kereta nasional setaraf dengan kereta luar, disebabkan bermegah dengan produk luar produk malaysia dipandang sinis. Penulis sendiri pernah melaluinya dipandang sinis dan disindir oleh rakan-rakan kerana memilih untuk membeli kereta nasional. Berbalik kepada tanggungjawab dan amanah sebagai penjawat awam, memang tidak dinafikan ada segelintir penjawat awam yang masih berada di takuk lama dan bersikap sambil lewa tentang tugas kerana berstatus penjawat awam, Lapisan penjawat awam bermasalah ini sudah lapuk di telan zaman dan telah di gantikan dengan lapisan muda yang lebih fokus dan berintegriti melaksanakan tugas. Kita sedia maklum masyarakat kita memang suka memegang cerita lapuk untuk di jadikan ukuran. Penjawat awam hanya manusia biasa seharusnya mempunyai kelemahan. Hanya segelintir sahaja yang berada dalam kelompok bermasalah, tetapi bak kata pepatah, kerana setitik nila rosak susu sebelanga.

Seharusnya penjawat awam mengambil kesempatan ini memadamkan label kurang produktif yang dilabelkan oleh masyarakat, memang tidak dinafikankan sukar untuk memadamkannya tetapi sentiasalah berusaha dan InsyaAllah dengan izinNya label itu akan hilang. Dalam masa yang sama masyarakat Malaysia seharusnya menjadi masyarakat berstatus minda kelas pertama untuk merealisasikan Wawasan 2020.

2 comments:

  1. saye pun harap dpt menikmati bonus tersebut!

    ReplyDelete
  2. kepada semua pekerja, xkira kerja apa pun,
    penting ikhlas membuat sesuatu kerja,
    kalau xikhlas, macam itulah jadi nya..

    mentaliti rakyat malaysia kena ubah kalau hendak ke depan..

    p/s: harap dapat bonus gak..hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...