Thursday, July 12, 2012

Park Ji Sung dan QPR



Park Ji-sung dihormati ramai di Manchester United tetapi memilih untuk menyertai QPR kerana mahu melanjutkan kerjanya, menurut bapa beliau. Pemain dari Korea Selatan itu telah menghabiskan tujuh musim di Old Trafford dan membantu kelab itu memenangi empat kejuaraan liga tetapi beliau tidak beraksi banyak musim lalu. Beliau kelihatan tidak puas hati menjadi hanya seorang pemain gantian di United dan membuat keputusan untuk berpindah ke QPR. Bapa beliau, Park Sung-Jong, mengesahkan United telah membuat yang terbaik untuk cuba meyakinkan Park untuk kekal di Manchester tetapi akhirnya terpaksa melepaskan bekas kapten Korea Selatan itu. "Walaupun beliau berada dalam keadaan yang baik musim lalu, beliau hanya bermain lima atau enam perlawanan," Sung-Jong memberitahu wartawan di Suwon. "Beliau mahukan cabaran baru di tempat yang berbeza. Manchester United tidak mahu menjual beliau, tetapi beliau tetap mahu berpindah dan akhirnya membuat keputusan untuk
menyertai QPR." Beliau menambah kritikan terhadap Park selepas kekalahan United kepada Manchester City telah mengecewakan pemain itu dan membuat beliau mempertimbangkan untuk meninggalkan Old Trafford tetapi bapa Park mempertahankan persembahan anaknya di perlawanan itu. "Kemudian tibanya perlawanan menentang Manchester City," beliau menyambung. "Ia seperti seorang pekerja di sebuah syarikat selepas percutian yang panjang, mendapati ia sangat sukar untuk menyelesaikan tugasan yang baru. "Beliau telah melalui banyak situasi dan mungkin beliau rasakan beliau dilayan seperti seorang pemain yang akan dibuang."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...