Tuesday, March 22, 2011

Loji Nuklear

Loji tenaga nuklear menghasilkan tenaga elektrik melalui pemanasan air
untuk menghasilkan wap panas yang akan menggerakkan turbin. Bagi
menghasilkan wap, loji nuklear menggunakan haba yang terhasil dari
penguraian bahan radioaktif - pembelahan nukleus atom bahan radioaktif
(kebiasaannya Uranium)
Amerika Syarikat memiliki 104 reaktor di loji nuklear yang menghasilkan 20
peratus jumlah penghasilan tenaga di seluruh negara tersebut. Pada tahun
2009, 13-14 peratus penjanaan tenaga elektrik seluruh dunia dihasilkan
menggunakan tenaga nuklear.
Jumlah keseluruhan reaktor tenaga nuklear peringkat komersial dianggarkan
melebihi 440 buah yang beroperasi di 30 buah negara seluruh dunia.
Terdapat 62 loji nuklear yang sedang dibina di seluruh dunia pada masa ini.
Bencana loji tenaga nuklear berlaku apabila bahan radioaktif dalam teras
reaktor mengalami pemanasan melampau dan mengalami pencairan. Situasi ini
akan membebaskan bahan radioaktif yang tidak terkawal ke persekitaran.
Bencana Chernobyl, Ukraine pada tahun 1986 dikategorikan sebagai bencana
terburuk kemalangan loji nuklear di dunia. Ia mengorbankan 56 nyawa serta
merta dan menyebabkan lebih 4000 pesakit kanser yang disebabkan pendedahan
radiasi bahan radioaktif. Kerugian akibat dari kemusnahan loji nuklear
Chernobyl dianggarkan sebanyak $7 bilion dolar Amerika.
Bencana Reaktor Nuklear Three Mile Island adalah yang terburuk dicatatkan
di Amerika Syarikat yang berlaku pada tahun 1979 di Pennsylvania. Dua unit
reaktor di loji terbabit mengalami pencairan separa dan membebaskan radiasi
sinaran radioaktif. Kesan daripada tragedi itu, projek peluasan tenaga
nuklear Amerika Syarikat dibekukan serta merta buat sementara waktu.
Kesan radiasi bahan radioaktif terjadi apabila seseorang terdedah kepada
1000 mSv per jam. Pekerja Chernobyl meninggal dunia dalam tempoh sebulan
dan juga dalam masa seminggu apabila mereka terdedah kepada sinaran
radioaktif sebanyak 6000 mSv per jam dan 10000 mSv kedua-duanya.
Golongan yang menyokong penjanaan eletrik dari tenaga nuklear sentiasa
memberi jamian bahawa penggunaan tenaga nuklear adalah bebas dari
pencemaran dan pelepasan gas rumah hijau selain berkeupayaan menghasilkan
jumlah tenaga yang murah serta banyak berbanding sumber tenaga
konvensional. Mereka juga menegaskan bahawa loji tenaga nuklear seperti di
US mengamalkan ciri-ciri keselamatan yang ketat
Para penentang dan pengkritik penggunaan tenaga nuklear pula sentiasa
berhujah tentang isu-isu keselamatan loji nuklear, isu rawatan sisa bahan
radioaktif dan juga kos pembinaan loji nuklear yang yang tinggi.

Thursday, February 24, 2011

Kebaikkan Mendirikan Solat

Kajian yang dijalankan mendapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang
kepada otak manusia manakala menunaikan solat dengan sempurna dan tertib
amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental serta emosi seseorang.

Kewajipan bersolat lima kali sehari semalam ke atas semua umat Islam
bermula sejak Rasulullah diangkat ke langit semasa peristiwa Israk dan
Mikraj pada malam 27 Rejab.
Ibadah solat begitu istimewa sekali sehingga Rasulullah SAW diangkat naik
ke langit bagi menerima Rukun Islam yang kedua ini, tidak seperti
ibadah-ibadah lain.
Keistimewaan solat menarik minat sekumpulan penyelidik Universiti Malaya
(UM) selepas menerima cabaran Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau
menjadi perdana menteri.
Cetusan berkenaan timbul memandangkan masih belum terdapat kajian yang
komprehensif mengenai solat dari segi saintifik.

