Sunday, August 12, 2012

Berzakatkah anda?

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.

 Syukur alhamdulillah kerana di kurnia oleh Nya kekuatan untuk mengharungi bulan puasa tahun ini sehingga ke hari yang ke 23 Ramadhan. Semoga di permudahkan dan di perkuatkan daya untuk mengharungi baki yang tinggal dengan jayanya. Bersyukur dengan nikmat yang di berikan tahun ini kerana masih di beri peluang untuk bertemu dengan Ramadhan lagi.  Semoga tahun hadapan dapatlah diberikan kekuatan dan nyawa untuk bertemu dan menikmati rahmat Allah S.W.T pada bulan Ramadhan. 

 Zakat merupakan rukun Islam yang ke empat (4) yang mana menjadi kewajipan umat Islam untuk menunaikannya jika memenuhi syarat. Oleh yang demikian apakah pemahaman anda tentang zakat sudah cukup membantu anda? adakah sekadar membayar zakat fitrah sudah mencukupi? Entri kali ini diharap membantu anda dalam memahami lebih terperinci tentang Zakat.

Bahasa
 Zakat dari segi bahasa bererti bersih dan suci. Ia membawa makna pembersihan dan kesuburan, kerana dengan mengeluarkan zakat, maka harta pencarian dan simpanan menjadi bersih. Bersih daripada sesuatu yang haram dimiliki, iaitu hak-hak orang lain yang telah diwajibkan kita mengeluarkannya, serta hasil pencarian dan pendapatan tersebut akan diberkati.

Syarak
 Zakat dari segi syarak zakat bermakna mengeluarkan sebahagian harta atau hak milik kepada mereka yang layak menerimanya dengan kadar tertentu setelah mencukupi nisabnya dan sampai masanya satu tahun atau setelah sempurna menuai (bagi tanam- tanaman)



Hikmah Berzakat 

1) Satu cara pengabdian diri kepada Allah S.W.T dengan cara mengeluarkan sebahagian harta untuk di berikan kepada orang lain yang kurang bernasib baik untuk berkongsi nikmat Allah S.W.T

2) Amalan Jihad (pengorbanan) kesanggupan mengeluarkan atau memebelanjakan sebahagian kecil daripada harta yang kita sayangi dalam menegakkan salah satu rukun Islam.

3) Membersihkan perasaan yang tidak elok seperti hasad dengki, dendam, rendah diri dan bongkak yang akan memakan diri sendiri.

4) Melenyapkan sikap cintakan harta benda dan duniawi

5) Mensyukuri nikmat pemberian Allah S.W.T dengan menyumbangkan sedikit harta demi agama.

Jenis-jenis Zakat

Zakat Badaniah - zakat tubuh badan atau zakat fitrah
Zakat Maliah     - Zakat harta benda seperti wang, perniagaan, binatang ternakan dan sebagainya

Zakat Fitrah
Syarat wajib Zakat Fitrah

1) Islam
2) Merdeka
3) Mempunyai harta lebih dan berkemampuan

Kadar pembayaran Zakat Fitrah

1)Kadar bayaran mengikut kadar asal ialah 1 gantang Baghdad makanan asasi sesuatu tempat seperti gandum atau beras.

2) Mengikut sukatan/timbangan sebanyak 2.27 kilogram bersamaan nilai mengikut nilai matawang semasa.

Zakat Harta
Syarat wajib Zakat Harta

1) Islam
2) Merdeka
3) sempurna milik
4) Cukup nisab (mengikut kadar-kadar tertentu bagi jenis-jenis zakat)
5) Cukup haul (memiliki tidak kurang daripada 1 tahun)
Zakat Harta

1) Emas
2) Perak
3) Pendapatan
4) Perniagaan
5) Saham
6) Kwsp
7) Zakat Haiwan Ternakan

p/s Emas atau perak yang dijadikan perhiasan perempuan tidak diwajibkan zakat kecuali berlebihan daripada sepatutnya

Golongan yang berhak menerima zakat

1) Orang Fakir
2) Orang miskin
3) Amil
4) Muallaf
5) Hamba
6) Fi Sabilillah (orang yang berjihda demi kepentingan agama)
7) Ibn Sabil ( mereka yang kehabisan belanja untuk meneruskan perjalanan untuk tujuan baik
8) Mereka yang berhutang ( penanggung hutang yang menepati syarak seperti berhutang untuk kepentingan umum tetapi tidak mampu melunasknnya.




Diharap serba sedikit maklumat didalm entri ini dapat menyegarkan kembali informasi kita tentang Zakat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...