Thursday, October 14, 2010

Membendung atau Menggalak

Sekadar renungan dan sisipan untuk semua. Baru-baru ini kecoh dan dengan bangganya pengumuman oleh media massa tentang penubuhan 'Sekolah Ibu mengandung'. Menurut pemahaman penulis, sekolah ini di jadikan tempat perlindungan untuk kaum ibu yang terlanjur. Darisegi pendidikan untuk ibu terlanjur memang suatu tindakan dan usaha yang mulia akan tetapi tindakan untuk mengwujudkan sekolah ini juga seolah-olah seperti menggalakkan aktiviti tidak bermoral di kalangan remaja. Meriah dan bersungguh-sungguh Rosmah Mansor ( di gelar wanita pertama Malaysia?) melawat Rumah Pelindungan Remaja mengandung di luar negara. Penulis merasakan tidak sepatutnya kita mengikut budaya barat kerana budaya kita orang melayu Islam jauh berbeza dengan budaya barat. Penulis bukan bersikap prejudis tetapi sekadar bersifat 'inkuiri' tentang penubuhan Sekolah tersebut. Peranan Majlis Agama Islam perlu ada dalam membanteras gejala sosial terutama bersekedudukan sehingga mengandung di kalangan remaja Malaysia, Islam khasnya.
Bersama -sama kita renung dan fikir-fikirkan.

1 comment:

  1. she's not a Malaysian 1st woman.. supposedly not!!
    the title shud be used by Tuanku Zahirah...huhu

    dalam perkara ni, Majlis Agama Islam di seluruh negara sepatutnya yg perlu bertindak dengan lebih berkesan.. n paling penting, didikan ibu bapa itu perlu btol..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...