Thursday, April 29, 2010

Sultan Kedah di Hina & dipersenda??

Assalamualaikum & salam penuh ilmu,

Semua sedia maklum tentang hak dan kuasa Sultan di setiap negeri yang telah termaktud dalam Perlembagaan Negara. Saya sebagai seorang rakyat Malaysia & negeri Kedah kesal dengan situasi terdesak ahli politik. Politik sempit yang di amalakan di negara ini semakin hari semakin merimaskan semua rakyat. Ahli politik menjadikan isu-isu tegar sebagai isu memancing belas daripada rakyat. Sekarang bukan zaman sebelum merdeka tapi sekarang sudah masuk zaman glokal yang mana ilmu dan pengetahuan di peroleh tanpa batasan. Oleh yang demikin ahli politik perlu matang untuk menarik perhatian, ahli politik perlu pandai mengekploitasi isu kerakyatan, bukan dengan mempertikaikan atau membangkitkan isu yang kolot. Situasi yang terbaru adalah situasi sidang DewanUndangan Negeri Kedah, Sultan Kedah di katakan kononnya di hina dan dipersenda.Saya sebagai seorang rakyat biasa ( bukan ahli bahasa) boleh memahami soalan yang di kemukan oleh Ahli DUN Kubang Rotan inikan pula ahli politik yang berpendidikan tinggi dan terpilih menjadi pemimpin tidak mampu memahami soalan yang di kemukan?? Tinggi sangatkah bahasa Ahli DUN tersebut?? Fikir- fikirkan lah.. Kepada semua ahli politik, Berkhidmatlah dengan hati yang ikhlas, berpeganglah kepada amanah yang di berikan, perjuangkanlah kepercayaan rakyat kepada anda, nasib rakyat di tangan anda. Rakyat memilih anda semua bukan untuk bermegah-megah tetapi untuk bekerja untuk rakyat. Hentikan lah politik sempit dan tidak bertamadun.
sekian terima kasih
p/s :
soalan yang menjadi perbalahan ahli politik :

1. Sejauh manakah bidang kuasa KDYMM Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini di hormati kerjaan persekutuan?
2 Setakat manakah ketidakboleh campur tangan kerajaan negeri terhadap urusan pentadbiran hal ehwal agama Islam , nyatakan ketidak bolehan tersebut.?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...