Kajian solat yang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan,
Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) diketuai oleh Prof. Madya Dr.
Fatimah Ibrahim serta Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok
menerusi pembiayaan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menurut Dr. Fatimah, kajian yang dijalankan masa ini masih di peringkat
asas dan bertujuan mengkaji kesan ke atas perkara seperti komposisi tubuh
serta kandungan kolestrol dalam badan.

Sistem jantung dan kardiovaskular, gelombang otak ketika bersolat,
kekuatan otot-otot tubuh badan manusia, sakit pinggang bagi orang dewasa
serta kesihatan lelaki dan tenaga batin.
"Komposisi tubuh badan manusia meliputi parameter bioimpedance, kuantiti
air intra selular dan ekstra selular, jisim sel badan, kadar lemak dan
kolestrol dalam darah.
"Pengukuran parameter ini amat penting dalam menentukan tahap metabolisme,
kecergasan dan kesihatan seseorang individu," katanya yang menjalankan
kajian mengenai komposisi badan.
Kajian komposisi badan terbahagi kepada dua iaitu kebaikan solat zohor dan
solat tarawikh terhadap komposisi badan.

Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat yang melibatkan keadaan berdiri
tegak, rukuk, duduk dan sujud secara tertib dan berulang boleh diumpamakan
sebagai senaman ringan.
"Kami menjalankan kajian komposisi badan semasa seseorang bersolat Zohor
secara jemaah dengan 47 orang peserta berusia 18 hingga 28 tahun," katanya.

Pengukuran analisis bioimpedans (BIA) (kaedah yang digunakan untuk
mengukur komposisi badan) diambil sebelum dan selepas solat Zohor secara
berjemaah.

Bagaimanapun lima tabiat lazim peserta perlu diambil kira meliputi amalan
solat yang sempurna, tahap pemahaman bacaan, menunaikan solat secara
berjemaah atau sendirian, kedudukan tulang belakang semasa rukuk dan
keadaan jari kaki semasa sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir.

Dr. Fatimah berkata, keputusan menunjukkan mereka yang mengamalkan solat
yang sempurna mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka
yang tidak melakukannya dengan sempurna.

Kajian berkenaan kata Dr. Fatimah menunjukkan solat lima kali sehari
semalam selain ibadah dapat mengurangkan lemak dalam badan.

"Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru meningkat,
memenuhi ruang, melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu," katanya.

Tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang lurus melintang ketika rukuk
melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam
badan lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang.

Manakala sistem jantung dan kardiovaskular amat penting bagi kesihatan
manusia dan dipengaruhi oleh kekenyalan arteri.

Jika kekenyalan arteri terutama di bahagian jantung berkurangan, ia boleh
menyebabkan berlaku penyakit arterioskerosis koronari.

Pengekalan kekenyalan arteri amat penting dalam memelihara sistem
kardiovaskular yang sihat.

Ibadat solat, kata Dr. Fatimah, bukan saja melibatkan bacaan surah
al-Quran tetapi juga pergerakan anggota badan seperti berdiri, rukuk, sujud
dan duduk tahiyat.
"Kajian menunjukkan kedudukan seperti rukuk, sujud dan duduk membantu
memberikan keadaan rehat kepada jantung.



Sujud
"Malah kita digalakkan memanjangkan tempoh posisi sujud kerana kedudukan
ini menghasilkan kadar denyutan jantung paling rendah," katanya.

Ng Siew Chok yang menjalankan kajian otak dalam solat berkata, setiap
pergerakan manusia menghasilkan corak gelombang otak yang tertentu dan unik.

Gelombang otak yang dihasilkan ketika pergerakan meliputi gelombang alfa,
beta dan gamma.

Kajian akan dilakukan ke atas gelombang otak yang dihasilkan ketika
bersolat pada setiap posisi seperti rukuk, sujud, iktidal dan duduk semasa
tahiyat.

"Solat jelas secara umumnya melibatkan pembacaan serta penghayatan ayat
suci al-Quran, doa-doa serta pergerakan yang didapati menyamai meditasi.

"Semasa solat, berhenti seketika sebelum bertukar posisi atau tamakninah
boleh dikatakan seseorang berada dalam ketenangan," katanya.

