Sunday, July 29, 2012

Temasya Olimpik




TEMASYA SUKAN OLIMPIK merupakan temasya sukan yang teragong dan paling berprestij di dunia. Sukan ini bermula dari Yunani Purba, dihidupkan semula oleh seorang bangsawan Perancis bernama Pierre de Coubertin pada akhir abad ke-19. Sukan ini turut dikenali sebagai Olimpik Musim Panas diadakan setiap empat tahun sejak 1896 kecuali ketika Perang Dunia. Lima cecincin Olimpik ini direka bentuk pada tahun 1913, dan diguna buat pertama kali dalam Olimpik Musim Panas 1920 di Antwerp. Pada tahun 2004, Sukan Olimpik ke-28 telah kembali diadakan di tempat asalnya di Athens, Greece.
Asal sukan Olimpik tidak lagi diketahui tetapi banyak lagenda tertulis bersama - sama sukan ini. Sambutan pertama Sukan Olimpik yang direkodkan adalah pada 776 SM, walaupun tarikh ini bukanlah kali pertama Sukan Olimpik diadakan. Pada masa itu, hanya satu acara dipertandingkan.
Sejak itu, sukan mula menjadi penting dalam Yunani Purba dan mencapai kegemilangannya pada abad ke-6 dan ke-5 sebelum Masihi. Olimpik juga mempunyai kepentingan agama iaitu sebagai penghormatan kepada Zeus (patung besarnya ada di bandar Olympia). Pemenang sukan ini akan dihormati dan dimasukkan ke dalam puisi dan dijadikan patung.
Temasya yang diadakan empat (4) tahun sekali ini amat berprestij dikalangan  atlet-atlet walaupun pada temasya ini hanya sekadar sebutir pingat emas. Di temasya ini jugalah rekod-rekod dunia dia pecahkan dan diperbaharui dan di temasya ini jugalah dikatakan sebagai kemuncak kejayaan bagi seorang atlet di dunia tidak kiralah acara apa yang disertainya. Menyumbangkan sebutir pingat emas kepada negara tercinta merupakan suatu kejayaan yang sungguh bermakna dalam kerjaya seorang atlet itu.
Malaysia sebuah negara kerdil didalam sukan olimpik sedang berusaha gigih untuk membutirkan emas yang pertama dan harapan -harapan itu di letakkan kepada beberapa orang atlet yang berpotensi seperti Datuk Lee Chong Wei, Azizul Hasni Awang dan juga Pandalela Rinong. Tidak lupa juga kepada Leong Mun Yee, Yeoh Ken Nee, Bryan Nickson Lomas. Semoga harapan rakyat Malaysia tahun ini akan tercapai. InsyaAllah.
Temasya Sukan Olimpik dengan rasminya telah di buka secara Rasmi pada 27 Julai 2012 di Stadium Olimpik London dengan Jayanya. Perasmian penuh dengan warni- warni itu telah disaksikan lebih kurang 3 bilion manusia di seluruh dunia. Semoga Olimpik tahun ini akan membuahkan hasil buat Malaysia. Malaysia Boleh!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...