Solat Sunat Witir
merupakan solat terakhir yang perlu dilakukan oleh seseorang pada setiap hari.
Jumlah rakaat bagi witir ialah ganjil sebab itulah ia dinamakan witir (ganjil).
Paling sedikit 1 rakaat dan yang paling banyak 11 rakaat. Waktu untuk mengerjakan
solat ini ialah selepas solat isyak sehingga terbit fajar.
DALIL
Hadis yang diriwayatkan
dari Aisyah, yang bermaksud :
"Adalah Nabi s.a.w
solat di antara solat Isyak dengan terbit fajar sebelas rakaat, Baginda memberi
salam tiap-tiap dua rakaat dan yang penghabisannya satu rakaat"
Mafhumnya bahawasanya
Rasulullah s.a.w mengerjakan solat witir (sekiranya 11 rakaat) maka bilangan
salamnya ialah 6 salam.
NIAT
أُصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكْعَتَيْنِ/ رَكْعَةً
لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku solat sunat witir 2 rakaat / 1
rakaat kerana Allah Taala.
Hukum melakukan
solat witir adalah sunat muakkad. Disini telah berlaku khilaf
dikalangan ulama. Ini merupakan perbahasan dan pandangan ulama didalam hal
melakukan solat sunat Witir sebagai penutup malam.
Pandangan boleh
melakukan solat sunat lain tanpa mengulangi witirnya
1) Jika seseorang telah melakukan solat witir dan
kemudian dia ingin mengerjakan solat-solat sunat yang lain, maka dia boleh
terus sahaja mengerjakan solat-solat tersebut dan tidak perlu mengulangi
witirnya. Antara sandaran pendapat ini ialah:
عن أم سلمة أنه صلي الله عليه وسلم
كان يركع ركعتين بعد الوتر وهو جالس
(رواه أحمد وأبو داود والترمذي وغيرهم)
(رواه أحمد وأبو داود والترمذي وغيرهم)
Maksudnya: Daripada Ummu
Salamah r.a, "Bahawa nabi saw pernah mengerjakan dua rakaat lagi sesudah
witir dalam keadaan duduk. (riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dll)
Daripada hadis di atas jelas
menunjukan boleh melakukan ibadat solat bagi mereka yang telah melakukan
solat witir. Dia tidak perlu mengulangi solat witirnya berdasar hadis di bawah.
عن علي أنه قال: سمعت رسول الله صلي
الله عليه وسلم يقول: لا وتران في ليلة
(رواه أبو داود والنسائ والترمذي وحسنه)
(رواه أبو داود والنسائ والترمذي وحسنه)
Maksudnya: Daripada Ali r.a
bahawa dia berkata: Aku telah mendengar Rasulullah saw
bersabda: "Tiada dua witir dalam satu malam". (riwayat Abu Daud,
An-Nasaai, Tirmizi dan dia menganggapnya sebagai Hasan).
Pandangan perlu digenapkan witir
2) Pandangan yang kedua pula ialah dia
perlu terlebih dahulu menggenapkan witir yang awal dan selepas itu barulah dia
mengerjakan solat-solat sunat yang ingin dilakukan. Akhirnya dia menutup
solatnya dengan witir yang baru. Antara sandaran kepada pendapat ini ialah
hadis berikut:
Daripada Ibnu Umar r.a bahawa
Rasulullah telah bersabda: "Jadikanlah witir sebagai
akhir sembahyangmu di malam hari". (riwayat Jamaah kecuali Ibnu
Majah)
Setiap
pandangan telah diusulkan bersama hadith yang sohih, jadi tidak menjadi masalah
untuk kita mengikut mana-mana pendapat dalam keadaan kita mengetahui hujah dan
dalil yang disandarkan oleh para ulama. Petikan dan penjelasan ini saya petik
dari laman Majlis Ulama ISMA dan
artikel tersebut disediakan oleh Ustaz Ahmad Zainal Abidin. Untuk
penjelasan lanjut sila ke laman tertera.
No comments:
Post a Comment