Dalam kajian ini isyarat otak subjek Muslim yang bersolat direkod dan
dianalisis, di mana dua kajian saintifik dilakukan iaitu perubahan isyarat
otak semasa tamakninah dan kesan solat kepada isyarat otak.

Hasilnya, kata Siew Cheok, didapati ibadat solat menghasilkan keadaan
tenang kepada otak manusia dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan
tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.

Kajian juga menunjukkan ibadat solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya
ingatan.

Maka solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi
tugas-tugas yang lebih mencabar.

"Dan biasanya selepas melakukan solat, seseorang akan menjadi lebih
berwaspada untuk bertindak balas terhadap sebarang rangsangan," katanya.

Pergerakan solat meliputi berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk melibatkan
pergerakan seluruh otot tubuh badan.

Pergerakan otot-otot secara isotonik dan isometrik meningkatkan fungsi dan
kekuatan otot dan kajian yang dilakukan merangkumi otot utama yang penting
kepada kesihatan manusia.




Pergerakan Relatif

Ibadah solat kata Prof. Wan Abu Bakar melibatkan banyak pergerakan relatif
antara sendi selain postur tertentu semasa solat juga meletakkan otot pada
kedudukan mengecut, santai atau mengembang.

"Selain ibadah, solat boleh dianggap sebagai senaman fizikal yang
sederhana yang melibatkan pergerakan badan seperti berdiri, tunduk, duduk
dan sujud.

"Sakit pinggang merupakan masalah yang biasa berlaku bagi golongan dewasa
dan mereka yang bekerja," katanya yang menjalankan kajian otot dalam solat.

Terapi senaman melalui pergerakan solat yang betul dapat mengembalikan
keupayaan kelenturan badan, mengekalkan postur badan yang ideal dan
membantu mengurangkan sakit pinggang.

Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat terutama rukuk dan sujud didapati
menyamai beberapa pergerakan senaman stabilisasi dan regangan belakang.

"Pergerakan rukuk hampir sama dengan senaman selamat pagi yang bukan saja
dapat membantu regangan otot pada bahagian paha tetapi juga melatih
koordinasi otot belakang kaki," katanya yang juga menjalankan kajian
mengenai solat dan sakit pinggang.

Kajian yang dijalankan merumuskan pergerakan dalam solat dapat memberikan
kebaikan dalam memulihkan dan membantu mengembalikan kenormalan fungsi
aktiviti otot erektor spina terutama bagi mereka yang mengalami sakit
pinggang.

Justeru, jelas beliau pergerakan rukuk semasa solat boleh digunakan
sebagai terapi untuk merawat sakit pinggang.

 Selain itu, pergerakan fizikal atau senaman sederhana secara berterusan
dapat mencergaskan sistem andrologi dan meningkatkan kekuatan tenaga batin
lelaki.

Solat fardu yang dilakukan lima kali sehari di samping solat sunat serta
sunat tahajud sebagai pelengkap ibadah merupakan satu terapi yang
memberikan kesan positif ke atas sistem andrologi dan kekuatan tenaga batin
lelaki.

 Kajian yang dijalankan menunjukkan senaman pengaktifan otot lantai pelvik
oleh penyelidik Van Kampen membuktikan senaman dapat melancarkan pengaliran
darah dan mengurangkan masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk.

 "Bagaimanapun banyak lagi kajian lanjut yang sedang dijalankan bagi
mengkaji lebih lanjut mengenai solat," katanya.

Tuesday, February 1, 2011

Adkah Melayu Lupa Lagi??

Assalamualaikum..
Untuk tatapan bersama. hayatilah maksud disebalik kata-kata seorang manusia bergelar pemimpin sejati



Hanya dengan Doa kita boleh menbantu

Sejarah Ayat Kursi

Assalamualaikum..




Berikut disampaikan info yang mungkin berguna kepada semua pembaca..


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia

telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan

kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu

perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera

memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.



Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali

selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar

masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya

dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan

memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga

akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.



Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah

s. a. w. bersabda bermaksud:



"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah

hilangkan segala kefakiran di depan matanya."



Sabda baginda lagi;



"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,

kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya

daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."



Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara

Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal

dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan

Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,

dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat

Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki

rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan

ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,

Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda

berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa

membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah

mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.





Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang

Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang

lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak

menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa

membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas

rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa

membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah

menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang

benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa

membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan

70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,



" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."



Bagai Lembu di Cucuk Hidung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera






Orang Melayu tidak malu dikenali sebagai Orang Negrito.

Orang Melayu tidak malu dikenali sebagai Orang Semang berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh dan pendek badannya.



Orang Melayu tidak malu dikenali sebagai Melayu Proto.
Orang Melayu tidak malu dikenali sebagai Melayu Negosiddek.
Orang Melayu tidak malu dikenali sebagai Melayu Deutro dan orang Melayu tidak malu dikenali Melayu Kuno.

Apa yang hendak dimalukan! Ianya fakta.

Tetapi lain pula dengan sesetengah keturunan India. Pariah adalah sesuatu perkataan yang kononnya sukar diterima padahal perkataan tersebut dicipta oleh bangsa mereka sendiri.


Begitulah jadinya apabila isu novel Interlok yang mana telah mengorbankan karya sasterawan negara Abdullah Hussain. Pemimpin yang di pilih rakyat (orang Melayu) bagaikan lembu di cucuk hidung, mengikut kehendak bangsa lain sedangkan bangsa sendiri merana.



Kebanyakkan isu ini di bangkitkan oleh orang ramai yang tidak membaca sepenuhnya novel tersebut. hanya membaca bahagian yang menceritakan perkataaan 'Pariah'. Banyak isu dan bahagian lain yang lebih bermakna dan mempunyai signifikasi yang lebih mendalam untuk negara kita berbilang kaum.


Kepada Pemimpin Negara jangan asyik menurut kehendak bangsa lain semata-mata ingin meraih populariti politik sehingga mengadaikan maruah bangsa sendir. Malu lah pada bangsa sendiri. Dalam perlembagaan bangsa melayu sudah cukup bertoleransi dalam mencapai kesaksamaan dalam membentuk tanah melayu dan sekarang kenapa bangsa lain tidak melihat situasi ini dalam suasana kesyukuran sehinggakan sanggup memecahbelahkan sesama bangsa di malaysia

Situasi sebenar sesetengah pihakmemperbesarkan isu ini adalah untuk tujuan politik murahan dan bertujuan menghancurkan negara bangsa yang memang terkenal dengan rakyat yang saling bekerjasama tidak mengira bangsa . Kepada Pemimpin politik murahan, malu lah pada diri sendiri.


Tahniah kepada pemimpin-pemimpin kaum India termasuk Presiden MIC G. Palanivel kerana telah berjaya mendesak kerajaan supaya akur kepada mereka.

Pemimpin-pemimpin Melayu perlu malu pada diri sendiri kerana sanggup mengadai maruah bangsa semata-mata kerana politik dan mangsanya ialah Abdullah Hussain dipinggirkan tanpa pembelaan.

Berikut merupakan keratan keputusan yang telah kerajaan putuskan:

Keputusannya (mengikut Muhyiddin Yassin): "Dalam semangat muafakat Barisan Nasional, kita telah bersetuju bahawa novel Interlok akan terus digunakan sebagai teks Komsas bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk murid Tingkatan Lima di Zon 2, iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan. Namun, mengambil kira pandangan MIC, kita juga telah bersetuju untuk membuat pindaan pada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India."


Sampai bila kita harus menjadi Bagai lembu di cucuk Hidung???









Monday, January 31, 2011

Motor Racing Style









p/s : mat rempit kita pakai tayar satu.

Suami Sayang Isteri tak Percaya

"Kira-kira 80% suami akan meletakkan nama isteri mereka sebagai penama polisi takaful mereka, namun hanya kira-kira 30% isteri meletakkan nama suami mereka sebagai penama", kata pegawai latihan tersebut kepada para peserta.




Ia disambut dengan hilai tawa para peserta porgram. Baik lelaki mahupun wanita. Ada yang tersenyum-senyum, terutama wanita. Bagi peserta lelaki pula, nampak senyuman sinis di bibir mereka.



Jangan terkejut.. Itulah hakikat dan faktanya wanita akan cenderung untuk TIDAK meletakkan nama suami mereka sebagai penama takaful mereka.



