Berbasikal merupakan satu aktiviti yang menyihatkan dan juga menyeronokkan. Kejayaan yang di lakar Azizul Hasni Awang dan Josiah Ng di kejohanan Berbasikal Dunia sedikit sebanyak memberi impak kepada peminat basikal di Malaysia. Semakin hari semakin ramai yang berjinak-jinak dengan basikal tidak kiralah apa jenis basikal pun asalkan di panggil basikal. Cerita tentang basikal yang paling menarik yang pernah penulis dengar adalah strategi penaklukkan Jepun ke atas Tanah Melayu dengan cara mengerahkan tentera Nippon untuk berbasikal memasuki Tanah Melayu pada ketika itu. Hasil strategi berbasikal itulah seluruh pelusuk Tanah Melayu dan Singapura ketika itu dapat di takluk dalam masa hanya tujuh (7) minggu sahaja.
Mengayuh basikal akan menguatkan otot-otot kaki, peha, betis, lengan dan juga perut. Berbasikal juga mengelakkan kecederaan otot bagi orang telah berumur. Darisegi faktanya berbasikal akan menetukan kecergasan otak dan membuktikan seseorang itu tidak nyanyuk kerana berbasikal memerlukan keseimbangan otak dan tumpuan otak yang tinggi untuk menyeimbangkan basikal.
Sekumpulan doktor Pakar Saraf dari University Gothenburg Sweden menyatakan berbasikal merupakan kaedah yang paling berkesan menyembuhkan migrain (sakit kepala). Hasil kajian yang telah mereka lakukan keatasa pesakit migrain mendapati berbasikal akan menghasilkan tindak balas yang mampu menghilangkan stress dan membaiki kualiti tidur dan ianya akan menstabilkan denyutan di kepala. Lama kelamaan pesakit akan sembuh secara semulajadi.
Banyak kelebihan apabila kita terlibat dengan aktiviti berbasikal dan yang lebih penting sekarang nie terdapat pelbagai jenis basikal yang berada di pasaran daripada yang mahal hinggalah yang paling murah. Tetapi kalau basikal mahal buat tukun pun tak jadi jugak... disiplin amat penting untuk melibatkan diri dalam berbasikal bagi mengelakkan basikal menjadi tukun..
P/S : Selamat berbasikal!!
No comments:
Post a Comment