Monday, August 27, 2012

Makanan Halal

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri 

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema menggegar jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Hari ini genaplah 9 Syawal kita beraya. Syukur Alhamdulillah sekali lagi tahun ini kita diberikan kekuatan untuk menunaikan ibadah puasa hingga ke akhirnya dan meraikan kemenangan pada 1 Syawal. Perjalanan pulang kita balik ke kampung juga berjalan dengan lancar, tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku walaupun keadaan trafik sedikit sesak namun situasi ini adalah perkara biasa di Malaysia. dan ini juga melambangkan masih ramai rakyat Malaysia yang masih ingat asal usul mereka yang mana mereka akan pulang ke kampung halaman meraikkan kemenangan 1Syawal.

Dalam sibuk dalam persediaan menyambut hari raya di kampung. Kita semua begitu asyik membeli barang persediaan di pasaraya-pasaraya, kedai runcit dan jugak kedai 1 Malaysia. tetapi tahukah anda kepentingan memilih barang yang mempunyai tanda halal? Isu ini sering menjadi topik utama antara saya dan isteri apabila berada di  pusat membeli belah dan pasaraya untuk membeli barangan keperluan. Status kesahihan tanda Halal pada banrangan yang hendak dibeli. Menjadi keutamaan kepada saya dan isteri untuk mengutamakan tanda halal yang di keluarkan oleh pihak JAKIM. tetapi sejauh manakan pengetahuan kita tentang HALAL?

Entri kali ini akan mengupas dan memberi info untuk dikongsi bersama dalam mengharungi dunia sekarang.

Halal

Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.


Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (penggunaan Perbahasaan ‘Halal’) 1975 adalah seperti berikut:

Apabila digunakan berhubung dangan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi amakanan itu. Perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’ ‘ ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan itu digunakan :

§  bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh   Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
§  tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
§  tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut   Hukum Syarak; dan
§  tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang   tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum  Syarak.

Logo Halal
Logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/JAIN/MAIN




Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu kita sesama Islam.

2:168 Wahai manusia makanlah apa yang dibumi, yang halal dan baik, dan janganlah mengikuti langka-langkah syaitan; ia adalah musush yang nyata bagi kamu.

5.88 Makanlah daripada apa yang Allah merezekikan kamu, yang halal dan baik; dan takutilah Allah yang kepada-Nya kamu orang-orang mukmin.

Maklumat tentang HALAL boleh di rujuk di laman web berikut :



Wednesday, August 15, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan..

Lagi 3 hari  kita akan meninggalkan Ramadhan Al Mubarak dan seterusnya akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Semoga tahun ini akan membawa seribu makna kepada semua.


Layan....


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 

         MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sunday, August 12, 2012

Berzakatkah anda?

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.

 Syukur alhamdulillah kerana di kurnia oleh Nya kekuatan untuk mengharungi bulan puasa tahun ini sehingga ke hari yang ke 23 Ramadhan. Semoga di permudahkan dan di perkuatkan daya untuk mengharungi baki yang tinggal dengan jayanya. Bersyukur dengan nikmat yang di berikan tahun ini kerana masih di beri peluang untuk bertemu dengan Ramadhan lagi.  Semoga tahun hadapan dapatlah diberikan kekuatan dan nyawa untuk bertemu dan menikmati rahmat Allah S.W.T pada bulan Ramadhan. 

 Zakat merupakan rukun Islam yang ke empat (4) yang mana menjadi kewajipan umat Islam untuk menunaikannya jika memenuhi syarat. Oleh yang demikian apakah pemahaman anda tentang zakat sudah cukup membantu anda? adakah sekadar membayar zakat fitrah sudah mencukupi? Entri kali ini diharap membantu anda dalam memahami lebih terperinci tentang Zakat.

Bahasa
 Zakat dari segi bahasa bererti bersih dan suci. Ia membawa makna pembersihan dan kesuburan, kerana dengan mengeluarkan zakat, maka harta pencarian dan simpanan menjadi bersih. Bersih daripada sesuatu yang haram dimiliki, iaitu hak-hak orang lain yang telah diwajibkan kita mengeluarkannya, serta hasil pencarian dan pendapatan tersebut akan diberkati.

Syarak
 Zakat dari segi syarak zakat bermakna mengeluarkan sebahagian harta atau hak milik kepada mereka yang layak menerimanya dengan kadar tertentu setelah mencukupi nisabnya dan sampai masanya satu tahun atau setelah sempurna menuai (bagi tanam- tanaman)



Hikmah Berzakat 

1) Satu cara pengabdian diri kepada Allah S.W.T dengan cara mengeluarkan sebahagian harta untuk di berikan kepada orang lain yang kurang bernasib baik untuk berkongsi nikmat Allah S.W.T

2) Amalan Jihad (pengorbanan) kesanggupan mengeluarkan atau memebelanjakan sebahagian kecil daripada harta yang kita sayangi dalam menegakkan salah satu rukun Islam.

3) Membersihkan perasaan yang tidak elok seperti hasad dengki, dendam, rendah diri dan bongkak yang akan memakan diri sendiri.

4) Melenyapkan sikap cintakan harta benda dan duniawi

5) Mensyukuri nikmat pemberian Allah S.W.T dengan menyumbangkan sedikit harta demi agama.

Jenis-jenis Zakat

Zakat Badaniah - zakat tubuh badan atau zakat fitrah
Zakat Maliah     - Zakat harta benda seperti wang, perniagaan, binatang ternakan dan sebagainya

Zakat Fitrah
Syarat wajib Zakat Fitrah

1) Islam
2) Merdeka
3) Mempunyai harta lebih dan berkemampuan

Kadar pembayaran Zakat Fitrah

1)Kadar bayaran mengikut kadar asal ialah 1 gantang Baghdad makanan asasi sesuatu tempat seperti gandum atau beras.