Malah, sebenarnya perkara ini bukan saja berlaku di dalam memilih penama polisi takaful, ia juga melibatkan penama di dalam perkara-perkara lain. Sebagai contoh, penama Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP), selalunya wanita meletakkan nama ibu atau bapa mereka.



Berdasarkan maklumat yang di perolehi, selalunya wanita akan meletakkan nama anak-anak mereka sebagai penama. Dalam kes KWSP pula, nama ibu selalunya diletakkan kerana selalunya mereka bekerja terlebih dahulu dan kemudian baru berkahwin. Selepas berkahwin, penama tersebut tidak diubah.



Isteri "Kurang" Percaya Kepada Suami?





 wanita, selalunya alasannya adalah kekhuatiran (baca: ketidakpercayaan) mereka terhadap suami mereka selepas mereka meninggal dunia nanti. Mereka khuatir suami mereka akan berkahwin lain menggunakan duit pampasan takaful mereka!



Kekhuatiran bertambah lagi apabila mereka membayangkan selepas itu suami dengan isteri barunya akan mengabaikan anak-anak kandung mereka. Juga membayangkan yang isteri baru suaminya akan bertindak tidak sewajarnya kepada anak-anak mereka.



Mereka membayangkan isteri baru suami mereka a.k.a ibu tiri anak-anak mereka laksana Rika Sumanto di dalam drama Bawang Merah Bawang Putih! Atau seperti watak Sofia di dalam Puteri Aurora Beradu.



Ya, satu kekhuatiran yang berasas!



Tidak di nafikan, kekhuatiran kaum hawa tersebut ada asasnya. Demi kasih sayang ibu kepada anak, kadang-kadang mengatasi kasih sayang isteri kepada suami sendiri.




Tidak Percaya?? Tanyalah isteri anda sekalian dan buat lah kesimpulan yang terbaik.

Penama Hanya Pemegang Amanah, Bukan Penerima



Namun, sebenarnya tindakan meletakkan nama anak sebagai penama tidak menyelesaikan masalah. Kerana, penama hanyalah bertindak sebagai wasi atau pemegang amanah. Penama bukanlah pemegang hak tersebut.



Ia sebenarnya telah diputuskan di dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 lagi. Rujuk http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=103



Fatwa tersebut berbunyi;

1. Melantik penama (Nomination) oleh orang-orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi di mana mereka menyimpan sebarang harta adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka si mati cuma ia adalah sebagai yang melaksanakan wasiat untuk membahagikan harta pusaka tersebut kepada para waris mengikut hukum syarak.

2. Bahawa orang-orang Islam tidak boleh melantik penama (Nominee) oleh kerana penama mengikut definisi undang-undang awam (sivil) adalah bertentangan dengan hukum syarak dan tidak sah.

3. Oleh itu udang-undang awam (sivil) yang berkenaan hendaklah dipinda supaya sebarang penamaan (Nomination) oleh seseorang Islam menjadi tidak sah. Ini bermakna peruntukan mengenai Nomination atau perlantikan nominee tidak tertakluk kepada orang-orang yang beragama Islam sama ada sesuatu Nomination itu dibuat sebelum atau selepas fatwa ini dipersetujui oleh Raja-raja Melayu.



Secara umumnya, penama hanyalah bertindak sebagai pemegang amanah sahaja.



Penama hanyalah sebagai pemegang amanah bagi harta bagi si mati sama ada pampasan takaful/insurans, wang KWSP dan lain-lain. Penama tadi bertanggung jawab untuk mengagih-agihkan harta-harta tadi kepada pewaris si mati mengikut hukum faraid.



Apabila penama yang diletakkan adalah anak di bawah umur 18 tahun, ini akan menimbulkan masalah, kerana harta tersebut akan dibekukan sehinggalah anak tersebut mencapai usia 18 tahun.



Saya pernah mendengar satu kes, apabila seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang balu dan beberapa orang anak. Beruntung bale berkenaan kerana suaminya mengambil polisi takaful. Namun apabila dibuat tuntutan, didapati penama yang diletakkan adalah nama anak-anak mereka.



