Monday, January 31, 2011

Antara Kejayaan & Kemudahan Bertaraf Dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri kali lebih bersifat ringan dan santai untuk para pembaca, Beberapa hari yang lepas kita telah di gembar - gemburkan di dada-dada akhbar tentang Program Latihan atlet olahraga Di kompleks Sukan Ranau. Setiap Perancangan mempunyai pro & kontra tetapi yang paling penting adalah pengisian terhadap perancangan yang telah di rancang. Riuh rendah di dada akhbar luahan rasa oleh atlet-atlet yang berstatus bintang yang kononnya Latihan intensif yang di rancang akan diadakan di Ranau sebagai suata yang tidak masuk akal dan munasabah. Terdapat juga segelintir memberi alasan jauh dari lembah klang yang mana menyukarkan para atlet yang masih melanjutkan pengajian. Situasi ini tidak harus berlaku kerana, apabila kerajaan memperuntukkan untuk menghantar mereka (atlet) berlatih di luar negara, maka sanggup pula untuk menangguhkan pengajian. Kesimpulan yang boleh di buat di sini ialah, atlet - atlet di negara kita sudah berada di suasana 'comfort zone' yang mana mereka ini bagaikan anak emas, segala duit rakyat di bazirkan untuk menghantar mereka berlatih di luar negara tetapi hasilnya anda semua boleh menilai sendiri, anda boleh membuat penilaian persembahan dan pencapai atlet olahraga, amat menyedihkan dan memalukan. Tiada peningkatan dan lonjakan yang boleh mengharumkan nama negara.

Kita semua sedia maklum, fasiliti dan kemudahan di Malaysia semunya bertaraf dunia tetapi bilakah atlet-atlet kita akan menjadi taraf dunia?? tepuk dada tanya selera. Bersyukurlah dengan kemudahan dan kemewahan yang di berikan kepada anda semua. Bagaimana negara-negara miskin boleh melahirkan atlet yang bertaraf dunia, ini semua bergantung kepada semangat dan kesungguhan atlet itu sendiri. Atlet-atlet Malaysia yang boleh dibanggakan hanya boleh di kira dengan jari sedangkan banyak sumber kewangan di belanjakan untuk pembangunan dan latihan mereka. Oleh yang demikian, perlulah ada muhasabah diri untuk menilai sumbangan kita kepada negara bukannya sumbangan negara kepada kita. Renung-renungkan lah bersama.



p/s : Tidak beerti semua atlet bermasalah, tabik kepada datuk Lee Chong Wei & team Bola sepak Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...