2) Mengikut sukatan/timbangan sebanyak 2.27 kilogram bersamaan nilai mengikut nilai matawang semasa.

Zakat Harta
Syarat wajib Zakat Harta

1) Islam
2) Merdeka
3) sempurna milik
4) Cukup nisab (mengikut kadar-kadar tertentu bagi jenis-jenis zakat)
5) Cukup haul (memiliki tidak kurang daripada 1 tahun)
Zakat Harta

1) Emas
2) Perak
3) Pendapatan
4) Perniagaan
5) Saham
6) Kwsp
7) Zakat Haiwan Ternakan

p/s Emas atau perak yang dijadikan perhiasan perempuan tidak diwajibkan zakat kecuali berlebihan daripada sepatutnya

Golongan yang berhak menerima zakat

1) Orang Fakir
2) Orang miskin
3) Amil
4) Muallaf
5) Hamba
6) Fi Sabilillah (orang yang berjihda demi kepentingan agama)
7) Ibn Sabil ( mereka yang kehabisan belanja untuk meneruskan perjalanan untuk tujuan baik
8) Mereka yang berhutang ( penanggung hutang yang menepati syarak seperti berhutang untuk kepentingan umum tetapi tidak mampu melunasknnya.




Diharap serba sedikit maklumat didalm entri ini dapat menyegarkan kembali informasi kita tentang Zakat.

Wednesday, August 8, 2012

Iklan Hari Raya

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.

Ramadhan makin berlalu, hari ini merupakan hari yang ke 19 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Masa berlalu dengan pantas tanpa disedari. Pelbagai kenangan pada tahun ini. Pelbagai aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dengan bantuan rakan- rakan yang memberi komitmen. Saban Tahun Petronas akan memaparkan iklan hari raya yang memberikan kesan kepada penonton namun demikian sejauh manakah kesan itu membentuk peribadi rakyat Malasia amnya dan diri kita sendiri khasnya. 

Semenjak daripada tahun lepas, iklan daripada petronas agak kurang menarik dan agak membosankan. Tahun ini, iklan raya daripada petronas belum lagi di paparkan di kaca tv. sama-samalah kita tunggu dan lihat.
Disini bersama-samalah kita hayati dan fahami pesanan yang cuba disampaikan melalui iklan Petronas terpilih.




Hargailah apa yang ada di sekeliling kita, sesungguhnya hidup kita akan lebih bermakna dan hebat!

Thursday, August 2, 2012

Nuzul Al Quran


Tanggal 17 Ramadhan merupakan suatu tarikh yang amat bermakna kepada umat Islam. Pada tarikh tersebut turunya mukjizat terhebat umat Muhammad S.A.W iaitu AlQuran. Al Quran merupakan bahan rujukan dan panduan umat Islam dalam menjalani kehidupan seharian dan juga dalam menyelesaikan sebarang permasalaha. Bersempena 17 Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, elok sekiranya penulis berkongsi kelebihan-kelebihan Al Quran.

BISMILLAH  (Dengan nama Allah)
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.
Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali dihadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

SURAH  AL-FATIHAH  (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh.
Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan.
Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.  Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah! Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, raya berdoa untuk si pembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
Dan tersebut dalam hadith yang lain:Barangsiapa membacanya  ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika si pembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
Hadith yang lain mengatakan:Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid.
Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

SURAH AN-NISSA’ (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak  yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang.
Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini,  keatas  air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

SURAH AL-AN’AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

SURAH AL-A’RAAF (Benteng Tinggi)
Barang siapa membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat  iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini,dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa  membaca ayat 31dari surah ini, keatas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari  mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap  sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.

SURAH AR-RA’D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.

SURAH AL-IIIJ’R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

SURAH  BANI  ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu.  Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.

SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH  THAAHAA (Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .

SURAH  AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

SURAH  AL-MU’MINUN  (Orang-orang  Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini,pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai
.
SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali  ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

SURAH ASY-SYU A’RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh.  Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.

SURAH  AL-AHZAB  (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

SURAH SABA‘  (Saba‘)
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

SURAH FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkati perniagaannya.



SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : “Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin.” Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik..”
Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: “Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi  sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu.”
Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : “Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku.” Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.
Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia  mati pada malam itu, mesti ia mati syahid.
Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat,nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.
Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.

SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.

SURAH SHAAD  (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.”Berdoalah kepadaKu, nanti Aku perkenankan permintaanmu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka akan masuk neraka jahannam dengan hina.”
[Al-Mukmin: 60]
Terlalu banyak jika ingin ditulis semuanya, jika ingin menulis ilmu Allah walau dihimpun keseluruhan air laut untuk dijadikan tinta tidak jua mampu menulis walau sezarah ilmu Allah.Semoga bermanfaat.
Semoga dengan kelebihan pahala sunat digandakan kepada pahala amalan wajib pada bulan mulia ini, dapat memotivasikan kita untuk bersama-sama menjadikan Al-Quran teman sehari-hari.



Formula Khatam Quran sebanyak sekali dalam bulan Ramadhan.
1 bulan = 30 hari
30hari = 30 juzuk
1 hari = 1 juzuk
1 hari = 20 muka surat
20 m/s = 5 waktu solat x 4 m/s
1 waktu solat = 4 muka surat
Maka,
a. Baca lah quran 4 muka surat setelah selesai setiap solat fardhu.
b.Semakin banyak bilangan bacaan quran selepas solat,bermakna semakin banyaklah jumlah khatam Quran dalam sebulan.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...