Ubadah
Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari
ketika Ramadhan hampir menjelang: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di
dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu,
memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi
kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka
tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang
bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini.“
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam
Pertama
Diampuni dosa
orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam
Kedua
Diampunkan dosa
orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua
ibubapanya.
3.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di
bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar
meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan
dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam
Keempat
Orang-orang yang mengerjakan
solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh
orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam
Kelima
Allah SWT akan
mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di
Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam
Keenam
Allah S.W.T akan
mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf
di Baitul Makmur serta setiap
batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih
malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam
Ketujuh
Seolah-olah ia
dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya
Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam
Kelapan
Allah S.W.T
mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang
dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam
Kesembilan
Allah S.W.T akan
mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad
s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam
Kesepuluh
Allah SWT
mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam
Kesebelas
Ia meninggal
dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam
Keduabelas
Ia akan
dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam
Ketigabelas
Ia akan datang
pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan
keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam
Keempatbelas
Malaikat-malaikat
akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan
menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam
Kelimabelas
Semua malaikat
yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah
mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam
Keenambelas
Allah S.W.T.
menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan
dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam
Ketujuhbelas
Allah S.W.T
menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam
Kelapanbelas
Malaikat akan
menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan
kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam
Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan
meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam
Keduapuluh
Allah S.W.T
mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang
soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam
Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan
membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam
Keduapuluh dua
Ia akan datang
pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari
tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam
Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan
membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam
Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan
membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan
solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam
Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan
mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam
Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan
mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan
solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam
Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan
mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam
Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan
menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam
Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan
mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam
Ketigapuluh
Allah S.W.T akan
memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan
firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan
yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam
sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan
kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
No comments:
Post a Comment