Monday, August 27, 2012

Makanan Halal

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri 

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema menggegar jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Hari ini genaplah 9 Syawal kita beraya. Syukur Alhamdulillah sekali lagi tahun ini kita diberikan kekuatan untuk menunaikan ibadah puasa hingga ke akhirnya dan meraikan kemenangan pada 1 Syawal. Perjalanan pulang kita balik ke kampung juga berjalan dengan lancar, tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku walaupun keadaan trafik sedikit sesak namun situasi ini adalah perkara biasa di Malaysia. dan ini juga melambangkan masih ramai rakyat Malaysia yang masih ingat asal usul mereka yang mana mereka akan pulang ke kampung halaman meraikkan kemenangan 1Syawal.

Dalam sibuk dalam persediaan menyambut hari raya di kampung. Kita semua begitu asyik membeli barang persediaan di pasaraya-pasaraya, kedai runcit dan jugak kedai 1 Malaysia. tetapi tahukah anda kepentingan memilih barang yang mempunyai tanda halal? Isu ini sering menjadi topik utama antara saya dan isteri apabila berada di  pusat membeli belah dan pasaraya untuk membeli barangan keperluan. Status kesahihan tanda Halal pada banrangan yang hendak dibeli. Menjadi keutamaan kepada saya dan isteri untuk mengutamakan tanda halal yang di keluarkan oleh pihak JAKIM. tetapi sejauh manakan pengetahuan kita tentang HALAL?

Entri kali ini akan mengupas dan memberi info untuk dikongsi bersama dalam mengharungi dunia sekarang.

Halal

Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.


Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (penggunaan Perbahasaan ‘Halal’) 1975 adalah seperti berikut:

Apabila digunakan berhubung dangan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi amakanan itu. Perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’ ‘ ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan itu digunakan :

§  bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh   Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
§  tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
§  tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut   Hukum Syarak; dan
§  tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang   tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum  Syarak.

Logo Halal
Logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/JAIN/MAIN




Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu kita sesama Islam.

2:168 Wahai manusia makanlah apa yang dibumi, yang halal dan baik, dan janganlah mengikuti langka-langkah syaitan; ia adalah musush yang nyata bagi kamu.

5.88 Makanlah daripada apa yang Allah merezekikan kamu, yang halal dan baik; dan takutilah Allah yang kepada-Nya kamu orang-orang mukmin.

Maklumat tentang HALAL boleh di rujuk di laman web berikut :



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...