Tuesday, April 13, 2010

PEMUDA VS VETERAN


Assalamualaikum & salam sejahtera..




Sifat azali manusia yang suka untuk membuat tanggapan awal sememangnya tidak boleh di elakkan tetapi sifat ini boleh di kurangkan dan seterusnya di hapuskan apabila kita berkeazaman dan berkomitmen tinggi untuk mengubah. Oleh yang demikian hanya yang terbaik antara terbaik sahaja yang mampu mengatasinya. saya pasti anda pernah mendengar ungkapan seperti ini, " musuh paling berbahaya adalah diri kita sendiri" dan mungkin juga anda pernah mendengar ungkapan ini " saat paling kecil atau lemah , musuh datang dari luar dan saat kita telah kuat musuh datangnya dari dalam". contoh terbaik dalam industri perfileman yang telah merungkap segala persoalan ungkapan tadi ialah godfather (karya Ford Coppola) dan scarface (karya Brian de Palma). Kita akan menjadi hanyut dalam keadaan kejayaan kita sendiri.




Bukan niat saya untuk membahaskan atau membincangkan ungkapan di atas tetapi ungkapan itu hanyalah sekadar pembuka bicara yang mana kita sebagai manusia biasa semestinya akan membuat tanggapan tersendiri apabila membaca tajuk artikel ini. Mungkin tanggapan yang baik, mungkin juga tanggapan yang kurang baik, tetapi itulah hakikat kita sebagai manusia yang harus kita terima dengan hati yang terbuka. artikel ini bukanlah bertujuan untuk memperlekehkan sesiapa dan juga buakn untuk cuba mengadu domba untuk mana2 pihak tetapi isu ini sekadar untuk renungan bersama dan sekadar ingin menyampaikan pendapat saya tentang isu ini. Pemuda berasal dari kata akar 'muda' bermaksud dengan belia, masih remaja, masih mentah, budak, masih hijau, setahun jagung dan masih berhingus manakala veteran atau tua membawa maksud orang yang berpengalaman dalam sesuatu bidang. Maksud yang di berikan adalah sekadar untuk kefahaman sesuatu istilah tersebut. Darisegi kefahaman maksud kamus dewan memberi maksud bahawa pemuda adalah suatu entiti yang tidak mempunyai ilmu dan hanya suatu entiti yang bertujuan mengikut apa yang dilaksanakan golongan veteran. Apakah situasi ini harus dilaksanakan dalam dunia realiti. tepuk dada tanya selera. Pada pendapat saya dalam menghadapi cabaran glokal, keadaan sedimikan tidak harus berlaku, ini mungkin bukan semua tindakan mahupun cadangan pemuda tidak bagus atau pun tidak boleh di gunapakai atau pun sebaliknya kepada gologan veteran. isu ini mungkin terlalu sensitif untuk di bincangkan terutama sekali dalam sesebuah organisasi. walaupun golongan veteran mempunyai pengalaman yang banyak tidak semestinya setiap tindakan dan cadangan golongan ini adalah yang terbaik dan golongan muda walaupun diistilahkan masih hingusan tidak semestinya tindakan dan cadangan yang di berikan tidak boleh diguna pakai malahan ada yang lebih baik daripada gplongan veteran. Oleh yang demikian kedua-dua kelompok golongan ini harus berfikiran terbuka dan sanggup di kritik untuk memperbaiki diri. idea-idea yang disampaikan oleh kedua-dua pihak boleh di gabungkan dan diterima pakai bersama dan mungkin hasil gabungan ini boleh mencapai produktiviti dan kualiti yang terbaik. Semua pihak harus mempunyai sikap suka mendengar pendapat orang lain dan sentiasa berbincang dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Dalam Islam pun menggalakkan kita untuk sentiasa berbincang untuk memajukan bangsa dan agama kita. Suasana ini boleh praktikkan dalam semua situasi samada dalam kontek organisasi, politik dan kekeluargaan. Apa yang penting untuk mencapai semua ini adalah komitmen dan kaedah mengaplikasikannya. Pilihlah yang terbaik diantara terbaik. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...