Maka, wang pampasan tersebut terpaksa dibekukan sehingga penama mencapai usia 18 tahun. Lebih malang lagi, anak sulung mereka baru mencecah usia sekolah rendah. Maka, balu tadi terpaksa menunggu kira-kira sepuluh tahun selepas itu untuk membuat tuntutan sepenuhnya terhadap harta peninggalan si mati.



Justeru, berhati-hati sekiranya Tuan-tuan dan Puan-puan ingin meletakkan nama anak sebagai penama. Pastikan mereka sudah cukup umurnya 18 tahun.



Sebaiknya, letaklah nama orang yang kita terima ijab dan qabulnya sebagai pemegang amanah harta kita sesudah kita tiada.



Nota: Sekiranya tuan-puan masih mampu membaca tulisan ini, bermakna tuan-puan masih berpeluang untuk menukar nama penama tuan-puan sebelum tuan-puan pergi terlebih dahulu .

p/s : Sayang kepada ibu yang melahirkan kita tidak sama dengan kasih sayang Isteri tercinta ( hayati dengan teliti)



Antara Kejayaan & Kemudahan Bertaraf Dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri kali lebih bersifat ringan dan santai untuk para pembaca, Beberapa hari yang lepas kita telah di gembar - gemburkan di dada-dada akhbar tentang Program Latihan atlet olahraga Di kompleks Sukan Ranau. Setiap Perancangan mempunyai pro & kontra tetapi yang paling penting adalah pengisian terhadap perancangan yang telah di rancang. Riuh rendah di dada akhbar luahan rasa oleh atlet-atlet yang berstatus bintang yang kononnya Latihan intensif yang di rancang akan diadakan di Ranau sebagai suata yang tidak masuk akal dan munasabah. Terdapat juga segelintir memberi alasan jauh dari lembah klang yang mana menyukarkan para atlet yang masih melanjutkan pengajian. Situasi ini tidak harus berlaku kerana, apabila kerajaan memperuntukkan untuk menghantar mereka (atlet) berlatih di luar negara, maka sanggup pula untuk menangguhkan pengajian. Kesimpulan yang boleh di buat di sini ialah, atlet - atlet di negara kita sudah berada di suasana 'comfort zone' yang mana mereka ini bagaikan anak emas, segala duit rakyat di bazirkan untuk menghantar mereka berlatih di luar negara tetapi hasilnya anda semua boleh menilai sendiri, anda boleh membuat penilaian persembahan dan pencapai atlet olahraga, amat menyedihkan dan memalukan. Tiada peningkatan dan lonjakan yang boleh mengharumkan nama negara.

Kita semua sedia maklum, fasiliti dan kemudahan di Malaysia semunya bertaraf dunia tetapi bilakah atlet-atlet kita akan menjadi taraf dunia?? tepuk dada tanya selera. Bersyukurlah dengan kemudahan dan kemewahan yang di berikan kepada anda semua. Bagaimana negara-negara miskin boleh melahirkan atlet yang bertaraf dunia, ini semua bergantung kepada semangat dan kesungguhan atlet itu sendiri. Atlet-atlet Malaysia yang boleh dibanggakan hanya boleh di kira dengan jari sedangkan banyak sumber kewangan di belanjakan untuk pembangunan dan latihan mereka. Oleh yang demikian, perlulah ada muhasabah diri untuk menilai sumbangan kita kepada negara bukannya sumbangan negara kepada kita. Renung-renungkan lah bersama.



p/s : Tidak beerti semua atlet bermasalah, tabik kepada datuk Lee Chong Wei & team Bola sepak Malaysia

Wednesday, January 19, 2011

7 Wasiat Raja-Raja Melayu

Assalamualaikum wbkth.

Sekian lama kita Merdeka, semakin lupa kita tentang wasiat yang di tinggalkan raja-raja Melayu semasa menandatangani persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957. Semakin berani orang mempertikaikan kedaulatan Raja-Raja Melayu malah orang melayu sendiri telah di boneka untuk mempertikai kedaulatan bangsa sendiri. Siapakah yang bodoh dan siapa yang bijak. Untuk itu sama-samalah kita memperingatkan diri dengan wasiat yang di tinggalkan raja-raja melayu. Wasia yang di tinggalkan adalah seperti berikut :


*Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).




* Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.



* Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.



* Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.



* Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.



* Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.



* Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...